Anda di halaman 1dari 17

PERALATAN PENCEGAHAN KEBAKARAN

Peralatan pencegahan kebakaran pada masa kini merupakan sistem amaran


kebakaran yang dipasang secara tetap dan beroperasi secara automatik
dibangunan-bangunan.

Walaupun begitu terdapat juga bangunan atau premis yang menggunakan


sistem manual untuk memberi amaran kebakaran. Peralatan pencegahan
kebakaran pada bangunan atau premis yang siap dipasang dikategorikan
kepada 2 jenis:

a. Perlindungan aktif.
Sistem perlindungan kebakaran yang dipasang tetap di bangunan untuk
mencegah, mengawal dan memadam kebakaran secara manual atau
automatik.

i) Alat pecah kaca.


Alat ini beroperasi secara manual iaitu dengan cara memecahkan kaca
pada sistem ini apabila dikesan oleh orang ramai. Apabila kaca pada
kotak ini dipecahkan, ia melengkapkan litar elektrik dan menghasilkan
bunyi loceng amaran bagi menandakan ada kebakaran di zon dimana
kaca tersebut dipecahkan.

ii) Alat pengesan haba.


Alat ini beroperasi secara automatik. Ia akan mengaktifkan sistem
amaran kebakaran apabila mengesan haba atau suhu tertentu
di peringkat awal kebakaran

iii) Alat pengesan asap.


Alat ini juga beroperasi secara automatik. Ia juga berperanan untuk
mengaktifkan sistem amaran kebakaran apabila mengesan sejumlah
asap yang tertentu.

Iv) Sistem pemasangan sprinkler.


Ianya bertujuan untuk mengawal kebakaran pada peringkat awal dengan
cara semburan air yang bertekanan khusus kepada zon / kawasan yang
terbabit. Sistem ini dihubungkan dengan penggera kebakaran. Ia
bertindak secara automatik
b. Perlindungan pasif.
Sistem perlindungan kebakaran yang terdapat pada struktur sesebuah
bangunan yang berfungsi untuk menyekat api dan asap dari merebak agar
penghuni dapat berlindung, menggunakannya sebagai laluan keluar dan
tempat yang selamat menempatkan peralatan dan anggota bomba ketika
melawan kebakaran
Sistem ini berhaidralik di luar bangunan ataupun
sentiasa diatur terus ke pihak bomba.
1. Sistem
dipenuhi
basah
- air.
Digunak
an di Haba
bangun yang
an yang diperole
sentiasa hi dari
panas kebakar
(sesuai an akan
di membu
- bangun ka
an
tropika) kepala
-
bilaman pemerci
a k yang
suhuny terdekat
a mengiku
melebihi t suhu
- kendalia
0⁰C nnya.
Air
dan akan
dicur
ahka
risiko n ke
atas
air di api
yang
sistem ada
dan
peng
pemer aliran
air
cik akan
meng
giatk
menja
an
locen
di beku g
peng
tidak gera
yang
dipas
wujud. ang
vi. Sistem pili bomba (hyderant)

Terdapat 3 jenis hydran, iaitu hydran gedung, hydran halaman dan hydran kota.
Hydran gedung ditempatkan dalam gedung, untuk hydran halaman
ditempatkan di halaman, sedangkan hydran kota biasanya ditempatkan pada
beberapa titik yang memungkinkan Unit Pemadam Kebakaran (BOMBA)
mudah untuk mendapatkan air.
GELONG HOS (HOSE REEL)

Syarat hidraulik untuk gelung hos adalah ianya berkebolehan meluahkan air
0.4 l/s sejauh 6m dari nozilnya dan tiga hos boleh digunakan serentak.
Satu tekanan 200 KPA adalah diperlukan dinozilkan dan kiranya saluran
bekalan biasa tidak boleh membekalnya alat pengepam perlu dipasang.
BEKALAN AIR

