Anda di halaman 1dari 25

LAPORAN PROJEK

DIPLOMA KEMAHIRAN MALAYSIA

KEBERKESANAN PROJEK JAHITAN


KRAFTANGAN PELATIH OKU DI PPDK
TANJUNG SEPAT

RAZLIAH BINTI SAIRAN


COMMUNITY BASED REHABILITATION
CENTRE ADMINSTRATION
Q881-001-4:2017
BAB 1

1.0 PENDAHULUAN

1.1 PENGENALAN

ORANG KURANG UPAYA ( OKU )

Mengikut Persetubuhan Kesihatan Sedunia ( WHO , 1980 ) OKU bermaksud :

“ Seseorang yang tidak berupaya untuk menentukan sendiri sebahagian atau

sepenuhnya keperluan hidup dan kehidupan social, akibat sesuatu kekurangan sama ada

dari segi fizikal atau mental yang berlaku sejak lahir atau kemudian dari itu “

PEMULIHAN DALAM KOMUNITI ( PDK )

Pemulihan Dalam komuniti PDK merupakan satu kaedah pembangunan komuniti untuk

golongan kurang upaya di mana mereka menjalani program pemulihan dalam keluarga

dan masyarakat sendiri supaya mereka dapat mengecapi peluang sama rata dan

membolehkan mereka berinteraksi dengan pelbagai lapisan masyarakat ( integrasi social

)
PDK juga merupakan satu pendekatan pembangunan ke arah dokongan dan kesedaran

masyarakat dalam membantu OKU mengecapi taraf hidup yang lebih selesa.Ia satu

langkah awal yang berkesan dalam melibatkan penyertaan masyarakat dalam

melaksanakan pencegahan,pembangunan dan pemulihan OKU di mana focus utama

adalah kanak-kanak dan keluarga mereka

Program PDK ini dilaksanakan melalui kerjasama OKU, keluarga mereka dan

masyarakat setempat serta agensi kesihatan

pelajaran, vokasional dan perkhidmatan masyarakat dalam membantu golongan kurang

upaya untuk meningkatkan kualiti hidup serta membolehkan mereka mengecapi taraf

hidup yang lebih selesa, Falsafah penerimaan tanggungjawab anggota masyarakat di

kalangan mereka kurang upaya disemaikan pada peringkat awal pelaksanaan program

PDK.

1.2 LATAR BELAKANG

Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Tanjung Sepat telah ditubuhkan pada 1 Mac

2004 bertempat di No.2,Jalan Tenggiri 6, Taman Mutiara, Tanjung Sepat. Program ini

eroperasi di Pusat PDK pada hari Isnin hingga khamis dan lawatan rumah adalah pada

hari Jumaat. Waktu sesi pembelajaran bermula dari jam 8.00 pagi hingga 12,00

tengahari.

Ketika ia mula beroperasi hanya terdapat dua orang sahaja kanak-kanak kurang upaya

sahaja dan seorang petugas. Bagaimana pun,selepas tiga bulan pertama pusat PDK ini

beroperasi, jumlah kanak-kanak yang hadir semakin bertambah kepada 15 orang.PDK

juga menerima tambahan pekerja baru. Kebanyakan jenis kecacatan kanak-kanak

kurang upaya yang berdaftar di pusat ini terdiri daripada Masalah Pembelajaran,
Cerebal Palsy , Down dyndrom dan Hyperaktif.Kumpulan etnik yang terlibat adalah

Melayu, Cina dan India.

Pada 9 April 2005,pusat PDK ini telah dirasmikan oleh Y.B.Dato’Dr .Hj.Karim Bin Hj

Mansor, Setiausaha Politik kepada Y.A.B Dato’ Menteri Besar Selangor merangkap

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Sepat.

Pada Mac 2008 PDK telah berwajah baru apabila PDK telah berpindah ke Balai Raya,

Jalan Parit A,Kg Tg Sepat Pantai,42800 Tanjung Sepat,Kuala Langat,Selangor dan telah

mendapat bangunan sendiri.Kini PDK telah beroperasi dengan baik dan pada 10hb

DISEMBER 2017 telah pun berdaftar di bawah ROS dan telah mengubah nama PDK ke

PERTUBUHAN PEMULIHAN DALAM KOMUNITI TANJUNG SEPAT ( PPDK

) No Pendaftaran : PPM-015-10122017 dengan rasminya.Kanak-kanak kurang upaya

juga telah pun bertambah seramai 37 orang dan petugas seramai 3 orang dan seorang

penyelia.

