Anda di halaman 1dari 48

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Dalam beberapa unit mesin memiliki sistem pemindah tenaga iaitu gearbox yang
berfungsi untuk menyalurkan tenaga atau daya mesin ke salah satu bahagian mesin
lainnya,sehingga unit tersebut dapat bergerak menghasilkan sebuah pergerakan baik
putaran maupun pergeseran. Gearbox merupakan suatu alat khusus yang diperlukan
untuk menyesuaikan daya atau momen dari motor yang berputar, dan gearbox juga
adalah alat pengubah daya dari motor yang berputar menjadi tenaga yang lebih besar.
Gearbox atau transmisi adalah salah satu komponen utama motor yang disebut sebagai
sistem pemindah tenaga, transmisi berfungsi untuk memindahkan dan mengubah tenaga
dari motor yang berputar, yang digunakan untuk memutar spindle mesin mahupun
melakukan gerakan feeding. Transmisi juga berfungsi untuk mengatur kecepatan
gerakan torsi serta berbalik putaran, sehingga dapat bergerak maju dan mundur.
Transmisi manual atau lebih dikenal dengan sebutan gearbox, mempunyai beberapa
fungsi lain antaranya ialah merubah momen putaran yang akan diteruskan ke spindel
mesin,menyediakan ratio gigi yang sesuai dengan beban mesin dan menghasilkan
putaran mesin tanpa slip.
Penggunaan kenderaan bermotor menggunakan gearbox adalah satu faktor penting bagi
menfokuskan idea laporan ini. Dengan kewajiban penduduk Malaysia yang mempunyai
kenderaan tersendiri sekurangnya hampir bagi setiap individu penduduk. Oleh itu,
proses penyelenggaraan dan pembaik pulihan sistem transmisi juga haruslah dinaik taraf
dan diberikan perhatian terhadap bengkel-bengkel semasa.
1.2 Latar Belakang Kajian

Latar belakang projek ini adalah untuk membuka kotak gear yang ada pada sesebuah
kereta. Pada masa sekarang, mekanik merasakan sesuatu beban semasa ingin
mengeluarkan sebiji kotak gear yang telah dilekatkan sekali dengan enjin, yang mana
mereka perlu menggunakan kren yang disokong oleh rantai apabila hendak
mengeluarkannya. Penggunaan kren adalah bertujuan untuk mengangkat enjin
bersama kotak gear daripada atas yang di sokong oleh rantai yang mengikatnya
untuk ditarik keluar daripada kereta. Proses yang dilakukan mengambil masa yang
lama dan perlu melakukannya lebih dari seorang. Justeru itu, kaedah yang baharu
untuk mengeluarkan kotak gear direka sebagai pemegang kotak gear. Dari segi harga
yang berada di pasaran sangat mahal kepada bengkel-bengkel kecil untuk
membelinya dibandingkan dengan produk baharu seperti pemegang kotak gear yang
meletakkan harga yang berpatutan kepada sebuah premis untuk memilikinya di
bengkel-bengkel kecil. Dengan adanya pemegang kotak gear, akan memudahkan
kerja-kerja mengeluarkan kotak gear tanpa perlu mengeluarkan enjin pada masa yang
sama. Alat ini juga dicipta lebih murah dan praktikal kerana alat ini merupakan ”add
on” kepada jek hidraulik yang sedia ada di bengkel.

1.3 Penyataan Masalah


Setelah melakukan tinjauan beberapa pusat servis dan bengkel-bengkel yang
berdekatan, beberapa masalah yang sering dihadapi oleh mekanik - mekanik di
bengkel. Antaranya adalah mekanik mengalami kesukaran semasa ingin
mengeluarkan kotak gear yang dicantumkan sekali dengan enjin. Seterusnya banyak
masa yang perlu digunakan apabila hendak mengeluarkan sebiji kotak gear. Akhir
sekali ia memerlukan lebih daripada seorang mekanik yang berada di bengkel .
Justeru itu, adjustable gearbox holder dihasilkan sebagai inisiatif untuk pengawalan
yang berfokuskan kepada kotak gear dan kawalan yang mudah dikendalikan oleh
mekanik serta menjimatkan kos.
1.4 Objektif kajian

Di dalam membina dan menyiapkan projek ini terdapat beberapa objektif yang
ditetapkan. Antaranya :-:
i. Mereka bentuk alat adjustable gearbox holder untuk memudahkan kerja-
kerja penyelenggaraan.
ii. Membina alat adjustable gearbox holder untuk kerja kerja penyelenggaraan
kotak gear.
iii. Menguji alat adjustable gearbox holder untuk kerja kerja penyelenggaraan
kotak gear.

1.5 Skop kajian

Skop atau had pelaksanaan projek perlu dibuat sebagai rujukan bagi memastikan
setiap pelaksanaan projek tidak terkeluar dari objektif yang ingin dicapai. Skop
pelaksanaan projek ditetapkan berdasarkan objektif atau matlamat projek. Oleh itu,
projek ini mestilah tidak melampaui matlamat dan fungsinya. Skop kajian bagi
projek ini adalah adjustable gearbox holder:
i. Untuk kegunaan bengkel kereta
ii. Memudahkan mekanik bengkel kecil
iii. Untuk kegunaan gearbox kereta bersaiz kompak dan sedan
iv. Boleh digunakan sebagai aksesori kepada jek hidraulik sedia ada
v. Fungsi adjustable gearbox holder:-
• Menurunkan gearbox
• Mencengkam gearbox
• Memindahkan gearbox

