Anda di halaman 1dari 5

9/30/2017 Kronolgi Sejarah Isu Konflik Pelarian Rohingya Di Myanmar

HOME PRIVACY POLICY PENAFIAN CONTACT US WAKTU SOLAT

PANDUANMALAYSIA.COM

Kronolgi Sejarah Isu Kon ik Pelarian Rohingya Di


Myanmar
ROSSA CALLA 9:47 PG

Iklan oleh Google Iklan oleh Google

Rohingya myanmar Burma killed rohingya

Burma killed rohingya Bangladesh rohingya

Muslim rohingya Burma myanmar where

Bangladesh rohingya Muslim myanmar

Burma myanmar where Islam myanmar

K
ronolgi Sejarah Isu Konflik Pelarian Rohingya Di Myanmar. Kami terseksa di
negara sendiri. Itu luahan antara pelarian Rohingya yang kini berada di Pulau
Langkawi selepas melarikan diri dari Myanmar dan menempuh laluan sukar sebelum
mendarat di Malaysia. Usaha Malaysia dan Indonesia untuk menyediakan bantuan
kemanusiaan kepada ribuan pelarian etnik Rohingya yang masih berada di perairan
antarabangsa sejak beberapa minggu lalu dianggap sebagai satu tindakan yang amat
munasabah.

Sebarang bantuan diyakini akan mampu meringankan kesengsaraan hidup kumpulan


pelarian itu untuk jangka masa pendek sebelum jalan penyelesaian yang sesuai
ditemui.

http://babab.net/out/kronolgi-sejarah-isu-konflik-pelarian-rohingya-di-myanmar.html 1/8
9/30/2017 Kronolgi Sejarah Isu Konflik Pelarian Rohingya Di Myanmar

Tidak terkecuali yang memberikan bantuan kepada pelarian Rohingya adalah Turki.
Perdana Menteri Turki, Ahmet Davutolu mengumumkan bahawa kerajaannya akan
menghantar kapal tentera laut Turki ke perairan Thailand dan Malaysia dalam usaha
menyampaikan bantuan kemanusian kepada para pelarian Muslim Rohingya.
Dalam beberapa minggu terakhir, isu mengenai konflik Rohingya di Myanmar kembali
mendapat berita di dada akhbar lantaran ribuan pelarian Rohingya telah melarikan diri
melalui jalan laut ke negara-negara jiran termasuk Malaysia dan Indonesia. Berita-
berita tentang konflik etnik di Rakhine, salah satu kawasan di Myanmar yang
berdekatan dengan Bangladesh ini pun kembali diperkatakan dan menjadi topik
hangat di laman media sosial selepas kali terakhir berita mengenai rusuhan etnik
tersebut pada tahun 2012 yang lalu. Lebih parahnya, banyak pihak yang mengaitkan
permasalahan ini sebagai konflik agama tanpa mengetahui latar belakang masalah
yang sebenarnya yang telah berlaku ratusan tahun yang lampau.

Berdasarkan catatan sejarah, komuniti Muslim telah mendiami wilayah Arakan (nama
kuno Rakhine) sejak masa pemerintahan seorang raja Buddha bernama Narameikhla
atau Min Saw Mun (1430-1434) di kerajaan Mrauk U. Setelah diasingkan selama 24
tahun di kesultanan Bengal, Narameikhla mendapatkan takhta di Arakan dengan
bantuan daripada Sultan Bengal saat itu. Kemudian ia membawa serta orang-orang
Bengali untuk tinggal di Arakan dan membantu pengurusan pentadbiran beliau;
demikianlah komuniti Muslim pertama terbentuk di wilayah itu.

Saat itu kerajaan Mrauk U berstatus sebagai kerajaan bawahan dari kesultanan
Bengal sehingga Raja Narameikhla menggunakan gelaran dalam bahasa Arab
termasuk dalam nama-nama pegawai istananya dan memakai syiling Bengal yang
bertuliskan aksara Arab Parsi pada satu sisinya dan aksara Burma pada sisi lain
sebagai mata wangnya. Setelah berjaya melepaskan diri dari kesultanan Bengal, para
raja keturunan Narameikhla tetap menggunakan gelaran Arab tersebut dan
menganggap diri mereka sebagai sultan serta berpakaian meniru sultan Mughal.
Mereka tetap menggaji orang-orang Muslim di istana dan walaupun beragama
Buddha, berbagai kebiasaan Muslim dari Bengal tetap dipakai. Pada abad ke-17
penduduk Muslim meningkat kerana mereka bekerja dalam pelbagai bidang
http://babab.net/out/kronolgi-sejarah-isu-konflik-pelarian-rohingya-di-myanmar.html 2/8
9/30/2017 Kronolgi Sejarah Isu Konflik Pelarian Rohingya Di Myanmar

kehidupan, tidak hanya dalam pemerintahan saja. Suku Kamein, salah satu etnik
Muslim di Rakhine yang diiktiraf kerajaan Myanmar saat ini, adalah keturunan orang-
orang Muslim yang berhijrah ke Arakan pada masa ini.

