Anda di halaman 1dari 11

Definisi kebakaran ialah satu tindak balas kimia yang bila bahan boleh terbakar dan oksigen

menyentuh punca haba atau mencucuh.


Kebakaran yang terjadi bukan sahaja mengakibatkan kerugian dan kemusnahan harta benda
tetapi juga kehilangan nyawa. Oleh itu adalah penting kita mengetahui apakah punca-punca
yang menyebabkan berlakunya kebakaran. Punca-punca kebakaran yang selalunya terdapat
di tempat kerja adalah seperti berikut:

Percikan api kimpalan, bunga api dan sebagainya.


Api ubat nyamuk, mancis, puntung rokok.
Kebocoran atau mampatan gas.
Haba mekanikal yang terjadi akibat geseran.
Sementara punca kebakaran yang disebabkan oleh elektrik adalah seperti berikut:
Litar pintas akibat dari retakan penebat kabel.
Lebihan beban aliran kuasa
Pemanasan setempat pada terminal disebabkan sambungan yang longgar.
Pemasangan yang salah iaitu dari segi penggunaan saiz wayar dan fius.
Kebocoran arus elektrik disebabkan oleh kerosakan kabel atau penebat.

Bagaimana dan sebab berlakunya kebakaran


Faktor-faktor penyumbang utama kepada kebakaran adalah seperti berikut;
a)Faktor Semulajadi
Kejadian kebakaran kerana bencana alam seperti kemarau,letupan gunung berapi.
b)Faktor Kemalangan
Kejadian kebakaran kerana kelalaian , kecuaian atau kesilapan manusia itu sendiri.
c)Faktor Sengaja Dibakar
Kejadian kebakaran kerana perbuatan manusia sama ada sengaja dibakar atau perbuatan
khianat.

Kelas Kebakaran
Api boleh dikelaskan kepada beberapa jenis berdasarkan kepada punca bahan yang
menghasilkan kebakaran. Pengetahuan
mengenai jenis kebakaran adalah penting
kerana ia dapat menentukan jenis alat pemadam api yang hendak digunakan untuk
memadamkan kebakaran seperti yang dinyatakan di dalam Jadual dibawah

Jadual- Kelas Kebakaran

KELAS
KEBAKARAN

BAHAN API
ALAT PEMADAM API
PERMULAAN
A
JENIS PEPEJAL- kertas, kayu habuk, kain

ABC(Serbuk Kering)
Air
Buih
B

JENIS CECAIR - minyak, gasolin,


alkohol

ABC
Buih
CO2
Air Semburan
Halon
C

JENIS GAS

- acetylene, ammonia, butane

ABC
Air Semburan
Halon (BCF)
D

JENIS LOGAM - aluminium, kalsium, magnesium

ABC

Cara Kemerebakan Kebakaran


Terdapat beberapa kaedah yang membolehkan api merebak iaitu dengan kaedah olakan
haba, pengaliran, bahangan dan terus menerus.

a.Olakan haba.
Pemindahan haba yang berlaku dalam benda mudah alir seperti secair atau gas.
Cecair atau gas yang panas akan naik ke atas dan gas yang sejuk akan turun ke bahagian
bawah secara pusingan.
Jika kebakaran di dalam bangunan, gas-gas yang panas ini akan naik bersama-sama asap
melalui bahagian lubang tangga, lubang lif dan sebagainya.
b.Pengaliran.
Haba bergerak melalui bahan-bahan pengalir seperti logam,batu, simen dinding bangunan
dan lantai.
Bahan pengalir ini akan menjadi panas dan jika bahan api yang bersentuhan dengannya maka
suhunya akan naik dan sampai ke suhu nyalaan, ia terbakar dengan sendirinya.
c.Bahangan.
Pemindahan haba yang mengikut gelombang cahayadaripada kebakaran tersebut.Kepanasan
akan berkurangan apabila jarak daripada punca kebakaran berjauhan.
Boleh bergerak melalui kaca tingkap dan apabila bahan api mendapat haba secara bahangan,
suhunya akan naik dan jika sampai suhu nyalaan, ia akan terbakar.
d.Terus menerus.
Ini adalah cara yang paling mudah untuk api merebak. Bahan-bahan bakar akan terbakar
kerana api mudah merebak melaluinya sekiranya ia bersentuhan antara satu sama lain.

Cara memadam kebakaran


Nyalaan terjadi dari gabungan tiga unsur iaitu bahan, udara dan suhu. Oleh sebab itu untuk
memadamnya anda perlu untuk memisahkan gabungan tersebut.

