Anda di halaman 1dari 5

Moderator

Selamat pagi, salam sejahtera dan salam sehati sejiwa kepada Puan Roslimah dan rakan-rakan sekalian. Pada pagi ini,

kita

bersyukur kerana berpeluang membincangkan satu topik yang saya hangat di kalangan guru pelatih iaitu kreatif dan inovasi. Tanpa
melengahkan masa, izinkan saya memperkenalkan ahli-ahli panel, iaitu Saudara Sutherson a/l Govindasamy, Saudari Ong Zhi Ting,
Saudara Loh Kent Chee. Dan saya Huong Hong Ming akan berperanan sebagai moderater sepanjang forum ini. Tajuk forum pada pagi
ini ialah " sejauh manakah latihan keguruan boleh menyediakan kita menjadi guru yang kreatif dan inovasi ". Seterusnya saya
Panel 1

mempersilakan ahli panel kita memberi pandangan tentang keberkesanan kursus-kursus melatih seorang guru yang berkreativiti tinggi.
Selamat pagi, Puan Roslimah dan rakan-rakan. Untuk makluman anda semua, setiap guru pelatih diwajibkan untuk mengambil kursus
WAJ 3107 iaitu Seni Dalam Pendidikan atau lebih dikenali sebagai SDP pada PISMP Semester 4. Kursus ini bertujuan untuk memberi
pengenalan kepada kepentingan seni dalam pendidikan bagi mengembangkan proses PdP untuk mencapai pembelajaran optimum,
menyeluruh dan menyeronokkan. Kursus ini membantu guru-guru menjalankan aktiviti untuk meneroka, mengalami dan ekspresi yang
melibatkan kepekaan deria. Kursus ini menekankan kepentingan aktiviti Seni Visual, Muzik dan Pergerakan yang melibatkan imaginasi,
ekspresi, inkuiri dan kepelbagaian kecerdasan. Nilai estetika saya mencapai satu tahap ketinggian yang baru setelah mempelajari

Panel 2

teknik-teknik melukis, menghasilkan corak dan sebagainya. Rasa macam setanding guru PSV...
Selamat pagi, Puan Roslimah dan rakan-rakan. Saya ingin buat penambahan berasakan pandangan Suadara Sutherson tadi. Kursus
SDP sebernarya boleh melahirkan individu yang berbudaya dengan mengamalkan pertimbangan kesenian, berjiwa kreatif, inovatif, dan
mempunyai jati diri yang tinggi. Penggabungan tiga jenis seni yang terdiri daripada seni visual, seni muzik dan seni pergerakan akan
membantu pembentukan insan yang lebih bersifat holistik dan menyeluruh. Saya mangenali lagu-lagu yang pelbagai genre dan ilmu ini

Panel 3

dimanfaatkan semasa memilih lagu yang sesuai untuk sesi pemanasan badan semasa PdP.
Selamat pagi, Puan Roslimah dan rakan-rakan. Pengalaman saya menyertai kursus SDP ini melatihkan saya supaya menggunakan
pelbagai kemahiran, media, teknik dan teknologi untuk mengekspresikan hasil kerja. Saya mula menyedari dan menghargai suasana
seni dalam persekitaran kerana ia dapat meningkatkan keselesaan hidup.Contohnya perisian komputer seperti audacity digunakan

Moderator
Panel 1

:
:

untuk mengubah rentak lagu agar lagu tersebut disesuaikan dengan situasi.
Selain daripada SDP, adakah kursus lain yang membantu anda semua meningkatkan ilmu dari segi inovasi?
Ada. Saya minta rakan-rakan mangimbas kembali kursus-kursus yang pernah kita lalui semasa PPISMP. Masihkah anda ingat subjek
Senaman Kalisteknik? Kalistenik ialah senaman yang merangkumi pelbagai pergerakan asas. Senaman kalistenik merupakan satu
aktiviti yang serupa dengan sukan gimnastik. Tapi senaman kalistenik bukan sukan jenis gimnastik. Senaman kalistenik adalah
senaman daripada pergerakan asas yang dilakukan secara lokomotor atau bukan lokomotor. Senaman kalistenik juga dapat dilakukan
secara manipulasi alatan.

