Anda di halaman 1dari 28

INSTITUSI KEMAHIRAN MARA, JASIN

SUSUN ATUR BENGKEL DAN PENGAMALAN


KESELAMATAN BENGKEL

TUGASAN 1

OLEH
HAIQAL IRFAN ZEFYYUDIN BIN ZAHARUDIN

KURSUS
NYV 4014
RULES AND REGULATION COMPLIANCE MONITORING

JUL-DIS 2023

NAMA PENSYARAH
MOHD ISA BIN HUSSIN
ISI KANDUNGAN

N ISI KANDUNGAN MUKASURAT


O
1 PENDAHULUAN 1-2

2 OBEJKTIF 3
3 DEFINISI 4
4 AKTA DAN UNDANG-UNDANG BERKAITAN 5

5 PERSEDIAAN PERKHIDMATAN

5.1 PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN 6-7

5.2 LOGO 8

5.3 PEMILIHAN SYARIKAT 9-10

5.4 MODEL BANGUNAN 11-12

6 PELAN BANGUNAN 13
7 JADUAL OPERASI HARIAN 14
8 KELAYAKAN KERJA 15-19
9 AKTA KUALITI ALAM SEKELILING 1974 20-24
10 PENUTUP 25
11 RUJUKAN 26
1. PENDAHULUAN

1.1 Pada era globalisasi kini, telah banyak jenis kenderaan yang telah dikeluarkan serta
digunakan oleh masyarakat dan ada juga yang telah diperbaharui teknologinya di
seluruh pelusuk negara. Dengan adanya perniagaan seperti kami tubuhkan ini dapat
menyelesaikan dan membaikpulih sedikit sebanyak masalah yang berlaku pada
kenderaan. Seperti yang telah sedia maklum, perniagaan ini adalah merupakan
perkhidmatan yang menyediakan minor servis dan major servis.

1.2 Premis Pusat Servis Kenderaan ini merupakan sebuah tempat atau fasiliti membaik
pulih dan menyelenggara kenderaan jenis tempatan iaitu Proton dan Perodua. Justeru,
ianya merupakan salah satu industri yang sering dikunjung pengguna kenderaan untuk
penyelenggaran dan pembaikan dan menjaga jaminan alat ganti yang ditukar dan
servis yang dijalankan di premis ini.

1.3 Pada masa kini, masalah pencemaran tanah telah menjadi semakin serius. Aktiviti
pusat servis kenderaan seperti penyelenggaraan dan pembaikan kendaraan dapat
menyebabkan kerosakkan pada tanah dan lanskap di sekitarnya. Ini dapat
mengganggu ekosistem alami dan mengurangi kualiti lingkungan. Isu pertambahan
bilangan pusat servis kenderaan seiring dengan pembangunan bandar perlu diberi
perhatian.

1.4 Terdapat beberapa kategori premis pusat servis kenderaan yang dikenal pasti
wujud di negara ketika ini iaitu ;

 Servis kenderaan di rumah – kenderaan yang diselenggarakan tanpa mengikut


standard operating procedure (SOP)
 Pusat servis kenderaan di lot kedai – kenderaan yang kebiasannya
diselenggarakn dengan mengikut standard operating procedure (SOP) dan
mengekalkan jaminan alat ganti

1
.

1.5 Di antara aktiviti yang dikenal pasti dijalankan di pusat servis kenderaan adalah
seperti berikut ;

a. Menservis dan menyelenggara kenderaan


b. Menyediakan khidmat tukar tayar
c. Membaiki sistem elektronik

1.6 Pada masa ini, kelulusan menjalankan aktiviti servis kenderaan di kawasan PBT
adalah tertakluk di bawah peruntukan Undang-undang Kecil Pelesenan, Tred,
Perniagaan dan Perindustrian di PBT berkenaan.Syarat lesen bagi menjalankan aktiviti
servis kenderaan dikategorikan kepada 3 bahagian iaitu Lesen AM, Lesen Khusus
Industri/Sektor, Lesen Khusus Aktiviti.