Terdapat beberapa istilah yang digunakan bagi memadam kebakaran iaitu:


1. Melaparkan.
Ini dilakukan dengan:
a)Memindahkan bahan api yang belum terbakar ke tempat lain.
b)Memindahkan bahan api yang terbakar ke tempat lain.
c)Memecah atau menghancurkan bahan api yang terbakar supaya mudah dipadamkan.
2. Melemaskan.
Ini dilakukan dengan menghalang kemasukan udara dengan cara menutup permukaan bahan
api yang terbakar supaya tidak dapat membantu kebakaran.

3. Menyejukkan.
Sifat air yang murah dan sejuk dapat mempercepatkanperpindahan haba dengan
menurunkan haba dan menurunkan suhu kebakaran sehingga ketahap rendah. Apabila suhu
menjadi rendah maka nyalaan akan terpadam.
4. Memutuskan Rantai Tindakbalas.
Memutuskan rantai kimia. Ini boleh dilakukan dengan mengunakan alat pemadam api
permulaan seperti CO2 , BCF dan serbuk kering.

Alat Pemadam Api


Ramai orang biasa melihat alat pemadam api tetapi tidak semua yang mengetahui cara ianya
berfungsi. Alat ini merupakan satu alat pencegahan kebakaran mudah alih yang penting.
Setiap alat pemadam api ditandakan simbol kelas api dan dinyatakan jenis api yang boleh
dipadamkan.

Kategori Alat Pemadam Api


Terdapat beberapa kategori alat pemadam api yang digunakan dan diluluskan oleh Jabatan
Bomba dan Penyelamat. Di antara alat pemadam api yang selalu digunakan untuk membantu
pemadaman di peringkat awal ialah:i.Jenis yang mengeluarkan air iaitu soda acid dan Water co2
ii.Jenis yang mengeluarkan buih
Memadam kebakaran minyak
Kebakaran bahan alkohol (Pola)
Tabungnya berwarna krim
iii.Jenis yang mengeluarkan debu kering (Jenis ABC)
Debu kering mengandungi bahan sodium bikarbonat.
Terbukti selamat.
Untuk Kelas A,B, C.
Tabungnya berwarna biru.
iv.Jenis yang mengeluarkan gas
Mengandungi gas karbon dioksida
Agen pemadam yang bersih.
Tidak merosakkan komponen elektrik
Tabungnya berwarna hitam.

Jenis alat pemadam api


JENIS
WARNA
JARAK

PANCUTAN
MASA KESELURUHAN PANCUTAN
CATATAN
AIR

MERAH

4 meter
120 saat
Tidak sesuai jenis B , E
BUIH
KUNING LANGSAT
6 meter
30 - 90 saat
Boleh beku. Tidak sesuai jenis E

GAS

HITAM
3 meter
120 saat
Tiada kesan
DEBU KERING

BIRU MUDA

3 6 meter
120 saat
Kesan kotor

Cara Mengguna Alat Pemadam Api

Cara untuk menggunakan kebanyakan alat pemadam api permulaan adalah berdasarkan
singkatan perkataan PASS dan cara menghalakan alat pemadaman adalah berdasarkan

P- Pull- Tarik pin di atas alat pemadam api


A- Aim - Halakan muncung alat pemadam ke punca api(bahan)
S- Squeeze- Pusing atau tekan pemegang
S- Sweep- halakan pancutan ke arah punca api pada jarak 3 meter sehingga api padam.

PENCEGAHAN KEBAKARAN
Pencegahan kebakaran merupakan satu tindakan langkah awal yang mesti diambil bagi
mengelakkan api kebakaran daripada berlaku dan juga langkah awal bagi mengelakkan
kebakaran yang baru bermula(infant stage) daripada merebak kepada peringkat yang boleh
dikawal lagi(uncontrollable stage).

Pengurusan risiko kebakaran


Pihak pengurusan dan ketua penghuni sesebuah bangunan sama ada di tempat kerja atau
kawasan perumahan perlulah mengambil langkah keselamatan seperti berikut sebagai
persediaan untuk menghadapi sebarang kemungkinan berlakunya kebakaran :
Mengadakan laluan-laluan khas yang mencukupi untuk menyelamatkan diri (mean of escape).
Mengadakan pelan pengunsian bangunan.
Mengadakan poster/notis pelan pengunsi bangunan
Mengadakan latihan pengunsian bangunan secara berkala
Mengadakan sistem semboyan/amaran kecemasan yang berkesan
Menyediakan peralatan melawan kebakaran yang mencukupi
Mempunyai pengurusan pengendalian rumah (housekeeping) yang bagus.
Memastikan pemeriksaan dan ujian peralatan elektrik dilakukan secara berkala.
Peralatan Pencegahan Kebakaran
Peralatan pencegahan kebakaran pada masa kini merupakan sistem amaran kebakaran yang
dipasang secara tetap dan beroperasi secara automatik dibangunan-bangunan. Walaupun
begitu terdapat juga bangunan atau premis yang menggunakan sistem manual untuk
memberi amaran kebakaran.
Peralatan pencegahan kebakaran pada bangunan atau premis yang siap dipasang
dikategorikan kepada 2 jenis:
a. Perlindungan aktif.
Sistem perlindungan kebakaran yang dipasang tetap di bangunan untuk mencegah,
mengawal dan memadam kebakaran secara manual atau automatik.
b. Perlindungan pasif.

