Anda di halaman 1dari 3

NAMA : TENGKU MOHD FAZLI BIN TENGKU MAIDIN

KELAS : G4.10

REFLEKSI MICROTEACHING PENDIDIKAN JASMANI


Dalam tugasan subjek Pedagogi Pendidikan Jasmani, saya dan rakan-rakan
guru pelatih yang lain ditugaskan untuk membuat satu Rancangan Pengajaran Harian
berkaitan subjek PJ. Melalui tajuk dan tahun yang telah ditetapkan, saya telah memilih
tajuk kelajuan untuk tahun 6. Pada mulanya, saya agak sukar untuk memilih latihan dan
aktiviti yang sesuai untuk diajar bagi tajuk tersebut. Alhamdulillah dengan bantuan
rakan-rakan yang membantu tiap masa saya Berjaya menyiapkan satu RPH bagi tajuk
tersebut. Jutaan terima kasih juga saya ucapkan kepada pensyarah pembimbing saya,
Puan Jamaliah Binti Ahmad kerana membimbing saya dengan isi-isi pengajaran yang
berguna ketika di dalam kelas. Pada 17 Oktober 2011 yang lalu, saya telah pun
menjalankan microteaching berkenaan dengan RPH yang telah saya sediakan. Sekali
lagi saya ucapkan jutaan terima kasih kepada Puan Jamaliah Binti Ahmad kerana
menjadi pensyarah pemantau serta rakan-rakan yang membantu saya dalam
menjayakan microteaching tersebut. Walaubagaimanapun, melalui apa yang telah
dikomen oleh pensyarah pemantau, terdapat beberapa kelemahan dan kelebihan
dalam proses micro teaching saya tersebut.
Antara kelebihan yang di komen dan apa yang saya sendiri lihat adalah
mengenai susunan alatan. Sebelum memulakan proses microteaching, saya telah
menyediakan alatan yang cukup dan lengkap. Alatan yang disusun juga adalah
mengikut fasa-fasa pengajaran yang akan saya lakukan. Dengan susunan alatan yang
telah dibuat lebih awal, ia banyak membantu saya untuk menguruskan kelas dengan
lancar dan setiap masa yang diperuntukkan dapat digunakan dengan baik. Kelebihan
yang dikatakan juga adalah mengenai butir-butir mengajar yang saya tegaskan ketika
aktiviti sedang berlangsung. Setiap butir-butir mengajar saya tegaskan dalam setiap
aktiviti supaya murid akan mengingatinya dan tidak melakukan perbuatan yang salah.
Antara lain, kelebihan saya adalah suara saya ketika memberikan arahan adalah

lantang dan tegas. Dengan suara yang jelas dan tegas, arahan dapat disampaikan
dengan lebih baik. Jika kelebihan ini dibawa ke situasi sebenar disekolah, proses
pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lancar dan focus pengajaran
dan input dapat disampaikan dengan baik.
Kelemahan juga ada dalam proses microteaching saya, antara kelemahan yang
jelas dikatakan oleh pensyarah pemantau adalah berkenaan dengan aktiviti yang dipilih.
Aktiviti yang telah saya sediakan boleh digunakan walaubagaimanapun, ia tidak
mencabar jika untuk mengajar murid-murid tahun 6. Melalui aktiviti yang telah saya
jalankan, murid-murid tahun 6 mungkin akan bosan kerana ia tidak mencabar tahap
kemampuan mereka. Jika murid-murid bosan, maka isi pengajaran yang ingin
disampaikan tidak dapat diterima oleh murid dengan baik. Antara kekurangan lain
adalah arahan yang diberikan terlalu panjang. Saya sepatutnya perlu meringkaskan
arahan saya supaya murid lebih faham dan dapat menjimatkan masa untuk
menjalankan setiap aktiviti. Slain itu, kelemahan yang dikatakan oleh pensyarah
pemantau juga adalah mengenai susunan murid. Murid lebih senang jika disuruh
berbaris dari membuat bentuk ladam kuda. Ini kerana murid sudah biasa dengan
arahan untuk berbaris..
Daripada kelemahan yang ada, banyak penambah baikan yang saya perlu
lakukan. Antaranya, untuk memilih aktiviti yang sesuai, saya perlu melihat murid tahun
berapa yang ingin diajar, dan membuat penilaian mengenai aktiviti yang akan dipilih
supaya proses pengajaran dapat dijalankan dengan lebih menarik dan tidak
memudaratkan diri murid-murid. Berkaitan dengan arahan yang diberikan, saya perlu
memberikan arahan yang ringkas dan padat. Selain itu juga saya boleh memberikan
arahan sambil menggunakan murid untuk mendemonstrasikan pergerakan yang ingin
diajar. Maka murid akan cepat memahami dan tangkap isi pengajaran yang ingin
disampaikan.
Sebagai kesimpulan, daripada microteaching yang telah dijalankan saya
merasakan ia adalah sesuatu yang sangat berfaedah kepada saya sebagai seorang
guru pelatih dalam menyediakan diri untuk menempuhi dunia sebagai seorang guru
yang sebenar. Ia juga merupakan satu pemerolehan ilmu yang berguna untuk menjadi

seorang guru yang mantap dalam menyediakan satu proses pengajaran dan
pembelajaran yang menarik dan terbaik.

Anda mungkin juga menyukai