Namun kerukunan dan keharmonian ini tidak berlangsung lama. Pada tahun 1785
kerajaan Burma dari selatan menyerang dan menguasai Arakan; mereka
melaksanakan politik diskriminasi dengan mengusir dan mengeksekusi orang-orang
Muslim Arakan. Pada tahun 1799 sebanyak 35,000 orang Arakan berpindah ke
wilayah Chittagong di Bengal yang saat itu dikuasai Inggeris untuk mencari
perlindungan. Orang-orang Arakan tersebut menyebut diri mereka sebagai Rooinga
(penduduk asli Arakan), yang kemudian dieja menjadi Rohingya saat ini. Selain itu,
kerajaan kerajaan Burma ketika itu juga memindahkan sejumlah besar penduduk
Arakan ke daerah Burma tengah sehingga membuat penduduk wilayah Arakan sangat
sedikit ketika Inggeris menguasainya.

Pada tahun 1826 wilayah Arakan diduduki oleh kerajaan kolonial Inggeris selepas
perang Inggeris-Burma I (1824-1826). Kerajaan Inggeris melaksanakan dasar
memindahkan para petani dari wilayah yang berdekatan ke Arakan yang saat itu
sudah ditinggalkan, termasuk orang-orang Rohingya yang sebelumnya menjadi
pelarian dan orang-orang Bengali asli dari Chittagong. Saat itu wilayah Arakan
dimasukkan dalam daerah pentadbiran Bengal sehingga tidak ada batas antarabangsa
antara keduanya dan penghijrahan penduduk di kedua-dua wilayah itu berlaku dengan
mudah.

Pada awal abad ke-19 gelombang imigresen dari Bengal ke Arakan semakin
meningkat kerana didorong oleh keperluan akan upah pekerja yang lebih murah yang
didatangkan dari India ke Burma. Seiring waktu jumlah populasi para pendatang lebih
banyak daripada penduduk asal sehingga tak jarang menimbulkan ketegangan etnik.
Pada tahun 1939 konflik di Arakan memuncak sehingga kerajaan Inggeris membentuk
suruhanjaya khas yang menyiasat masalah imigresen di Arakan, namun sebelum
suruhanjaya tersebut dapat merealisasikan hasil kerjanya, Inggeris harus angkat kaki
dari Arakan pada akhir Perang Dunia II.

Pada masa Perang Dunia II Jepun menyerang Burma dan mengusir Inggeris dari
Arakan yang kemudian dikenali sebagai Rakhine. Pada masa kekosongan kekuasaan
saat itu, kekerasan antara kedua kumpulan suku Rakhine yang beragama Buddha dan
suku Rohingya yang beragama Islam semakin meningkat. Ditambah lagi, orang-orang
Rohingya bersenjatakan oleh Inggeris guna membantu Bersekutu untuk
mempertahankan wilayah Arakan dari pendudukan Jepun. Hal ini akhirnya diketahui
oleh kerajaan Jepun yang kemudian melakukan penyiksaan, pembunuhan dan
pemerkosaan terhadap orang-orang Rohingya. Selama masa ini, puluhan ribu orang

http://babab.net/out/kronolgi-sejarah-isu-konflik-pelarian-rohingya-di-myanmar.html 3/8
9/30/2017 Kronolgi Sejarah Isu Konflik Pelarian Rohingya Di Myanmar

Rohingya keluar dari Arakan menuju Bengal. Kekerasan yang berlarutan juga
memaksa ribuan orang Burma, India dan Inggeris yang berada di Arakan keluar
semasa zaman ini.

