Anda di halaman 1dari 9

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

Pengenalan 2

Mesin Pencanai Permukaan 3

Mesin Pencanai Silinder 4

Mesin Pencanai Mata Alat 5


Pemotong

Mesin Pencanai Meja dan kaki 6

Mesin Pencanai Mudah Alih 7

Penutup 8

Rujukan 9

PENGENALAN:

 Mencanai ialah proses pembuangan logam dengan menggunakan roda berputar.


Roda pencanai diperbuat daripada bahan pelelas yang diikat oleh bahan

1
pengikat. Dua proses mencanai yang utama ialah poses penajaman dan proses
pencanai jitu. Proses penajaman digunakan untuk menajamkan alat pemotong
seperti pahat, mata alat mesin larik, mata gerudi, pisau dan lain – lain lagi.
Proses pencanai jitu pula digunakan dalam industri bagi menghasilkan kemasan
permukaaan yang baik serta ukuran yang tepat.

Mesin Pencanai Permukaan

2
Kegunaan:

 Mesin pencanai permukaan digunakan untuk mencanai permukaan bahan logam

bagi menghasilkan permukaan yang licin dengan ketepatan ukuran yang

jitu.  Mesin jenis ini dilengkapi dengan satu roda canai yang dipasang pada

bahagian spindal mesin dan ragum magnet digunakan untuk memegang benda

kerja.

Mesin Pencanai Silinder

3
Kegunaan:

 Mesin jenis ini digunakan untuk mencanai benda kerja yang berbentuk silinder
itu boleh  dipegang diantara tetengah atau chuck
 Alatan yang memegang benda kerja itu mempunyai satu lagi motor khas untuk
memutarkan benda kerja.
 Mesin canai silinder berfungsi dengan meletakkan bahan kerja diantara tetengah.
Roda canai berputar dengan kelajuan antara 28 hingga 33 m/s dan dibawa ke
permukaan bahan kerja.
 Bahan kerja diputarkan dengan pelahan antara 0.3 hingga 0.51 m/s ( bagi keluli ).
 Roda pencanai dan benda kerja perputar pada arah yang bertentangan pada titik
pertemuan kedua-duanya.
 Bahan kerja juga digerakkan ulang-alik secara membujur dengan menggerakan
meja mesin. Kedalaman permotongan dihasilkan oleh suapan sama ada suapan
oleh roda canai atau benda kerja.

Mesin Pencanai Mata Alat Pemotong

4
Kegunaan:

 Digunakan untuk mencanai mata pemotong alat-alat seperti mata alat


pemotong,pelulas dan gerudi.

 Mata alat yang tumpul mudah ditajamkan semula dengan menggunakan mesin jenis
ini. Ia juga terdapat berbagai jenis alatan tambahan supaya kerja-kerja yang
sesuai dapat dijalankan. Mesin jenis ini amat berguna dibengkel kejuruteraan
yang mempunyai banyak mesin pengisar kerana alat-alat pemotong yang tumpul
boleh dicanai semula dengan mudah bagi menjimatkan kos operasi.

Mesin pencanai Meja dan kekaki

5
Mempunyai dua buah roda iaitu -satu jenis kasar-satu jenis halus

Kegunaan:

 Untuk mencanai mata pemotong yang sudah tumpul seperti pahat,gerudi dan
pemutarskru.
 Ia juga digunakan untuk mencanai alat-alat lebihan sebelum disudahi alatan
tangan.
 Mesin pencanai meja dipasang ditas meja atau bangku,manakala mesin pencanai
kekaki dipasang dilantai bengkel.
 Fungsi mesin pencanai kekaki sama dengan mesin pencanai meja tetapi mesin ini
lebih tegap dan ia digunakan untuk mencanai alatan yang lebih besar dan berat.

Mesin Pencanai Mudah Alih

6
Kegunaan:

 Digunakan untuk tempat yang sempit


 Piring mesin pencanai adalah nipis
 Piring mesin pencanai mempunyai pelbagai jenis saiz iaitu 100mm x 4mm x 16mmx
180mm x 6mm x 22mm dan 230mm x 6mm x 2mm .
 Terdapat juga mesin pencanai yang mempunya ketebalan.

Penutup:

7
Pada amnya terdapat lima jenis mesin pencanai yang digunakan dalam sesuatu bengkel
kejuruteraan, iaitu: 1. Mesin pencanai meja dan kekaki. 2. Mesin pencanai permukaan.
3. Mesin pencanai silinder. 4. Mesin pencanai mata alat pemotong. 5. Mesin pencanai
mudah alih. 

Proses mencanai adalah kerja yang penting di dalam kerja - kerja pengeluaran dan
ianya mempunyai kebaikan jika dibandingkan dengan proses pemotongan yang lain
kerana :

 Satu-satunya cara pemotongan bahan yang telah diberi rawatan haba


(hardening). Komponen yang dikehendaki dimesin terlebih dahulu dalam keadaan
anneal. Sedikit lebihan sahaja ditinggalkan untuk proses mencanai.
 Menghasilkan kekemasan permukaan yang amat licin yang diperlukan pada
permukaan bearing dan permukaan yang menyentuh antara satu sama lain.
 Benda kerja dapat disiapkan keukuran yang tepat dalam masa yang singkat.
Ini adalah disebabkan sedikit lebihan sahaja yang ditinggalkan untuk proses
mencanai.

Rujukan:

8
 http://belajarmesinmekanikal.blogspot.com/2016/04/pengenalan-mesin-
pencanai-grinding.html

 http://mesinpencanai.blogspot.com/p/mesin-pencanai-meja-kaki-mesin-
pencanai.html

 http://mesinpencanai.blogspot.com/p/blog-page_68.html

 http://berakit.blogspot.com/2009/10/mesin-canai-silinder.html

 http://wikikolivelife.blogspot.com/2011/08/mesin-pencanai-permukaan-
surface.html

Anda mungkin juga menyukai