2
2. OBJEKTIF

Objektif utama penyediaan garis panduan ini adalah untuk :-

2.1 Memasarkan alat ganti yang bermutu tinggi

2.2 Memastikan hasil kerja dapat dilaksanakan dengan jayanya tanpa ada sebarang
kecuaian mahupun kesilapan kecil

2.3 Menjadi sebuah syarikat Pusat Servis Kenderaan yag termasyhur di Malaysia

3
3. DEFINISI

Istilah Keterangan
3.1.1 Pihak Berkuasa Mana-mana Majlis Bandaraya, Majlis Perbandaran atau
Tempatan (PBT) Majlis Daerah, mengikut mana-mana berkenaan, dan
berhubungan dengan Wilayah Persekutuan ertinya
Datuk Bandar Kuala Lumpur yang dilantik di bawah
Seksyen 4 Akta Ibu Kota Persekutuan 1960 (Akta 190
3.1.2 Target pasaran Sekumpulan pelanggan dalam pasaran tersedia perniagaan
yang boleh diservis di mana perniagaan menyasarkan usaha
dan sumber pemasarannya. Pasaran sasaran ialah subset
daripada jumlah pasaran untuk produk atau perkhidmatan.
3.1.3 Suruhanjaya Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) merupakan badan
Syarikat Malaysia berkanun yang terbentuk hasil daripada penggabungan Pejabat
(SSM) Pendaftar Syarikat (ROC) dengan Pejabat Pendaftar
Perniagaan (ROB) di Malaysia yang mengawal selia syarikat
dan perniagaan. SSM yang mula beroperasi pada 16 April
2002.

3.1.4 Lembaga Hasil Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) pula
Dalam Negeri merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Kewangan
(LHDN) yang bertanggungjawab memungut dan mentadbir cukai
langsung negara.

3.1.5 Occupational Badan yang bertanggungjawab mengawal bahawa mana-mana


Safety and Health pekerja menjalankan kerjanya dengan kerangka yang sihat dan
Administration selamat.
(OSHA)
3.1 Bagi tujuan garis panduan ini, definisi bagi istilah yang digunakan berikut ;

4
4. AKTA DAN UNDANG-UNDANG BERKAITAN

4.1 Garis Panduan ini adalah tertakluk kepada peruntukan-peruntukan

perundangan, dasar dan peraturan utama seperti berikut:

4.1.1 Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171);

4.1.2 Akta Keselamatan dan Kesihatan

4.1.3 Akta Pengangkutan Jalan 1987

4.1.5 Akta Perlindungan Pengguna

4.1.6 Akta Pengiklanan

4.1.7 Akta Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672).

4.1.8 Akta Kerja 1955

4.1.9 Undang-undang Anti Diskriminasi

4.1.10 Undang-undang Kecil Pelesenan Tempat Letak Kereta

4.1.11 Persendirian (MPSJ) 2005

4.1.12 Undang-Undang Kecil Iklan (MPSJ) 2007.

4.1.12 Undang-undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (MPSJ)


2007

4.1.13 Undang-undang Kecil Pemungutan, Pembuangan dan Pelupusan Sampah


Sarap (MPSJ) 2007

4.1.14 Undang-undang Kecil Kerja Tanah (MPSJ) 2007

5
5. PERSEDIAAN PERKHIDMATAN

5.1 PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN


Syarikat ini mempunyai kepakaran dalam menservis minor kereta tempatan seperti
Perodua dan Proton.Syarikat ini juga menyediakan pelbagai jenis alatan ganti untuk
setiap kereta yang diproduksikan oleh Perodua dan Proton bagi memudahkan urusan
setiap pelanggan yang berkunjung di pusat servis syarikat ini. Selain itu, syarikat ini
juga akan memastikan hasil kerja mencapai tahap kepuasan pelanggan.

5.1.1 Syarikat ini menyediakan perkhidmatan seperti berikut ;

5.1.1.1 Penyelenggaraan Berkala


Pemeriksaan rutin, penggantian minyak enjin, penggantian minyak gear,
pemeriksaan brek, pemeriksaan tayar, dan pelbagai pemeriksaan lain bagi
memastikan kenderaan dalam keadaan baik.

5.1.1.2 Pembaikan dan Penyelenggaraan


Membaiki pelbagai masalah seperti masalah enjin, brek, sistem suspensi, sistem
pendinginan.

5.1.1.3 Khidmat Tukar Tayar


Menawarkan perkhidmatan tukar tayar, termasuk pengecasan tayar dan
penyeimbangan.

