Anda di halaman 1dari 12

1.

0 PENGENALAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJA

Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 bertujuan untuk


memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerja yang sedang bekerja dan
menggalakkan suatu persekitaran pekerjaan yang selamat bagi pekerja yang sedang
bekerja yang disesuaikan dengan keperluan fisiologi dan psikologi. Skop
perundangan akta ini ialah melindungi keselamatan dan kesihatan pekerja di semua
sektor ekonomi dan juga mempunyai elemen kewajipan mengambil berat (Duty of
Care).

2.0 AKTIVITI KERJA

i) Seorang pekerja sedang memotong tong


bahan mudah terbakar.

Rajah 1

5
ii) Seorang pekerja sedang mengimpal besi di kawasan takungan air.

Rajah 2

iii) Seorang pekerja sedang


membawa bahan racun
mengunakan kenderaan jenis
forklift.

Rajah 3

6
iv) Seorang pekerja sedang menaiki tangga mudah laras untuk
menjalankan kerja-kerja penyelenggaran.

Rajah 4

v) Seorang pekerja sedang mengangkat kotak


peralatan menggunakan wayar elektrik.

Rajah 5

3.0 JENIS-JENIS HAZARD

i) Hazard Fizikal
Hazard fizikal dikaitkan dengan hazard tenaga. Ini termasuk hazard
objek yang jauh, tergelincir, perlanggaran, tekanan,letupan, bunyi dan
sinaran.

7
 Tergelincir

- Pekerja tidak memakai tali keselamatan semasa menaiki


tangga terutamanya untuk membuat kerja atau
menyelenggara di kawasan yang tinggi atau melebihi
ketinggian yang dibenarkan.
- Pekerja tersebut juga menjalankan kerja tanpa pengawasan
pekerja lain untuk menjaga kedudukan dan kestabilan
tangga daripada tergelincir.

Rajah 6: Pekerja
sedang menaiki tangga.

ii) Hazard Kimia


Hazard kimia adalah hazard yang memberikan kesan kerana sifat fizik
dan kimianya serta tindakbalas kimianya. Hazard kimia dinyatakan
dalam bentuk mudahnya terbakar, meletup, keradioaktifan, korosif,
toksisiti.

8
 Kimia

- Pekerja membawa bahan beracun tanpa menggunakan


pelapik kayu atau pallet yang diletakkan diatas kenderaan
forklift sebelum mengangkat bahan kimia atau bahan
beracun.
- Bengkel tersebut juga tiada atau kurang penyeliaan dari
penyelia terutamanya pekerja yang sedang membuat kerja-
kerja yang melibatkan bahan kimia atau bahan mudah
terbakar.
- Penutup bahan mengecat terdedah dan tidak diuruskan
dengan sempurna termasuk pengunaan degreaser yang
tidak diketatkan.

Rajah 7: Pekerja sedang


membawa kotak beracun menggunakan forklift.

iii) Hazard Mekanikal


Hazard mekanikal ialah hazard yang berkaitan dengan kuasa
mekanikal yang terdapat pada mesin. Antara contoh hazard termasuk
bahagian bergerak, memotong, menyepit, berputar dengan pantas,
menghentak dan menghempap.

9
 Perlakuan pekerja

- Kedudukan pekerja yang sedang memotong tong bahan


mudah terbakar tidak sesuai dan menyukarkan pergerakan
serta boleh menggangu semasa kerja-kerja memotong
dijalankan. Pekerja tersebut juga tidak memakai sarung
tangan keselamatan yang mesti digunakan semasa
melakukan kerja terutamanya kerja-kerja yang melibatkan
pengunaan mesin.
- Pekerja yang sedang melakukan kerja-kerja mengimpal
menjalankan dan meneruskan kerja walaupun kawasan kerja
tersebut dalam keadaan yang basah dan tidak terurus.

Rajah 8: Pekerja sedang memotong


tong bahan mudah terbakar.

4.0 KESAN HAZARD

i) Hazard Fizikal

 Tergelincir

10
- Pekerja yang tidak memakai tali keselamatan semasa
menaiki tangga boleh mengakibatkan kematian, kecederaan
dan juga kerosakan harta benda.
- Jika pekerja tersebut mengalami kecederaan yang kekal, ini
akan memberi kesan kepada keluarga beliau kerana
kecederaan yang kekal akan menyebabkan pekerja tersebut
hilang upaya dan hilang pendapatan.

