Anda di halaman 1dari 9

PUSAT LATIHAN PENGAJAR & KEMAHIRAN LANJUTAN

JALAN PETANI 19/1, SEKSYEN 19


40900 SHAH ALAM
SELANGOR

KERTAS PENERANGAN
KOD DAN NAMA
PROGRAM / PROGRAM I-031-3 VOCATIONAL TRAINING OFFICER
CODE AND NAME
TAHAP / LEVEL L3

NO DAN TAJUK MODUL/


M01 TEACHING AND LEARNING METHODOLOGY
MODULE No. AND TITLE

04.01 FACILITATE TRAINING / LEARNING SESSION


04.02 MOTIVATE TRAINEE
04.03 MENTOR TRAINEE
04.04 COACH TRAINEE
NO DAN PERNYATAAN
04.05 SUPERVISE TRAINEE
TUGASAN /TASK(S) No.
04.06 COUNSEL TRAINEE
AND STATEMENT
09.01 ADMINISTER WORK PLACE SAFETY AND HEALTH
09.03 PREPARE INDEMNITY REQUIREMENTS
09.02 ADMINISTER WORK PLACE SECURITY
09.06 IMPLEMENT RULES AND REGULATIONS

No. DAN PENGALAMAN


PEMBELAJARAN LE1 IMPLEMENT TRAINING METHODOLOGY
LE2 IMPLEMENT SECURITY REQUIREMENTS, RULES AND
LEARNING EXPERIENCE
REGULATIONS
No. AND STATEMENTS

PERFORM TEACHING AND LEARNING METHODOLOGY


USING NOSS, COURSE OF STUDY, PROGRAM SCHEDULE,
INSTRUCTOR/TRAINEE PROFILE, RECORD OF PRIOR
LEARNING, TRAINING FACILITIES, FACILITATION
RESOURCES, SAFETY CODE OF PRACTICE, LAY-OUT PLAN,
SAFETY RULES AND REGULATIONS, FIRE FIGHTING
OBJEKTIF MODUL / EQUIPMENTS, FIRST AID BOX / KIT, MANUAL
MODULE OBJECTIVE SPECIFICATION, STANDARD OPERATING PROCEDURES,
INVENTORY CHECKLIST, AND ALARM SO THAT TRAINING /
LEARNING SESSIONS FACILITATED, WORKPLACE SAFETY,
HEALTH AND SECURITY IMPLEMENTED AND INDEMNITY
REQUIREMENTS COMPLIED IN ACCORDANCE WITH JOB
SPECIFICATION REQUIREMENTS, STANDARD OPERATION
PROCEDURES, WORKPLACE RULES AND REGULATIONS.

No. KOD / CODE No. I-031-3/M01/LE2/P(4/11) Muka : 1 Drp : 8


NO KOD / CODE NO I-031-3/M01/LE2/P(4/11) Muka: 2 Drp: 9

TAJUK : PENGENALAN AUDIT KESELAMATAN PEKERJAAN

TUJUAN :

Supaya pengajar pelatih dapat menghuraikan dengan jelas tujuan asas audit keselamatan
pekerjaan dibuat serta kaedah dan aktiviti yang diperlukan bagi melaksanakannya di tempat
kerja.

PENERANGAN :

Audit keselamatan pekerjaan adalah suatu pemeriksaan kritikal yang


sistematik aktiviti sesebuah organisasi dengan objektif untuk
meminimumkan kerugian akibat kemalangan. Audit keselamatan juga
digunakan untuk melihat aspek kecekapan pengurusan keselamatan dan
kesihatan di tempat kerja. Walau bagaimanapun, tidak seperti audit
operasi perniagaan yang lebih merupakan pelaburan yang memberikan pulangan yang segera,
audit keselamatan mungkin memerlukan masa yang lebih lama untuk menampakkan
keuntungannya. Atas alasan inilah maka sebilangan majikan, audit keselamatan, yang dilakukan
secara berkala, merupakan tambahan kos yang tidak diperlukan, terutama sekali jika aktiviti di
tempat kerjanya dianggap berisiko rendah. Tidak ramai yang menyedari hakikat bahawa kos
memastikan keadaan kerja yang selamat juga adalah satu pelaburan dan bukan perbelanjaan
tanpa pulangan.