Sistem perlindungan kebakaran yang terdapat pada struktur sesebuah bangunan yang
berfungsi untuk menyekat api dan asap dari merebak agar penghuni dapat berlindung,
menggunakannya sebagai laluan keluar dan tempat yang selamat menempatkan peralatan
dan anggota bomba ketika melawan kebakaran
a. Jenis Perlindungan Aktif
i. Alat pecah kaca.
Alat ini beroperasi secara manual iaitu dengan cara memecahkan kaca pada sistem ini
apabila dikesan oleh orang ramai. Apabila kaca pada kotak ini dipecahkan, ia melengkapkan
litar elektrik dan menghasilkan bunyi loceng amaran bagi menandakan ada kebakaran di zon
dimana kaca tersebut dipecahkan.
ii. Alat pengesan haba.
Alat ini beroperasi secara automatik. Ia akan mengaktifkan sistem amaran kebakaran apabila
mengesan haba atau suhu tertentu diperingkat awal kebakaran
iii. Alat pengesan asap.
Alat ini juga beroperasi secara automatik. Ia jugaberperanan untuk mengaktifkan sistem
amaran kebakaran apabila mengesan sejumlah asap yang tertentu.
iv. Sistem pemasangan sprinkler.
Ianya bertujuan untuk mengawal kebakaran pada peringkat awal dengan cara semburan air
yang bertekanan khusus kepada zon / kawasan yang terbabit. Sistem ini dihubungkan
dengan penggera kebakaran. Ia bertindak secara automatik.
v. Sistem pemasangan pancur ( riser).
Terdapat dua jenis pancur iaitu Pancur basah dan Pancur kering.
vi. Sistem pili bomba (hyderant)
Terdapat 3 jenis hydran, iaitu hydran gedung, hydran halaman dan hydran kota. Hydran
gedung ditempatkan dalam gedung, untuk hydran halaman ditempatkan di halaman,
sedangkan hydran kota biasanya ditempatkan pada beberapa titik yang memungkinkan Unit
Pemadam Kebakaran suatu kota mengambil cadangan air.
vii. Sistem salur Bantu mula (hosereel)
viii. Sistem gas CO2.
xi. Sistem pemasangan tetap buih (foam)

b. Jenis Perlindungan pasif.

i. Tangga terlindung.
ii. Koridor terlindung
iii. Pintu rintangan api

iv. Ruang akses menentang kebakaran


v.Lif Bomba

Pelan tindakan keselamatan


Kesedaran dan keselamatan semakin meningkat di tempat kerja apabila adanya Akta
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 untuk mencegah kemalangan. Salah satu faktor
pencegahan adalah untuk menghadapi pelan tindakan kecemasan.
Pelan tindakan keselamatan (PTK) adalah untuk menyediakan orang dan organisasi terhadap
kecemasan untuk mencegah kecederaan dan kerosakan harta benda.
Objektif PTK:i. membolehkan pekerja bertindak dengan tenang dan selamat semasa berlakunya
kecemasan.
ii.Tanggungjawab dan pelaksanaan oleh mereka yang dilantik untuk menjalankan tugas
apabila berlakunya kecemasan.
iii. Peralatan kecemasan digunakan dengan selamat dan betul.
iv.Pengosongan premis dilakukan dengan pantas, teratur dan selamat apabila berlaku
kecemasan.
Terdapat beberapa jenis kecemasan yang memerlukan pelan tindakan keselamatan diadakan
seperti kebakaran, letupan, bencana alam, keracunan, kebocoran toksid, bangunan runtuh
dan lain-lain.
Prosedur keselamatan
Sesebuah organisasi perlu mengetahui dan melaksanakan pengurusan keselamatan dengan
mengambil kira faktor-faktor berikut:1.Pencegahan
Melaksanakan latihan keselamatan di tempat kerja dan cara pengendalian bahan berbahaya
serta peralatan yang digunakan.
2. Kesediaan
Organisasi perlu menubuhkan satu jawatakuasa kecemasan yang dapat bertindak apabila
berlaku kecemasan.
3.Tindakan
Jawatankuasa kecemasan yang ditubuhkan hendaklah bertindak dengan pantas dan efisien
berserta kelangkapan yang mencukupi apabila terjadinya kecemasan.
4.Pemulihan
Merupakan tindakan yang berfungsi untuk mengembalikan situasi cemas kepada keadaan
normal seperti menilai kerosakan, mengganti atau membaiki peralatan yang rosak.
1. Keselamatan Di dapur
Semasa memasak hendaklah memberi tumpuan sepenuhnya. Pastikan keadaan dapur bersih
dan tidak berminyak. Jangan memasak dalam keadaan yang letih atau mengantuk
2. Ruang alat pemanas
Letakakan alat pemanas pada jarak 3 kaki atau satu meter daripada sebarang sebarang
benda yang mudah terbakar.

