Anda di halaman 1dari 5

2.3.

4 KLAC
Objektif:
Pada akhir unit ini pelajar dapat:

1. Mengenal pasti pepasangan klac.


2. Menerangkan kendalian klac dan pentingnya gerak bebas pedal klac.
3. Menservis klac.
4. Menanggal, memeriksa dan memasang kotak gear manual pacuan roda hadapan dan
pepasangan klac
5. Memeriksa paras minyak gear dan melaras gerak bebas pedal klac.

Pencapaian Kompetensi. Info:


Kedudukan klac
1. Mengamalkan langkah-langkah keselamatan semasa bekerja. adalah di antara
2. Menerangkan kendalian klac jenis kabel dan haidraulik. enjin dan kotak
3. Mengenal pasti komponen utama pepasangan klac. gear.
4. Dapat menerangkan kendalian klac dan pentingnya gerak bebas pedal klac.
5. Boleh menservis sistem klac.
6. Boleh menanggal, memeriksa, memasang syaf pandu dan kotak gear .
7. Boleh menanggal, memeriksa dan memasang pepasangan klac dengan menggunakan
pilot shaft atau centering tools.
8. Boleh memeriksa paras minyak gear dan
melaras gerak bebas pedal klac.

Maklumat penting Rajah 2.38 Komponen pepasangan klac

Fungsi

Menyambung dan memutuskan kuasa


daripada enjin supaya:

1. Penukaran gear dapat dilakukan


dengan mudah dan lancar.
2. Melancarkan pergerakan ketika
kenderaan mula hendak bergerak.
3. Membenarkan enjin terus hidup
walaupun gear dalam kendalian (pedal klac
ditekan).

53
Pepasangan Klac

Ia dipasangkan ke roda tenaga dengan menggunakan beberapa bol.

Kendalian klac menggunakan kabel.

Apabila pedal klac ditekan, kabel akan tertarik dan menyebabkan tuil pelepas ( release fork ) menolak
galas pelepas ke hadapan dan menekan spring gegendang. Spring gegendang akan menarik plat
tekanan ke belakang dan membebaskan plat klac. Kuasa dari enjin diputuskan.

Spring
gegendang

Kabel klac
Pedal klac Plat klac

Galas pelepas

Tuil
Peruma
pelepas
h klac
Bebola pin pelepas
(withdraw lever ball pin)
Rajah 2.39 Komponen pepasangan klac menggunakan kabel
Kendalian klac menggunakan
hidraulik

Apabila pedal klac ditekan, cecair hidraulik didalam silinder induk akan dimampat dan menolak
piston didalam silinder bantuan klac ( slave cylinder ) ke hadapan. Tindakan ini menyebabkan tuil
pelepas ( release fork ) menolak alas pelepas ke hadapan dan menekan spring gegendang. Spring
gegendang akan menarik plat tekanan ke belakang dan membebaskan plat klac.

Rajah 2.40 Komponen pepasangan klac menggunakan hidraulik

Aktiviti
54

Tugasan

1. Mengamalkan langkah keselamatan semasa bekerja.


2. Menservis klac dengan menanggal, memeriksa dan memasang pepasangan klac.
3. Memeriksa paras minyak gear dan melaras gerak bebas pedal klac.

Peralatan
Senarai peralatan Senarai Bahan / kelengkapan

1. Alat tangan yang sesuai. 1. Kenderaan pacuan roda hadapan.


2. Jek. 2. Kertas las.
3. Sangga keselamatan dan penyendal. 3. Klac, perumah klac, galas
4. Perengkuh daya kilas. pelepas dan penghadang minyak gantian.
5. Syaf pandu. 4. Minyak gear SAE 90.
6. Pam minyak gear.

Langkah kerja

Menanggal, memeriksa, dan memasang pepasangan klac


3. Periksa
2. permukaan
1. Buka
Enjin plat tekanan,
yangdidilengkapi
bol sekeliling roda
dengan
perumah
tenaga dan plat klac.(rujuk
pepasangan
klac. klac. jadual
diagnosis)

4. Pasangkan semula pepasangan klac 5. Masukkan syaf pandu dan ikat bol. 6. Gunakan perengkuh daya kilas
ke roda tenaga. untuk mengikat bol dengan
menggunakan kaedah silang.
Pemeriksaan klac.

Jadual diagnosis
55
Komponen Diagnosis
Plat klac. 1. Permukaan klac.
a) berminyak.
b) Terbakar.
c) Retak.
2. Ketebalan plat klac.

Perumah klac. 1. Permukaan plat tekanan.


Calar.
b) Terbakar.
2. Spring gegendang.

Galas pelepas. 1. Pusingan.


- Tidak kasar.

Roda tenaga. 1. Permukaan roda tenaga.


a) Terbakar.
b) Calar.
c) Berminyak.

Memeriksa paras minyak gear.

1. Buka palam pengisian.


2. Pastikan paras minyak gear separas dengan bahagian bawah lubang pengisian.

Paras Palam
minyak gear pengisian

Minyak gear

Lubang
pengisian

Palam salir
Gambarajah memeriksa paras minyak gear.
56
Gerak bebas pedal klac

Gerak bebas pedal klac ialah jarak dari kedudukan asal


sebelum pedal klac ditekan hingga permulaan terasa
berat, (galas pelepas menekan spring gegendang).
Jarak gerak bebas pedal klac, rujuk spesifikasi dengan
melaras skru nat pelaras pada kabel atau rod tunjal.

Gambarajah melaras gerak bebas pedal klac

Latihan.

i)

ii)

iii)

iv)

Rajah 1

1. Berdasarkan gambarajah di atas, labelkan bahagian yang bernombor.

2. Nyatakan fungsi sistem klac pada sesebuah kenderaan.

3. Nyatakan pentingnya gerak bebas pedal klac pada sesebuah kenderaan.

57

Anda mungkin juga menyukai