TAKRIFAN AUDIT KESELAMATAN

Apabila memperkatakan tentang audit keselamatan pekerjaan, perkara


pertama yang terlintas di kepala kita ialah apakah yang dimaksudkan
dengan perkataan audit itu sendiri? Soalan ini kerap diajukan di dalam
setiap perbincangan yang berkaitan dengan pemantauan sistem
keselamatan dan kesihatan di tempat kerja. Jika dirujuk kepada beberapa
organisasi, pakar, buku dan panduan berkaitan dengan audit keselamatan,
kita akan dapati beberapa takrifan yang berbeza-beza. Lebih
merungsingkan lagi apabila perkataan audit itu sendiri, selalu diguna pakai secara bebas dan
disamakan dengan istilah-istilah seperti tinjauan dan pemeriksaan. Berikut adalah takrifan-
takrifan yang dikenalpasti.

Majlis Keselamatan dan Kesihatan Kimia, Persatuan Industri-industri Kimia Berhad – “sebagai
suatu pemeriksaan kritikal yang sistematik, aktiviti sesebuah organisasi dengan objektif untuk
meminimumkan kerugian”.
NO KOD / CODE NO I-031-3/M01/LE2/P(4/11) Muka: 3 Drp: 9

Wallace, I.G (1995): – “pengesahan secara langsung sesuatu aktiviti


dengan menggunakan pendekatan sistematik untuk mengenalpasti
kekuatan dan kelemahan. Ini dilakukan dengan membandingkan apa
yang ada dan yang dilakukan dengan standard, amalan dan undang-
undang”.

Standard British, BS 8800: 1996 – “pemeriksaan sistematik dan di mana mungkin, bebas untuk
menentukan samada aktiviti dan hasilnya yang berkaitan menepati perkiraan yang telah
dirancang dan samada perkiraan ini dilaksanakan dengan cekap dan adalah sesuai untuk
mencapai dasar dan objektif organisasi ”.

Keller, J.J. and Associates, Inc. (1999) – “alat sistematik dan objektif untuk menilai komplian
undang-undang di tempat kerja”.

Siri Penilaian Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan (OHSAS 18001) 1999 – “pemeriksaan yang
sistematik untuk menentukan samada aktiviti dan hasil yang berkaitan, menepati perkiraan yang
telah dirancang dan samada perkiraan dilaksanakan secara berkesan dan sesuai untuk mencapai
dasar dan objektif organisasi”.

Daripada kesemua takrifan yang telah diberikan oleh berbagai pihak, bolehlah disimpulkan
bahawa audit keselamatan pekerjaan mempunyai ciri-ciri berikut;
 Pemeriksaan kritikal yang sistematik sesuatu aktiviti.
 Menentukan samada aktiviti menepati perkiraan yang dirancang dan objektif yang
ditetapkan.
 Menentukan samada aktiviti kompli keperluan undang-undang standard dan amalan
berkaitan.

OBJEKTIF AUDIT KESELAMATAN


Audit keselamatan pekerjaan mempunyai objektif berikut;
 Memeriksa dan menilai status
pencapaian pengurusan K&KP berdasarkan pensampelan
amalan sebenar dan/atau kelengkapan dalam sesuatu operasi.
 Memberikan maklumbalas yang
boleh disahkan kepada majikan berdasarkan pemeriksaan dan
penilaian tersebut.
 Mengesahkan tahap komplian terhadap keperluan legislatif,
standard, prosedur dan garis panduan.
NO KOD / CODE NO I-031-3/M01/LE2/P(4/11) Muka: 4 Drp: 9

 Mengesahkan amalan dan prosedur baik.