3. Perkakas Merokok
Pastikan bekas abu rokkok yang digunakan besar dan lebar. Basahkan bekas tersebut
sebelum digunakan kemudian jangan merokok ketika hendak tidur.
4. Mancis dan Pemetik Api
Pastikan bahan seperti mancis dan pemetik api disimpan ditempat yang selamat supaya
dapat dielak daripada kanak-kanak
5. Elektrik
Gantikan wayar yang telah rosak atau terpintal. Sentiasa peka terhadap barangan letirk yang
digunakan seperti peralatan yang berbau, berasap dan terlampau panas
6. Lilin
Semasa menggunakan lilin pastikan ia jauh daripada benda yang mudah terbakar dan
daripada tiupan angin
LENGKAPKAN RUMAH ANDA DENGAN ALAT PENGESAN ASAP
7. Alat Pengesan Asap
Setiap rumah hendaklah dipasang sekurang-kurangnya satu unit alat pengesan
asap.Keutamaan di ruang dapur disarankan, untuk memastikan keselamatan keluarga dan
amatlah baik disyorkan agar disetiap bilik dipasang alat tersebut
8. Sentiasa Membuat Pemeriksaan
Periksa alat tersebut setiap bulan. Gantikan bateri setiap tahun sekali. Apabila alat pengesan
ini berbunyi menandakan bateri sudah lemah dan perlu ditukar dengan segera. Tukarkan alat
tersebut setiap 10 tahun sekali. Dapatkan yang mudah alih.
TAHUKAN ANDA CARA MENYELAMAT DIRI JIKA BERLAKU KEBAKARAN ?
9. Perancangan untuk melepaskan diri
Pastikan setiap rumah mempunyai satu lakaran untuk melepaskan diri dari sebarang
kebakaran, dengan itu sesiapa yang berada di dalam rumah mengetahui bagaimana hendak
menyelamatkan diri semasa berlaku kebakaran.
10. Merangkak di dalam asap
Cara yang betul menyelamatkan diri daripada asap yang tebal, pertama cuba merangkak ke
lantai dengan menggunakan kedua-dua tangan, siku dan lutut. Kedua, pastikan kepala anda
30-60 cm ( kurang daripada2 kaki ) dari aras lantai.
MENCEGAH KEBAKARAN DI RUMAH
1. Mencegah kebakaran di dapur
Mencegah kanak-kanak dalam jarak 3 kaki atausatu meter dari kawasan dapur memasak.
Jauhkan jugabinatang peliharaan anda sejauh yang mungkin. Mengurangkan risiko kebakaran
daripada terkena baju dengan memakai pakaian yang sesuai aatau berlengan pendek atau
gulungkan baju yang berlengan panjang semasa memasak.
Halakan pemegang peruik ke dalam dengan ini anda tidak terkena pemegang periuk dan
kanak-kanak tidak dapat mencapainya.
Matikan api dapur dan pembakar anda apabila tidak menggunakannya. Jangan tinggalkan
senduk atau perkakas dapur di dalam periuk semasa memasak. Letakakansarung tangan
memasak dan pemegang periuk berhampiran ( tetapi bukan di atas ) dapur.
Perhatian : Menggunakansarung tangan yang basah boleh mengurangkan risiko kebakaran
Minyak dan air : Jangan campakkan makanan sejuk atau basah ke dalam minyak panas
( dalam kuali menggoreng ) tindakan yang kasar akan menyebabkan minyak terpercik.
Stim lebih panas daripada air yang dimasak. Buka penutup masakan yang berair dengan
berhati-hati untuk mencegah daripada melecur. Semasa kuali dipanaskan, letakkan penutup
kuali yang digunakan bersebelahandapur. Jika kuali yang dimasak disambar api, alihkan
penutupnya kemudian padamkan api. Tinggalkan penutup ditempatnya sehingga kuali sejuk.
Jangan bawa kuali yang sedang terbakar itu ke singki Jangan curahkan air pada api yang
berminyak. Jangan gunakan alat pemadam api untuk semburan pada makanan
2. Air panas
Betulkan suhu alat pemanas air kepada 120 Fahrenheit ( 49 C ) atau kurang. Buka penyejuk
dahulu baru masukkan yang panas
3. Keselamatan Kanak-kanak
Kawal kanak-kanak semasa mereka memasak atau apabila mereka berhampiran dengan
dapur kayu, kawasan terbakar, gril berbeku dan kawasan panas. Cabut palam seterika dan
alihkan selepas digunakan. Pasangkan pelindung keselamatan dan gantikan semua wayar
penyambung yang
rosak. Ajarlah kanak-kanak bahawa alat-alat seperti pembakar roti, seterika dan peralatan
rumah yang lain kadang-kadang boleh menjadi panas.