1.3 PENGENALAN PROJEK

Salah satu program elektif di PPDK Tanjung Sepat EEP telah diwujudkan untuk

menambah kemahiran pelatih dalam bidang jahitan dan kraftangan supaya pelatih boleh

berdikari.

1.4 PENYATAAN MASALAH

Program ini sangat diperlukan bagi kanak-kanak orang kurang upaya kerana membantu

golongan ibubapa untuk mendapatkan pengetahuan yang lebih terperinci mengenai cara

mendidik kanak-kanak istimewa ini.


Bagi seumpama ini PPDK memerlukan kursus-kursus jahitan khususnya bagi petugas-

petugas bagi membantu mengembangkan idea untuk program jahitan tersebut.

Pelatih kanak-kanak ini tiada kemahiran dalam bidang jahitan dan kraftangan , Pelatih di

PPDK Tanjung Sepat supaya dapat menjana sumber kewangan dan kemajuan hidup

berdikari.Memerlukan dana seperti mesin jahit supaya program boleh dijalankan dengan

lancar

1.5 KEPENTINGAN PROJEK

Melalui projek ini dapat dijadikan satu outcome keberkesanan ibubapa petugas dan

kanak-kanak kurang upaya ini dengan pencapaian projek kraftangan melalui program

ini boleh menyatukan ahli-ahli masyarakat untuk mengambil tindakan ke atas keperluan

kanak-kanak upaya ini .

PPDK juga telah membuat satu program kemasyarakatan dengan mengeluarkan hasil

jualan produk kepada masyarakat luar dengan hasil sama sokongan daripada JKM dan

program dari badan kerajaan majlis daerah khususnya.

Program projek ini juga bagi merapatkan berasaskan perkongsian kemahiran dan

pengetahuan menyediakan panduan pelaksanaan bersama remaja dari kelas-kelas

pendidikan khas bagi memperhalusi projek ini.

Pembahagian projek ini perlu khususnya khas keperluan modal, pembelian peralatan

,mendapatkan kerjasama daripada PPDK , pelatih , ibubapa dan komuniti setempat.


OBJEKTIF

Objektif yang ingin di capai melalui kajian bagi program ini adalah bagi meningkatkan

pelatih OKU di bidang jahitan agar dapat menambah jana pendapatan untuk membentuk

semangat berdikari dan memberi pendedahan dan persedian untuk bekerja.Di samping

itu juga bagi mengenalpasti keberkesanan pelaksanaan projek daripada aspek hasil atau

manfaat yang diperolehi dan juga dari segi aspek pembelajaran dan memperolehi

pengetahuan oleh pelatih melalui projek yang dijalankan.

METODOLOGI DAN PERANCANGAN PELAKSANAAN PROJEK

Rekabentuk laporan

Laporan tinjauan yang digunakan dalam projek ini yang merupakan hasil kajian dengan

menggunakan data-data yang ada di PPDK Tanjung Sepat melalui hasil projek

kraftangan yang telah dijalankan.Keputusan ujian-ujian seterusnya akan memberi

kesimpulan terhadap objektif yang dikaji.

Perancangan Projek

Laporan ini perlu menyediakan kebolehan dan pengetahuan pelatih bagi menangani

projek sebelum dijalankan.Pelatih perlu memiliki pengetahuan yang berkaitan dari segi

kelayakan umur dan tahap keupayaan dan kebolehan pelatih sedia ada atau memerlukan

alat menyokong dan boleh bekerja.

Jenis-jenis kemahiran
Pelatih harus ada minat dalam pembuatan kraftangan seperti

konsep menjahit dan juga menceburi dalam bidang memasak dan pertanian.

Teknik mencadangkan program yang bersesuaian.

Bagi mencapai projek ini pelatih perlu ada minat dan kemahiran dalam menjalankan

kebolehan dalam melakukan aktiviti ,kemudahan,memupuk sikap dan permintaan.

