Anda di halaman 1dari 6

PERNYATAAN PRAKTIKUM

SEBELUM PRAKTIKUM FASA 1/2011

PENGENALAN:

Saya akan menjalani tempoh praktikum selama 4 minggu bermula dari 21 Mac
2011 hingga 15 April 2010 di Sekolah Kebangsaan Sungai Berembang, Kuala Perlis.
Sebelum bermulanya pengajaran saya yang pertama di sekolah tersebut, saya telah
membuat beberapa perancangan bagi memastikan kelancaran dan kelicinan
pengajaran dan pembelajaran saya di dalam bilik darjah kelak.

MATLAMAT:

Matlamat yang telah saya gariskan untuk saya laksanakan ialah kawalan kelas yang
lebih teratur. Kawalan kelas yang teratur adalah penting untuk memastikan segala
perancangan pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan lancar. Justeru,
murid dapat memperolehi input pembelajaran yang disampaikan oleh guru melalui
kawalan kelas yang baik.

Saya juga memastikan objektif pembelajaran tercapai dengan aktiviti yang akan
dijalankan. Objektif pembelajaran yang dirancang akan saya sesuaikan dengan tahap
pembelajaran murid supaya apa yang ingin dicapai dalam sesuatu sesi pengajaran dan
pembelajaran dapat diterima dan difahami oleh murid-murid.

TUJUAN TUGASAN:

Tujuan tugasan bagi praktikum saya kali ini ialah untuk memastikan matlamat
saya tercapai seterusnya dapat meningkatkan prestasi dan keyakinan diri sebagai
seorang guru. Selain itu, saya juga dapat melatih diri supaya lebih kreatif di dalam
aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

STRATEGI:

Justeru, saya merancang beberapa strategi untuk mencapai matlamat tersebut:

• Memberi peraturan dan isyarat supaya murid dapat menumpukan perhatian


ketika sesi pengajaran dan pembelajaran.

• Mengenalpasti murid yang lemah dan pandai dan mengkategorikan mereka pada
tahap pembelajaran iaitu pada tahap lemah,sederhana dan baik.

• Menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang pelbagai dan


menarik.

• Menggunakan bahasa yang mudah difahami murid mengikut tahap dan peringkat
umur murid-murid

• Menggunakan alat bantu mengajar yang menarik

• Memastikan arahan yang diberi kepada murid adalah jelas dan padat

INSTRUMEN PENILAIAN:

• Pemerhatian semasa proses pengajaran dan pembelajaran

• Soal selidik guru yang mengajar


PERNYATAAN PRAKTIKUM

APA YANG DILAKSANAKAN SEMASA PRAKTIKUM FASA 1/2011

Minggu pertama praktikum di SK Sungai Berembang hanya dapat diisi dengan


sesi ulangkaji dan suai kenal dengan murid-murid. Hari yang pertama saya dan rakan
praktikum yang lain ialah taklimat pengurusan sekolah oleh pentadbiran sekolah dan
sesi suai kenal dengan para guru. Hari yang berikutnya saya dapat melaksanakan sesi
suai kenal dengan murid-murid saya iaitu Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6. Sesi ulangkaji
diadakan untuk ujian penilaian bagi bulan mac bagi minggu hadapan.

Sesi suai kenal bersama-sama murid-murid tersebut memperlihatkan murid-


murid saya terdiri daripada latarbelakang keluarga yang rata-ratanya merupakan
pesawah dan petani. Saya ada mengadakan sesi soal jawab bersama mereka tentang
apa yang telah dipelajari terutamanya bagi matapelajaran Kemahiran Hidup. Ternyata
mereka masih lemah dari segi pengetahuan kemahiran mereka terutamanya bagi
penyelenggaraan alatan serta elektrik dan elektronik..

Sesi ulangkaji pula saya gunakan untuk mencungkil pengetahuan Kemahiran


Hidup yang telah dipelajari. Ternyata mereka dapat mengingati kembali apa yang telah
dipelajari tetapi simbol komponen yang penting seta fungsi komponen elektronik masih
lagi lemah. Maka, saya mengadakan sesi latihan mengenal simbol-simbol komponen
elektronik yang penting serta membaca dan menterjemah litar bagi memastikan mereka
dapat menyatakan dan menulis semula dengan betul dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran. Maka, saya adakan latihan berbentuk formatif bagi setiap sub topik yang
telah saya ajar bagi menguji kefahaman mereka.

Minggu kedua merupakan minggu peperiksaan dimana saya dapat mengajar


secara rasmi pada hari yang pertama. Kawalan kelas saya sangat lemah tatkala itulah
kali pertama saya mengajar dan mengenal secara realiti sebagai seorang guru di
hadapan murid-murid. Ternyata mereka tidak memberikan tumpuan dan kerjasama
ketika saya mengajar dihadapan kelas. Maka, penegasan telah saya gunakan dalam
kelas pertama saya dan kawalan kelas dapat saya kwal dengan baik. Saya juga
mengenalpasti murid-murid saya dari segi tahap kebolehan mereka iaitu lemah,
sederhana dan baik dalam kelas pertama saya. Saya mendapati ada di antara mereka
yang sangat lemah dalam menulis dan membaca.

