Anda di halaman 1dari 18

NO.

KOD MTA 2033/K 01/NK 03-03 Muka : 1 drp : 18

 
 

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


BAHAGIAN TEKNIK DAN VOKASIONAL
ARAS 5 & 6, BLOK E14, KOMPLEKS E, Tel : 03-8884 5154
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN Faks : 03-8884 5047
Laman Web
PERSEKUTUAN, http://www.bptv.edu.my
62604 PUTRAJAYA

NOTA KURSUS 3
SEMESTER SEMESTER 2 SVM SESI 2017/2018

JABATAN JABATAN TEKNOLOGI  MEKANIKAL & PEMBUATAN

PROGRAM TEKNOLOGI AUTOMATIF / SVM

KOD/KURSUS MTA 2033  CHASIS II

KOMPETENSI 01. WHEEL ALIGNMENT II

1. Inspect tyres and rims condition


KOMPETENSI UNIT 2. Perform vehicle wheel balancing
3. Alignment process

Trainee must be able to:


● Inspect tyres and rims condition
● Vehicle wheel balancing
KOMPETENSI PEMBELAJARAN ● Perform alignment process

MTA 2033/K 01/NK 03-03


NO KOD
EDISI 2/MEI 2017
MUKA : 01 DARIPADA 15
NO KOD JPK TP-300-3:2016-C07

 
NO. KOD MTA 2033/K 01/NK 03-03 Muka : 2 drp : 18

TAJUK :   PENJAJARAN RODA  

TUJUAN:
Helaian ini disediakan dengan tujuan menerangkan kepada pelatih mengenai perkara
berkaitan dengan penjajaran roda dan prosedurnya.

1.0 PENGENALAN
Penjajaran roda adalah merupakan langkah memeriksa dan melaras sudut-sudut
geometri stereng mengikut spesifikasi sesebuah kenderaan. Dengan pelarasan yang betul
sistem stereng dan gantungan akan beroperasi dengan baik dan kenderaan dapat dikawal
dengan mudah, disamping kehausan tayar dapat diminimumkan.

2.0 FUNGSI SISTEM STERENG.

Sistem stereng berfungsi mengawal kedudukan roda kenderaan semasa memandu.


Secara khusus sistem stereng berperanan:

1. Mendapat pengawalan stereng yang baik


2. Meminumkan kehausan tayar dan kehausan tayar seimbang.
3. Membolehkan roda balik kedudukan lurus selepas membelok.

3.0 GEOMETRI STERENG

Geometri stereng adalah sudut-sudut penjajaran roda. Ia terdiri dari sudut kaster,
camber, toe-in dan toe-out. Sudut-sudut geometri stereng ini perlu dilaras
mengikut speksifikasi seperti yang telah ditetapkan oleh pengeluar kenderaan
supaya sistem stereng dan gantungan dapat beroperasi dengan baik.

3.1. Kaster

Kaster ialah kecondongan king pin pada roda hadapan dipandang dari sisi.

a) Kaster positif ialah paksi condong kebelakang.


NO. KOD MTA 2033/K 01/NK 03-03 Muka : 3 drp : 18

b) Kaster negative ialah paksi condong kehadapan.

c) Kaster positif dan negatif membolehkan roda bergerak lurus kehadapan.


d) Pelarasan sudut kaster yang tidak menurut spesifikasi menyebabkan
stereng sukar dikawal.

Fungsi sudut kaster :

a) Untuk membolehkan roda hadapan balik dengan sendiri setelah


membelok.
b) Untuk memudah atau menstabil stereng.

3.2. Kamber

Kamber ialah sudut yang dihasilkan oleh bahagian tengah tayar dengan garisan
tegak tepat roda. Sudut ini dipandang dari hadapan kenderaan.

a) Kamber positif ialah kedudukan bahagian atas roda condong keluar dibahagian
atas.
b) Kamber negatif ialah kedudukan bahagian atas roda condong masuk di
bahagian atas.
c) Kamber positif dan negatif mempengaruhi kadar kehausan tayar.

Fungsi kamber :
a. Untuk meringankan stereng roda.
b. Untuk membolehkan roda kenderaan tegak di atas jalan semasa ada beban
NO. KOD MTA 2033/K 01/NK 03-03 Muka : 4 drp : 18

di dalam kenderaan.