Kemahiran yang berkaitan

Perlu mengenal pasti pelatih OKU yang berkelayakan dan mengenal pasti jenis-jenis

aktiviti mengikut kemahiran dan minat pelatih dan mencadangkan projek yang

bersesuaian untuk pelatih.

Sikap

Bagi menyediakan laporan perlu teliti dalam menyediakan maklumat kebolehan pelatih

dan berpandangan positif terhadap kebolehan serta profesional dalam memberi

cadangan dan sentiasa mengikuti perkembangan pelatih.

Tempoh latihan

Tempoh latihan adalah dalam lingkungan 30 minit dalam turutan aktiviti yang

dijalankan melalui pengetahuan dan kemahiran.

Penyampaian maklumat
Memberikan penyampaian maklumat dan kefahaman yang lebih teliti dan memberi

bahasa dan ayat yang mudah difahami oleh pelatih dan aktiviti perlu di buat secara

demontrasi kepada pelatih ( petugas di hadapan pelatih)

Kriteria Penilaian

Kriteria kelayakan pelatih OKU disenaraikan dan dijelaskan merangkumi jenis-jenis

kemahiran atau minat pelatih bagi mencadangkan teknik yang bersesuaian.

Pelaksanaan Projek EEP ( Empowerment Economy Programme)

Pengenalan kepada program Pendayaupaaan Ekonomi (EEP)

Kemahiran pelatih perlu ada konsep memahami penggunaan alat ,keselamatan di

kawasan bengkel ,peraturan dan kebersihan dan kebolehcapaian kemahiran tersebut.

Proses pembangunan produk

Membuat kajian jenis-jenis produk ,mengira jangkamasa dan mengira kos peralatan

kualiti produk dan cara pembungkusan produk.

Jenis-jenis kemahiran OKU yang diperakui.

Bagi menjalankan projek ini kepentingan bagi pelatih yang memerlukan alat bantuan

kerusi roda bagi pelatih yang memerlukan alat sokongan supaya pelatih boleh bergerak

di kawasan pembuatan projek yang dijalankan.Jenis-jenis peralatan dan bahan yang

diperlukan perlu untuk pelatih menjalankan aktiviti kehidupan seharian serta contoh

plan dan matlamat pemilihan kemahiran pelatih.Langkah-langkah pemantauan


kemajuan pelatih juga di buat melalui laporan penilaian dan menerima maklum balas

daripada jurulatih.

Kemahiran yang berkaitan

Latihan kemahiran perlu ada pada pelatih, cara melatih penggunaan peralatan ,latiahn

menangani keselamatan, menjalani latihan kebersihan selepas kerja-kerja dijalankan ,

latihan memupuk kemahiran kebolehcapaian dan melatih proses pembangunan projek

mengikut aturan kerja.Petugas perlu membuat pemantauan latihan yang sedang

dijalankan dan membuat semakan laporan penilaian semula.

Sikap

Bagi seorang petugas perlu ada sikap komited ketika menjalankan

latihan,bertanggungjawab di atas kebolehan pelatih ,sentiasa berfikiran positif dan

terbuka dan mahir dalam penyampaian maklumat serta kreatif semasa menyelaraskan

projek tersebut.

Keselamatan

Memastikan persekitaran selamat dan aksess b berhati-hati menggunakan peralatan

tajam dan panas dan memakai pakaian yang bersesuaian

Tempoh latihan

Tempoh latihan adalah dalam lingkungan 20-30 dalm setiap turutan aktiviti yang

dijalankan melalui pengetahuan dan kemahiran.


Penyampaian Maklumat

Memberikan penyampaian maklumat dan kefahaman yang lebih teliti dan memberi

bahasa dan ayat mudah difahami oleh pelatih serta membuat secara demontrasi kepada

pelatih ( petugas di hadapan pelatih)

Kriteria Penilaian

Pengenalan kepada projek Pendayaupayaan Ekonomi (EEP) disenaraikan dan

dijelaskan.Kemahiran kepada pelatih perlu di demontrasi dan proses pembangunan

produk di senaraikan dan dijelaskan.

