Anda di halaman 1dari 3

Fasa Lompat Tinggi

Gaya Lompat Tinggi


Terdapat beberapa gaya lompat tinggi, iaitu gaya gunting, gaya timur, gaya guling barat, gaya
pelana dan gaya Fosbury Flop.
a) Gaya gunting
pelompat menuju ke palang secara bersudut dan melonjak dengan kaki yang berada di luar dari
palang. Semasa melepasi palang, pelompat berada dalam keadaan duduk berlunjur.
b) Gaya timur
pelompat menuju ke palang secara lurus dari hadapan (90%). Semasa melonjak, kaki bebas dihayun
secara tegak ke hadapan badannya dan pelompat melepasi palang secara mengiring.
c) Gaya guling barat
penujuan ke palang adalah secara bersudut seperti dalam gaya gunting. Pelompat melonjak dengan
kaki yang lebih dekat dengan palang. Kaki lonjakan berada dalam keadaan bengkok semasa
pelompat berguling selari dengan palang untuk membuat pelepasan.
d) Gaya pelana
Gaya ini adalah hampir sama dengan gaya guling barat. Pelompat menuju ke palang secara
bersudut. Ketika melepasi palang, muka pelompat memandang ke bawah dan keadaan badannya
seolah-olah meniarap di atas palang.
e) Gaya Fosbury Flop
Penujuan ke palang sebelum pelompat melonjak adalah secara melengkung. Pelompat melepasi
palang dengan membelakangi palang.
Gaya yang paling popular dan berkesan pada masa kini ialah gaya pelana dan gaya Fosbury Flop.
Walau bagaimanapun masih ada guru yang mengajar gaya gunting kepada murid-muridnya meskipun
gaya ini mempunyai banyak kekurangan. Mengikut prinsip mekanikal, gaya ini kurang berkesan
kerana seluruh berat badan pelompat terpaksa dibawa lebih tinggi dari paras palang sebelum
pelepasan dapat dilakukan dalam keadaan berlunjur. Meskipun demikian, gaya gunting masih boleh
diajar di atas sebab-sebab yang lain.
Gaya pelana adalah suatu gaya lompatan yang sesuai untuk pelompat yang mempunyai kaki
lompatan yang kuat. Bagi gaya Fosbury Flop pulapelompat yang nahir dalam penujuannya akan
dapat melepasi palang dengan mudah. Murid yang telah biasa dengan gaya gunting tidak akan
menemui kesulitan apabila diajar teknik lompatan Fosbury Flop. Cara membuat lonjakan bagi gaya
gunting mempunyai banyak persamaan dengan cara membuat lonjakan bagi gaya Fosbury Flop.
Gaya pelana
a) Penujuan
Biasanya pelompat akan berlari sebanyak tujuh hingga sembilan langkah menuju ke palang dari
sudut 30-45 darjah. Tiga langkah terakhir dibuat secara pantas dan terkawal. Badan pelompat
dicondongkan sedikit ke belakang dan kaki lonjak dibengkokkan sebagai persediaan untuk melompat
pada langkah yang terakhir.
b) Lonjakan
Sebaik sahaja kaki lonjak mencecah tandaan melonjak, pelompat hendaklah melompat dengan
kuat. Tindakan melonjak ini bermula dengan bahagian tumit dan disusuli dengan bahagian hujung
kaki. Serentak dengan tolakann ini, kaki bebas dihayun dengan kencang ke atas paras palang. Fasa
lonjakan ini juga dibantu dengan menghayunkan kedua-dua belah tangan ke atas.
c) Layangan
Setelah membuat lonjakan, badan dan kaki bebas pelompat berada dalam keadaan hampir selari
dengan palang yang berada di bawahnya. Ketika ini, badan dan kaki bebas pelompat berpusing
seolah-olah hendak membalut palang. Bahu dan kepala pelompat direndahkan sebaik sahaja
pelompat melepasi palang. Ini adalah untuk membantu pelompat membuat persediaan untuk
mendarat. Kaki lonjak mestilah menyusuli pergerakan badan tanpa diluruskan.
d) Pendaratan