5.1.1.4 Servis Sistem Pendingin dan Pemanasan


Menyediakan perkhidmatan untuk menjaga sistem pendingin dan pemanasan agar
kenderaan sentiasa beroperasi pada suhu yang optimal

5.1.1.5 Ovehaul Enjin


Memecahkan enjin kepada komponen, memeriksa, membersihkan, dan
menggantikan bahagian yang rosak, dan menyusunnya semula.

5.1.1.6 Servis Transmisi

6
Menyediakan servis untuk sistem transmisi, termasuk pemeriksaan dan pembaikan.

5.1.1.7 Servis Sistem Penghantaran Kuasa


Ini termasuk pemeriksaan dan pembaikan sistem penghantaran kuasa, termasuk
gantian komponen seperti clutch.

5.1.1.8 Pembaikan Sistem Elektronik dan Pengawasan


Menangani pembaikan pada sistem elektronik kompleks seperti sistem brek anti-
terkunci (ABS), kawalan penggerak elektronik (ESC), dan lain-lain.

7
5.2 LOGO
Syarikat ini diberi nama REDLANDS adalah kerana menginspirasikan sebuah tempat
yang terdapat di Kelantan iaitu Tanah Merah.Reka bentuk yang diciptakan
berkonsepkan “simple but nice” ini kerana ianya sesuai dengan peredaran zaman.

Gambar rajah di atas menunjukkan logo syarikat ini

8
5.3 PEMILIHAN SYARIKAT
Pemilihan untuk membuka syarikat yang berkonsepkan Sendirian Berhad ini kerana
perniagaan ini boleh berkembang dengan lebih besar dalam jangka masa
panjang.Selain itu, dengan menubuhkan syarikat Sendirian Berhad mudah untuk
mendapatkan suntikan modal dari pihak bank.

5.3.1 Kelebihan syarikat berkonsepkan Sendirian Berhad adalah seperti berikut ;

5.3.1.1 Boleh diwarisi


Syarikat sdn bhd dimiliki melalui pemegang saham. Sekiranya sesuatu terjadi kepada
pemegang saham, saham itu boleh dijual kepada pemegang saham yang baru. Hal ini
menjadikan operasi syarikat sentiasa boleh dikawal selia dan berterusan.

5.3.1.2 Liabiliti terhad


Liabiliti terhad bermaksud pemilik syarikat hanya akan rugi terhadap apa yang
dilaburkan sahaja. Hal ini pastinya memberikan kelegaan kepada pemilik syarikat.
Mereka sudah tahu akan modal ‘hangus’ dan ini membolehkan mereka merancang
strategi kewangan. Liabiliti terhad ini juga akan menggalakan usaha keusahawanan
kerana nilai kerugian yang terhad

5.3.1.3 Kredibiliti yang tinggi


Pihak bank, kerajaan dan perniagaan lain lebih memandang tinggi terhadap syarikat
sdn bhd berbanding entiti lain seperti milikan tunggal atau perkongsian. Dengan ini,
bisnes lebih mudah untuk mendapatkan pinjaman, memasuki tender kerajaan atau
mendapatkan supplier yang berkualiti.

5.3.1.4 Kadar cukai yang rendah


Kadar cukai syarikat adalah lebih rendah berbanding dengan cukai individu. Malah,
perancangan cukai boleh dilakukan secara sah bagi mengurangkan cukai yang dibayar.

5.3.1.5 Dividen syarikat tidak dikenakan cukai

9
Pemilik syarikat boleh mengambil untung dengan cara mengambil dividen. Baiknya
kaedah ini adalah dividen kepada pemilik syarikat tidak dikenakan cukai. Hal ini dapat
menjimatkan kos pemilik syarikat.

5.3.1.6 Boleh bertukar milik


Pemilikan syarikat bergantung kepada pemilikan saham. Apabila seseorang itu
bertindak menjual saham, dia juga melepaskan hak memiliki syarikat tersebut. Pembeli
baru saham tersebut dikira sebagai pemilik baru syarikat.

5.3.1.7 Boleh melantik pengurusan yang professional


Pemilik syarikat tidak semestinya menjalankan operasi syarikat. Mereka boleh memilih
untuk melantik lembaga pengarah yang berpengetahuan dan berkemahiran untuk
mentadbir syarikat seterusnya menjana lebih keuntungan.

5.3.1.8 Potensi yang besar


Disebabkan pengurusan syarikat yang teratur melalui ahli lembaga pengarah yang
profesional dan perlunya laporan audit tahunan, syarikat berpotensi maju ke hadapan
dan lebih berdaya saing.