Pasarkan Produk PPDK

Bagi mensasarkan pasaran produk, terbuka khususnya kepada komuniti setempat dan

menuju pasaran ke peringkat Daerah dan Negeri dan boleh menjana terus ke peringkat

Antarabangsa.Cara pemasaran juga boleh di buat melalui Online dan Offline.

Agensi pemasaran juga mengambil peranan seperti Kementerian Pembangunan Wanita

dalam konsep Productive Welfare serta Akta ketua Pengarah

Diperbadankan.Kementerian Pelancongan Malaysia juga terlibat memasarkan poduk

kraftangan inidan juga daripadaagensi Kementerian Industri dan Asas Tani seperti

FAMA dan MARDI.


Teknik pemasaran Produk

Dalam memasarkan produk perlu meneliti latar belakang produk ,kelebihan produk

mutu da kualiti serta penampilan produk tersebut dan meletakkan harga yang

berpatutan.

Garis Panduan Harga

Tawaran di buka kepada rundingan harga jualan hasil kerja pelatih.Tawaran yang

memihak kepada syarikat tidak mbermakna tawaran yang tidak baik untuk

pelanggan.Perlu terokai semua pilihan yang boleh difikirkan dan tawaran yang di buat

boleh dipenuhi.Harga kos dan margin minima dikenalpasti dan bersedia untuk keluar

dari rundingan jika harga yang di minta oleh pelanggan di bawah margin dan minima.

Format dan kandungan PROMOTION TOOLS

Perkara ini perlu dihasilkan melalui harga,rekabentuk,susun atur,maklumat penting dan

promosi.Dalam promosi melibatkan kepada potongan harga (diskaun) dengan promosi

beli 1 percuma 1.Serta meletakkan nombor telefon yang perlu dihubungi.Jenis-jenis

promotion boleh dilakukan melalui risalah,bunting dan media elektonik

Kaedah aktiviti promosi

Menggunakan khidmat telemarketing, door to door, lawatan jualan, melalui pameran

dan pengedaran risalah.Prosedure aktiviti promosi perlu dijalankan melalui temujanji

,pembentangan,followup dan hasil laporan.


Kemahiran sewaktu pemasaran

Mengenalpasti sasaran pasaran ,cara pemasaran,agensi pemasaran,kaedah aktiviti

mempromosi dan kaedah promotion tools dan pasarkan produk PPDK.

Sikap

Perlu kreatif di dalam membangunan produk dan sentiasa mengikuti perkembangan

semasa.Sentiasa menerima pandangan orang dan memjadi seorang yang peramah

sewaktu memasarkan produk dan amanah ketika menjalankan tanggungjawab.

Kriteria Penilaian

i) Sasaran pasaran disenaraikan dan dijelaskan

ii) Cara pemasaran disenaraikan dan dijelaskan

iii) Agensi pemasaran dan peranan disenaraikan dan dijelaskan

iv) Teknik pemasaran produk PDK didemontrasikan

v) Garis panduan rundingan harga jualan hasil kerja peatih disenariakan dan dijelaskan

vi) Format dan kandungan promotion tools dihasilkan, disenaraikan dan dijelaskan

vii) Kaedah aktiviti promosi disenaraikan dan dijelaskan

viii)Prosedur aktiviti promosi disenaraikan dan dijelaskan

ix) Jenis-jenis promotion tools disenaraikan dan dijelaskan


URUSKAN HASIL JUALAN

Pengetahuan yang berkaitan

Target pada hasil jualan melalui pengiraan secara harian,mingguan,bulanan dan tahunan

dan hasil pengeluaran melalui kuantiti barangan dan jenis barangan.

Teknik asas simpan kira

Melibatkan kos untung dan rugi dan bayaran kepada pelatih ,petugas ,pengangkutan dan

penginapan dan tempat.

Maklum balas pelanggan

Mengetahui tahap kepuasan ,komen dan cadangan.Penyediaan laporan dan ulasa

pengurusan hasil jualan.

