Anda di halaman 1dari 14

PERANCANGAN AKADEMIK

SEMESTER JULAI SESI 2021/2022 (JJ212)

BPME 2013
KEMAHIRAN & GELAGAT
KEUSAHAWANAN

PUSAT PENDIDIKAN PROFESIONAL DAN LANJUTAN (PACE),

PROGRAM PENDIDIKAN JARAK JAUH (PJJ)

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

1
KOD KURSUS : BPME2013
KURSUS : KEMAHIRAN & GELAGAT KEUSAHAWANAN
JAM KREDIT :3

SINOPSIS

Kursus ini menekankan aspek pembangunan peribadi usahawan mengenai


kemahiran dan kelakuan yang diperlukan untuk menjadi seorang usahawan yang
berjaya. Pelajar akan didedahkan kepada sejarah dan konsep keusahawanan,
menanamkan budaya keusahawanan, ciri-ciri usahawan yang berjaya, motivasi ke
arah keusahawanan, membangunkan rangkaian keusahawanan dan jenis
kepimpinan yang sepatutnya menjadi usahawan yang berjaya. Selain itu, pelajar
akan didedahkan kepada kemahiran pemikiran kreatif dan inovatif.

OBJEKTIF

Pada akhir kursus ini, pelajar diharap dapat

1. Memperoleh pengetahuan dan kemahiran pengurusan yang berkaitan


dalam membangunkan perniagaan.
2. Mengenal pasti hubungan motivasi dan inovasi keusahawanan dalam
membangunkan perniagaan.
3. Mewajarkan kepentingan kepimpinan dalam mencapai matlamat
organisasi.
4. Mewajarkan kepentingan rangkaian dalam membangunkan perniagaan.
5. Menggunakan pengetahuan, kemahiran pengurusan dan kepimpinan
dalam konteks perniagaan.

PENGENDALIAN KURSUS

Kursus ini dikendalikan secara pembelajaran kendiri di mana pelajaran akan


dibekalkan dengan modul khusus sebagai rujukan utama. Di dalam modul ini
pelajar telah pun dilengkapkan dengan soalan latihan dan penilaian kendiri
sebagai tambahan kepada nota. Bagi memperolehi pemahaman yang berkesan,
pelajar dinasihatkan untuk membaca rujukan lain (sebarang buku berkenaan
keusahawanan). Pelajar juga dinasihatkan untuk menjawab soalan-soalan
tambahan yang selalunya disediakan di hujung setiap bab di dalam buku rujukan.
Cara ini akan dapat membantu pelajar untuk memahami dengan lebih jelas serta
dapat meningkatkan kemahiran pelajar menggunakan teori-teori yang dipelajari
dalam menganalisa hal yang berkaitan.

Di samping pembelajaran kendiri melalui modul khusus yang dibekalkan, empat


sesi perjumpaan antara pelajar dengan tenaga pengajar telah diatur dan jadual
perjumpaan telah ditetapkan. Di dalam setiap pertemuan yang telah dijadualkan,
penumpuan akan lebih diberikan kepada sesi perbincangan dan soal jawab.

2
Maka, dengan itu adalah menjadi KEWAJIPAN pelajar membuat beberapa
persediaan berikut sebelum hadir ke setiap sesi perjumpaan:
I. Membaca terlebih dahulu topik-topik yang telah ditetapkan untuk setiap sesi
pertemuan.
II. Membuat rujukan tambahan tentang isu-isu semasa yang berkaitan dengan
pembelajaran (misalnya rencana akhbar, majalah atau jurnal) yang boleh
dibincangkan di dalam kelas.
III. Memberi kerjasama dan bersedia untuk melibatkan diri dalam sesi perbincangan
yang dikendalikan.

Jadual sesi pertemuan disertakan dalam bahagian seterusnya.


Walaubagaimanapun adalah diingatkan bahawa jadual tersebut tertakluk kepada
pindaan. Oleh itu, pelajar diminta sentiasa berhubung dengan pensyarah dan
penyelia pusat untuk mendapatkan maklumat terkini.