1.6 Kepentingan kajian

Dunia semakin membangun dengan peredaran teknologi yang semakin sukar untuk
dikejar yang telah merangsang penciptaan alat alternatif untuk manusia bagi
mengoptimum tenaga, masa, dan kerja. sebagai satu alternatif adalah penggunaan
special tools gearbox. Penemuan kajian ini akan menyumbangkan kepada proses
baru cara yang lebih cepat dan efisyen untuk menservis gearbox kereta yang
mengambil masa yang lama bagi mengeluarkannya.
i Tenaga Pengajar
ii Kegunaan Bengkel

1.7 Rumusan Bab

Dalam bab satu ini menerangkan tentang kepentingan transmisi pada kenderaan dan
objektif kajian ini adalah mereka bentuk satu alatan khas bagi mencengkam,
menurunkan dan memindahkan kotak gear.
BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan

Alat adjustable gearbox holder mendapat idea daripada pemegang kotak gear sedia
ada dipasaran. Alat ini hasil daripada penambahbaikan pemegang kotak gear yang
berada di pasaran semasa. Alat ini dapat mengurangkan penggunaan tenaga semasa
proses pengeluaran dan penyelenggaraan kotak gear pada enjin kenderaan ringan.
Ianya direka pakai berdasarkan dua jenis alat iaitu adjustable gearbox holder dan jek
kereta beroda.
Penggunaan jek kereta beroda bertujuan bagi memudahkan lagi proses pengeluaran
dan penyelenggaraan kotak gear. Jek yang beroda dapat memudahkan lagi
pergerakan alat adjustable gearbox holder bagi masuk dan keluar pada bahagian
bawah kenderaan setelah atau selepas kotak gear dikeluarkan. Peranan jek kereta
yang mempunyai fungsi turun dan naik juga adalah satu kaedah yang diutamakan
bagi menjalankan proses penggunaan adjustable gearbox holder. Kemudahan
pelarasan turun dan naik dapat memudahkan lagi proses penyelarasan antara
adjustable gearbox holder dan kotak gear pada enjin kenderaan.
Alat adjustable gearbox holder juga direka bentuk supaya sesuai digunakan oleh
beberapa jenis jek kenderaan yang berlainan. Tapak pemegang yang yang
membentuk tiang bulat dapat disesuaikan dengan seberapa banyak jenis jek kereta
beroda yang berlainan jenis dan jenama.

2.2 Spesifikasi kajian


Daripada hasil kajian di internet berpandukan tentang adjustable gearbox holder.
Kami menggunakan beberapa jenis bahan kajian untuk diaplikasikan dan tunjang
idea untuk mengolah bahan kajian bagi kegunaan proses penyelenggaaran dan
pemisahan kotak gear pada enjin kenderaan.

Jadual 2.1 Spesifikasi kajian


BIL JENIS BAHAN KAJIAN NAMA SPEC
hydraulic Ketinggian pengangkatan :
high lift 1795mm
transmission Kemampuan
1. : 500kg

Cherry Ketinggian pengangkatan :


picker 2380mm
2. Kemampuan
: 2 tan

Gambar rajah 2.1


2.3 Kajian Terdahulu
Daripada hasil kajian terdahulu , cara dan prosedur penyelenggaraan sistem transmisi
menggunakan alat cherry picker adalah prosedur majoriti yang digunakan dalam
bengkel semasa. Tersebut adalah kaedah dan cara yang digunakan bagi
mengeluarkan dan mencabut sistem transmisi kotak gear daripada kenderaan
menggunakan alat cherry picker bagi melakukan proses penyelenggaraan kotak
gear:-
2.3.1 Memisahkan enjin dan transmisi dari kereta
Sebelum memulakan kerja penyelenggaraan alatan mestilah mencukupi. Perkara
utama yang harus dibuat ialah mengangkat enjin seperti yang ditunjukkan dalam
rajah dengan menggunakan mesin cherry picker. Akan tetapi sebelum memulakan
kerja penyelenggaraan enjin, segala minyak pelincir atau minyak kotak gear harus
dibuang untuk memudahkan lagi kerja penurunan enjin kerana enjin lebih ringan
tanpa minyak pelincir.

Rajah 2.2 Perkakasan kerja yang lengkap

Rajah 2.3 Mesin cherry picker mengangkat enjin dari atas


Rajah 2.4 Pembuangan minyak enjin sebelum diangkat bagi meringankan beban

2.3.2 Persediaan bawah


Langkah yang kedua keluarkan batang pemacu dan palamkan hujung. Selanjutnya
keluarkan paip ekzos dan cabut kabel speedometer dan lain lain lagi kemudian
keluarkan dari transmisi.

Rajah 2.5 Membuka manifold enjin

Rajah 2.6 Keadaan aci pacu selepas transmisi dikeluarkan


2.3.3 Persediaan petak enjin
Langkah yang ketiga ialah keluarkan radiator, kipas dan komponen lain. Cabut
wayar bahan api,kabel bateri,dan alternator. Dengan nat, kabel dan segalanya
dicabut kerja penyelenggaraan enjin dan transmisi dapat dilakukan tanpa sebarang
masalah.

Rajah 2.7 Kabel-kabel dicabut agar memudahkan proses pengeluaran

Rajah 2.8 Radiator dikeluarkan

Rajah 2.9 Keadaan Engine Bay selepas ditanggalkan kabel dan radiator
3 Pengeluaran enjin dan transmisi
Langkah terakhir ialah sangkut enjin pada cherry picker kemudian keluarkan enjin
dari kereta untuk kerja penyelenggaraan.Kerja mengangkat enjin dan transmisi
memerlukan sekurang kurangnya dua orang untuk melakukan proses ini.

