Anda di halaman 1dari 17

PENAPIS UDARA

TUJUAN PENAPIS UDARA


Fungsi utama penapis udara adalah bagi menyaring

segala kekotoran seperti habuk dalam udara dari


memasuki sistem enjin kenderaan.
KESAN
Penjagaan penapis udara amatlah penting
kerana ianya boleh merosakkan enjin jika tidak
diselenggara dengan baik.

PENAPIS UDARAYANG DIPASANG PADA


MUNCUNG KARBURETOR ADALAH BERTUJUAN
i. Membersihkan udara sebelum masuk ke dalam enjin melalui

karburator.
ii. Mengurangkan kelajuan udara yang masuk, dengan itu akan

menjimatkan penggunaan bahan api.


iii. Menolak percikan voltan tinggi semasa terjadinya back fire.
iv. Mengambil hawa panas dari exhaust manifold untuk tujuan

pengeluwapan bahan api sebelum masuk ke dalam silinder


dan dengan ini pembakaran akan mudah dilakukan.

JENIS-JENIS PENAPIS
UDARA
Penapis udara mempunyai beberapa jenis yang

biasa iaitu :
i. Basahan minyak (oil wetted).
ii. Elemen lipatan kertas (paper pleated element).
iii. Mandi minyak (oil bath).
iv. Centrifugal pre-cleaner.

1. JENIS BASAHAN MINYAK (OIL WETTED)


Pada penapis jenis ini, ia dapat memberikan satu penapisan yang

sempurna di mana kadar habuk yang masuk adalah berkurangan.


Bahan yang digunakan pada sistem ini ialah satu gelungan wayar yang

diselang selikan (wire mesh) yang diselaputi dengan minyak. Segala


kotoran akan melekat pada minyak.
Penapis ini mestilah sentiasa dicuci pada setiap 8,000 km atau 5,000 km.

Cara mencuci penapis jenis ini ialah dengan mencuci gelungan wayar
dengan petrol atau paraffin.
Setelah itu hendaklah dikeringkan dan kemudiannya lumur semula

dengan minyak enjin sebelum dipasang biarkan minyak yang berlebihan


menitis
terlebih dahulu.

BASAHAN MINYAK (OIL WETTED)

Basahan Minyak (Oil Wetted)

2 JENIS ELEMEN LIPATAN KERTAS


(PAPER PLEATED ELEMENT)
Penapis jenis ini pula menggunakan kertas

sebagai alat penapisnya.


Kertas ini dikenali sebagai resin impregnated
paper element.

padanya juga terdapat lubang-lubang yang


sangat halus.
dengan melipat-lipat kertas ini,ia dapat
mengadakan
permukaan tapisan yang sangat luas dan dapat
mengelakkan penapis ini dari tersumbat.
(Kebiasaannnya penapis ini ditukar pada tiap-tiap
16,000km hingga 20,000 km.)

Mandian Minyak (OIL BATH)

IA TERDIRI DARIPADA 2 PERINGKAT.


- Peringkat pertama udara masuk secara berpusar akan menyebabkan
habuk-habuk yang ada bersamanya melekat pada permukaan minyak
yang bertakung.
- Pada peringkat kedua pula sebahagian dari minyak akan naik dibawa
oleh udara
yang masuk melaluinya ke elemen pusaran wayar besi (steel mesh
wire element).
Di sini segala kotoran yang melekat pada minyak tadi akan melekat
pula pada
elemen wayar.

4 JENIS EMPAR (CENTRIFUGAL TYPE)


Penapis jenis ini dapat menapis udara dengan baik.

i) Udara yang masuk secara berpusar akan mengeluarkan segala


habuk-habuk melalui lubang-lubang kecil yang dibuat perumah
nya (casing) secara kuasa balingan.
ii) Kemasukan udara yang berpusar ini akan membawa segala habukhabuk masuk bersama-samanya. Tetapi habuk ini akan tercampak
keluar apabila ia terkena lubang-lubang atau lurah-lurah yang
dibuat pada atas perumah ini.
iii) Kuasa balingan terhasil dari pusaran udara yang masuk tadilah
yang sebenarnya menolak segala habuk-habuk tadi. Udara itu
boleh berpusar adalah kerana reka bentuknya terutama sekali
pada vane yang telah dibuat mengikut sudut tertentu.
Rawatan pada penapis jenis ini tidaklah rumit. Hanya yang perlu kita
pastikan bahawa intake vane tidak tersumbat.

Rajah: Centrifugal precleaner

Anda mungkin juga menyukai