Kemahiran Yang Berkaitan

i) Rekod hasil jualan

ii) Kira jumlah pendapatan bersih

iii) Bayar kos jualan

iv) Rekod maklumbalas pelanggan

v) Buat laporan dan ulasan pengurusan hasil jualan

Sikap

i) Amanah dalam pengurusan wang dan barangan jualan

ii) Teliti dalam urusan kira-kira

iii) Produktif dalam mengurangkan kos


iv) Terbuka di dalam menerima pandangan

v) Sanggup menanggung risiko

vi) Teliti semasa membuat laporan

Kriteria Penilaian

i) Hasil jualan disenaraikan dan dijelaskan

ii) Hasil pengeluaran disenaraikan dan dijelaskan

iii) Teknik asas simpan kira didemontrasikan

iv) Maklumbalas pelanggan disenaraikan dan dijelaskan

v) Laporan ulasan dan pengurusan hasil jualan disenaraikan dan dijelaskan


PERANCANGAN KERJA

PENYEDIAAN DATA

Pelaksanaan Program Tempoh Hasil Jualan


MEI JUN JULAI OGOS SEPT OKT

Cadangan Kertas Kerja

Mengadakan perbincangan bersama Pengerusi

bagi menentukan bahan

mentah,pembuatan,jualan dan tempat

Mendapatkan kelulusan

Program diadakan secara harian di PDK dan

perlu kelulusan dari JKM

Kaji Selidik di buat secara kiraan target pelatih


melakukan pembuatan produk
Proses pengumpulan maklumat pelatih
Program berjaya terjual

PERANCANGAN PELAKSANAAN
PERTUBUHAN PEMULIHAN DALAM KOMUNITI
(PPDK)
TANJUNG SEPAT
NO.PENDAFTARAN: PPM-015-10-1022017
BALAI RAYA, JALAN PARIT A, KAMPUNG TANJUNG SEPAT PANTAI, 42800 TANJUNG SEPAT,
KUALA LANGAT, SELANGOR DARUL EHSAN
Email: pdktanjungsepat@gmail.com

EJ/ppdkts:012

PENYATAAN ELAUN JAHITAN PEMBAYARAN

BULAN : DISEMBER 2019

BIL TARIKH NAMA BAYARAN

1 28/12/2019 PAVITHIRAN A/L SENTHILATHIBAN RM 20


2 28/12/2019 NURURL AMIRA BINTI ROSMAN RM 20
3 28/12/2019 NOR ATIKA BINTI DOLLAH SAJAT RM 20

Yang menjalankan tugas Di semak


Penyelia Pengerusi
PENDAPATAN JUALAN PRODUK JAHITAN

BULAN : APRIL 2019

BIL TARIKH NAMA PRODUK HARGA KUANTITY HARGA


SE UNIT
1 20/4/2019 BATU SEREMBAN 2.00 1 2.00

2 BATU SEREMBAN 2.00 1 2.00

3 KEYCHAIN HURUF 2.00 3 6.00

4 KEYCHAIN HURUF 2.00 1 2.00

5 BATU SEREMBAN 2.00 1 2.00

6 BATU SEREMBAN 2.00 1 2.00

7 BATU SEREMBAN 2.00 1 2.00

8 BATU SEREMBAN 2.00 1 2.00

9 KEYCHAIN HURUF 2.00 2 4.00

10 KEYCHAIN HURUF 2.00 2 4.00

11 KEYCHAIN HURUF 2.00 1 2.00

12 KEYCHAIN HURUF 2.00 2 4.00

13 BATU SEREMBAN 2.00 2 4.00

14 BATU SEREMBAN 2.00 2 4.00

15 BATU SEREMBAN 2.00 1 2.00

16 BATU SEREMBAN 2.00 1 2.00

17 CEKAK RAMBUT 5.00 1 2.00

18 ALAT BANTU 10.00 1 SET 10.00


MENGAJAR
19 PURSE 5.00 1 5.00

20 PIN TUDUNG 4.00 1 4.00

21 PENANDA BUKU 1.00 1 1.00

JUMLAH 68.00

Yang menjalankan tugas Di semak


Penyelia Pengerusi
CARTA JADUAL PELATIH

NAMA PRODUK : JAHITAN BATU SEREMBAN

BULAN : DISEMBER
NAMA MINGGU TARGET TARGET TARGET TARGET SIAP CATATAN
PELATIH 1 2 3 4
PAVITHIRAN
1 5 PEK /
5 PEK /
5 PEK /
5 PEK 20
2 5 PEK /
5 PEK /
5 PEK /
5 PEK 20
3 5 PEK 5
- -
- -
- -
4 5 PEK /
5 PEK /
- -
5 PEK 15