Rajah 2.10 Enjin diangkat sedikit bagi mengeluarkan transmisi

2.4 Rumusan

Bab ini menerangkan tentang bagaimana kajian terdahulu untuk memisahkan enjin
dan transmisi dari kereta. Penggunaan cherry picker adalah untuk mengangkat enjin
bersama transmisi untuk diselenggara.
BAB 3

METODOLOGI

3.1 PENGENALAN METODOLOGI

Pada era ini, ramai yang mencipta ciptaan baharu dan ideal mengembangkan inovasi
dan reka cipta yang berdaya saing. Namun dengan inovasi daripada alat cherry
picker yang lama di permudahkan lagi dengan satu rekaan alatan iaitu Adjustable
Gearbox Holder dengan memiliki alat ini terdapat faedah dan manfaat yang boleh
diperoleh. Fungsi Adjustable Gearbox Holder adalah bagi memudahkan mekanik-
mekanik di bengkel kecil untuk selenggara kotak gear dengan mudah. Alat ini juga
membantu menjimatkan masa. Untuk membina alat kotak gear boleh laras ia mesti
melalui beberapa proses dan mengambil masa selama 13 minggu. Langkah pertama
ialah proses membuat rangka badan iaitu mengimpal besi petak sebagai rangka dan
mengimpal plat besi pada besi petak untuk siapkan rangka badan. Seterusnya, besi
silinder dikimpal pada bahagian bawah rangka badan bertujuan melekatkan alat pada
jek beroda. Selepas menyiapkan rangka badan alat, roda dipasang di setiap hujung
sudut untuk membolehkan alat itu bergerak dengan mudah. Seterusnya proses
diteruskan lagi dengan mencari bahan yang sesuai untuk bahagian apitan. Besi petak
digerudi dan dikimpal di bahagian bawah badan sebagai fungsi untuk apitan. Selepas
itu bearing dikimpal pada bahagian pengepit alat disamping itu juga alatan apitan
untuk sokongan memegang kotak gear juga dikimpal. Selepas semua besi dan alatan
dicantumkan, rantai dikimpal pada bahagian apitan alat bertujuan untuk memegang
kotak gear dengan lebih selamat. Seterusnya proses mencanai karat pada permukaan
besi dan membuang lebihan kumai untuk membuat kemasan. Akhir sekali, proses
kemasan iaitu mengecat alatan dengan menggunakan cat anti karat.
3.2 Perancangan pelaksaan projek

PROSES PERLAKSANAAN PTA

MULA

Taklimat PTA

Pemilihan Tajuk Projek &


Penyediaan Proposal

PembentanganProposal

Tidak
Diterima?
Pembetulan
Ya
Aktiviti Projek

Pembentangan Hasil
Projek

Pembetulan/ Tidak
Diterima?
Penambahbaikan
Ya
Menghantar Laporan
Projek

Menyemak Laporan Dan Menilai Hasil


Projek

TAMAT
Raja
h 3.1 Carta alir kerja
Pada permulaan, telah dibincang untuk memilih tajuk projek. Pemilihan projek ini,
berdasarkan permasalahan yang berlaku dipersekitaran yang mendatangkan
kepayahan atau kesusahan pada seseorang. Selepas banyak idea yang diperkenalkan
dan dibincangkan dengan penyelia, persepakatan untuk menghasilkan satu produk
dihasilkan. Selepas itu, mencari skop dan objektif daripada penghasilan projek. Skop
dan objektif ini, berdasarkan permasalahan yang berlaku. Pembentangan Projek 1,
melibatkan beberapa perkara iaitu pengenalan projek, skop, objektif, penyataan
masalah, kajian literasi, metodologi, lukisan berbantu computer dan lain-lain. Selepas
projek diluluskan dan diterima, pelaksanaan aktiviti projek seperti proses
merekabentuk dibuat untuk penghasilan projek. Apabila projek telah siap, semakan
projek dilakukan oleh penyelia supaya projek yang dilakukan berfungsi seperti yang
dirancangkan. Penghasilan laporan projek untuk menganalisis data-data yang
terdapat pada projek yang dicipta. Selepas penghasilan ini, pembentangan kedua
diadakan untuk mengetahui tentang pelaksanaan projek. Penyerahan projek dan
laporan akhir adalah proses akhir selepas pembentangan kedua

3.3 MENGENAL PASTI MASALAH

Terdapat beberapa kaedah bagi mengenalpasti masalah dalam projek ini antaranya
adalah masalah yang dikemukakan oleh pensyarah, hasil perbincangan antara ahli
kumpulan serta komen atau pandangan dari pihak ketiga. Pengumpulan maklumat
dan data berkaitan dengan spesifikasi yang terperinci tentang projek yang dirancang
juga perlu dibuat supaya projek yang dibuat berjalan lancar tanpa mempunyai
sebarang masalah. Kajian dan rujukan yang diperolehi daripada pensyarah, ahli-ahli
kumpulan dan laman web yang berkaitan dengan ADJUSTABLE GEARBOX
HOLDER ini juga banyak membantu dalam mengatasi dan mengenalpasti masalah
yang timbul apabila menghasilkan rekaan tersebut.
3.3.1 PENYELIDIKAN

Kami mendapati bahawa projek yang kami bakal menambahbaikkan dapat


memudahkan bengkel mekanik untuk mengeluarkan dan menyelenggara kotak gear
terhadap pelbagai jenis kenderaan yg telah di skopkan. Mekanik bengkel tidak perlu
lagi menggunakan kaedah lama apabila proses penyelenggaraan system transmisi
seperti menggunakan cherry picker kerana kaedah menggunakan ADJUSTABLE
GEARBOX HOLDER adalah kaedah yang lebih berkesan dan efisyen.

