Anda di halaman 1dari 2

Enjin Diesel IRWAN BIN MOHAMAD NOOR PENOLONG JURUTERA (J29) CAWANGAN TEKNOLOGI PERKAPALAN BAHAGIAN TEKNOLOGI MARITIM

Salah satu enjin pembakaran dalam yang terdapat pada masa kini selain daripada enjin petrol adalah enjin diesel. Enjin ini menggunakan udara termampat untuk membakar bahan api yang disuntik ke dalam ruang pembakaran. Berbeza dengan enjin petrol yang menggunakan palam pencucuh untuk menyalakan campuran udara dan bahan api. Enjin diesel juga terdapat dalam bentuk 4 lejang dan 2 lejang. Kebanyakkan kenderaan-kenderaan berat menggunakan enjin diesel seperti bas, lori, kapal dan juga penjana elektrik. Walau bagaimanapun, terdapat juga sebilangan kecil kenderaan motorkar menggunakan enjin diesel sebagai nadi penggerak. Enjin diesel mempunyai ciri-ciri berikut : 1. Udara sahaja disedut masuk ke dalam ruang pembakaran 2. Tekanan udara mampatan tinggi 3. Tekanan udara panas (500C - 750C) 4. Bahan api dipancitkan ke dalam udara termampat 5. Bahan api menyala dalam udara mampat panas Bagaimana kitar 4 lejang diesel bekerja? Lejang Pengambilan Omboh akan bergerak kebawah dari Takat Terakhir Atas (TTA) akibat pergerakan aci engkol. Apabila omboh bergerak kebawah, injap pengambilan akan terbuka dan membenarkan udara luar masuk kedalam selinder.

Lejang Mampatan Oleh kerana pergerakan aci engkol terus berputar, ia akan memaksa omboh bergerak dari Takat Terakhir Bawah (TTB) ke atas. Aci sesondol akan menutup injap pengambilan dan ini akan menyebabkan selinder terkedap sementara udara yang diseduk masuk semasa lejang pengambilan terperangkap. Tindakan ini menyebabkan udara terus dimampatkan apabila omboh bergerak keatas dan mencapai suhu setinggi 750C. Pemancit akan memancitkan bahan api diesel ke dalam ruang pembakaran apabila omboh telah hampir ke Takat Terakhir Atas (TTA).

Lejang Kuasa Semasa lejang kuasa ini, hasil pencampuran udara dan bahan api yang telah disuntik tadi menyebabkan udara termampat tinggi dan terbakar dengan pantas. Tindakan tersebut telah menghasilkan tenaga haba bahan api yang menyebabkan tekanan haba memuncak dalam ruang pembakaran. Tekanan tinggi tadi membuat omboh ditolak kebawah.

Lejang Ekzos Omboh bergerak dari TTB ke TTA hasil tidakan salingan aci engkol. Semasa lejang ekzos ini, injap ekzos akan terbuka. Hasil pembakaran udara dan bahan api tadi akan ditolak keluar melalui liang ekzos hasil pergerakan omboh ke atas. Selepas gas ekzos ditolak keluar, injap ekzos akan tertutup. Kitar diesel akan berulang apabila omboh telah sampai ke Takat Terakhir Atas dan memulakan lejang pengambilan.

1. Teknologi Automotif ( Cetakan ke 11 2006 ) Mohd. Bahaman Mohd Rajuli 2. http://ms.wikipedia.org/wiki/Enjin _diesel 3. http://www.eere.energy.gov/vehiclesandfuels

Kelebihan enjin Diesel 1. Penjimatan bahan api 2. Kecekapan pembakaran yang tinggi berbanding enjin petrol 3. Daya kilasan yang tinggi pada kelajuan enjin yang rendah. 4. Menghasilkan kurang karbon monoksida. 5. Tahan lama kerana ianya mampu menahan tekanan yang tinggi. 6. Tiada palam pencucuh. Keburukan enjin Diesel 1. Ia berat berbanding enjin petrol. 2. Kadar pecutan yang lambat. 3. Penghasilan jelaga hitam semasa pelepasan ekzos 4. Banjaran kuasa yang kecil kerana banjaran putaran enjin yang terhad 5. Bising disebabkan ketukan Diesel.

Rujukan :

Anda mungkin juga menyukai