3.3. KING PIN INCLINATION

Gambarajah king pin ditunjukkan pada gambarajah 27 dibawah. Garis tengah king pin
bertanda (a). Garis tegak lurus merentasi kedudukan tetengah king pin bertanda (b).
Sudut diantara garisan tengah king pin dengan garisan tegak lurus dikenali sebagai king
pin inclination (Kecondongan king pin). Selepas sesebuah kenderaan mengambil selekuh,
roda akan terarah kehadapan. Kecondongan king pin membantu dalam memastikan arah
roda terarah kehadapan. Hasil dari kecondongan ini membantu dalam menstabilkan
stereng. King pin inclination juga berfungsi walaupun semasa kenderaan tidak bergerak
dan stereng dipulas. Ia akan memastikan stereng mesti boleh dipusing dengan mudah. Ia
juga membantu dalam mengurangkan berlakunya kehausan tayar yang berlebih-lebihan.

3.4. Toe in dan toe out.


NO. KOD MTA 2033/K 01/NK 03-03 Muka : 5 drp : 18

Toe-in dan toe-out ialah sudut yang dihasilkan oleh bahagian tengah tayar dengan garisan
tegak tepat roda. Sudut ini dipandang dari atas kenderaan.

1. toe-in ( + ) ialah jarak bahagian hadapan lebih kecil dari belakang yang dipandang
dari atas.
2. toe-out ( - )ialah jarak bahagian hadapan lebih besar dari belakang yang
dipandang dari atas.

Fungsi toe-in dan toe out :

a) Membolehkan tayar hadapan dalam keadaan lupus semasa bergerak.


b) Mengurangkan kehausan tayar.
c) Menyeragamkan kehausan tayar.

3.5 Toe-out semasa membelok.

a) Toe-in semasa membelok merujuk kepada perbezaan sudut yang terjadi pada
roda hadapan semasa kenderaan membelok.

b) Apabila roda hadapan membelok, roda hadapan cébela dalam akan membuat
sudut 23˚ dengan kerangka kenderaan.roda hadapan cébela luar pula membelok
cuma 20˚. Ini membolehkan roda hadapan sebelah dalam membuat jejari lebih
kecil daripada roda hadapan sebelah luar.

Fungsi toe-out semasa membelok.


NO. KOD MTA 2033/K 01/NK 03-03 Muka : 6 drp : 18

a) Toe-out semasa membelok membolehkan kedua dua roda hadapan membuat


belokan pada kelajuan yang berbeza dan pada garisan pusat yang berbeza. Ini
akan

mengurangkan seretan roda hadapan dengan permukaan jalan serta mengurangkan


kehausan tayar.

4. PEMERIKSAAN SISTEM GANTUNGAN ( SUSPENSION SYSTEM CHECK )

4.1 Pemeriksaan Penyerap Hentak

4.1.1 Ujian Lantunan ( Bounce Check )

a. Tekan pada satu sudut di badan kenderaan

b. Lepaskan dan perhatikan jumlah lantunan badan kenderaan.

c. Jika lantunan melebihi daripada dua kali, tukar penyerap hentak.


NO. KOD MTA 2033/K 01/NK 03-03 Muka : 7 drp : 18

4.1.2 Pemeriksaan Visual ( Visual Check )

Perhatikan samada penyerap hentak mempunyai tanda-tanda bocor seperti basah


dan berminyak

4.2 Pemeriksaan Sendi Bebola ( Ball Joint )

a. Pemeriksaan terhadap sendi bebola dilakukan dengan mengoyangkan


bahagian atas dan bawah roda secara serentak. Perhatikan jika ada pergerakan bebas
berlaku. Pemeriksaan dilakukan dengan menyangga kenderaan pada bahagian yang
sesuai seperti dalam gambarajah di bawah :
NO. KOD MTA 2033/K 01/NK 03-03 Muka : 8 drp : 18

b. Anak panah menunjukkan tempat di mana sangga keselamatan perlu


diletakkan.
NO. KOD MTA 2033/K 01/NK 03-03 Muka : 9 drp : 18
NO. KOD MTA 2033/K 01/NK 03-03 Muka : 10 drp : 18