3.3.2 ANALISIS FUNGSI

Analisi fungsi bertujuan mengenal pasti fungsi-fungsi utama yang perlu dilakukan
oleh reka bentuk . Takrif fungsi disini merupakan ciri-ciri atau fungsi-fungsi utama
yang perlu ada pada sesuatu reka bentuk untuk memenuhi keperluan atau tujuan reka
bentuk Melalui analisis fungsi masalah dapat dicerakin dengan lebih sistematik dan
ini akan membantu dalam menghasilkan konsep reka bentuk pada peringkat
penghasilan konsep penyelesaian . Dalam analisis fungsi, fungsi utama yang perlu
ada pada reka bentuk dikenal pasti dengan membayangkan bagaimana sesuatu
produk itu melakukan operasi .
3.3.3 PROSES DAN KAEDAH PENGGUNAAN (SOP)

Pasangkan
Transmisi bersama jack kan kereta pemegang kotak
enjin di dalam terlebih dahulu (di
gear boleh laras
kereta bahagian tepi) pada jack beroda

laraskan alat pada Kotak gear


Cabut skru dan
kotak gear dikeluarkan dan
pisahkan kotak gear
mengikut sedia untuk
dari enjin
kesesuaian menyelenggara

Aliran skop/system projek fungsi utama

Rajah 3.2 Proses dan Kaedah Penggunaan

Fungsi alatan ini dibina adalah untuk memudahkan penyelenggaraan kotak gear.
Berdasarkan rajah 3.2 diatas menunjukkan cara-cara menggunakan alatan
ADJUSTABLE GEARBOX HOLDER dengan betul. Pertama sekali, kereta perlu
dijek dibahagian tepi untuk memasukkan alatan yang dibina dibawah
kenderaan(bawah enjin kereta). Seterusnya, pasangkan alatan pada jek dan laraskan
mengikut kesesuaian antara ketinggian kereta yang dijek. Selepas itu, cabut skru
kotak gear dan pisahkan daripada enjin kemudian jatuhkan kotak gear di atas alatan
yang dibina. Akhir sekali, tarik keluar kotak gear yang berada atas alatan kotak gear
boleh laras kemudian kotak gear boleh diselenggara dengan mudah dan cepat .
3.4 INVENTION/REKACIPTA

i. Percambahan idea

a) Analisis Konsep Rekabentuk

Walau bagaimanapun, sebelum membuat atau rekabentuk sesuatu produk baru yang
paling penting untuk dilakukan adalah untuk menentukan aliran langkah reka bentuk
produk. Ia telah memisahkan empat langkah kepentingan bersama untuk
mewujudkan aliran reka bentuk produk. Seperti, menentukan spesifikasi
mewujudkan konsep rekabentuk , membuat keputusan, dan rekabentuk terperinci.

Rajah 3.3 Menunjukkan lakaran awal projek

Kelebihan : Reka bentuk yang bersuaian dengan kotak gear

Kekurangan : i) Reka bentuk yang kurang stabil


ii)Tapak yang tidak kukuh
iii)Pemegang yang tidak universal
Rajah 3.4 Lakaran kedua projek

Kelebihan: i)Pemegang sisi yang universal ii)Tapak yang lebih kukuh

Kekurangan: Tahap kestabilan kurang

Rajah 3.5 Lakaran akhir projek

Kelebihan: i)Pemegang sisi yang universal ii)Tapak yang lebih kukuh

Kekurangan: i)Penggunaan kos yang tinggi


ii. Pemilihan idea

a) Jadual Penilaian Bermatrik

Jadual 3.1 Jadual Penilaian Bermatrik


No Kriteria Konsep 1 Konsep 2 Konsep 3
1 Keselesaan penggunaan × √ √
2 Kesuluruhan kos √ × ×
3 Saiz √ √ √
4 Berat √ √ √
5 Bahan √ √ √
6 Struktur binaan × √ √
7 Kestabilan × × √
8 Penggunaan universal × √ √
Jumlah Baik (√ ) 4 6 7
Kurang baik (× ) 4 2 1

Daripada jadual tersebut ternyata konsep reka bentuk 3 mempunyai banyak kebaikan
dan kelebihan. Malahan hanya sedikit sahaja kekurangan yang ada. Oleh yang
demikian, konsep rekabentuk 3 telah dipilih sebagai konsep utama berbanding
dengan konsep lakaran yang lain.
iii. Pemilihan Bahan

a) Anggaran kos

Jadual 3.2 menunjukkan kos untuk penghasilan projek Adjustable Gearbox Holder.
Dalam jadual ini menunjukkan bahan-bahan yang digunakan dengan harga yang
lengkap beserta kuantiti.