Panel 2

Ya,ya. Sebagai seorang guru pelatih major PJ, saya sangat setuju yang senaman kalisteknik dapat menyediakan saya sebagai
seorang guru PJ yang kreatif. Saya masih ingat kami diminta untuk membentuk kumpulan kecil dan membuat persembahan. Saya dan
rakan-rakan membincang supaya pergerakan-pergarakan kami nampak lebih menarik. Formasi-formasi yang pelbagai juga dicipta

Panel 3

untuk menawan hati penonton. Hebat tau...


Saya masih ingat persembahan-persembahan yang dipersembahkan oleh kami pada hari itu. Memang hebat-hebat belaka. Senaman
kalisteknik bukan sahaja medan untuk menunjukkan kreativiti maka ia juga melatih kami menjadi lebih berinovasi. Pelbagai alatan DIY
digunakan untuk membuat persembahan. Contohnya, kumpulan saya memotong kayu penyapu menjadi beberapa kerat sebagai
senjata dalam tarian bertema seni mempertanhankan diri. Kami membalut senjata itu dengan kertas pelbagai corak supaya menaikan

Moderator

lagi semangat ahli-ahli kumpulan.


Nampaknya kursus-kursus dalam IPG memang membantu dalam meningkatkan tahap kreativiti dan inovasi. Adakah aktiviti-aktiviti lain

Panel 1

yang boleh membawa impak yang sama?


Pada masa PISMP Semester 2, kami menghadiri kursus Literasi Bahasa Melayu. Bagi memenuhi kriteria dalam kursus ini, kami perlu
mengadakan satu pameran literasi bahasa melayu pada hujung semester. Setiap unit ada gerai sendiri untuk mempamerkan BBM
yang dihasilkan. Setiap gerai ada tema yang tersendiri. Hari itu, unit kami menggunakan tema candy crush yang mementingkan bbm

Panel 2

yang berwarna-warni.
Salah seorang rakan dari kelas kami, tak silap ialah Woei Tian, memakai kostum yang dipenuhi dengan gambar-gambar gula-gula dan
coklat. Dia berjalan-jalan di sekeliling kawasan pameran untuk mengedarkan gula-gula dan coklat. Pengunjung boleh mengambil
gambar dengannya. Murid prasekolah sangat gembira apabila terima gula-gula dan coklat sebelum masuk ke gerai kami. Selepas tu,
kami mendemonstrasi cara menggunakan setiap bbm yang dihasilkan kepada murid prasekolah. Mereka memang tertarik dengan bbm

Panel 3

yang berwarna-warni.
Oh! Saya ingat pameran tu. BBM yang kami hasilkan sepanjang semester 2 dipamerkan dalam gerai kami. Pameran ini memberi
peluang dan pendedahan secara langsung kepada kami untuk melaksanakan satu pameran yang melibatkan seluruh warga IPG. Kami
sama-sama berbincang tentang cara menyusun setiap bbm pada meja yang berlainan, cara menjemput tetamu yang mengunjungi
gerai dan cara menggunakan setiap bbm dengan jelas. Pada masa itulah, kami dapat berkongsi dan bertukar pendapat antara satu

Moderator

sama lain.
Owh...Menariknya...Adakah anda semua mengunjungi gerai bbm unit lain? Apakah pengetahuan atau pengalaman yang anda perolehi

Panel 1

dari gerai bbm unit lain?


Saya ada mengunjungi gerai unit lain. Ketika itu, Unit Bahasa Tamil menggunakan persembahan boneka untuk bercerita kepada murid.
Mereka menggunakan props kartun yang sendiri hasilkan. Pada masa itu, saya baru tahu pameran bbm bukannya terhad dalam
mempamerkan bbm sahaja.

Panel 2

Ada juga unit yang menggunakan video klip sebagai bbm mengajar. Video tu ada kartun dan muzik. Video tu juga dicipta sebagai
permainan elektronik untuk memberi penilaian sama ada murid faham topik pengajaran atau tidak. Penggunaan video dapat
memenuhi hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia yang mementingkan penggunaan kemahiran ICT dan komunikasi. Saya berasa

Panel 3

video klip merupakan satu bbm yang sangat bagus kerana murid sekarang ni suka dan mudah tertarik dengan alat elektronik.
Yaya. Ada rakan unit lain juga mengajar saya menggunakan kotak, botol dan kain terbuang untuk menghasilkan satu bbm bagi
permainan tikam. Melalui pameran ini, saya dapat meningkatkan pengetahuan terhadap bbm yang kreatif. Pameran BBM ini memberi