5.3.1.9 Penyata kewangan yang disahkan


Adalah menjadi kewajipan untuk syarikat sdn bhd menyediakan penyata kewangan
yand disahkan oleh auditor. Hal ini menambah kredibiliti syarikat disamping memastikan
keadaan kewangan syarikat sentiasa dalam keadaan terurus. Syarikat juga mudah
untuk meyakinkan pelabur luar berkenaan kewangan syarikat dengan memberi penyata
kewangan yang diaudit.

10
5.4 MODEL BANGUNAN
Syarikat ini memilih untuk membuka bangunan berkonsepkan model bangunan lot
industri.Ini kerana reka bentuk bangunan lot industri dapat dirancang untuk
menyesuaikan perkembangan perniagaan dan keperluan pengeluaran. Dengan
perancangan yang tepat, bangunan ini boleh diperluas atau diubahsuai sesuai dengan
pertumbuhan perusahaan.

5.4.1 KELEBIHAN MODEL BANGUNAN BERKONSEPKAN LOT INDUSTRI

5.4.1.1 Kecekapan Operasi


Rekabentuk yang baik dapat meningkatkan efisiensi operasi. Alur kerja yang optimal
dan penempatan fasiliti yang strategik dapat mengurangi waktu dan tenaga yang
diperlukan untuk mengangkut, memproses, dan menyimpan barang.

5.4.1.2 Keselamatan
Model bangunan lot industri dapat dirancang dengan mempertimbangkan faktor
keselamatan dan keamanan. Ini termasuk perencanaan keluar darurat,pemasangan
sistem kebakaran, penggunaan bahan yang tahan terhadap api, dan perlindungan
terhadap risiko lingkungan.

5.4.1.3 Fleksibiliti
Rekabentuk bangunan industri yang baik dapat menampung berbagai jenis produk atau
kegiatan. Ruang yang dapat diubah fungsi atau dapat disesuaikan dengan cepat.
Justeru itu, dapat membantu perusahaan menyesuaikan dengan perubahan pasar.

5.4.1.4 Penjimatan Tenaga


Rekabentuk bangunan yang efisien dalam penggunaan tenaga dapat membantu
mengurangkan kos operasi jangka panjang. Penggunaan bahan isolasi yang baik,
penerapan sistem pencahayaan dan pendingin yang jimat tenaga.

5.4.1.5 Lokasi yang Strategik

11
Pemilihan lokasi yang tepat dapat membantu dalam hal pengedaran,pengangkutan,
dan memastikan kebolehcapaian yang luas. Lokasi yang dekat dengan jalur
pengangkutan utama atau pusat logistik dapat mengurangi kos pengiriman dan
mempercepat pengederan.
5.4.1.6 Tingkat Pemeliharaan yang Rendah
Model bangunan industri yang baik dapat dirancang dengan perawatan yang mudah.
Penggunaan bahan dan peralatan tahan lama serta sistem pengurusan pemeliharaan
yang efektif dapat mengurangi kos perawatan jangka panjang.

Gambar rajah di atas menunjukkan bahagian hadapan syarikat ini

12
6. PELAN BANGUNAN

PETUNJUK PELAN BANGUNAN

13
7. JADUAL OPERASI HARIAN
Jadual operasi harian pusat servis sangat penting untuk menjaga ketertiban,
meningkatkan produktiviti dan memberikan pelayanan yang memuaskan kepada
pelanggan. Dengan menjalankan jadual ini secara efektif, syarikat dapat merencanakan
dan melaksanakan aktiviti dengan lebih teratur dan efisien.

Hari Waktu Bekerja Waktu Rehat Catatan


Isnin 9.00 am – 6.00 pm 12.45 pm – 1.45 pm
Selasa 9.00 am – 6.00 pm 12.45 pm – 1.45 pm
Rabu 9.00 am – 6.00 pm 12.45 pm – 1.45 pm
Khamis 9.00 am – 6.00 pm 12.45 pm – 1.45 pm
Jumaat 9.00 am – 6.00 pm 12.30 pm – 2.30 pm
Sabtu 9.00 am – 6.00 pm 12.45 pm – 1.45 pm
Ahad Cuti
Cuti Umum 9.00 am – 3.00 pm Tiada Dibuka separuh
hari dan cuti pada
hari tertentu (akan
dimaklumkan)

14
8. KELAYAKAN KERJA
Pengambilan pekerja untuk bekerja di syarikat ini melibatkan pertimbangan terhadap
berbagai aspek yang akan memastikan bahawa para pekerja memiliki kemahiran,
pengetahuan, dan keterampilan yang diperlukan untuk menjalankan tugas-tugas di
lingkungan syarikat. Penting untuk mengetahui kriteria kelayakan pekerja yang relevan.