Jadual 3.2 Jadual kos pemilihan projek


NO JENIS BAHAN BILANGAN HARGA
UNIT
1. Plat Besi (2x2) 1 RM12.00

2. Besi Hollow Petak (4 kaki) 1 RM8.00

3. Besi Silinder Padu (3cm x 1 RM10.00


15cm)
4. Roda 4 RM24.00

5. Bearing 4 RM20.00

6. Rantai Besi (1kg) 1 RM10.50

7. Klip 2 RM4.00

JUMLAH KESELURUHAN RM88.50

3.5 KAJIAN BAHAN YANG DIGUNAKAN

Proses penyediaan bahan sangat penting dan turut dimuatkan dalam perancangan.
Salah satu aspek yang penting kerana penggunaan bahan yang betul , kos yang
berpatutan dan kuantiti yang diperlukan untuk penyempurnaan projek dapat
menjamin pembinaan projek berjalan lancar pada kos yang minima. Oleh yang
demikian, semasa membuat penyediaan bahan bagi melaksanakan projek ini,
penyenaraian bahan yang perlu digunakan telah dibuat berdasarkan rekabentuk
projek.
3.5.1 KAJIAN BAHAN YANG DIGUNAKAN PADA PROJEK

Jadual 3.3 Bahan yang digunakan


Bil Nama bahan Keterangan
Dari sudut alam sekitar,
1 bahan pembinaan
daripada keluli boleh
dikitar semula dan
melibatkan kos
pengangkutan yang
murah.
Plat Keluli

Ia digunakan untuk
2 mengikat dua
komponen atau lebih.
Mempunyai pelbagai
saiz dan sesuai
digunakan untuk
mengikat komponen. Ia
boleh ditanggalkan
Bolt dan Nat dengan mudah
berbanding ikatan
kimpalan. Komponen
ini paling banyak
digunakan dalam projek
ini pada setiap
bahagian.
Merupakan plat yang
3 nipis dan mempunyai
ruang pada bahagian
tengahnya. Kebiasaanya
digunakan untuk
menyumbang sedikit
berat pada pemasangan
bolt dan nat. Kegunaan
Washer
yang lain bagi adalah
sebagai peruang, kadar
lapisan dan alat
pengikut. Ia juga
mempunyai pelbagai
saiz dan kelebaran
bergantung kepada saiz
bolt dan nat yang
digunakan.

Merupakan batang besi


4 bulat yang panjang
(bar) digunakan bagi
membuat tiang atau
paksi pada alatan
projek.

Round steel
Roda ini digunakan
5 pada bahagian bawah
alat untuk menampung
beban berat. Pemilihan
roda ini lebih sesuai
kerana dari
keselamatannya ia
Roda
boleh dikunci supaya
troli tidak dapat
bergerak. Ianya juga
mampu berpusing 360o
yang dapat
memudahkan
pergerakan alat.
Bearing adalah suatu
komponen yang
berfungsi untuk
mengurangi gesekan
pada machine atau
komponen-komponen
yang bergerak dan
saling menekan antara
satu dengan yang
lainnya.
Bearing
Rantai secara umum
digunakan untuk
memindahkan beban
atau tenaga dan juga
dapat digunakan untuk
mengikat benda agar
tidak terjatuh. Semua
fungsi-fungsi tersebut
Rantai
tergantung dari tipe
stainless steel
dan jenis dari rantai itu
sendiri.
Sumber : Wikipedia bahan pembinaan mekanikal

3.5.2 KAJIAN ALATAN YANG DIGUNAKAN PADA PROJEK

Jadual 3.4 Alatan yang digunakan


Bil Nama alatan Keterangan
Mesin kimpalan arka
1 adalah merupakan
sebuah alatubah
perendah iaitu ia
mngubah dari voltan
tinggi kepada voltan
rendah tetapi
menghasilkan arus
yang tinggi untuk
Mesin Kimpalan Arka menerbitkan arka bagi
kegunaan mengimpal.
Dilengkapi dengan
kabel pemegang
elektrod dan juga kabel
bumi ke meja kerja.
Mesin pemotong
2 adalah merupakan
mesin yang digunakan
untuk memotong
keluli,besi nipis dan
aluminium yang
bersaiz sederhana
hingga besar mengikut
penjajaran yang dibuat.

Mesin Pemotong/ Cutting Disc


Mencanai
3 bahagianbahagian yang
tajam pada hujung besi
yang telah dipotong
atau dikimpal bagi
tujuan pembersihan.

Mesin Pencanai

Sumber : Wikipedia alatan pemotongan dan pencantuman


3.6 LANGKAH-LANGKAH KERJA

i. Proses Pertama

Rajah 3.6 Rajah tersebut menunjukkan proses pemotongan besi petak, plat besi dan
besi silinder

Besi petak digunakan sebagai rangka tempat untuk meletakkan kotak gear dan besi
silinder sebagai paksi untuk dicantumkan bersama kotak gear beroda. Plat besi pula
sebagai penutup rangka atau lapisan kepada alat projek.
ii. Proses Kedua

Rajah 3.7 Rajah menunjukkan proses pencantuman kimpalan bingkai dan plat serta
besi silinder.

Seterusnya, bingkai dicantum membentuk petak dan ditutup menggunakan besi plat.
Seterusnya pencantuman besi silinder sepanjang 3 inci tujuan fungsi perletakan alat
kepada jek beroda.
iii. Proses Ketiga

Rajah 3.8 Rajah menunjukkan proses mengimpal roda pada bahagian bawah
alat

Kemudian, roda dikimpal pada bahagian bawah plat supaya memudahkan pergerakan
selepas beban kotak gear dikenakan ke atas alat projek.

iv. Proses Keempat

Rajah 3.9 Rajah menunjukkan proses penebukkan besi bahagian pengepit alat

Besi petak ditebuk sebanyak 9 lubang berjarak 1.5cm antara satu sama lain bertujuan
untuk membina sistem apitan boleh laras.
v. Proses Kelima
Rajah 3.10 Rajah menunjukkan proses mengimpal bearing pada bahagian pengepit
alat

