Anda di halaman 1dari 6

Pendahuluan

Amali 1.1 Penumatik adalah satu amali asas yang melibatkan penggunaan angin sebagai
medium yang digunakan untuk menggerakkan sesebuah sistem mekanikal. Konsep asas ini
banyak digunakan dalam kerja pemesinan dan pengiperasian untuk melakukan pelbagai fungsi
seperti:

1. Memutar
2. Memotong
3. Mengisar
4. Mengemas
5. Membentuk
6. Kawalan kualiti

Senarai komponen yang digunakan beserta simbol dan fungsi


1. Silinder satu tindakan @ single acting cylinder

- Sebuah silinder tunggal yang mempunyai satu pintu masuk sahaja bagi
membolehkan udara termampat untuk mengalir melalunya. Arah pergerakannya
hanya satu arah.

2. Injap 3/2 kawalan arah suis tekan @ 3/2-way push button control valve

- Satu kawalan 3/2 arah injap boleh digunakan untuk mengawal silinder. Injap
terbuka untuk menyalurkan udara apabila berada di di bahagian belah kiri manakala
bahagian kanan akan menghalang penyaluran udara.
3. Bekalan @ sumber angin dari pemampat @ compressor

- Berfungsi untuk memampatkan udara tekanan yang diperlukan. Menukar tenaga


mekanikal menjadi tenaga potensi dalam udara termampat.

4. Pressure relief valve @ manifold

- Fungsi utama pressure relief valve adalah untuk mengatur atau mengehadkan
tekanan kerja maksimum pada satu sistem saluran udara.

5. Tiub pneumatik.

- Tiub pneumatik digunakan sebagai medium saluran pengudaraan di dalam sesebuah


sistem.

Prosedur kerja
1. Peralatan serta komponen yang diperlukan untuk melakukan amali 1.1 Pneumatik
disediakan secara tersusun.
2. Memastikan kesemua peralatan dan komponen berada dalam keadaan baik sebelum
digunakan.
3. Memastikan tempat kerja berada dalam keadaan baik dan selamat sebelum melakukan
kerja amali.
4. Penyambungan komponen dianalisa terlebih dahulu bagi memastikan penyambungan
yang betul dapat dilakukan.
5. Kerja penyambungan litar dilakukan:
a. Pastikan injap 3/2 kawalan arah suis tekan @ push button valve berada dalam
keadaan “off”.
b. Penyambungan antara manifold dengan ‘port 1’ pada 3/2 kawalan arah suis
tekan dilakukan menggunakan tiub.
c. Sambungan ‘port 2’ kawalan arah suis tekan pada masukan silinder satu arah.
d. Pastikan sambungan adalah betul mengikut gambarajah yang diberi.
e. Bekalan angin dimasukkan pada litar melalui penyambungan dari pemampat ke
manifold.
f. Injap suis tekan dihidupkan.
g. Pemerhatian dilakukan pada silinder setelah injap suis dihidupkan.
h. Kawalan 3/2 arah suis tekan dilepaskan dan pemerhatian kepada silinder
dilakukan sekali lagi.
i. Perbandingan pemerhatian ketika suis dihidupkan dan dimatikan dilakukan.
j. Bekalan angin ditutup.

Gambarajah 1

Rajah 1
Hasil/output
Bil Langkah Penerangan
1 Keadaan pada kedudukan awal silinder adalah
keadaan omboh berada di bahagian belakang dan
pada injap pula adalah pada posisi 2.

2 Apabila suis injap ditekan, injap akan berada pada


posisi 1.

3 Posisi 1 akan membenarkan tekanan udara


melalui injap tersebut keluar ke silinder.

4 Setelah silinder mendapat tekanan yang melebihi


dari spring, omboh silinder akan ditolak ke luar.
5 Apabila bila suis injap dilepaskan, injap akan
kembali ke posisi 2.

6 Tekanan udara akan dilepaskan melalui injap dan


spring akan tolak semula omboh ke dalam
keadaan awal.
Perbincangan dan kesimpulan
Hasil daripada amali yang dilakukan, saya mendapati amali ini menekankan tentang
konsep asas pneumatik yang perlu difahami dan dikuasai sebelum melakukan amali yang
lebih lanjut. Semasa melakukan amali, terdapat kit yang mempunyai kebocoran udara pada
komponen tersebut. Perkara ini disedari setelah pemasangan pemampat yang
disambungkan membekalkan udara. Disebabkan itu, prestasi untuk menggerakkan silinder
tersebut akan menjadi lebih rendah daripada yang sepatutnya.

Jawapan kepada soalan


1. Lukiskan simbol komponen pneumatik berikut mengikut ISO standard.
1.1 Silinder Satu Tindakan (Single Acting Cylinder)

1.2 Injap kawalan 3/2 Suis Tekan (3/2-way push button control valve)

2. Berikan kelebihan dan kekurangan menggunakan silinder satu tindakan


dengan spring boleh balik.

Kelebihan Kekurangan
Menggunakan spring untuk menolak spring menjadi kurang anjal setelah
piston kembali ke posisi asal digunakan banyak kali
memerlukan satu arah masukan udara tidak boleh mengawal kelajuan
sahaja masukan piston

Anda mungkin juga menyukai