8.1 Antara beberapa faktor yang perlu dipertimbangkan :

1. Service Manager

Bidang Tugas

Mengawasi operasi pusat servis iaitu cara pengurusan bahagian servis ketika bekerja
serta memastikan bahawa operasi dan layanan yang sesuai dengan peraturan,
prosedur operasi standard (SOP) yang berlaku

Syarat Kelayakan :

 Berkelulusan Diploma/Ijazah dalam bidang berkaitan (Automotif)


 Pengalaman 10 tahun dan ke atas .
 Berumur 35 tahun ke atas.
 Boleh bertutur dan menulis dengan baik di dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa
Melayu.
 Seorang yang yakin diri, boleh bekerja di dalam tekanan dan lebih masa.
 Seorang yang jujur dan sentiasa komited menjadi lebih baik.

15
2. Admin Executive

Bidang Tugas

Mendaftarkan permintaan layanan, mencatat maklumat pembaikan, dan mengatur


jadual pembaikan serta memantau perkembangan pembaikan yang sedang
berlangsung dan memberikan pembaharuan kepada pelanggan.

Syarat Kelayakan :

 Berkelulusan Diploma/Ijazah dalam bidang


 Mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya 3 tahun
 Berumur 20 tahun ke atas
 Seorang yang jujur, amanah dan bertanggungjawab

3. Service Operational Executive


Bidang Tugas
Pengelolaan mekanik, perencanaan jadual pembaikan, pengawasan kualiti layanan,
dan analisis prestasi operasi, memastikan pelanggan diberi pembaharuan yang tepat
mengenai status pembaikan dan mengidentifikasi peluang pembaikan dalam proses
operasi.
Syarat Kelayakan :
 Berkelulusan Ijazah, Diploma, Sijil Tinggi Persekolahan(SPM, STPM, “A” Level,
Pre-U)
 Pengalaman 2 tahun dan ke atas
 Berpewatakkan menarik
 Seorang yang kreatif dan berfikiran di luar kotak
 Mempunyai ciri-ciri kepimpinan

16
4. Customer Care Executive
Bidang Tugas

Menerima dan menangani panggilan atau pertanyaan pelanggan dengan ramah dan
profesional, membantu pelanggan dalam mengidentifikasi masalah yang diperlukan,
memberikan anggaran waktu penyelesaian, dan merespons dengan cepat terhadap
keluhan atau pertanyaan mereka

Syarat Kelayakan :

 Minima lepasan Diploma dalam bidang berkaitan


 Pengalaman 2 tahun dank ke atas
 Berdisiplin, Rajin, Jujur, Amanah
 Berpewatakkan menarik

5. Service Advisor

Bidang Tugas

Menerima pelanggan yang datang ke pusat servis, mendengarkan dengan cermat


masalah yang mereka hadapi, dan mengidentifikasi pembaikan yang diperlukan.
Kemampuan komunikasi yang baik, pemahaman tentang kendaraan atau peralatan,
dan kemampuan menjaga hubungan baik dengan pelanggan.

Syarat Kelayakan :

 Minima lepasan SPM/SKM/DIPLOMA


 Berminat bekerja suasana office
 Mempunyai pengangkutan sendiri
 Mempunyai perwatakan yang menarik
 Boleh bekerja lebih masa
 Bertanggungjawab

17
6. Foreman (Senior Mekanik)

Bidang Tugas

Memberikan arahan kepada mekanik dalam menyelesaikan tugas-tugas yang


kompleks, serta memastikan bahwa pekerjaan dilakukan sesuai dengan standard kualiti
yang ditetapkan serta menyelesaikan masalah teknikal yang lebih rumit dan
bekerjasama dengan mekanikal untuk mengidentifikasi akar masalah serta
merencanakan solusi yang efektif

Syarat Kelayakan :

 Minimum Sijil Pelajaran Malaysia atau SKM


 Pengalaman kerja sebagai mekanik kereta minimum 5 tahun atau lebih.
 Mempunyai lesen memandu kelas D, B2.
 Berdisiplin, rajin, bertanggungjawab, menepati masa, dan boleh memberi
kerjasama antara staf.
 Jujur, amanah, serta boleh bekerja dibawah pengawasan yang minima.

