Anda di halaman 1dari 3

Penulisan Refleksi Selepas Pengajaran Mikro

Selepas menjalankan program microteaching ini, saya mengadakan


perbincangan semasa kami dalam menghasilkan sebuah laporan yang lengkap
mengenai program mikro teaching ini yang akan dihantar kepada pensyarah untuk
disemak. Setiap daripada kami telah dibahagikan tugas untuk membuat laporan .
Pengumpulan maklumat, penulisan dan pendokumentasian hingga terhasilnya sebuah
laporan. Kami saling membantu sesama kami supaya tugas menjadi ringan dan tidak
wujud sebarang masalah komunikasi serta memastikan laporan dihantar mengikut
tarikah yang telah ditetapkan.
Setelah selesai sesi pengajaran , setiap kumpulan telah diingatkan supaya
memastikan peralatan yang digunakan semasa program mikro teaching itu adalah
cukup dan berada dalam keadaan baik. Oleh itu, dalam kumpulan kami, Saya telah
diminta untuk mengira kembali jumlah alatan yang digunakan supaya cukup . Hal ini
kerana alatan yang digunakan adalah dipinjam daripada stor sukan institut.Oleh itu
adalah sangat penting untuk memastikan alatan yang dipinjam dihantar dalam keadaan
baik dan cukup. Kesemua alatan yang digunakan oleh kumpulan kami cukup dan
berada dalam keadaan yang baik. Antara prosedur yang dijalankan dalam permohonan
peminjaman stor sukan
(1) Pastikan mendapat kebenaran dari Ketua Jabatan Pendidikan
Jasmani terlebih dahulu sebelum mengambil peralatan sukan dari stor.
(2) Sebagai langkah keselamatan, elakkan datang ke stor bersendirian
tanpa memaklumkan kepada KJ dan pensyarah.
(3) Membuat surat kebenaran meminjam peralatan dari stor sukan.
(4) Gunakan peralatan sukan mengikut kperluan sebaik-baiknya. Dilarang
menyalahgunakan peralatan-peralatan tersebut.
Kami juga berbincang kembali dengan pensyarah mengenai p&p yang dijalankan
sama ada berkesan dan penambahbaikan yang boleh dilakukan. Setelah kami
menjalankan sesi microteaching ini. Kami berjumpa dengan pensyarah untuk
penambahbaikan untuk sesi pengajaran yang akan datang serta format laporan yang
perlu ditulis sebagai tugasan kami untuk mata pelajaran ini, PJM3103
Saya juga sempat berbincang sedikit dengan rakan itu yang turut memerhatikan
sesi pengajaran yang kami lakukan . Dia memberikan respons positif dan menyatakan
sesi pengajaran kami dilakukan dalam keadaan yang terkawal dan boleh dipelbagaikan
lagi aktiviti dalam sesi pengajaran
Meneliti borang pemarkahan( Panduan penilaian Pengajaran Mikro) yang telah
diisi pleh penilai semasa menjalankan program pnp . Semasa kami menjalankan sesi
pengajaran kepada murid . markah kepada kami memalui dua orang wakil setiap
kumpulan.
Kami juga menyediakan satu jadual dan tarikh pelaksanaan tugasan ini bermula
daripada taklimat pensyarah , Penyediaan jadual ini membantu kami dalam merangkan
dan menyiapkan tugasan dalam tempoh yang ditetapkan dan memberi peluang kepada
kami
Pelbagai tenik pengajaran yang digunakan semasa melakukan sesi pengajaran.
Sebagai seorang guru, harus mengetahui teknik manakah yang sesuai digunakan
dalam sesi pengajaran supaya P&P berkesan kepada murid . Dalam pengajaran
mikroteaching yang kumpulan kami jalankan ini , kami telah menggunakan kaedah
pembelajaran kontekstual yang melibatkan komunikasi antara guru dengan murid. Pada
permulaan sesi pengenalan, kami menunjukkan contoh terlebih dahulu kepada murid
Bagi cadangan penambahbaikan, saya merasakan setiap guru perlu melakukan
demostrasi tanpa perlu banyak bercakap sebagaimana murid belajar dari peniruan. Ia
boleh menjimatkan masa di sampag setiap guru perlu peka dengan masa dan langkah
pengajaran yang telahpun disusun dalam RPH. Selain itu, setiap ahli kumpulan
dikehendaki menyusun peralatan terlebih dahulu dan membantu setiap ahli kumpulan
agar sesi pengajaran akan terus tersusun dan lancar tanpa sebarang masalah teknikal.
Masalah kedua yang dikenalpasti ialah komunikasi. Meskipun komunikasi 2 hala
wujud namun saya mendapati saya mempunyai masalah untuk berkomunikasi .
Sebagai bakal guru, saya merasakan guru perlu mahir dalam berkomunikasi agar apa
yang cuba disampaikan dapat difahami dan didengari secara jelas oleh murid-murid.
Sistem pengudaraan di gymnasium yang terbuka juga menjadikan guru perlu lantang
dalam bersuara agar arahan yang diberikan jelas dan dapat diikuti oleh semua murid-
murid.
Kesimpulan, saya merasa sangat bertuah kerana diberikan tugasan ini di
samping menimba pengalaman baru sebagai persedian awal untuk saya menjalani
latihan mengajar pada semester hadapan. Barulah saya sedar tugas mengajar
diperingkat kanak-kanak adalah sukar. Suasana sebenar mengajar murid-murid arus
perdana dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani ini tidaklah senang sebagaimana
yang disangka yang sebagai guru, kita perlu bijak bagi menjadikan sesi pengajaran kita
menarik dan berjalan lancar.
Bagi mereka yang tidak memahami tugas seorang guru, akan menganggap
semua orang boleh mengajar, namun hakikatnya tidak semua orang boleh mengajar
anak muridnya dengan cemerlang tanpa adanya latihan.Oleh yang demikian, tugas
mulia ini haruslah dipikul bersama untuk merealisasikan insan yang terbaik dalam
negara kita ini. Tugasan sebegini amat berguna kepada saya kerana dapat
memperlihatkan kelemahan yang dimiliki dan dilakukan ketika sesi pengajaran
Kelemahan yang ada bukanlah sebagai suatu keburukan pada diri sendiri tetapi adalah
untuk memperbaiki teknik, kaedah, pendekatan dan juga strategi yang digunakan ketika
mengajar.

Anda mungkin juga menyukai