Pada tahun 1940-an orang-orang Rohingya berusaha menjalin kerjasama dengan


Pakistan di bawah Mohammad Ali Jinnah untuk membebaskan wilayahnya dari Burma,
tetapi ditolak oleh pemimpin Pakistan tersebut kerana tidak mahu mencampuri urusan
dalaman negeri Burma. Pada tahun 1947 orang-orang Rohingya membentuk Parti
Mujahid yang merupakan kumpulan jihad untuk menubuhkan negara Islam yang
merdeka di Arakan utara. Mereka menggunakan istilah Rohingya sebagai identiti etnik
mereka dan menyatakan diri sebagai penduduk asal Arakan. Kemudian Burma
merdeka pada tahun 1948 dan orang-orang Rohingya semakin gencar melancarkan
gerakan separatisnya.
Pada tahun 1962 Jeneral Ne Win melakukan rampasan kuasa dan mengambil alih
pemerintahan Myanmar. Ia melakukan operasi ketenteraan untuk meredam aksi
pemisah Rohingya.

from RM50 RM84


Yangon Ngapali Beach
See More See More

Nyaung Shwe Ngwe Saung Beach (Silver Beach)


See More

Salah satu operasi ketenteraan yang dilancarkan pada tahun 1978 yang dipanggil
"Operasi Raja Naga" menyebabkan lebih daripada 200,000 orang Rohingya melarikan
diri ke Bangladesh akibat keganasan, pembunuhan dan rogol besar-besaran. Kerajaan
Bangladesh menyatakan bantahan atas kemasukan gelombang pelarian Rohingya ini.
Pada bulan Julai 1978 setelah diselesaikan oleh PBB, kerajaan Myanmar bersetuju
untuk menerima para pendatang Rohingya untuk kembali ke Rakhine. Pada tahun
1982 kerajaan Bangladesh mengamademen undang-undang kerakyatan mereka dan
menyatakan Rohingya bukan warga negara Bangladesh.

Sejak tahun 1990 hingga saat ini, kerajaan junta tentera Myanmar masih menerapkan
politik diskriminasi terhadap suku-suku minoriti di Myanmar, termasuk Rohingya,
Kokang dan Panthay. Para pelarian Rohingya melaporkan mereka mengalami
http://babab.net/out/kronolgi-sejarah-isu-konflik-pelarian-rohingya-di-myanmar.html 4/8
9/30/2017 Kronolgi Sejarah Isu Konflik Pelarian Rohingya Di Myanmar

kekerasan dan diskriminasi oleh kerajaan seperti bekerja tanpa digaji dalam projek-
projek kerajaan dan pelanggaran hak asasi manusia lain.

Pada tahun 2012 rusuhan perkauman pecah antara suku Rakhine dan Rohingya yang
dicetuskan oleh rogol dan pembunuhan seorang gadis Rakhine oleh para pemuda
Rohingya yang disusul pembunuhan sepuluh orang pemuda Muslim dalam sebuah
bas oleh orang-orang Rakhine. Menurut kerajaan Myanmar, akibat kekerasan tersebut,
78 orang terbunuh, 87 orang luka-luka, dan lebih daripada 140,000 orang terlantar dari
kedua-dua belah pihak baik suku Rakhine dan Rohingya. Kerajaan melaksanakan jam
malam dan keadaan darurat yang membolehkan pihak tentera bertindak di Rakhine.
Walaupun para aktivitis NGO Rohingya menuduh bahawa pihak polis dan kekuatan
tentera turut berperanan serta dalam kekerasan dan menangkap orang-orang
Rohingya, tetapi siasatan oleh pertubuhan International Crisis Group melaporkan
bahawa kedua-dua pihak mendapat perlindungan dan keselamatan dari pihak tentera.

Pada tahun 2014 kerajaan Myanmar melarang penggunaan istilah Rohingya dan
mendaftarkan orang-orang Rohingya sebagai orang Bengali dalam bancian penduduk
pada masa itu. Pada bulan Mac 2015 yang lalu kerajaan Myanmar mencabut kad
pengenalan penduduk bagi orang-orang Rohingya yang menyebabkan mereka
kehilangan kewarganegaraannya dan tidak mendapatkan hak-hak politiknya. Ini
menyebabkan orang-orang Rohingya melarikan diri ke Thailand, Malaysia dan
Indonesia.

Demikianlah sekilas tentang sejarah konflik etnik yang berangkat dari permasalahan
sosial politik yang telah berakar selama berabad-abad di wilayah Rakhine. Bagaimana
pun, konflik ini hanyalah menyebabkan kesengsaraan pihak-pihak yang bertelagah.
Oleh sebab itu, setelah mengetahui akar permasalahan konflik ini, semoga para
pemimpin dunia dan pihak-pihak yang bersangkutan dapat memberikan penyelesaian
yang terbaik demi keamanan dunia.
SUMBER - Kompasiana

Follow @rossacalla 347 followers

Iklan oleh Google

Burma killed rohingya Bangladesh rohingya

Burma myanmar where Sejarah

http://babab.net/out/kronolgi-sejarah-isu-konflik-pelarian-rohingya-di-myanmar.html 5/8

Anda mungkin juga menyukai