Moderator
Panel 1

peluang kepada guru pelatih berbincang dan bertukar pendapat cara menghasilkan bbm yang lebih kreatif dan inovasi.
Menurut pandangan kalian, sejauh manakah IPG memupuk usaha mencipta, mereka dan menggunakan bahan-bahan baru dalam

pengajaran harian?
Saya masih ingat senior-senior pernah memberitahu saya kampus kita pernah menganjurkan Hari Inovasi IPRM pada April 2011.
Kampus-kampus terdekat juga dijemput untuk sama-sama memeriahkan program ini. Mereka saling bertukar pendapat tentang

Panel 2

penghasilan bbm dan cara aplikasinya. Ini bukti selama ini IPG memang mementingkan bahan ciptaan baru.
Program-program sebegini sebenarnya bukan sahaja dijalankan di kampus kita. IPGM dengan kerjasama Institut Pendidikan Guru
Kampus Pulau Pinang telah melaksanakan Pertandingan Kreativiti dan Inovasi IPG Peringkat Kebangsaan 2015 di Pulau Pinang.
Pertandingan bertaraf kebangsaan ini bertema Kreativiti dan Inovasi Penjana Peningkatan Profesionalisme Keguruan. Memang jelas

Panel 3

niat IPGM hendak memupuk semangat kreatif dan inovatif di kalangan pendidik.
Nama pertandingan itu memang gempak! Setahu saya ramai perserta yang menyertainya. Bukan sahaja guru pelatih tetapi pensyarah
juga turut serta sekali dalam pertandingan ini. Objektifnya iaitu melahirkan pensyarah dan pelajar yang mampu menghasilkan inovasi
dalam pelaksanaan kurikulum dan pengajaran dan pembelajaran serta membudayakan inovasi dalam kalangan warga IPG memang

Moderator

tercapai.
Di samping itu, adakah kalian bersetuju dengan pendapat bahawa pertandingan inovasi membuka peluang kepada guru pelatih untuk

Panel 1

merealisasikan hasrat KPM seperti pembelajaran berpusatkan murid dan sebagainya.


Ya. Saya bersetuju dengan apa yang anda telah kata tadi. Semasa pertandingan inovasi IPRM, saya dan rakan seperjuangan saya
telah menghasilkan satu permainan menggunakan kad mainan bagi matapelajaran Bahasa Tamil. Permainan ini boleh bermain tanpa

Panel 2

bantuan guru di dalam bilik darjah.


Ya, betul, saya bersetuju dengan pendapat anda. Perisian yang berunsur permainan dapat membantu dalam melaksanakan proses

Panel 3

pengajaran dan pembelajaran. Murid boleh belajar tanpa guru mahupun di sekolah atau di rumah.
Pada masa yang sama, pembelajaran dua hala akan mempercepatkan proses pengajaran melalui penggunaan BBM. BBM yang
menarik dapat mempercepatkan proses pembelajaran murid. Maka, dapat melahirkan murid yang sempurna dari segi jasmani, emosi,

Moderator

rohani, intelek dan sosial lalu dapat merealisasikan hasrat KPM.


Mudah-mudahan hasrat KPM dapat tercapai dengan idea-idea baru ini. Seperti yang kita tahu, fasa praktikum merupakan fasa yang
wajib dilalui oleh semua guru pelatih sebanyak 3 kali. Praktikum bertujuan melatih guru-guru pelatih untuk menyesuaikan diri dengan
iklim sekolah rendah dan menimba pengalaman untuk mengajar. Bolehkah anda semua menghuraikan perkaitan aspek kreativiti dan

Panel 1

inovatif dengan praktikum?


Dalam pengajaran subjek Matematik, guru boleh menggunakan satu papan grid yang terdiri daripada 100 kotak kecil untuk

Panel 2

memudahkan pengajaran mengenali nombor-nombor. Ia sangat berkesan untuk murid Tahun 1.


Bahan bantu mengajar merupakan alat yang boleh membantu kita semasa mengajar murid-murid dalam kelas. Dalam menghasilkan
bahan bantu mengajar, kreativiti kita boleh ditonjolkan. Sebagai contoh, untuk mengajar murid tentang cara menulis perkataan Bahasa
Cina yang betul, guru boleh menggunakan satu kertas A4 yang dibalutkan dengan kertas pembalut buku yang lutsinar. Kegunaannya
ialah murid-murid boleh menulis perkataan Bahasa Cina di atasnya dan ia juga boleh dipadam dengan kertas tisu. Ia bukan sahaja

Panel 3

inovatif manakala berunsur Bumi Hijau.