Yang menjalankan tugas Di semak


Penyelia Pengerusi
CARTA JADUAL PELATIH

NAMA PRODUK : ANYAMAN BAKUL KERTAS

BULAN : DISEMBER

NAMA MINGGU TARGE TARGET TARGET TARGE SIAP CATATAN


T 2 3 T
PELATIH 1 4
NURUL 1 1 1 1 1 / 4
AMIRA

2 1 - - 1 2

3 1 1 1 - 3

4 - - - - -

Yang menjalankan tugas Di semak


Penyelia Pengerusi
CARTA JADUAL PELATIH

NAMA PRODUK : ANYAMAN TUDUNG SAJI

NAMA BULAN TARGET TARGET TARGET TARGET SIAP CATATAN


PELATI 1 2 3 4
H
NOR 1 BULAN - - - - - MENGIKUT SAIZ
ATIKA

2 BULAN / /

Yang menjalankan tugas Di semak


Penyelia Pengerusi
REKOD KEBERKESANAN PROJEK JAHITAN

SOALAN PENILAIAN

1. KENAL BENANG
2. KENAL BENTUK BENANG
3. KENAL WARNA BENANG
4. RINGAN ATAU BERAT BENANG
5. KENAL KONSEP BENANG

BIL LATIHAN TINDAKAN


1 KENAL BENANG -Murid boleh mengambil benang
ditempatnya dan kenal benang

2 KENAL BENTUK BENANG - Murid tahu benang bentuk bergulung


- Murid tahu benang panjang
- Murid tahu benang halus

3 KENAL WARNA BENANG - Murid mengenal warna benang yang di


tunjuk oleh guru ( warna kuning)
- Murid juga tahu benang ada pelbagai
warna

4 RINGAN ATAU BERAT -Murid tahu benang itu ringan


BENANG
5 KENAL KONSEP BENANG - Murid tahu kegunaan benang untuk
menjahit

DISEDIAKAN OLEH DI SEMAK OLEH


ABSTRAK

Laporan ini memfokuskan kepada Industri kraftangan di PPDK Tanjung Sepat sebagai

satu pasaran barangan kraftangan yang berpotensi untuk dikomersialkan dalam pasaran

sekolah kanak-kanak kurang upaya khususnya di mana tentang strategi pasaran

barangan kraftangan yang pelbagai bentuk bagi mengetengahakan kepada umum hasil

produk PPDK Tanjung Sepat agar dikenali ramai dan dapat nenjadi satu industri yang

boleh berkembang lebih jauh pada masa hadapan.Kaedah laporan yang digunakan

adalah berdasarkan keberkesanan kepada pendokumentasi yang mendalam terhadap

pemasaran kraftangan di PPDK Tanjung Sepat.


PERBINCANGAN ,CADANGAN DAN KESIMPULAN

Secara keseluruhan daripada projek ini dijalankan akan dapat membantu para petugas

dan pelatih dalam menjalankan susunan kerja di PPDK Tanjung Sepat mengikut tahap.

Selain itu penilaian projek ini akan menjadi garis panduan kepada petugas-petugas

dalam merangka bentuk-bentuk projek produk tersebut. Kajian projek ini telah

membuktikan dan memberi kesan yang jelas iaitumemberi peluang dan ruang kepada

pelatih-pelatih yang bermasalah pembelajatan ,pendengaran dan pelbagai dan juga

memberi ruang untuk berinteraksi dan berkomunikasi agar mereka saling hormat

menghormati, memberi peluang kepada pelatih-pelatih untuk berkongsi

pengetahuan.Melalui kajian penilaian ini dapat memberikan rujukan dan panduan yang

sesui dan berguna kepada PPDK di Selangor,sekolah-sekolah pendidikan khas dan

pelajar-pelajar sekolah apabila mengadakan program seperti Karnival khususnya yang

di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat

Anda mungkin juga menyukai