Anda di halaman 1dari 17

PENGENALAN

Penyaman
mekanisma

udara

yang

(air-cond)

direkabentuk

ialah

untuk

suatu

peralatan,

menstabilkan

suhu

sistem

dan

udara

(air

temperature) dan kelembapan (humidity) suatu ruangan yang biasanya


menggunakan prinsip kitaran penyejukan (refrigerant cycle). Sistemnya pula
terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian bertekanan tinggi (high
pressured) dan bahagian bertekanan rendah (low pressured).

OBJEKTIF:
-

Untuk mengetahui sejarah penciptaan air-cond dan mengenali

siapakah penciptanya
Untuk mengenalpasti pelbagai jenis air-cond yang ada di pasaran

secara asas
Untuk mengetahui perbezaan antara jenis-jenis air-cond

INDEX:

BIL

TAJUK

.
1.

Sejarah Air-Cond

2.

Window Unit

3.

Split Units:

MUKA
SURAT

3.1. Wall-Mounted Air-Cond


3.2. Ceiling Exposed Air-Cond
3.3. Cassette Ceiling-Mounted Air-Cond
3.4. Floor Standing Air-Cond
4.

Portable Air-Cond

5.

Conventional Air-Cond: Industrial Chiller

1. SEJARAH AIR-COND
Sebenarnya, idea untuk menyejukkan ruang sudah ada sejak ribuan
tahun yang lalu. Bangsa Rom telah menemukan idea asalnya dengan
mengalirkan air akueduk melalui dinding rumah mereka bagi menurunkan
suhu di dalam rumah.
Akueduk ialah saluran air buatan manusia yang berfungsi untuk
mengalirkan air dari satu lokasi ke lokasi yang lain. Orang Rom membuat
saluran di dalam dinding rumah untuk mengalirkan air dari akueduk bagi
menyejukkan ruangan. Apabila dinding rumah mereka menjadi sejuk, suhu
udara di dalam rumah pun akan menjadi sejuk.

Gambar 1: Akueduk di Pont du Gard, Perancis yang dibina oleh bangsa Rom pada abad ke-19 SM.

Gambar 2: Bahagian dalam akueduk buatan bangsa Rom yang mengalirkan air dari kolam Solomon
menuju ke Baitulmuqaddis atau Jerusalem.

Oleh kerana ia memerlukan air yang sangat banyak, hanya orang kaya
sahaja yang mampu memilikinya pada masa itu. Pada tahun 1820, ilmuwan
dan penemu dari Britain bernama Michael Faraday menemukan cara baru
untuk menyejukkan udara iaitu dengan menggunakan gas ammonia. Beliau
telah memanaskan cecair ammonia dan dibiarkan termeluwap. Ternyata wap
yang terhasil menjadi sejuk.

Pada tahun 1842, seorang doktor bernama John Gorrie menemukan


cara untuk menyejukkan udara dalam sebuah wad hospital di Florida. Beliau
telah

membuat

mesin

ais

menggunakan

teknologi

mampatan

untuk

menyejukkan suhu bilik. Mesin ais tersebut bukan sahaja dapat digunakan
dalam satu ruangan tetapi seluruh bangunan dapat di sejukkan. Namun, idea
Dr. John Gorrie tidak berkembang lagi kerana beliau meninggal dunia pada
1855, 4 tahun selepas ciptaannya di patenkan.

Gambar 3: Mesin ais ciptaan Dr John Gorrie.

Teknologi berkembang selaras dengan keperluan dan masalah yang


wujud. Dr. John Gorrie cuba memberikan keselesaan kepada pesakitpesakitnya supaya berasa lebih sejuk dan cepat sembuh. Seterusnya sekitar
tahun 1850an, kilang-kilang percetakan sering mengalamai masalah dengan
hasil percetakannya. Garisan mereka tidak lurus, dakwat tidak konsisten dan
warnanya semakin pudar. Ini kerana kertas cetakan di dapati mengembang
kerana suhu tinggi.
Sebuah syarikat percetakan di Buffalo, Amerika Syarikat telah meminta
pertolongan Willis Haviland Carrier, seorang jurutera dari New York untuk
mengatasi masalah percetakan dikilangnya. Syarikat meminta Carrier
menciptakan alat yang dapat mengendalikan suhu udara.

Akhirnya pada 17 Julai 1902, Carrier menyempurnakan rekabentuk


penyaman udara pertamanya untuk keperluan industry iaitu sebuah mesin
seberat 30 tan. Pada 25 April 1939, di dalam sebuah iglu tiruan, Carrier
mendemonstrasikan kemampuan penyaman udara dalam mengawal suhu
ruangan. Beliau kemudiannya mendirikan perusahaan yang mengeluarkan
penyaman udara sehingga hari ini. Unit penyaman udara untuk rumah mula
dipasang pada 1927 di Mineapolis, Minnesota.

Gambar 4: Chiller pertama Willis Haviland Carrier

Pernahkah anda terfikir bagaimana agaknya jika tiada penyaman udara di


dunia?

