Anda di halaman 1dari 12

DMD 1243 Engine Petrol

• Enjin merupakan nadi penggerak bagi sesebuah kenderaan.


• Enjin menghasilkan kuasa apabila berlakunya pembakaran di dalam silinder.
Campuran udara-bahan api yang dimampatkan akan dibakar di dalam silinder
enjin tersebut dan akan menghasilkan kuasa bagi menggerakkan sesebuah
kenderaan enjin jenis ini dikenali sebagai enjin pembakaran dalam.

• 4 sistem sokongan untuk memastikan enjin sentiasa menghasilkan kuasa I


i. Sistem penyalaan (ignition system),
ii. Sistem bahan api (fuel system),
iii. sistem pelinciran (lubricating system)
iv. Sistem penyejukan (cooling system)

• Enjin terbahagi kepada


i. enjin penyalaan palam pencucuh (spark ignition engine) atau lebih
dikenali sebagai enjin petrol
ii. enjin pencucuhan mampatan (compressed ignition engine) atau lebih
dikenali sebagai enjin diesel.
DMD 1243 Engine Petrol
Komponen Dalam Enjin

DMD 1243 Engine Petrol


Enjin 4 Lejang
 Enjin pembakaran dalaman yang paling
lazim digunakan pada kenderaan seperti
kereta, bas, lori dan motosikal adalah jenis
enjin empat lejang samada enjin petrol
ataupun diesel.
 Enjin empat lejang mendapat namanya
daripada empat proses(lejang) iaitu
masukan, mampatan, kuasa dan ekzos.

DMD 1243 Engine Petrol


KENDALIAN ENJIN 4 LEJANG

Lejang Masukan
 Piston bergerak dari TTA ke TTB
 Separa Vakum akan terhasil.
 Injap masuk terbuka dan injap keluar
tertutup
 Campuran udara dan bahan api ditolak
masuk ke dalam selinder oleh tekanan
atmosfera di luar enjin.
 Kransyaf berpusing setengah pusingan

DMD 1243 Engine Petrol


KENDALIAN ENJIN 4 LEJANG

Lejang Mampatan
 Piston bergerak dari TTB ke TTA
 Injap masuk dan injap keluar tertutup
 Campuran udara dan bahan api akan
dimampatkan
 Tekanan dan suhu di dalam selinder
akan menjadi tinggi
 Kransyaf berpusing satu pusingan

DMD 1243 Engine Petrol


KENDALIAN ENJIN 4 LEJANG

Lejang Kuasa
 Sebaik sahaja piston tiba di TTA di
akhir lejang mampatan, percikan bunga
api akan dikeluarkan oleh palam
pencucuh.
 Mampatan campuran udara dan bahan
api terbakar
 Ini menyebabkan tekanan di dalam
selinder menjadi tinggi
 Omboh ditolak dari TTA ke TTB.
 Injap masuk terbuka dan injap keluar
tertutup.
 Kransyaf berpusing satu setengah
pusingan.

DMD 1243 Engine Petrol


KENDALIAN ENJIN 4 LEJANG

Lejang Ekzos
 Piston bergerak dari TTB ke TTA
 Injap masuk tertutupdan injap keluar
terbuka
 Campuran udara dan bahan api yang
terbakar dikenali sebagai gas ekzos akan
ditolak keluar oleh pergerakan piston
dari TTB ke TTA
 Kransyaf berpusing dua pusingan.
 Pergerakan ini akan berulang selagi
enjin dihidupkan.

DMD 1243 Engine Petrol


ENJIN 2 LEJANG
Enjin 2-Lejang

 Enjin petrol 2-Lejang memerlukan satu pusingan aci engkol untuk


melengkapkan kitar.
 Binaannya enjin hampir sama dengan dengan 4-lejang Cuma berbeza dari
segi penggunaan injap.
 Menggunakan liang dan piston berfungsi untuk membuka dan menutup
liang tersebut.
 Terdapat tiga liang utama dalam enjin 2-lejang iaitu
i. Liang masukan – membenarkan campuran udara dan bahan api masuk
ke dalam kotak engkol
ii. Liang ekzos – membenarkan gas ekzos hasil dari pembakaran campuran
udara dan bahan api di dalam ruang pembakaran.
iii. Liang pengambilan – memindahkan campuran udara dan bahan api
yang dimampatkan di dalam kotak engkol ke ruang pembakaran

DMD 1243 Engine Petrol


KENDALIAN ENJIN 2 LEJANG
Lejang Masukan & Lejang Kuasa
 Piston bergerak dari TTB ke TTA
 Separa vakum akan terbentuk di dalam kotak
engkol.
 Liang masuk terbuka dan liang keluar dan
liang pindah tertutup
 Campuran udara dan bahan api ditolak masuk
ke dalam kotak engkol oleh tekanan atmosfera
di luar enjin.
 Apabila piston sampai puncak ke TTA,
campuran udara dan bahan api telah masuk ke
dalam kotak engkol dengan secukupnya.
 Piston akan turun ke TTB. Ketika ini campuran
udara dan bahan api akan dimampatkan di
dalam kotak engkol.
 Apabila piston sampai ke akhir TTB. Liang
masuk akan tertutup dan liang pindah akan
terbuka.

DMD 1243 Engine Petrol


KENDALIAN ENJIN 2 LEJANG

Lejang Mampatan & Lejang Ekzos


 Piston bergerak dari TTB ke TTA
 Mampatan campuran udara dan bahan api akan
dipindahkan ke ruang pembakaran melalui
liang pindah.
 Apabila piston tiba di TTA, palam pencucuh
akan mengeluarkan percikan bunga api dan
membakar mampatan campuran udara dan
bahan api.
 Tekanan dan suhu di dalam selinder akan
menjadi tinggi
 Kransyaf berpusing satu pusingan.
 Urutan pergerakan ini akan berterusan selagi
enjin dihidupkan.

DMD 1243 Engine Petrol


Selesai…

Anda mungkin juga menyukai