 Mencadang sebarang perubahan dan pemantauan yang
perlu.
 Menentukan samada berlakunya taburan sumber yang
terbaik bagi mengoptimumkan pengurusan K&KP.
 Menaikkan standard keselamatan dan kesihatan sejajar
dengan dasar dan objektif organisasi.

PERANAN AUDIT KESELAMATAN DALAM SISTEM PENGURUSAN KESELAMATAN DAN


KESIHATAN PEKERJAAN

Peranan audit keselamatan dalam sistem pengurusan dan kesihatan pekerjaan ditunjukkan
dalam rajah 1. Rajah 1 yang dipetik daripada garis panduan Eksekutif Kesihatan dan
Keselamatan Yang Berjaya HS(G)65, menunjukkan elemen-elemen di dalam sistem pengurusan
keselamatan dan kesihatan pekerjaan, yang mendapat maklumbalas daripada audit dan yang
memberikan maklumbalas kepada audit untuk meningkatkan kecekapan sistem pengurusan itu.

Peranan audit bermula dari peringkat awal penilaian status pengurusan


keselamatan dan kesihatan di tempat kerja dilakukan hinggalah di peringkat
menggunakan hasil pengukuran pencapaian untuk melihat kekuatan dan
kelemahan sistem yang dilaksanakan. Audit bukan sahaja mempunyai
hubungan kawalan terhadap perlaksanaan dan penyelenggaraan sistem
tersebut.

Rajah 2 menunjukkan peranan audit di dalam satu lagi sistem pengurusan keselamatan dan
kesihatan pekerjaan. Sistem pengurusan ini adalah berdasarkan pendekatan BS EN ISO 14001.
Elemen-elemen di dalam sistem pengurusan ini juga mendapat maklumbalas daripada audit.

Melalui audit, majikan dan pihak pengurusan boleh secara sistematik mendapatkan maklumat
yang;
 Memberikan maklumat status awal sistem pengurusan keselamatan dan kesihatan
pekerjaan di tempat kerja.
 Bagi tempat kerja yang tidak pernah melaksanakan sebarang audit keselamatan, audit
pertama dilakukan untuk melihat tahap komplian terhadap peruntukan undang-undang,
standard, amalan dan prosedur kerja selamat. Audit juga memberikan penilaian
kecekapan dan keberkesanan penggunaan sumber-sumber sedia ada. Maklumat status
awal tempat kerja boleh digunakan sebagai garis dasar kedudukan sistem pengurusan
keselamatan dan kesihatan di tempat kerja itu. Daripada maklumat audit ini juga
NO KOD / CODE NO I-031-3/M01/LE2/P(4/11) Muka: 5 Drp: 9

pengurusan dapat menilai dan merancang dasar, organisasi dan perkiraan yang
diperlukan di dalam pengurusan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.
 Memberi maklumat status terkini pencapaian sistem pengurusan keselamatan dan
kesihatan pekerjaan.

SISTEM PENGURUSAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN


(Elemen Sistem Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan)

Faktor Luaran Faktor Dalaman

Penilaian Semula Status Awal dan Berkala

Dasar K&KP

Audit Organisasi

Pelan & Implementasi

Ukur Pencapaian K&KP

Hubungan maklumat Hubungan kawalan

Rajah 1 : Peranan audit keselamatan dalam sistem pengurusan keselamatan


dan kesihatan pekerjaan berdasarkan HS(G)65

Peningkatan Berterusan

Semakkan Status Awal

Semakkan Pengurusan Dasar KKP


AUDIT

Perancangan

Tindakan Pemeriksaan & Pembetulan Implementasi & Operasi

Rajah 2 : Sistem pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan berdasarkan


