Anda di halaman 1dari 8

HARI: KHAMIS TARIKH: 7 FEBRUARI 2013 TEMPAT: DEWAN TOWER 2 TAJUK: SISTEM PEMASANGAN TETAP

SISTEM PEMASANGAN TETAP Sistem Pemasangan Tetap Aktif adalah sistem perlindungan kebakaran yang bertindak secara manual dan automatik. Pemasangan dibuat adalah bertujuan untuk memberi amaran, mengawal dan menentang kebakaran samada secara manual atau automatik. Pemasangan sistem ini terbahagi kepada 3 :i. ii. iii. Dalam Bangunan Luar Bangunan Pengudaraan

Pemasangan sistem ini bergantung kepada keluasan sesebuah bangunan dan juga ketinggian bangunan tersebut. Sistem Pemasangan Tetap Yang Perlu Diketahui 1. Sistem Penggera Kebakaran 2. Sistem Penyembur Automatik (Sprinkler System) 3. Sistem Salur Bantu Mula 4. Sistem Pili Bomba 5. Sistem Pecah Kaca 6. Sistem Pengesan Haba 7. Sistem Pengesan Asap 8. Sistem Karbon Dioksida 9. Sistem Pancur Basah 10. Sistem Pancur Kering 11. Sistem Pengudaraan 12. Sistem Pendawaian 13. Sistem Jalan Keluar 14. Sistem Tangki Air 15. Sistem Pam 16. Sistem Lampu Kecemasan

Sistem Penggera Kebakaran

Panel Penggera Satu Sistem Pemasangan Tetap Kebombaan yang berkemampuan memberi amaran kebakaran melalui peralatan-peralatan yang boleh dilihat, didengar dan juga berkemampuan menggerakkan lain-lain tindakan dan arahan. Pemasangannya hendaklah mematuhi kaedah kuasa Pegawai-Pegawai Bomba mengikut T.A.P.B. 1019 UBBL 1984.

Sistem Penyembur Automatik (Sprinkler system)

Sistem Penyembur Automatik Sistem ini merupakan satu-satunya sistem keseluruhan di mana ia boleh mengesan, memberi amaran dan memadam kebakaran secara automatik tanpa bantuan manusia. Paip-paip dipasang dengan kepala penyembur (sprinkler) mengikut jarak yang ditetapkan di siling atau di bumbung. Paip ini disambung kepada tangki di mana sistem pam dipasang bagi memberi tekanan.

Sistem Salur Bantu Mula

Salur Bantu Mula

Sistem ini adalah satu pemasangan tetap yang dipasang bagi mengawal kebakaran di peringkat awal sebelum anggota bomba sampai. Sistem ini ditempatkan di kurungan tangga, lobi, pintu keluar atau lain-lain lokasi yang sesuai. Rekabentuk pemasangan terbahagi kepada 3 : i. ii. iii. Menggunakan Sistem Pam sendiri Tekanan Graviti Gandingan dengan system

Pili Bomba

Pili Bomba Pili Bomba adalah satu alat yang dipasang dengan saluran paip atau tangki-tangki yang sedia ada bagi mendapatkan air untuk memadamkan kebakaran di peringkat awal sebelum pasukan bomba sampai. Tangki airnya perlu mempunyai kapasiti > 45,000 liter atau 9,898 gelen air terus dari syarikat air. Ia mempunyai sistem pam yang mampu memberi tekanan di antara 5-6 bar (1 bar = 14.7 psi)

Alat Pemadam Api

Alat Pemadam Api Ianya mudah dikendalikan dan direka bagi kegunaan pelbagai kelas api iaitu : a) b) c) d) Api Kelas A Pepejal Api Kelas B Cecair Api Kelas C Gas Api Kelas D Logam

Pada masa kini terdapat alat pemadam api yang lebih ekonomi yang sesuai memadam api pelbagai kelas.

Sistem Pecah Kaca (Smash Glass)

Pecah Kaca Sistem ini dipasang pada tembok bangunan atau laluan jalan keluar utama atau di pintu masuk bangunan dan di tempat-tempat yang mudah dilihat. Sistem ini disambung terus ke Peti Penggera. Tindakan secara manual dengan memecahkan kaca supaya loceng penggera akan berbunyi dan lain-lain penghuni akan mengetahui berlakunya kebakaran.

Sistem Pengesan Asap

Sistem Pengesan Asap Alat ini dipasang pada siling bangunan. Berkemampuan mengesan wujudnya asap sama ada yang boleh dilihat atau sebaliknya.

Sistem Pengesan Haba

Sistem Pengesan Haba Alat ini berkemampuan mengesan kadar haba yang ditetapkan atau berkemampuan mengesan kadar kenaikan haba kepanasan pada jarak waktu yang ditentukan.

Sistem Karbon Dioksida

Sistem Karbon Dioksida Adalah satu sistem yang dirancang supaya berkemampuan untuk mengesan, memberi amaran dan memadamkan kebakaran. Sistem ini digunakan di tempat yang tertutup dan tempat di mana air tidak boleh digunakan sebagai media pemadaman seperti bilik janakuasa, bilik komputer dsb.

Sistem Pancur Basah

Sistem Pancur Basah Satu sistem paip menegak yang direka supaya dapat menyalurkan bekalan air bertekanan di setiap tingkat untuk proses pemadaman. Ia dipasang pada bangunan yang ketinggiannya melebihi 100 kaki atau 30 meter. Ditempatkan di setiap tingkat di lobi menentang kebakaran.

SKEMATIK SISTEM HOSE REEL (MENGGUNAKAN PAM)

SKEMETIK SISTEM HOSE REEL (MENGGUNAKAN TEKANAN GRAVITI)

SISTEM CO 2

PANEL PENGERA KEBAKARAN

SISTEM PENGESAN ASAP DAN HABA

Anda mungkin juga menyukai