PENILAIAN KURSUS

Penilaian ini akan dilakukan berdasarkan kepada:

Kuiz 10%
Tugasan Kumpulan
Tugasan 1 - Berkumpulan (Laporan Projek) 35%
Tugasan 2 - Video 3-5 minit (Berdasarkan Laporan Projek) 15%

Pentaksiran Akhir: Tugasan Individu - Kajian Kes (2 set soalan) 40%


JUMLAH 100%

TUGASAN (50%)

Terdapat dua tugasan yang akan diberikan kepada pelajar pada pertemuan
PERTAMA. Tugasan pertama ialah penyediaan projek berkenaan
Pembangunan Konsep Perniagaan (Produk/Servis) melalui kemahiran dan
gelagat keusahawanan yang membawa kepada 35% markah daripada markah
keseluruhan. Soalan-soalan bagi tugasan pertama boleh dirujuk pada
Kandungan Tugasan Pertama. Tugasan kedua pula ialah Video 3-5 minit
berdasarkan Laporan Projek tugasan pertama yang membawa kepada 15%
daripada jumlah markah keseluruhan. Pelajar diingatkan agar menepati tarikh
akhir penghantaran tugasan-tugasan tersebut.

Bagi memudahkan penyerahan tugasan, maka semua pelajar telah ditetapkan


untuk menghantar kepada pensyarah pada Pertemuan KEEMPAT (Tugasan 1 &
2). Plagiat bagi tugasan adalah DILARANG dan boleh mengakibatkan pelajar
mendapat status GAGAL bagi tugasan tersebut.

PERINGATAN: Kelewatan menyerahkan tugasan akan dikenakan penalti


dalam bentuk potongan markah.

3
KUIZ (10 %)

Kuiz akan diadakan pada pertemuan KEDUA. Soalan kuiz akan disediakan oleh
pensyarah pusat masing- masing merangkumi bab 1,2 dan 3.

PENTAKSIRAN AKHIR: INDIVIDU KAJIAN KES – 2 set soalan (40%)

2 set soalan KAJIAN KES yang akan diberikan kepada pelajar iaitu pada
pertemuan KEEMPAT yang membawa kepada 40% markah daripada markah
keseluruhan. Pelajar diingatkan agar menepati tarikh akhir penghantaran Kajian
Kes tersebut.

Bagi memudahkan penyerahan Kajian Kes tersebut, maka pelajar telah ditetapkan
untuk menghantar tugasan kepada pensyarah melalui platform UUM Online
Learning atau email pada tarikh yang ditetapkan. Tugasan Individu Kajian Kes –
2 set soalan ini perlu diserahkan pada pertemuan KELIMA (ditentukan oleh
HEA).

RUJUKAN UTAMA

Kuratko, D. F., & Hodgetts, R. M. (2007). Entrepreneurship: A contemporary


approach (7th ed). US: Harcourt College Publishers.
Norita, D., Armanurah, M., Habshah, B., Norashidah, H., & Ooi. Y.K. (2010).
Keusahawanan: Teori dan Praktis (Edisi 2) Kuala Lumpur: McGraw-Hill
(Malaysia) Sdn Bhd.
Brown, T. (2009). Change by design: How design thinking transforms
organizations and inspires innovation (1st ed). Harper Collins Publisher.

RUJUKAN TAMBAHAN

Barringer, B.R., & Ireland, D. (2009). Entrepreneurship: Successfully Launching


New Ventures (3rded). Prentice Hall
Hisrich, R., Peters, M., & Shepherd, D. (2009). Entrepreneurship (8 th ed).
McGraw-Hill/Irwin.
Bygrave, W.D., & Zacharakis, A. (2007). Entrepreneurship. Wiley.
Kuratko, D.F. (2008). Entrepreneurship: Theory, Process, and Practice (8 th ed).
South-Western College Pub.