Sesetengah pihak berkuasa air membenarkan pam terus dari


saluran bekalan.
Apabila pihak berkuasa tempatan memerlukan tangki, ianya
mesti cukup untuk air bersipadu 1.6m.
Tangki boleh ditempatkan sama ada di paras bawah atau atas,
dan dua pam perlu disediakan yang boleh meluahkan 2.3 l/s
minima.
Pam gantian mungkin dipasang dengan enjin diesel atau petrol.
Tangki air
PAM
Untuk pembekalan air secukupnya sepanjang masa dua pam perlu
dipasang yang mana satu adalah sebagai gantian.
Setiap pam perlu mengalirkan 15 l/s. Pam-pam
perlu dipasang selari dengan
sedutannya.
Sentiasa basah apabila tangki dipenuhi air.
Pam boleh dijalankan dengan kuasa elektrik, di mana satu janakuasa
gantian yang cukup kekuatan perlu dipasang kiranya berlaku bekalan
terputus.
Sebagai pilihan pam gantian boleh dijalankan dengan enjin petrol
atau diesel.
JENIS PERLINDUNGAN PASIF

b. Jenis Perlindungan pasif.

i. Tangga terlindung.
ii. Koridor terlindung
iii. Pintu rintangan api
iv. Ruang akses menentang kebakaran v. Tiada Lif Bomba
JENIS-JENIS KEBAKARAN

Api kebakaran boleh diklasifikasikan kepada 5 jenis iaitu; 1. Kelas A


Api berpunca daripada bahan pepejal (kecuali logam) sepeti kayu, kertas,
kain, plastik dan sebagainya.

2. Kelas B
Berpunca dari bahan cecair yang mudah terbakar seperti minyak petrol,
gas dapur, diesel, varnis, cat dan sebagainya.

3. Kelas C
Berpunca dari gas atau wap yang mudah terbakar seperti hidrogen,
methane, propane, oxy-acetylene, gas LPG dapur dan sebagainya.
JENIS-JENIS KEBAKARAN

4. Kelas D
Berpunca dari bahan logam seperti magnesium, aluminium,
natrium, kalium dan sebagainya.

5. Kelas E
Berpunca dari bahan masakan seperti minyak masak atau
lemak.

Kebakaran dari peralatan elektrik pula tidak dikelaskan.

Nota: Pengelasan jenis api kebakaran di atas hanya sah di


Malaysia sahaja. Di negara-negara lain, pengelasan jenis api
adalah berbeza.
JENIS-JENIS PEMADAM
KEBAKARAN

Berikut adalah jenis pemadam api yang biasa digunakan:

1) Pemadam Api Serbuk Kering ABC

Berat: 12kg atau 3kg


Warna: Biru
Jenis api yang boleh dipadamkan: A,B dan C

Catatan : Boleh digunakan sekali sahaja, serbuknya boleh merosakkan


logam, enjin dan badan kenderaan, berbahaya kepada makanan.
JENIS-JENIS PEMADAM KEBAKARAN

2) Pemadam Api Karbon Dioksida

Berat: 3kg
Warna: Hitam
Jenis api yang boleh dipadamkan:
Api dari peralatan elektrik

Catatan: Tidak sesuai untuk persekitaran terbuka


JENIS-JENIS PEMADAM KEBAKARAN

3) Pemadam Api Serbuk Kering ABC

Berat: 12kg dan 3kg


Warna: Merah
Jenis api yang boleh dipadamkan:
A, B, C dan api dari peralatan elektrik

Catatan: Boleh digunakan sekali sahaja.


Setiap alat pemadam api untuk kegunaan bukan domestik
(seperti di kilang dan pejabat) wajib didaftarkan kepada pihak
bomba melalui kontraktor yang telah berdaftar dengan pihak
bomba.

Pihak bomba akan mengeluarkan sijil untuk setiap alat


pemadam api dan juga pelekat untuk ditampal pada badan
pemadam api tersebut.

Sijil ini perlu diperbaharui setiap tahun, manakala alat pemadam


api yang berusia lebih 10 tahun perlu dilupuskan kerana bahan
kimianya tidak lagi efektif untuk memadamkan api.
PELAN TINDAKAN KESELAMATAN
(PTK)
adalah untuk menyediakan orang dan organisasi terhadap
kecemasan untuk mencegah kecederaan dan kerosakan harta
benda.

Terdapat beberapa jenis kecemasan yang memerlukan pelan


tindakan keselamatan diadakan seperti kebakaran, letupan,
bencana alam, keracunan, kebocoran toksid, bangunan runtuh
dan lain-lain.
TAMAT…………….

Anda mungkin juga menyukai