Anda di halaman 1dari 5

LAPORAN PROGRAM KEUSAHAWANAN B-MART

TARIKH : 14 NOVEMBER 2013 HINGGA 30 MEI 2014

TEMPAT : KOLEJ AMINUDDIN BAKI, UNIVERSITI


KEBANGSAAN MALAYSIA

ANJURAN : KELAB KEUSAHAWANAN BMART, KOLEJ


AMINUDDIN BAKI

DENGAN KERJASAMA :
BIRO PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN, MAJLIS
EKSEKUTIF PELAJAR KOLEJ AMINUDDIN BAKI SESI
2013/2014

DISEDIAKAN OLEH :
1.MUHAMAD HELMY BIN SABTU (A 145489)

DISEDIAKAN UNTUK :
PROF. MADYA DR. NORAZIAH MOHAMAD ZIN
1.0 PENGENALAN

TUJUAN

Tujuan kertas kerja ini adalah untuk memohon pertimbangan dan kelulusan dari Jabatan
Perkhidmatan Pelajar untuk mengadakan Program Keusahawanan B-Mart Kolej
Aminuddin Baki sesi 2013/2014 sebagai program ko-kurikulum.

PENGENALAN / LATAR BELAKANG

1. Program Keusahawanan B-Mart Kolej Aminuddin Baki merupakan sebuah program


tahunan yang diadakan untuk memberi pendedahan tentang ilmu-ilmu keusahawanan
kepada pelajar kolej. Program ini akan diterajui oleh felo penghuni dan dibantu oleh
exco-exco MEP. Melalui program ini, kami juga membantu penghuni Kolej Aminuddin
Baki dengan menyediakan pelbagai barangan keperluan asas harian dan juga
perkhidmatan fotostat dan print.

2. Sejarah awal program ini diadakan adalah bertujuan untuk memupuk minat dalam
bidang keusahawanan di samping memberi pendedahan kepada pengalaman dalam
menguruskan perniagaan.

3. Program keusahawanan ini diwujudkan adalah untuk memenuhi keperluan penghuni


Kolej Aminuddin Baki yang sukar mendapatkan barangan keperluan asas dan khidmat
fotostat dalam kawasan kolej kediaman.

MISI
Membantu pelajar Kolej Aminuddin Baki sesi 2013/2014 untuk mendapatkan barang
keperluan harian dengan harga yang berpatutan di samping menerapkan nilai-nilai
keusahawanan di kalangan ahli jawatankuasa dan melahirkan pelajar yang memenuhi
citra dan aspirasi universiti.

2.0 OBJEKTIF

1. Mendedahkan pelajar dengan kemahiran keusahawanan dan pengurusan perniagaan


dengan kemampuan untuk merancang, melaksana, memantau dan menilai program secara
sistematik .

2. Meningkatkan kemahiran komunikasi melalui interaksi secara berkesan semasa


program dijalankan.

3. Memupuk semangat kerja berpasukan disamping dapat menyediakan peluang kepada


felo penghuni dan MEP untuk beramah mesra dengan peserta.

4. Memupuk gaya pemikiran kritikal, penyelesaian masalah & pendekatan saintifik


melalui cara mengenal pasti dan mensintesiskan masalah dengan tepat .
5. Mendidik kemahiran sosial dan kebertanggungjawaban terhadap situasi sosial seperti
memupuk semangat perpaduan antara peserta.

3.0 KEPENTINGAN

1. Memupuk nilai-nilai murni dalam setiap diri peserta seperti semangat kerjasama,
interaksi sosial dan meningkatkan tahap kompetensi generik selari dengan matlamat
Universiti dan Kolej Aminuddin Baki.

2. Memberi pendedahan kepada para peserta dalam membina kemahiran keusahawanan


bagi meningkatkan nilai kebolehpasaran mahasiswa dalam pasaran kerja.
3. Membantu pelajar Universiti amnya dan Kolej Aminuddin Baki khususnya untuk
mendapatkan keperluan harian dengan harga yang amat berpatutan.

4.0 KAEDAH

1. Penjualan barangan keperluan asas

 Aktiviti dijalankan pada pukul 9.00 pagi hingga 12.00 tengah malam pada setiap hari
Isnin hingga Sabtu dan bermula pada pukul 8.00 malam hingga 12.00 tengah malam
pada hari Ahad.

 Pelbagai keperluan asas seperti barangan mandian, makanan, minuman, majalah dan
alat tulis dijual.

 Aktiviti diadakan di bilik Keusahawanan B-mart tingkat satu pusat kemudahan Kolej
Aminuddin Baki.

2. Khidmat membaikpulih komputer dan khidmat fotostat serta pencetakan

 Pelbagai khidmat membaikpulih komputer seperti memformat komputer riba dan


khidmat fotostat serta pencetakan nota-nota kuliah disediakan dengan caj yang amat
berpatutan.

 Aktiviti diadakan di bilik khidmat fotostat tingkat satu pusat kemudahan Kolej
Aminuddin Baki.

 Kedai beroperasi setiap hari kecuali cuti ulangkaji, peperikasaan akhir dan cuti
semester.

5.0 KEPUTUSAN
KEBAIKKAN
1. Memberi pendedahan kepada pelajar mengenai dunia perniagaan yang dapat memberikan
peluang besar kepada pelajar untuk membina perniagaan sendiri pada masa akan datang.
2. Menerapkan semangat kerjasama antara pasukan bagi meraih keuntungan bersama.
3. Memupuk nilai etika perniagaan seperti jujur, amanah, berintegriti dan toleransi dalam diri
pelajar.
4. Menjadikan pelajar sebagai mahasiswa yang produktif apabila bergelar graduasi.

KEBURUKAN
1. Menganggu masa pembelajaran kerana perlu bertugas mengikut masa yang ditetapkan.
2. Pelajar perlu mengagihkan masa dengan sebaiknya bagi mengimbangi jadual antara kerja
dan belajar.
3. Pelajar ditekankan dengan mesyuarat yang tidak begitu mustahak.
4. Tempat pula tidak begitu strategi kerana jauh daripada tempat tumpuan pelajar.

6.0 CADANGAN

1. Menambah keluasan kedai supaya pelanggan berasa selesa.


2. Membuka peluang yang lebih banyak kepada pelajar untuk menceburi aktiviti ini.
3. Mempelbagaikan lagi jurang kelebaran produk yang hendak dijual.
4. Kurangkan mesyuarat dan tekanan kepada ahli dengan tidak membincangkan perkara yang
remeh dan tak memberi kesan positif kepada ahli.
5. Mencuba untuk mempromosikan produk dan meluaskan pasaran di luar kolej.

Anda mungkin juga menyukai