4
PANDUAN BELAJAR

Pelajar boleh menggunakan objektif pembelajaran pada awal setiap pelajaran


sebagai panduan untuk mengikuti kandungan perbincangan sesuatu pelajaran.
Objektif ini juga boleh dijadikan sebagai kayu pengukur terhadap tahap
pemahaman pelajar di akhir sesuatu pelajaran. Khususnya, pelajar harus
bertanya kepada diri sendiri sama ada beliau sudah mengetahui dan memahami
setiap objektif yang tertulis. Sekiranya pelajar mendapati bahawa beliau kurang
faham atau gagal mencapai objektif-objektif tersebut, maka pelajar perlu
membaca semula pelajaran tersebut dan tandakan para atau pun ayat yang tidak
difahami. Pelajar boleh mengajukan sebarang pertanyaan yang ada kepada
pensyarah semasa sesi pertemuan yang diadakan setiap bulan atau berhubung
melalui e-mel. Selain itu, pelajar juga digalakkan untuk berbincang dengan rakan-
rakan sekursus untuk mendapatkan pemahaman yang lebih, di samping
berkongsi pendapat.

Tugasan yang diberikan harus mendapat perhatian yang serius daripada pelajar.
Pelajar harus mempunyai iltizam untuk menghasilkan kerja tugasan yang baik
dan berkualiti terutama bagi tugasan 1. Ini adalah kerana tugasan bukan
sahaja boleh membantu memudahkan proses pembelajaran dan persediaan
untuk menghadapi peperiksaan; tetapi ia juga akan menyumbangkan kepada gred
akhir pelajar untuk kursus ini.

Akhir kata, pelajar adalah diingatkan bahawa persediaan awal sebelum


menghadiri perjumpaan/kuliah dan komitmen pelajar terhadap kursus ini amat
penting. Hanya dengan persediaan awal dan komitmen yang tinggi daripada
pelajar sahaja keputusan yang cemerlang akan dapat dikecapi pelajar.

5
6
PUSAT PENDIDIKAN PROFESIONAL DAN LANJUTAN (PACE), UUM
PROGRAM PENDIDIKAN JARAK JAUH (PJJ)

SEMESTER JULAI SESI 2021/2022 (JJ212)

JADUAL SESI PERTEMUAN DAN PENTAKSIRAN AKHIR (UUM)

Tarikh/Tempat Pertemuan Modul Tempoh


Pertemuan  Penerangan keseluruhan 4 jam
1 kursus
08/08/2021  Kuliah dan perbincangan
2:30 – 6:30 BAB 1, 2 & 3
p.m.  Perbincangan tugasan
Pertemuan  Kuliah dan perbincangan 4 jam
29/08/2021 2 4&5
2:30 – 6:30  Kuiz (Bab 1,2 & 3)
p.m.
 Perbincangan tugasan
Pertemuan  Kuliah dan perbincangan 4 jam
26/09/2021 3 6,7 &8

2:30 – 6:30
p.m.
Pertemuan  Kuliah dan perbincangan 4 jam
17/10/2021 4 9 &10
 Ulangkaji
2:30 – 6:30  Pembentangan Video
p.m. Tarikh serahan Tugasan
Kumpulan
Akan Pertemuan Tarikh serahan Tugasan 1 minggu
ditentukan. 5 Individu Kajian Kes

Tempoh
Peperiksaan

15-22/11/2021
* Tarikh dan Tempat Peperiksaan Akhir Akan Dimaklumkan Kemudian

TENAGA PENGAJAR

Nama Pensyarah No. Telefon/No. Bilik E-mel


DR. MOHD. SUFLI 019-5900052/ mohdsufli@uum.edu.my
BIN YUSOF 04-928 7518
384, Bangunan SBM

7
8
Tugasan Kumpulan (Tugasan 1)
Pembangunan Konsep Perniagaan
Produk/Perkhidmatan