4.3 Pemeriksaan Rod Runut ( Tie Rod )

a. Gerakkan roda ke kiri dan ke kanan dan pastikan tiada gerak bebas ( free
play )

5. PROSEDUR UKURAN KETINGGIAN KENDERAAN (VEHICLE HEIGHT)

Sebelum sesuatu pelarasan dibuat dalam penjajaran roda terhadap sesebuah


kenderaan, tentukan dahulu batas ketinggian sesebuah kenderaan ( vehicle height
measurement ) mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan.
Ketinggian sesebuah kenderaan ( vehicle height measurement ) hendaklah
diperiksa pada permukaan yang rata ( disyorkan pada lantai penjajaran roda seperti
scisorr lift dan four post ramp) dan tayar mestilah saiz yang sama dengan tekanan tayar
mengikut spesikasi. Ketinggian sesebuah kenderaan ( vehicle height measurement )
hendaklah diperiksa dengan tangki bahanapi yang penuh tanpa beban penumpang dan
barang.
Ketinggian sesebuah kenderaan ( vehicle height measurement ) tidak boleh
dilaras. Jika ukuran yang didapati tidak mengikut spesifikasi, periksa kenderaan untuk
mengenalpasti komponen yang rosak atau yang sudah lusuh. Komponen yang mungkin
rosak atau lusuh adalah seperti spring gelung atau penyerap hentak. Sebelum
memulakan pengukuran ketinggian sesebuah kenderaan ( vehicle height measurement ),
lakukan proses menekan bahagian tengah bumper depan dan belakang kenderaan
berulang kali dalam jumlah yang sama.
NO. KOD MTA 2033/K 01/NK 03-03 Muka : 11 drp : 18

Ketinggian kenderaan ( vehicle height measurement ) pada bahagian hadapan kenderaan

Ketinggian kenderaan ( vehicle height measurement ) pada bahagian belakang kenderaan

6. PROSEDUR PEMERIKSAAN PEMASANGAN TAYAR

Pada amnya roda sepatutnya dipasang dan diikat semasa sejuk untuk mengelakkan
berlakunya daya pengembangan dan pengecutan pada komponen seperti stud dan rim.Juga
pastikan juga gelendung brek dipasang dengan betul kerana ini akan mempengaruhi
kekemasan pemasangan roda.

6.1 Pelinciran
Titiskan pelincir ( minyak enjin ) pada benang stud dan beberapa titis pada nat roda.
Elakkan daripada mengecat roda sebelum pemasangan kerana ini juga akan mempengaruhi
kekemasan pemasangan roda ke hub. Pasangkan tayar ke hub dengan berhati-hati tanpa
merosakkan benang stud.

Benang stud haus


NO. KOD MTA 2033/K 01/NK 03-03 Muka : 12 drp : 18

Benang stud haus

Pasang dan putar nat roda dengan tangan dan ikat nat roda dengan perengkuh daya kilas
( Torque wrench ). Perengkuh daya kilas mestilah dalam keadaan yang baik dan sentiasa di
selaraskan ( calibrate ). Elakkan dari menggunakan perengkuh kuasa ( air wrench ) kerana ini
akan mengakibatkan ikatan yang tidak mengikut spesifikasi daripada pengeluar dan boleh
merosakkan stud. Gunakan soket yang sesuai mengikut saiz dan kedalamannya.

Fasa mengetatkan nat roda mestilah dilakukan semasa kenderaan diturunkan


sepenuhnya ke lanta agar roda dapat diapit dengan daya yang betul. Ketatkan nat roda
mengikut aturan ( sequence ) yang betul bagi memastikan permukaan roda dirapatkan dengan
rata ke hub.

Aturan mengikat nat roda


NO. KOD MTA 2033/K 01/NK 03-03 Muka : 13 drp : 18

7. PROSEDUR PENJAJARAN RODA

7.1 Pelarasan Toe In / Toe out

Peralatan :
i. Mesin penjajaran roda
ii. Spanar saiz 12, 17.