Ketika di fasa pendaratan, pelompat memusingkan badannya dan mendarat di atas bahagian belikat
atau bahagian belakang badan.
KESALAHAN YANG BIASA DILAKUKAN DALAM LOMPAT TINGGI GAYA PELANA
a) Larian menuju palang terlalu pantas hingga tidak terkawal.
b) Badan ke hadapan semasa bahagian tumit kaki lonjak mencecah tanah.
c) Kaki bebas tidak dihayun secara maksimum ke atas.
d) Badan dikilas terlalu awal sebelum bahagian kepala dan bahu kanan melepasi palang.
GAYA FOSBURY FLOP
Gaya ini diperkenalkan oleh Dick Fosbury pada tahun 1968. Beliau telah memperkenalkan satu
teknik baru dalam bidang lompat tinggi di mana pelepasan palang dibuat dengan bahagian belakang
(bahu) dahulu dan pendaratan dibuat di belakang badan hampir sama dengan bahagian tengkuk.
Gaya ini sungguh popular pada masa kini dan tidak ada sebab mengapa murid-murid tidak diberi
peluang untuk mempelajarinya. Untuk tujuan keselamatan, guru mesti memastikan bahawa tilam
pendaratan yang mencukupi digunakan semasa pelajaran atau latihan.
a) Penujuan
Biasanya pelompat mengambil tujuh hingga sembilan langkah larian di mana tiga langkah terakhir
itu adalah dalam bentuk melengkung. Larian melengkung inilah yang menyediakan pelompat
melepasi palang dengan bahagian belakangnya dahulu. Cara menentukan penujuan bagi gaya
Fosbury Flop ditunjukkan dalam rajah di bawah.
b) Lonjakan
Ini adalah tindakan yang meledak. Sebaik sahaja pelompat mengakhiri larian yang melengkng, kaki
luarnya melonjak dengan kuat apabila memijak tanda lonjakan yang semakin hampir selari dengan
palang. Kedua-dua belah tangan dibengkokkan dan dihayun ke atas dan kaki bebas diangkat tinggi
dengan bahagian lutut juga dibengkokkan. Lutut ini digerakkan secara melintang badan untuk
membantu pusingan badan di udara supaya bahu menjadi selari dengan palang.
c) Layangan
Semasa di udara, pelompat menoleh ke belakang (memandang palang) sambil melentikkan
badannya. Tangan diletakkan di bahagian sisi badan dan kedua-dua belah kaki dibengkokkan di
bahagian lutut. Lentikan badan ini akan membantu bahagian punggung pelompat melepasi palang.
Kedua-dua belah kakinya diluruskan dan diangkat tegak ke atas. Tindakan ini dibuat supaya kaki
tidak tersangkut pada palang dan juga sebagai persediaan untuk pendaratan.
d) Pendaratan
Serentak dengan mengangkat kakinya ke atas, pelompat menarik kepala dan dadanya ke arah kaki.
Kedua-dua belah tangan diangkat ke atas dan pelompat mendarat di atas bahagian belakang
badannya (tulang belikat).
BUTIRAN MENGAJAR
a) Kepantasan masa penujuan hendaklah terkawal.
b) Gunakan tandaan semak supaya langkah-langkah larian menjadi sama atau seragam.
c) Melonjak cara meledak dan angkat kedua-dua belah tangan ke atas.
d) Lutut kaki bebas diangkat dan melintangi badan sebaik sahaja pelompat melonjak.
e) Lentikkan badan semasa melepasi palang.
f) Buka kaki sedikitsemasa meluruskannya ke atas.
PERATURAN ASAS ACARA LOMPAT TINGGI
a) Peserta mestilah melonjak dengan sebelah kaki.
b) Peserta boleh mula melompat di mana-mana ketinggian yang disukainya.
c) Sesuatu lompatan akan dikira batal jika peserta menyentuh palang dan tidak melompat,
menjatuhkan palang semasa membuat lompatan atau menyentuh kawasan mendarat apabila tidak
berjaya melompat.
d) Peserta yang gagal melompat melintasi palang sebanyak tiga kali berturut-turut (tanpa diambil

kira di paras mana kegagalan itu berlaku) akan terkeluar daripada pertandingan.
e) Seserang peserta berhak meneruskan lompatannya (walaupun setelah semua peserta yang lain
gagal) sehingga dia tidak dapat meneruskannya lagi mengikut peraturan.
f) Ketinggian lompatan diukur secara menegak dari paras tanah hingga ke bahagian tengah atas
palang.

Anda mungkin juga menyukai