Bearing digunakan supaya sistem mengepit lebih mudah dilaras. Oleh itu, proses
pencantuman atau penempelan bearing haruslah dilakukan dengan berhati-hati tanpa
merosakkan fungsi bearing itu sendiri.

vi. Proses Keenam

Rajah 3.11 Rajah menunjukkan proses pencantuman tangan

Sistem apitan seterusnya dipasangkan kepada alatan projek membentuk alat yang
lengkap.
vii. Proses Ketujuh

Rajah 3.12 Rajah menunjukkan proses mencanai dan melicinkan permukaan besi
dan bahagian alatan pengepit alat untuk membuat kemasan

Alat yang telah siap diteruskan dengan proses kemasan. Alat projek dicanai
menggunakan mata asah dan mata berus dawai bagi membuang sisa kimpalan,
melicinkan permukaan alat dan membuang kesan karat.

viii. Proses Kelapan

Rajah 3.13 Rajah menunjukkan proses kemasan menggunakan cat anti karat

Setelah alat projek dikemaskan, proses yang terakhir adalah proses mengecat. Alat
projek kami dicat menggunakan cat anti karat yang mampu merintang kakisan
terhadap besi projek.
3.7 LUKISAN KEJURUTERAAN

Rajah 3.14 Pandangan atas

Rajah 3.15 Pandangan hadapan


Rajah 3.16 Pandangan sisi

Rajah 3.17 Pandangan sudut


3.8 CARTA GANTT

Jadual 3.5 Carta Gantt


3.9 RUMUSAN BAB

Bab 3 ini menerangkan tentang carta gantt mingguan. Selain itu, juga menerangkan
idea reka bentuk dan pemilihan reka bentuk . Faktor-faktor bentuk juga diterangkan
dan juga proses penyediaan projek ini. Kesimpulan yang boleh dibuat di bab ini
ialah,selepas menjalankan kajian bagi bab 3 ini ,ianya mendapat pengetahuan serta
cara membuat projek dengan lebih jelas,terperinci dan mudah.Ini memudahkan lagi
kerja-kerja yang dilakukan untuk pembangunan projek.Data-data yang telah
dikumpul dan dianalisis adalah data yang amat penting dalam membuat projek akhir
ini.Data-data ini semua dikumpul melalui pelbagai jenis cara seperti melayari
internet dan maklumat daripada pensyarah.Bab ini juga menerangkan tentang kos
bahan,kuantiti,harga serta jumlah keseluruhan yang diperuntukkan bagi menyiapkan
projek ini.Kajian rekabentuk yang dijalankan membantu memudahkan proses bagi
menentukan rekabentuk bagaimana yang sesuai dan tidak menelan perbelanjaan yang
banyak serta bahan yang ingin digunakan mudah diperolehi.Selain daripada
itu,dalam bab ini juga dapat mengetahui spesifikasi bahan. Dalam bab ini juga dapat
mengetahui bagaimana proses untuk membuat alat Adjustable Gearbox Holder.
BAB 4

ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan

Bab ini bertujuan untuk menerangkan dan menganalisis hasil dapatan yang diperoleh
daripada soal selidik yang dijalankan. Borang soal selidik digunakan untuk
menjawab objektif yang sedia ada. Seramai 30 orang pelajar Diploma Vokasional
Malaysia iaitu pelajar Tahun 3 dan Tahun 4 Teknologi Automotif telah dijadikan
sebagai responden untuk menjawab soalan soal selidik. Proses menganalisis data
dan keputusan diproses menggunakan Microsoft word document dan Microsoft excel
worksheet.

4.2 Latar Belakang Responden

Latar belakang responden diperoleh daripada maklumat yang terdapat di dalam


Bahagian A set soal selidik. Terdapat 3 soalan pada bahagian A yang meliputi
maklumat latar belakang responden iaitu jantina, tahun dan program di Kolej
Vokasional Beaufort. Berikut ialah hasil analisa bahagian A. seperti yang tertera
pada jadual 4.1:-
Jadual 4.1: Soalan Bahagian A
Soalan bilangan orang Peratus
Jantina Lelaki 30 100%
Perempuan 0 0
Tahun 3 DVM 15 50%
4 DVM 15 50%
Program Teknologi Automotif 30 100%

Jadual 4.1 menunjukkan keseluruhan jantina responden adalah lelaki. Seramai 15


orang daripada responden tersebut terdiri daripada pelajar tahun 3 Diploma
Vokasional Malaysia. Manakala, 15 orang lagi terdiri daripada pelajar tahun 4
Diploma Vokasional Malaysia. Keseluruhan responden terdiri daripada pelajar
teknologi automotif.