7. Mekanik

Bidang Tugas

Melakukan pembaikan, penyelenggaraan, dan mendiagnosis masalah pada kenderaan


atau peralatan di pusat servis serta menganalisis masalah dan menggunakan alat bantu
diagnostik untuk mengidentifikasi punca kerosakan, kemudian merencanakan tindakan
pembaikan yang diperlukan.

Syarat Kelayakan :

 Minimum Sijil Pelajaran Malaysia atau lepasan SKM atau tiada sijil (boleh di
pertimbangkan)
 Pengalaman kerja sebagai mekanik kereta minimum 0-1 tahun atau tiada
pengalaman (boleh di pertimbangkan)
 Mempunyai lesen memandu kelas D, B2.
 Jujur, amanah, serta boleh bekerja lebih masa

18
8. Admin Officer

Bidang Tugas

Menjalankan sejumlah tanggung jawab admin executive yang mendukung efisiensi dan
kelancaran operasi sehari-hari serta pelayanan pelanggan yang efektif. Mengelola
dokumen terkait pelanggan, pembaikan, dan layanan serta menyusunnya secara teratur
dan memastikan akses mudah dan cepat ketika diperlukan

Syarat Kelayakan :

 Berkelulusan dengan Sijil Tinggi Persekolahan (SPM, STPM Dan Kelulusan Sijil
Profesional (Diploma , Ijazah Dan Sebagainya) yang diiktiraf.
 Mahir dalam menggunakan komputer
 Mempunyai kemahiran dalam berkomunikasi dengan pelanggan
 Pengalaman 1 tahun atau tiada

9. Sales Advisor

Bidang Tugas

Membangun hubungan jangka panjang dengan pelanggan, membantu pelanggan


dalam memilih jenis kenderaan atau peralatan mereka, menghubungi mereka untuk
memberikan penawaran spesial atau mengingatkan tentang jadual penyelenggaraan
berkala.

Syarat Kelayakan :

 Minima Sijil (PT3)


 Berumur 18 tahun dan ke atas
 Mempunyai kemahiran berkomunikasi dengan pelanggan
 Berpewatakkan kemas
 Jujur, Amanah, Bertanggungjawab
 Mempunyai pengetahuan serba sedikit tentang kereta

19
9. AKTA KUALITI ALAM SEKELILING 1974 (AKTA 127)

Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 adalah undang-undang Malaysia yang ditetapkan
untuk melindungi dan memelihara kualiti alam sekitar negara. Tujuan utama Akta ini
adalah untuk mengawal dan mengurus pencemaran alam sekitar, pemuliharaan sumber
semulajadi, dan pemeliharaan ekosistem bagi kebaikan generasi masa hadapan.

Berikut adalah beberapa langkah prosedur melupuskan minyak pelincir ;

9.1 Prosedur Pelupusan Minyak Pelincir


1. Kakitangan syarikat yang bertanggungjawab perlu menyenaraikan semua jenis sia
bahan buangan terjadual yang terhasil daripada kerja-kerja yang dijalankan di syarikat
seperti minyak pelincir terpakai, minyak gearbox dan lain-lain
2. Pihak yang bertanggungjawab hendaklah meletakkan sisa bahan buangan terjadual
ke dalam bekas khas yang telah dilabelkan dan menyimpannya di tempat yang sesuai.

Gambar rajah di atas menunjukkan bekas buangan


3. Kakitangan yang bertanggungjawab hendaklah meletakkan label dengan jelas pada
bekas sisa buangan terjadual seperti tarikh sisa buangan terjadual dikeluarkan untuk
kali pertama, nama, alamat dan nombor telefon syarikat untuk menstorkan sisa
buangan tersebut

Gambar rajah di atas menunjukkan contoh label yang perlu diletakkan pada bekas buangan

20
4. Majikan atau pihak yang bertanggungjawab hendaklah mengemukakan permohonan
pelupusan sisa kimia dan bahan buangan dengan mengisi borang yang dikeluarkan
oleh Unit Pelupusan Aset, Jabatan Kewangan.