Semasa pembelajaran Sains, pembelajaran autentik juga boleh diaplikasikan oleh guru Sains. Jika murid-murid asyik belajar dan
melihat gambar dalam buku teks Sains, mereka pasti akan berasa bosan. Jadi menerusi pembelajaran autentik, iaitu murid-murid
boleh menimba pengetahuan di luar bilik darjah. Sesetengah sekolah mempunyai taman bunga atau Taman Sains yang dipenuhi
dengan pelbagai jenis tumbuhan. Oleh itu, apabila guru Sains mengajar topik seperti jenis-jenis daun, tumbuhan berbunga dan tidak
berbunga, guru boleh membawa murid-murid melawat ke Taman Sains sekolah untuk mengetahui tentang jenis tumbuhan, seterusnya

Moderator

mengarahkan murid untuk menulis dapatan lawatan sebagai kerja rumah.


Selain tiga kali berpraktikum, guru pelatih juga wajib menjalankan fasa internship di sekolah. Dalam fasa internship, kami akan
mengelolakan beberapa projek di sekolah. Ia bermatlamat memberi peluang kepada guru pelatih untuk merancang sesuatu projek atau
pertandingan yang melibatkan murid-murid sekolah rendah supaya membuat persediaan menjadi guru tetap pada masa kelak. Jadi,

Panel 1

bagaimanakah aspek kreativiti dan inovatif boleh ditonjolkan menerusi Internship yang dilaksanakan?
Sukan tahunan merupakan satu projek yang dianjurkan semasa saya menjalankan internship. Acara yang biasa dipertandingkan
dalam sukan tahunan ialah larian pecut 50m dan 100m, serta lari berganti-ganti. Selain itu, aktiviti sukaneka yang lebih berusur
bermain juga diadakan. Saya telah mencipta enam permainan kecil berdasarkan alatan yang ada di sekolah untuk murid Tahun 1
sampai ke Tahun 6. Menerusi aktiviti sukaneka, semangat kerjasama boleh dipupuk di kalangan murid-murid dan kreativiti guru boleh

Panel 2

ditonjolkan menerusi ciptaan permainan yang dipertandingkan.


Sempena dengan bulan kemerdekaan yang mulia ini, saya menghiaskan kawasan sekolah dengan bendera Malaysia yang dihasilkan
sendiri. Saya menggunakan cengkerang dan batu-batan yang diwarnai dengan corak Jalur Gemilang untuk menghiaskan kawasan
sekolah. Ini menjadi pemandangan baru dan istimewa selain daripada Bendera Malaysia dan Bendera Negeri Sembilan yang berkibar

Panel 3

di kawasan sekolah.
Saya pula menghasilkan mural atau lukisan di kawasan sekolah. Lukisan mural bertujuan untuk menceriakan sekolah itu. Ia kelihatan
ceria dan cantik apabila pungunjung, misalnya ibu bapa dan pelawat datang ke sekolah tersebut. Berdasarkan tema-tema tertentu,
guru boleh menghasilkan lukisan yang cantik pada dinding sekolah. Sebagai contoh, dengan tema empat musim, pihak sekolah
dengan kerjasama murid-murid di salah sebuah SJK (C) di Damansara, Selangor telah menghasilkan mural yang cantik dan kreativiti

Moderator

guru-guru sekolah tersebut telah ditonjolkan.


Berdasarkan hujah-hujah 3 orang ahli panel, mereka sudah bersedia untuk menggunakan kreavitivi dan inovasi dalam dunia
pendidikan yang bakal ditempuhi. Bagaimana pula dengan anda? Di penghujung forum ini, saya menyeru semua yang ada di sini
mengaplikasikan semangat kreativiti dan inovasi di sekolah pada masa yang akan datang. Marilah kita mendoakan agar semangat ini
dapat menambahbaik prestasi pencapian bidang pendidikan negara kita. Di samping itu, izinkan saya merakamkan ribuan terima kasih
kepada ahli-ahli panel. Saya juga ingin memohon maaf jika terdapat kekasaran bahasa atau kesilapan sepanjang forum ini. Sekian,
terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai