Anda di halaman 1dari 3

Temu ramah bersama Guru Sains

Nurhajrina:

Selamat pagi, Cikgu. Bolehkah saya menemuramah cikgu

Guru:
Nurhajrina:

berkenaan aktiviti P&P di dalam kelas Sains?


Selamat pagi. Boleh, apa salahnya.
Selalunya apakah teknik pengajaran yang cikgu gunakan untuk

Guru:

mengajar Sains?
Selalunya saya akan menggunakan aktiviti praktikal dan amali.
2 masa untuk praktikal dan satu masa lagi untuk melihat cd
courseware dari KPM. Melainkan jika ada masa di dalam
kelas, kami akan membuat perbincangan. Namun begitu,
setiap sesi P&P akan ada sesi perbincangan. Contohnya
selepas amali, pelajar akan membuat laporan tentang aktiviti
atau eksperimen yang mereka telah buat. Selepas itu barulah
saya akan memberikan maklum balas tentang perolehan

Nurhajrina:

mereka.
Adakah teknik yang cikgu unakan boleh digunapakai terhadap

Guru:

pelajar yang berlainan kebolehannya?


Kebetulan juga sekolah ini memang mengamalkan sistem
streaming. Jadi murid-murid yang berada dalam satu-satu
kelas itu kebolehannya hampir sama. Pada masa ini, saya
mengajar 6Dahlia. Kelas tu, boleh dikatakan kelas pandai.
Jadi, para pelajarnya boleh mengikuti apa-apa arahan dari
saya. Mereka boleh paham sendiri, buat sendiri mengikut
arahan saya. Jadi, tak perlu saya bahagikan mereka mengikut

Nurhajrina:
Guru:
Nurhajrina:

kumpulan.
Pernahkah cikgu mengajar kelas yang lemah?
Pernah.
Bagaimana teknik atau pendekatan yang cikgu gunakan untuk

Guru:

pelajar-pelajar yang lemah?


Pelajar yang lemah ini memerlukan bimbingan. Maksudnya
mereka ini perlu dibimbing seorang demi seorang. Baca
bersama, terangkan, kemudian baru buat eksperimen. Kalau
kelas yang pandai tadi, saya hanya bertindak sebagai
pemantau sahaja. Tapi kalau kelas yang lemah, saya harus

menjadi pembimbing. Mereka perlu ditunjuk bagaimana


Nurhajrina:
Guru:

melakukan sesuatu benda.


Pendekatan?
Kalau di kelas yang pandai, cikgu menggunakan kaedah
mentoring

manakala

di

kelas yang

lemah

pula

cikgu

Nurhajrina:

menggunakan pendekatan yang lebih kepada guiding.


Boleh tak cikgu menggunakan teori Constructivisme untuk

Guru:
Nurhajrina:

kelas yang lemah?


Kuranglah.Kalau boleh pun cuma 50% sahaja yang berkesan.
Katakanlah aktiviti atau pendekatan yang cikgu pilih untuk
kelas pada hari itu tidak dapat mencapai matlamatnya, apakah

Guru:

yang akan cikgu lakukan?


Murid-murid yang tidak dapat mengikuti pengajaran pada hari
itu akan mengikuti remedial oleh cikgu. Maksudnya, murid
yang lemah itu akan menghadiri sesi pemulihan sementara
yang lain akan membuat aktiviti lain.
Untuk aktiviti praktikal pula, jika ada satu-satu kumpulan yang
tidak dapat mengikuti rentak pembelajaran pada hari itu,
mereka akan dipecahkan dan masuk ke kumpulan-kumpulan
yang lain. Tak pun, cikgu akan membuat demonstrasi dulu
sebelum membenarkan mereka melakukan eksperimen.
Alternatif terakhir, cikgu akan mennyusun sendiri radas
tersebut dan mereka akan melakukan pemerhatian dan

Nurhajrina:

prosedur yang lebih mudah.


Bagaimana pula dengan penggunaan ABM dan BBM semasa

Guru:

kelas?
Selalunya cikgu akan menggunakan alatan dan radas di dalam
makmal untuk eksperimen, CD courseware dari KPM serta
bahan-bahan ICT. Bahan-bahan ABM seperti kad manila dan
lukisan jarang cikgu gunakan. Worksheet pula cikgu gunakan

Nurhajrina:

sebagai pengukuhan setelah satu-satu tajuk habis dipelajari.


Dalam tema Investigating Materials, apakah contoh-contoh
tajuk

yang

boleh

bereksperimen.

cikgu

ajari

menggunakan

kaedah

Guru:

Contohnya tajuk states of matter, acid and base dan lain-lain.


Dalam tema Investigating materials ini memang banyak tajuk
yang boleh diajar menggunakan kaedah eksperimen, amali,

Nurhajrina:

dan hand-on.
Untuk kawalan kelas pula bagaimana? Bolehkah cikgu
memberikan tips-tips yang berguna untuk saya sebagai bakal

Guru:

guru?
Kawalan kelas tu memang sesuatu yang sukar terutamanya
kepada guru baru. Cikgu pun mengambil masa selama 3 tahun
untuk memperoleh kemahiran mengawal kelas dengan baik.
Terdapat banyak kaedah untuk mengawal kelas, terpulang

Nurhajrina:

kepada jenis murid dan persekitaran kelas tersebut.


Rasanya itu sahaja soalan saya pada hari ini cikgu. Terima

Guru:

kasih atas tips dan kesudian cikgu ditemuramah pada pagi ini.
Baiklah. Sama-sama.

Anda mungkin juga menyukai