INCLUDEPICTURE "http://www.ahmadhumaizi.com/uum.jpg" \*
MERGEFORMATINET INCLUDEPICTURE
"http://www.ahmadhumaizi.com/uum.jpg" \* MERGEFORMATINET
INCLUDEPICTURE "http://www.ahmadhumaizi.com/uum.jpg" \*
MERGEFORMATINET INCLUDEPICTURE
"http://www.ahmadhumaizi.com/uum.jpg" \* MERGEFORMATINET
INCLUDEPICTURE "http://www.ahmadhumaizi.com/uum.jpg" \*
MERGEFORMATINET INCLUDEPICTURE
"http://www.ahmadhumaizi.com/uum.jpg" \* MERGEFORMATINET
INCLUDEPICTURE "http://www.ahmadhumaizi.com/uum.jpg" \*
MERGEFORMATINET INCLUDEPICTURE
"http://www.ahmadhumaizi.com/uum.jpg" \* MERGEFORMATINET

PROGRAM PENDIDIKAN JARAK JAUH (JJ212) UUM

BPME 2013 – KEMAHIRAN & GELAGAT KEUSAHAWANAN

1. Pelajar dikehendaki memikirkan idea, sama ada dalam bentuk produk


atau perkhidmatan. Idea ini mencerminkan peluang perniagaan yang
dapat dikenal pasti berdasarkan pemerhatian anda terhadap masalah
yang dihadapi oleh masyarakat di lingkungan anda.

2. Pelajar perlu mengenalpasti masalah utama dan menerangkan


bagaimana anda mampu mengubah masalah tersebut menjadi suatu
peluang perniagaan.

3. Kemudian jelaskan bagaimana proses penjanaan idea, serta


penjelasan bagaimana idea yang dicipta dapat berkembang sebagai
produk perniagaan. Terangkan secara terperinci bahan yang dipilih
sebagai bahan mentah, dan kaedah atau teknologi untuk
menciptanya.

4. Seterusnya, jelaskan mengapa kumpulan anda yakin bahawa produk


itu akan dituntut oleh komuniti, mengenal pasti segmen dan
demografi masyarakat yang memerlukannya, serta faktor-faktor yang
mungkin menjadi pertimbangan utama masyarakat dalam

9
keputusannya untuk memilih dan membeli produk atau perkhidmatan
ini.

FORMAT TUGASAN:

1. Bahan rujukan anda perlulah yang TERBARU (keluaran 2010-2018).

2. Rujukan perlu mengikut format AMERICAN PSYCHOLOGICAL


ASSOCIATION (APA).

3. Pelajar dikehendaki mengikut turutan yang disenaraikan di bawah


dalam laporan tugasan:

i. Muka depan (nama pusat, sesi, kod/nama kursus, tajuk, nama


pensyarah, nama/nombor matrik dan tarikh serahan).
ii. Skema markah (Sila lihat Lampiran 2)
iii. Senarai Isi kandungan
iv. Kandungan Tugasan (ikut tugasan)
v. Rujukan
vi. Lampiran

4. Tugasan hendaklah bertaip menggunakan kertas A4 dengan langkau


1.5 baris (1.5 spacing).

5. Gunakan tulisan (font) ARIAL berskala 12 point.

6. Jumlah muka surat ialah tidak melebihi 20 muka surat.

7. Setiap helaian kertas tugasan perlu ditaipkan nombor muka surat,


kod kursus dan nama kursus.

8. Anda dibenarkan membuat tugasan ini sama ada dalam Bahasa


Malaysia ATAU Bahasa Inggeris.

9. Sila gunakan tanda bacaan yang betul.

10. Markah keseluruhan tugasan anda akan dipotong jika terdapat


kesalahan menaip (typo error), kesalahan ejaan (spelling error) dan
kesalahan tatabahasa (grammatical error).

11. Sebarang alasan di atas KELEWATAN menghantar tugasan TIDAK


AKAN DITERIMA.