Mesin Penjajaran roda

Langkah kerja :
i. Letakkan kenderaan di atas scissor lift atau di atas lubang penjajaran roda
dengan berhati-hati, pastikan ada seorang pembantu memerhati kenderaan
supaya tidak terjatuh semasa proses ini.
ii. Pasang peralatan (sensor) pada semua roda.

iii. Hidupkan mesin penjajaran roda, pilih jenis kenderaan yang terdapat dalam
‘menu’ mesin.
NO. KOD MTA 2033/K 01/NK 03-03 Muka : 14 drp : 18

iv. Hidupkan enjin kenderaan dan pusingkan stering beberapa kali seterusnya
letakkan sangga pada stering supaya stering berada pada ‘center position’.
v. Dengan menggunakan spanar saiz 12 dan 17 laraskan sudut toe mengikut pada
paparan di skrin komputer.
vi. Laraskan sudut toe sehingga +0˚00’.
vii. Tidak perlu ketatkan nat pelaras dahulu, hidupkan enjin dan pusingkan stering
beberapa kali dan letakkan kembali pada ‘center position’. Ini untuk mendapatkan
hasil penjajaran yang baik.
viii. Laraskan semula sudut toe +0˚00’ dan ketatkan nat pelaras.
ix. Tanggalkan peralatan (sensor) pada semua roda.
x. Tanggalkan sangga pada stering.

7.2 Pelarasan Kamber


Peralatan :
i. Jek.
ii. ‘Air gun’.
iii. Soket saiz 17.
iv. Spanar saiz 17.
v. Tolok kamber ( Camber Gauge )
.

Tolok Kamber

Langkah kerja :
i. Pasang peralatan (sensor) pada semua roda.
ii. Hidupkan mesin penjajaran roda, pilih jenis kenderaan yang terdapat dalam
‘menu’ mesin.
iii. Lihat pada paparan skrin sudut ‘camber’. Pastikan sudut kamber yang
dipaparkan pada skrin mengikut spesifikasi pengeluar. Jika sudut kamber tidak
tepat, lakukan proses berikut.
NO. KOD MTA 2033/K 01/NK 03-03 Muka : 15 drp : 18

Paparan skrin

iv. Tulis sudut ‘camber’ itu tadi pada sekeping kertas.


v. Tanggalkan mesin pada roda hadapan sebelah kiri dan jek kenderaan.
vi. Buka roda dan letakkan timbang air ‘camber’ pada piring cakera.

Kedudukan tolok kamber

vii. Buka dan tanggalkan nat ‘camber’ yang lama dan gantikan yang baru.

Bolt dan nat kamber


NO. KOD MTA 2033/K 01/NK 03-03 Muka : 16 drp : 18

viii. Berdasarkan sudut ‘camber’ yang ditulis tadi, laraskan sudut ‘camber’ dengan
menggunakan timbang air ‘camber’.
ix. Ketatkan nat ‘camber’ itu.
x. Pasang roda dan peralatan (sensor) semula.
xi. Penjajaran roda mesti dilakukan semula.
xii. Selepas siap penjajaran roda tanggalkan semua peralatan dan sensor mesin
penjajaran roda.
xiii. Jalankan ‘road test’.

8. Wheel Alignment Job Order


NO. KOD MTA 2033/K 01/NK 03-03 Muka : 17 drp : 18

Contoh Job Order Bagi Penjajaran Roda

SOALAN

1. Apakah yang dimaksudkan dengan penjajaran roda?

………………………………………………………………………………………………..

………………………………………………………………………………………………..
NO. KOD MTA 2033/K 01/NK 03-03 Muka : 18 drp : 18

2. Bolehkah ketinggian kenderaan ( vehicle height ) dilaras?

YA TIDAK

3. Labelkan dengan nombor aturan yang betul bagi mengetatkan nat roda.

4. Namakan alat yang digunakan untuk menguji sudut kamber dalam penjajaran
roda.

………………………………………………………

RUJUKAN :

1. https://www.scribd.com/doc/77220588/Bab-9-Wheel-Alignment-Wheel-Balancing

2. https://www.scribd.com/doc/-Wheel Security Guide

3. https://www.scribd.com/doc/-Suspension System

4. Teknologi Automotif – Bahaman Rajuli

5. MOTOR AUTOMOTIVE TECHNOLOGY – Anthony E.Schwaller ISBN O-8273-


8354-1

Anda mungkin juga menyukai