Tanpa penyaman udara, tidak mungkin ada bangunan pencakar


langit. Ini kerana semakin tinggi bangunan semakin kuat angin bertiup.
Tidak mungkin orang di dalamnya dapat membuka tingkap untuk
menyejukkan ruangan di dalam bangunan itu. Dengan adanya penyaman
udara suhu di dalam bangunan dapat di kawal tanpa perlu membuka
tingkap.

Didalam makmal pembiakan haiwan, penyaman udara mengawal


suhu sehingga darjah tertentu yang dapat mempercepat proses
mengembangbiakkan haiwan tertentu.

Makmal komputer menggunakan penyaman udara agar komputer


tidak cepat panas.

Dalam dunia perubatan, penyaman udara berfungsi mengawal suhu


di dalam dewan bedah agar tetap steril dan mengurangkan kemungkinan
terjadinya jangkitan.

2. WINDOW UNIT

Gambar 5: Unit Tingkap

Unit tingkap (window unit) atau bilik direka bentuk untuk penyamanan
udara bagi sesebuah bilik. Keupayaan sesuatu unit bergantung pada luas
bilik. Bilik yang luas memerlukan unit yang berkeupayaan tinggi jika
dibandingkan dengan bilik yang kecil. Walau bagaimanapun jika sesebuah
unit yang berkeupayaan tinggi hendak digunakan lebih daripada sebuah
bilik, penyusunan bilik hendaklah ditetapkan supaya dapat mewujudkan
pengaliran udara yang baik. Untuk mendapatkan keselesaan dan untuk
memudahkan

pengawalan

suhu

dicadangkan

supaya

sebuah

bilik

menggunakan sebuah window unit yang bersesuaian dengan keupayaannya.


Window unit diletakkan dalam satu kerangka dan terbahagi kepada dua
bahagian,

iaitu

unit

pemeluwapan

(condenser)

dan

unit

penyejatan

(evaporator). Condenser terletak di luar tingkap atau dinding manakala


evaporator terletak di dalam ruang atau bilik yang hendak didinginkan.

Kebaikan sistem penyamanan udara window unit:

i.

Sebuah bilik menggunakan sebuah unit penyamanan udara yang

ii.

mengawal suhu secara berasingan.


Salur udara tidak diperlukan, ini dapat menjimatkan perbelanjaan

iii.
iv.

yang banyak.
Kerja-kerja pemaipan air tidak diperlukan.
Pemasangan adalah mudah tetapi pemasangan ini tidak boleh
diubahubah (kekal).

Keburukan sistem penyamanan udara unit tingkap:


i.
ii.
iii.

Memerlukan ruang tertentu pada sesebuah tingkap.


Kuantiti udara biasanya ditetapkan oleh pengeluar.
Selalunya unit ini dipasangkan didinding, kadang-kala dinding
terpaksa dipecahkan.

Gambar 6: Sistem penyaman udara


unit tingkap

Bahagian-bahagian dalam window unit

Gambar 7 dan 8: Bahagian-bahagian


window unit

Cara window unit berfungsi

3. SPLIT UNITS
Unit pisah (split unit) terdiri daripada unit dalam (indoor) dan unit luar
(outdoor). Unit ini lebih banyak digunakan pada hari ini kerana lebih mudah
dan

kemas

semasa

pemasangan,

terdapat

kepelbagaian

kapasiti

pendinginan dan mudah dioperasi. Split unit mempunyai alat kawalan jauh
(remote controller) untuk pelbagai tujuan.

3.1. Split Unit: Wall-Mounted

5. CONVENTIONAL AIR-COND: INDUSTRIAL CHILLER

Penyejuk industri (industrial chiller) diklasifikasikan sebagai sebuah


system penyejukan yang menyejukkan cecair proses (process fluid) atau
mengurangkan kelembapan udara dalam kemudahan industri mahupun
komersial.

Chiller

menggunakan

sama

ada

mampatan

wap

(vapor

compression) atau kitaran penyerapan (absorption cycle).

Jenis Industrial Chillers


i.
ii.

iii.

iv.

Dikadarkan antara satu hingga 1000 tan kuasa penyejukan


Terdapat tiga jenis chillers:
a. udara (air)
b. air (water)
c. chiller penyejatan pekat (evaporative condensed chiller).
Terdapat empat kategori kecilan:
a. reciprocating
b. centrifugal
c. screw driven
d. absorption
Jenis chiller reciprocating, centrifugal dan screw driven merupakan
chiller mekanikal

v.

yang dikuasakan oleh motor elektrik, wap atau

turbin gas
Chiller absorption pula dikuasakan oleh punca haba seperti wap dan
tidak menggunakan bahagian bergerak (no moving parts)

Komponen Industrial Chillers


Cecair

penyejuk

melalui

empat

komponen

asas

dalam

kitaran

mampatan mekanikal (mechanical compression cycle) iaitu:


i.
ii.
iii.
iv.

Evaporator
Compressor
Condenser
Expansion valve
Evaporator dalam chiller beroperasi pada tekanan dan suhu yang ebih

rendah berbanding condenser.

Contoh-contoh Industry Chillers

Anda mungkin juga menyukai