12. Sebarang tugasan yang terbukti ada unsur-unsur plagiarisme,


peniruan atau persamaan isi kandungan, susunan ayat dan sebarang
bentuk kecurangan akademik tidak akan diberi sebarang markah.

10
13. Jika didapati tugasan anda tidak memenuhi mana-mana syarat yang
ditetapkan di atas, maka markah keseluruhan tugasan akan dipotong
dengan sewajarnya.

14. Sebarang permasalahan atau persoalan, sila rujuk pensyarah anda.

Lampiran 1

SKEMA MARKAH TUGASAN PERTAMA (LAPORAN PROJEK)

NO Penilaian Markah yang Markah


diperuntukkan yang
diperolehi
1 Latar belakang syarikat yang 5
mengeluarkan produk/servis
2 Ulasan terhadap produk/servis 5
contohnya kegunaan produk dll
3 Ulasan terhadap masalah 15
utama dan bagaimanaia nya
mampu berubah dari masalah
kepada peluang perniagaan
4 Penjelasan mengenai proses 15
penjanaan idea, serta
bagaimana idea yang dicipta
dapat berkembang sebagai
produk/ servis perniagaan,
bahan-bahan yang dipilih
secara terperinci sebagai
bahan mentah, dan kaedah
atau teknologi untuk
menciptanya
5 Kesimpulan: 5
Keyakinan terhadap produk/
servis oleh segmen masyarakat
yang memerlukannya
6 Rujukan dan lampiran dan 5
softcopy
Jumlah markah 50 markah

11
Komen:

Tandatangan Pemeriksa : _________________________

Nama Pemeriksa : _________________________

Tarikh : _________________________
Tugasan Kumpulan (Tugasan 2)
Persembahan Video

INCLUDEPICTURE "http://www.ahmadhumaizi.com/uum.jpg" \*
MERGEFORMATINET INCLUDEPICTURE
"http://www.ahmadhumaizi.com/uum.jpg" \* MERGEFORMATINET
INCLUDEPICTURE "http://www.ahmadhumaizi.com/uum.jpg" \*
MERGEFORMATINET INCLUDEPICTURE
"http://www.ahmadhumaizi.com/uum.jpg" \* MERGEFORMATINET
INCLUDEPICTURE "http://www.ahmadhumaizi.com/uum.jpg" \*
MERGEFORMATINET INCLUDEPICTURE
"http://www.ahmadhumaizi.com/uum.jpg" \* MERGEFORMATINET
INCLUDEPICTURE "http://www.ahmadhumaizi.com/uum.jpg" \*
MERGEFORMATINET INCLUDEPICTURE
"http://www.ahmadhumaizi.com/uum.jpg" \* MERGEFORMATINET

PROGRAM PENDIDIKAN JARAK JAUH (JJ212) UUM

BPME 2013 – KEMAHIRAN & GELAGAT KEUSAHAWANAN

1. Pelajar dikehendaki menyediakan video 3-5 minit berdasarkan projek


kumpulan (tugasan 1).
2. Video mesti berbentuk penjelasan tentang projek kumpulan dengan
menggunakan gabungan multimedia dan bukannya berbentuk “Talk
and Record”

12
FORMAT TUGASAN:

1. Video mesti dalam lingkungan 3-5 minit.


2. Dihantar dalam bentuk softcopy (CD) dalam format AVI, MPEG
ataupun WMV sahaja.

LAMPIRAN 2

NO Penilaian Markah yang Markah yang


diperuntukkan diperolehi
1 Aturan kandungan/Isi 5 markah

2 Kualiti audio dan video 5 markah

3 Kejelasan isi 25 markah


persembahan

4 Elemen teknikal 10 markah

5 Kualiti persembahan 5 markah

Jumlah markah 50 markah

Komen: _____

13
Tandatangan Pemeriksa : _________________________

Nama Pemeriksa : _________________________

Tarikh : _________________________

14

Anda mungkin juga menyukai