NO KOD / CODE NO I-031-3/M01/LE2/P(4/11) Muka: 6 Drp: 9

Bagi tempat kerja yang sudah mempunyai sistem pengurusan keselamatan dan kesihatan
pekerjaan yang sedang berjalan, audit perlu dilakukan secara berkala sebagai tambahan kepada
kaedah pemantauan rutin yang lain. Di peringkat ini audit dilakukan untuk;
 Menentukan samada sistem pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang ada,
mampu mencapai standard pencapaian keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang
diperlukan (contohnya legislatif, standard, amalan kerja baik dan sebagainya).
 Menentukan kelemahan dan kekuatan sistem pengurusan keselamatan dan kesihatan
pekerjaan.
 Menentukan samada organisasi benar-benar telah melakukan dan mencapai apa yang
dirancang.

Keseluruhan tahap pencapaian yang diperolehi melalui audit ini seterusnya dibandingkan dengan
dasar dan objektif pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

Kalau dilihat pada carta aliran sistem pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan (rajah 1),
kita akan dapati bahawa audit berperanan memeriksa, menilai, memaklum, memantau dan
meningkatkan tahap pencapaian sistem pengurusan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja
secara berterusan. Ini bermakna audit tidak lagi terhad kepada setakat mengenalpasti masalah
dan mengekalkan standard yang konsisten di dalam organisasi atau hanya memberikan
gambaran keadaan dan status organisasi dan loji tetapi lebih pada itu. Ia mampu menyemak
semula sistem, program dan prosedur, dan corak ketiga-tiga ini dan seterusnya meramalkan
permasalahan yang mungkin berlaku di masa hadapan.

Proses audit yang berterusan mencadangkan bahawa peningkatan keselamatan dan kesihatan di
tempat kerja adalah aktiviti berterusan. Audit pertama tidak mungkin mengenalpasti semua
kelemahan dan kekurangan. Ia memerlukan audit dan seterusnya. Pekerja, mesin, proses kerja
dan sekitaran juga sentiasa bertukar dan berubah. Pertukaran dan perubahan ini akan
mempengaruhi pencapaian elemen-elemen pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
Akibatnya, audit juga perlu dilakukan secara berkala selaras dengan pertukaran dan perubahan
yang berlaku. Setiap cadangan yang diberikan dalam setiap pengauditan mestilah dilaksanakan
dengan penuh iltizam bahawa tujuan audit ialah mencari dan menyelesaikan masalah yang
berpotensi mengakibatkan kerugian.

Audit yang dilakukan pada kali pertama biasanya akan memperlihatkan banyak kekurangan dan
kelemahan di dalam pengurusan. Majikan tidak perlu terlalu runsing mengenainya. Audit yang
baik juga bukan sahaja memaklumkan kelemahan dan kekurangan tetapi juga memprioritiskan
ketenatan perkara-perkara yang lemah dan kurang. Pihak majikan harus menggunakan prioriti
NO KOD / CODE NO I-031-3/M01/LE2/P(4/11) Muka: 7 Drp: 9

ini untuk membaiki kelemahan dan kekurangan secara berperingkat-peringkat dan secepat yang
praktik. Fokus hendaklah diberikan kepada perkara-perkara mendedak, misalnya yang
melihatkan komplian legislatif dan standard, kemalangan dan insiden yang tinggi.

JENIS AUDIT KESELAMATAN

Terdapat berbagai pengelasan atau kategori audit keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang
telah diperkenalkan oleh berbagai pihak. Pembahagian ini telah menghasilkan berbagai jenis
audit. Wallace, I.G. (1995) membahagikan audit keselamatan kepada tiga jenis;
 Audit Teknikal dan Proses : audit ini melihat rekabentuk, pembinaan dan operasi
kemudahan untuk memastikan ia memenuhi keperluan terkini undang-undang,
standard dan kod amalan. Contohnya; audit sistem kebakaran, pengelasan
kawasan dan sistem ventilasi.
 Audit Hazard Khusus : audit ini dijalankan untuk memastikan keperluan legislatif
dan syarikat, mengenai sesuatu hazard dipenuhi. Contohnya ; audit kimia,
sinaran, operasi kren dan pekerja di kawasan tinggi.
 Audit Pengurusan : audit ini menilai komplian terhadap dasar dan objektif syarikat.