4.3 Hasil kajian

4.3.1 Hasil Analisis Bahagian B

Jadual 4.2: Hasil Analisis Bahagian B


Bil Item Frekuensi Min
STS TS T S SS
P
1 Gearbox holder sedia ada telah 2 3 14 7 4 3.27
rosak dan sukar dibaiki semula.
2 Menggunakan jek biasa untuk 0 0 7 20 3 3.87
menurunkan dan menaikkan
gearbox sukar untuk dikendali
dan memerlukan banyak tenaga
pekerja.
3 Gearbox holder yang sedia ada 16 0 10 1 3 2.0
mempunyai daya tahan yang
bagus.
4 Peralatan yang sedia ada 1 1 8 14 4 3.43
mempunyai daya tahan yang
tinggi.
5 Gearbox holder ini sangat 1 1 2 14 12 4.17
penting untuk kegunaan di
bengkel ataupun luar bengkel.
6 Kos penyelenggaraan peralatan 0 0 7 10 13 4.2
yang sedia ada sangat mahal.
7 Peralatan yang sedia ada 0 0 11 14 5 3.8
memerlukan juruteknik yang
pakar untuk membaik pulih atau
menyelenggara peralatan ini.
8 Memerlukan modal yang tinggi 0 0 1 14 15 4.47
untuk memiliki satu gearbox
holder.
9 Alat yang sedia ada sukar untuk 0 1 10 13 6 2.63
disimpan.
10 Peralatan yang sedia ada 1 6 5 6 12 3.73
kurang efisyen semasa
digunakan.
Min keseluruhan 3.56
Frekuensi pelajar = 30 orang

5
4.47
4.5 4.17 4.2
4 3.87 3.8 3.73
3.43
3.5 3.27
3 2.63
2.5
Min

2
2
1.5
1
0.5
0
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

Item soalan

Rajah 4.1: Graf Min Hasil Analisis

Jadual 4.7 menunjukkan nilai kekerapan dan nilai min bagi analisis
masalah. Terdapat tiga item yang mendapat skor min tertinggi iaitu
item 8, item 6 dan item 5. Bagi item 8 menunjukkan nilai min yang
paling tinggi sebanyak 4.47 iaitu memerlukan modal yang tinggi
untuk memiliki satu gearbox holder. Ini menunjukkan bahawa
majoriti pelajar teknologi automotif bersetuju dengan item 10 bahawa
alat atau mesin yang sedia ada sukar untuk dimiliki.

Seterusnya, item 6 menunjukkan nilai min kedua tertinggi


sebanyak 4.2 iaitu kos penyelenggaraan peralatan yang sedia ada
sangat mahal. Kebanyakkan pemegang gearbox yang sedia ada
adalah mahal dan sukar dimiliki oleh bengkel-bengkel kecil. Ini
kerana ia bergantung kepada berapa berat yang diperlukan pada satu
kenderaan.

Item 5 merupakan nilai min ketiga tertinggi dengan nilai


sebanyak 4.17 iaitu gearbox holder ini sangat penting untuk
kegunaan di bengkel ataupun luar bengkel. Ini menunjukkan bahawa
pelajar automotif bersetuju mengenai pentingnya pemegang gearbox
kepada bengkel.

Manakala, bagi min yang terendah terdapat tiga item yang


mendapat skor min terendah iaitu item 3, item 9 dan item 1. Item-
item ini mendapat skor terendah kerana sebahagian pelajar daripada
Diploma Vokasional Malaysia mempunyai pengetahuan yang kurang
mengenai pemegang gearbox ini. Ini kerana pemegang gearbox yang
sedia ada rosak dan ini telah menyebabkan pembelajaran mengenai
kegunaan pemegang gearbox terganggu dan sekaligus menyebabkan
pelajar tidak mengetahui fungsi pemegang gearbox tersebut. Oleh itu,
pensyarah-pensyarah haruslah menyediakan peralatan yang
mencukupi agar pelajar lebih memahami fungsi sesuatu peralatan
ataupun mesin yang berguna di dalam bidang automotif.

4.4 Hasil Pengujian


Hasil pengujian menunjukkan projek yang dibina berjaya dalam bentuk prototaip.

4.5 Kesimpulan

Kesimpulannya, dalam bab ini menerangkan mengenai analisis dapatan kajian secara
terperinci melalui kaedah borang soal selidik. Melalui analisis ini juga didapati
bahawa pemegang gearbox haruslah dimiliki di setiap bengkel.

Berdasarkan soal selidik yang dijalankan melalui instrumen borang soal selidik
mendapati bahawa pelajar memberikan maklum balas yang positf.
BAB 5

PERBINCANGAN CADANGAN DAN KESIMPULAN

5.1 Pengenalan

Bab ini membincangkan keputusan kajian yang telah dijalankan oleh pengkaji.
Kajian ini digunakan dengan kaedah borang soal selidik yang bertujuan untuk
mengenalpasti keberkesanan pengendali iaitu terdiri daripada pelajar Teknologi
Automotif Kolej Vokasional Beaufort. Perbincangan dibuat adalah dengan merujuk
setiap keperluan dikaji supaya satu perbincangan yang jelas dan menyeluruh dapat
dihuraikan dengan tepat. Selain itu, pengkaji juga mengemukakan cadangan yang
bersesuaian di akhir kajian yang bertujuan untuk mempertingkatkan hasil-hasil
kajian pada masa akan datang.
5.2 Perbincangan dan Cadangan

5.2.1 Perbincangan Terhadap Objektif Kajian Pertama Iaitu menghasilkan


Adjustable Gearbox Holder
Hasil yang diperolehi dari pada soal selidik responden adalah mengenalpasti
masalah yang dihadapi oleh responden semasa melakukan kerja amali dalam
kalangan pelajar Teknologi Automotif Kolej Vokasional Beaufort. Responden
memaklumkan bahawa alat yang sedia ada tidak mempunyai kemudahan,sukar
dikendalikan dan ciri keselamatan yang diperlukan oleh mereka.dan banyak
menggunakan tenaga pekerja Oleh itu, pengkaji haruslah membuat perbincangan
bersama dengan responden iaitu terdiri daripada pelajar dan tenaga pengajar
Teknologi Automotif Kolej Vokasional Beaufort untuk mengenalpasti masalah dan
mencari penyelesaian masalah. Alat yang sedia ada sukar dikendalikan kerana tidak
memiliki sebarang kemudahan yang diperlukan oleh pengendali. Hal ini
memerlukan lebih daripada seorang untuk mengendali alat tersebut ketika
melakukan penurunan dan penaikkan gearbox.

5.2.2 Perbincangan Terhadap Objektif Kajian Kedua iaitu menghasilkan satu


Adjustable gearbox holder yang lebih senang di kendalikan.
Hasil daripada borang soal selidik yang diedarkan kepada pelajar Tahun 3 dan
Tahun 4 Teknologi Automotif Kolej Vokasional Beaufort menunjukkan para pelajar
selalu mempunyai masalah ketika menurunkan dan menaikkan kotak gear semasa
mereka membuat amali. Oleh itu, Responden juga bersetuju berkenaan projek ini
berkesan untuk memudahkan mereka menurunkan dan menaikkan kotak gear.

5.3 Cadangan Untuk Kajian Lanjutan


Berikut ialah cadangan kajian lanjutan bagi membolehkan kajian yang akan datang
lebih berkesan lagi untuk pelajar Kolej Vokasional Beaufort.
1. Kajian diperluaskan terhadap ke semua pelajar dan pensyarah Teknologi
Automotif di Kolej Vokasional Beaufort untuk mengenalpasti pelbagai
penyataan masalah yang dihadapi dan mendapatkan cadangan untuk mencipta
alat yang mempunyai fungsi lebih daripada projek.
2. Menggunakan bahan yang lebih moden berbanding alat yang digunakan
sebelum ini.
3. Menggunakan kaedah soal selidik dan temu bual kepada responden yang
terdiri daripada pelajar dan pensyarah untuk memperoleh idea yang dapat
membantu untuk menaik taraf projek ini.
5.4 Kesimpulan
Secara keseluruhannya kajian ini dapat membantu pelajar Teknologi Automotif
Kolej Vokasional Beaufort dalam melakukan kerja penurunan kotak gear serta
menaikkan kotak gear dan dapat membantu ketika membuat amali. Objektif kajian
projek ini juga telah tercapai dengan mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh
pelajar dan maklumat yang diperolehi daripada perbincangan dan cadangan
membantu pengkaji untuk menjalankan kajian dengan lebih mudah dan mendapat
idea daripada pelbagai sumber dan kajian yang teratur. Seterusnya, hasil daripada
soal selidik, responen memberikan maklumbalas yang positif menunjukkan
keberkesanan projek ini. Oleh itu, diharapkan supaya kajian ini dapat membantu
pelajar dan pensyarah untuk menjalankan kajian yang akan datang dengan
mempunyai peningkatan yang lebih baik untuk menginovasikan projek ini pada
masa akan datang.
RUJUKAN

Bosch, Robert (2004). Automotive Handbook (6th ed.). Bentley Publishers. p. 741.
ISBN 978-0-8376-0333-9. Retrieved 10 March 2020

Marc Carter (December 22, 2011). "REVIEW: 2012 Honda Fit is "Fit" for the City".
Retrieved 22 November 2013

William Cox (July 2001), "Light Talk on Heavy Jacks", Old-House Journal: 37

Wan, Mark (2019). "AutoZine Technical School, Manual Transmission".


autozine.org. Retrieved 17 November 2020.

Yamamoto, Mike. (2007-03-06) The $150,000 shift knob. News.cnet.com. Retrieved


on 2011-06-13.

Carnegie Mellon University Green Design Institute. (2008) Economic Input-Output


Life Cycle Assessment (EIO-LCA), US 1997 Industry Benchmark model [Internet],
Available from:<http://www.eiolca.net> Accessed 3 February, 2014.

Warwick, Alan. "Who Invented the Automatic Gearbox". North West


Transmissions. Retrieved 11 October 2014.
LAMPIRAN

Lampiran A boring soal selidik

BORANG SOAL SELIDIK

ADJUSTABLE GEARBOX HOLDER

Borang soal selidik mengenai kemudahan adjustable gearbox holder yang


terdapat di dalam bengkel teknologi automotif Kolej Vokasional Beaufort.

BAHAGIAN A

Maklumat pelajar
Jantina

Tahun
Program

Arahan : Tandakan ( / ) pada ruangan kosong mengikut skala yang diberi.

1 2 3 4 5
SANGAT TIDAK TIDAK SETUJU SANGAT
TIDAK SETUJU PASTI SETUJU
SETUJU

Bil Soalan 1 2 3 4 5
1 Gearbox holder sedia ada telah rosak dan sukar
dibaiki semula.
2 Menggunakan jek biasa untuk menurunkan dan
menaikkan gearbox sukar untuk dikendali dan
memerlukan banyak tenaga pekerja.
3 Gearbox holder yang sedia ada mempunyai daya
tahan yang bagus.
4 Peralatan yang sedia ada mempunyai daya tahan
yang tinggi.
5 Gearbox holder ini sangat penting untuk kegunaan
di bengkel ataupun luar bengkel.
6 Kos penyelenggaraan peralatan yang sedia ada
sangat mahal.
7 Peralatan yang sedia ada memerlukan juruteknik
yang pakar untuk membaik pulih atau
menyelenggara peralatan ini.
8 Memerlukan modal yang tinggi untuk memiliki
satu gearbox holder.
9 Alat yang sedia ada sukar untuk disimpan.
10 Peralatan yang sedia ada kurang efisyen semasa
digunakan.
Lampiran B Carta Gantt

Anda mungkin juga menyukai