Minggu ketiga pula pengajaran dan pembelajaran berjalan seperti biasa. Saya
mengambil strategi pembelajaran secara koperatif. Peraturan telah saya tetapkan
kepada setiap kumpulan dimana markah akan dikutip dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran melalui beberapa aspek penilaian. Beberapa penambahbaikan telah saya
laksanakan bagi memastikan aktiviti berkumpulan berjalan dengan lancar seperti dari
segi arahan yang jelas dan padat, penggunaan isyarat serta pengukuhan positif
terhadap usaha kumpulan.

Dalam aktiviti kokurikulum, saya dan rakan praktikum saya terlibat sebagai
pembantu dalam latihan bola tampar. Kami telah mengajar peraturan yang perlu
dipatuhi serta teknik permainan yang betul dalam permainan bola tampar. Latihan
diadakan pada setiap petang pada minggu ketiga bagi menghadapi kejohanan bola
tampar PKP Simpang Empat. Minggu keempat pula kejohanan diadakan pada 12 April
2011 bagi lelaki dan 13 April bagi perempuan. Ternayata moral dan kesungguhan yang
tinggi telah ditunjukkan oleh murid-murid sepanjang kejohanan berlangsung.

Namun begitu, masa seminggu latihan tidak mencukupi untuk melihat kejayaan
sebuah pasukan dalam masa sehari. Pasukan wanita telah menunjukkan kehebatan
ketika perlawanan kumpulan sehingga melayakkan mereka ke peringkat seterusnya
dan berjaya merangkul gelaran johan. Walaupun seminggu, kejayaan pasukan
perempuan memberikan saya dan rakan praktikum buah tangan untuk praktikum kami
kali ini. Saya berasa sungguh bangga dan terharu dengan kejayaan pasukan bola
tampar perempuan.
PERNYATAAN PRAKTIKUM

APA YANG DICAPAI SELEPAS PRAKTIKUM FASA 1/2011

Alhamdulillah setelah 4 minggu, semuanya berjalan dengan lancar. Ternyata


kepenatan dan kegelisahan jelas dirasai sepanjang praktikum yang pertama ini.
Sesungguhnya pengalaman-pengalaman ini yang akan memberikan kekuatan dan
tunjuk ajar kepada saya bagi menempuhi profesion pergururan dengan cemerlang
kelak.

Melalui penilaian yang saya lakukan terhadap diri saya, praktikum fasa pertama
ini merupakan titik permulaan bagi saya dalam menempuh liku-liku dalam dunia
pendidkan. Banyak masalah yang dapat saya lihat dan rasakan sendiri sepanjang
praktikum fasa pertama ini terutamanya daripada murid-murid. Ternyata murid-murid
mempunyai gaya pembelajaran serta tahap pemebelajaran yang berbeza. Ada yang
dapat membaca dan menulis dengan baik serta sebaliknya. Semua ini merupaka
cabaran bagi saya dalam melaksanakan aktiviiti yang bersesuaian dengan tahap
pembelajaran mereka.

Pengendalian dan pengurusan murid juga saya masih lemah dimana mereka
tidak dapat menumpukan perhatian dan kerjasama ketika saya mengajar di hadapan.
Keadaan ini menimbulkan satu kebimbingan kepada sesiapa sahaja yang mengajar di
hadapan. Kepelbagaian teknik dan pendekatan cuba saya praktikkan dalam
pengurusan kawalan kelas seperti penegasan dan aktiviti berkumpulan. Namun begitu,
tempoh sebulan ini untuk menilai perkembangan yang telah dirangka adalah sukar
dimana tempoh yang betul-betul hanyalah pada minggu ketiga dan minggu keempat.

Bimbingan dan tunjuk ajar daripada pensyarah dan guru pembimbing dapat
merungkai segala bentuk kelemahan yang tidak dapat dilihat oleh pandangan sendiri.
Ternyata banyak lagi kelemahan yang perlu diperbaiki dan teguran diambil perhatian
bagi memantapkan lagi sesi pengajaran dan pembelajaran saya. Insya-Allah untuk
praktikum yang kedua saya akan cuba membuat persiapan yang cukup dari segi fizikal
dan mental. Saya akan membuat rujukan dan mempraktikkan apa yang telah saya
pelajari pada semester-semester yang lepas.
Akhir sekali, segala jasa baik pensyarah, guru pembimbing, warga SK Sungai
Berembang, rakan-rakan serta semua yang membantu saya dalam menjalani praktikum
fasa pertama dengan lancar, saya dahulukan dengan jutaan terima kasih. Segala jasa
yang dicurahkan hanya Tuhan yang mampu membalasnya.

Anda mungkin juga menyukai