Pybus (1996) membahagikan audit kepada;


Audit Operasi : dilakukan ke atas operasi. Melihat pemahaman dasar am K&KP
oleh pekerja, mematuhi prosedur kerja selamat, kesesuaian prosedur dengan keadaan
tempatan.
Audit Sistem : melihat pertalian di antara prosedur tempatan dengan Standard
Syarikat/Standard Antarabangsa/Akta dan Peraturan.
Audit Strategik : melihat nilai dan iltizam syarikat terhadap program K&KP di peringkat
dasar dan objektif.

Pembahagian audit kepada jenis-jenis, yang diterangkan di


atas, telah dibuat berdasarkan struktur audit. Kalau konsep
audit kualiti digunakan, audit juga boleh dibahagikan kepada
audit produk dan audit perkhidmatan.
Terdapat juga pembahagian jenis audit yang dibuat
berdasarkan pihak yang mengaudit. Pengelasan audit begini dibuat oleh ISO. Audit pihak
petama (atau “first party audit”) adalah audit yang dilakukan oleh sesebuah organisasi ke atas
dirinya. Audit ini juga dipanggil audit dalaman. Audit dalaman dilakukan oleh auditor dalaman.
Contoh audit ini termasuk audit antara jabatan di dalam sesuatu organisasi. Dalam audit pihak
kedua (atau “second party audit”), organisasi A biasanya ada pertalian dengan B. Misalnya,
NO KOD / CODE NO I-031-3/M01/LE2/P(4/11) Muka: 8 Drp: 9

antara vendor dan pembekal utama. Audit pihak ketiga (atau “third party audit”) pula dilakukan
oleh auditor luaran, misalnya bagi tujuan persijilan.

Tidak kira apa jenis audit yang dilakukan, yang penting ialah ia mesti dilakukan dengan sebebas
mungkin, tanpa sebarang pengaruh (luaran dan dalaman) yang boleh mempegaruhi hasil audit
tersebut. Ini bermakna, walaupun audit dalaman dilakukan oleh pekerja organisasi itu sendiri, ia
perlu dilakukan secara bebas. Kebebasan sesuatu audit bergantung kepada kebijaksanaan
majikan atau pihak pengurusan serta iltizam dan kesediaan mereka untuk melihat pengauditan
yang objektif dan kritikal. Dalam hal ini majikan dan pihak pengurusan mesti memilih auditor
dalaman yang berpengalaman, bermotivasi dan mahu melakukan audit yang benar-benar
memberikan gambaran keadaan sebenar kerja.
NO KOD / CODE NO I-031-3/M01/LE2/P(4/11) Muka: 9 Drp: 9

SOALAN:

1. Nyatakan jenis-jenis audit keselamatan dan pilih salah satu daripadanya dan
jelaskan kaitan dengan Auditee.
2. Nyatakan tugas-tugas audit keselamatan bagi menentukan .
3. Nyatakan lima tugas-tugas penting Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan.
4. Berikan tiga kepentingan penubuhan Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan.
5. Nyatakan tiga keanggotaan yang wujud dalam jawatankuasa.

RUJUKAN :

1. Ismail Bahari, Ph.D (2002); Pengaturan Sendiri Di Dalam Pengurusan Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan; terbitan McGraw-Hill Education (Malaysia) Sdn. Bhd.
2. Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514), Terbitan MDC Publisher
Printers Sdn. Bhd.
3. Padamsey, P Shah (2004), Typical Claim Requirements.
4. http://www.padamsey.com; Accessed date: 29 Oct. 2012

Anda mungkin juga menyukai