Rajah 9 : Pekerja sedang menaiki


tangga.

ii) Hazard Kimia

 Kimia

- Pekerja membawa bahan beracun tanpa menggunakan


pelapik kayu atau pallet boleh memberi kesan kepada
pemandu kenderaan tersebut dan juga pekerja disekeliling

11
yang boleh mengakibatkan kecederaan kekal atau
sementara dan kerosakan harta benda.
- Jika hal sedemikian berlaku kepada pekerja tersebut,
kemalangan tersebut akan memberi kesan kepada keluarga
kerana pekerja tersebut hilang upaya dan hilang
pendapatan.
- Majikan bengkel tersebut juga akan menerima impak dimana
pihak mereka akan mengalami kerugian bahan dan perlu
membayar kos bayaran perubatan yang dikenakan bagi
merawat pekerja tersebut.

Rajah 10 : Pekerja sedang membawa


kotak beracun menggunakan forklift.
iii) Hazard Mekanikal

 Perlakuan
pekerja

- Kesan kedudukan pekerja yang sedang memotong tong


bahan mudah terbakar tidak sesuai, tidak memakai sarung
tangan keselamatan dan pekerja yang sedang melakukan

12
kerja-kerja mengimpal dalam kawasan yang basah akan
menyebabkan kematian dan kecederaan.
- Jika perkara ini berlaku, pekerja tersebut menderita kerana
hilang upaya upaya untuk melakukan sebarang pekerjaan
seterusnya hilang pendapatan dan ia akan memberi kesan
kepada keluarga.
- Majikan bengkel tersebut juga akan menerima impak kesan
daripada kemalangan tersebut dimana terpaksa membayar
kos perubatan untuk merawat mangsa disamping membayar
denda dan pampasan yang dikenakan.

Rajah 11: Pekerja sedang memotong


tong bahan mudah terbakar.

5.0 PENYELESAIAN HAZARD

i) Hazard Fizikal

 Tergelincir

- Pekerja yang menjalankan kerja-kerja di tempat yang tinggi


hendaklah memakai tali keselamatan untuk mengelakkan
terjatuh semasa menjalankan kerja. Persekitaran kerja juga
haruslah teratur dan pastikan keadaan lantai kering serta

13
peralatan yang telah digunakan disusun dengan betul di
tempat yang disediakan.

Rajah 12: Pekerja sedang menaiki


tangga.

ii) Hazard Kimia

 Kimia

- Pekerja membawa bahan beracun hendaklah menggunakan


pelapik kayu atau pallet bagi memastikan kestabilan bahan
tersebut semasa diangkat ke tempat lain dengan
menggunakan forklift. Kawalan penyelia juga diperlukan
semasa aktiviti ini dijalankan bagi mengelakkan sebarang
kejadian yang tidak diingini berlaku. Papan tanda amaran
dan bahan beracun haruslah diletakkan sebelum kerja
tersebut dijalankan dan dilabelkan sebagai kerja yang

14
merbahaya bagi bertujuan memberi peringatan dan
pengetahuan kepada pekerja disekelilingnya.

Rajah 13: Pekerja sedang membawa


kotak beracun menggunakan forklift.

iii) Hazard Mekanikal

 Perlakuan pekerja

- Penyelia tempat kerja hendaklah sentiasa memeriksa alatan


keselamatan dan memantau pekerja supaya sentiasa
menggunakan pakaian keselamatan dan menjalankan kerja
dengan menggunakan kaedah yang betul. Meletakkan poster
pakaian keselamatan dan kaedah kerja yang betul juga
boleh membantu dalam mengurangkan kadar hazard yang
terjadi di bengkel atau di tempat kerja. Pekerja memainkan
peranan penting dalam memastikan kerja yang dilakukan
selamat dengan sentiasa mematuhi semua peraturan yang

15
telah ditetapkan oleh pihak majikan termasuklah etika
berpakaian semasa bekerja dan mematuhi kaedah kerja
yang betul.

Rajah 14: Pekerja sedang memotong


tong bahan mudah terbakar.

16

Anda mungkin juga menyukai