Gambar rajah di atas menunjukkan borang yang perlu di isi oleh pihak syarikat

21
5. Pemberitahuan kepada Jabatan Alam Sekitar hendaklah dibuat melalui Electronic
Waste Information System (eSWIS) di laman web https://www.doe.gov.my/ .

6. Kakitangan yang bertanggungjawab perlulah mendaftar penggunaan sistem tersebut


terlebih dahulu dengan Jabatan Alam Sekitar di negei masing-masing bagi
mendapatkan borang yang dilampirkan di dalam sistem tersebut.

Gambar rajah di atas menunjukkan borang eSWIS

22
7. Setiap kali proses pelupusan sisa bahan kimia dan buangan terjadual berlaku,
kakitangan hendaklah memaklumkan pada Jabatan Alam Sekitar dengan mengisi
borang notifakasi, borang inventori dan juga nota konsainan melalui sistem tersebut,
dalam tempoh masa 30 hari selepas hasil buangan tersebut dikeluarkan.

Gambar rajah di atas menunjukkan borang notifikasi

Gambar rajah di atas menunjukkan borang inventori

23
Gambar rajah di atas menunjukkan nota konsainan

24
10. PENUTUP

Dengan mempertimbangkan pelbagai faktor seperti aliran kerja, pengaturan peralatan,


dan keperluan sumber daya manusia, Saya telah merancang suatu strategi yang akan
membantu memastikan operasi pusat servis berjalan lancar. Dalam mengatur pusat
servis, penting untuk selalu memperhatikan standard keselamatan dan kualiti kerja
yang tinggi. Saya yakin bahwa susun atur yang telah diusulkan akan membantu dalam
meningkatkan produktivitas dan memberikan pelayanan yang lebih baik kepada
pelanggan. Ini secara tidak langsung membantu pihak yang terlibat seperti Pihak
Berkuasa Tempatan (PBT) dan agensi-agensi yang berkaitan untuk merancang
keperluan pengurusan perniagaan perkhidmatan servis dan menyelenggara kenderaan
secara menyeluruh. Justeru, membantu pihak peniaga, persatuan dan sebagainya
untuk menjalankan perniagaan dengan lebih teratur dan efekitf

25
11. RUJUKAN

i. https://intranet4.ktmb.com.my/ktmb/uploads/files/
20180706_MGTOSH032017%20-%20Prosedur%20Pelupusan%20Bahan
%20Kimia%20dan%20Buangan%20Terjadual.pdf
ii. http://elearningjknj.moh.gov.my/pluginfile.php/52399/mod_resource/content/1/
Pengurusan%20Pelupusan%20Bahan%20Kimia%20%20Buangan
%20Terjadual.pdf
iii. https://ppp.utem.edu.my/images/2022/muatturun/garispanduan/garis-panduan-
pengurusan-pelupusan-bahan-kimia-dan-sisa-buangan.pdf
iv. https://www.google.com/search?
q=open+top+steel+drum+with+cover+and+clamp+with+sign&tbm=isch&ved=2ah
UKEwi6k5umxv-AAxXe6DgGHfw2A-QQ2-
cCegQIABAA&oq=open+top+steel+drum+with+cover+and+clamp+with+sign&gs
_lcp=CgNpbWcQAzoECCMQJ1DIGliMLWDmMGgAcAB4AIABlgOIAc8RkgEJMC
43LjMuMC4xmAEAoAEBqgELZ3dzLXdpei1pbWfAAQE&sclient=img&ei=Ia3sZPr
-J97R4-EP_O2MoA4&bih=868&biw=1821#imgrc=ewE6TRondOsugM
v. https://portal.mbsj.gov.my/sites/default/files/Syarat%20Pematuhan%20Lesen
%20PUSAT%20SERVIS%20KENDERAAN.pdf
vi. https://srihoauto.com/senarai-perkhidmatan/
vii. https://malaysiabiz.net/mengenali-10-kelebihan-syarikat-sdn-bhd/
viii. https://ktperodua.blogspot.com/2015/03/jawatan-kosong-di-pusat-servis-
kereta.html
ix. https://portal.mbsj.gov.my/sites/default/files/Syarat%20Pematuhan%20Lesen
%20PUSAT%20SERVIS%20KENDERAAN.pdf

26

Anda mungkin juga menyukai