Jauhkan mancis dan pemetik api daripada dicapai oleh kanak-kanak, simpan di tempat yang
tinggi dan kuncikan di dalam kabinet.
Ingat ; Berhenti, Baring dan Berguling
Jika pakaian anda terkena api, berhenti di mana anda berada. Jangan lari sebaliknya baring di
atas lantai/tanah. Tutup muka anda dengan kedua-dua belah tangan dan berguling-guling
sehingga api padam, kemudian mminta pertolonngan.
4. Kebakaran tubuh
Kebakaran tubuh boleh dianggap kecacatan kepada tisu badan. Belajarlah mengenali dan
bagaimana cara mengubatinya. Kebakaran darjah pertama adalah terbakar sedikit dan
mudah diubati. Kebakaran darjah kedua adalah luka yang teruk ( serius ). Ini memerlukan
alat-alat
keselamatan yang rawatan profesional. Kesan-kesannya adalah kulit mengelembung sangat
sakit dan pedih. Kebakaran darjah ketiga adalah luka yang parah dan memerlukan rawatan
yang profesional dengan segera. Kesan-kesannya adalah kulit terkoyak, warna keputihan
dan coklat, tisu yang rosak dikelilingi melecur sedikit dan tidak sakit pada mulanya.
5. Rawatan untuk melecur
Sejukkan tempat yang terbakar. Untuk kebakaran darjah pertama dan kedua, sejukkan
kawasan yang terbakar dengan air dalam masa 10 -15 minit. Ini akan menurunkan suhu kulit
mangsa dan membehentikan proses pembakaran. Kesakitan akan terasa kebas dan
mengurangkan bengkak. Jangan gunakan ais. Sejukkan kebakaran darjah ketiga hanya
dengan basahkan pakaian dengan steril sementara menunggu pamedik datang. Tanggalkan
baju yang terbakar ,baringkan mangsa mendatar dan tanggalkan pakaian di mana kawasan
yang tidak melekat pada kulit mangsa. Tanggalkan barang kemas dan ikat dengan kuat
kawasan terbakar sebelum kaedaan bengkak timbul Menutupi kawasan terbakar, Selepas
proses penyejukan kebakaran darjah pertama dan darjah kedua, bersihkan dan keringkan
kawasan yang terbakar. Jangan gunakanmentega atau apa-apa minyak ( termasuk barangan
perubatan atas kulit melecur ). Ini akan menyebabkabn lkawasan melecur menjadi lebih
teruk.
Pendedahan kawasan yang melecur. Kumanberjangkit akan hinggap pada luka yang terbuka.
Tutupkannya. Rawatan renjatan, Pastikan suhu badan mangsa normal untuk mengurangkan
risiko terkejut. Tutup kawasan-kawasan yang tidak terbakar dengan kain selimut yang kering.
APABILA KECEMASAN HUBUNGI 994
MENCEGAH KEBAKARAN DI DAPUR
1. Keselamatan kebakaran di dapur
i. Elakkan daripada meninggalkan dapur semasa memasak.
ii. Sentiasa mengawasi dan memeriksa masakan yang dimasak dengan alat pembakar seperti
ketuhar.
iii. Elakkan memasak jika mengantuk, pening aatau setelah mengambil ubat-ubatan yang
boleh menyebabkan mengantuk
2. Kebersihan dapur
i. Elakkan pemegang periuk, pembalut makanan, buku resipi dan bahan-bahan mudah
terbakar berhampiranatau di atas ruangan aktiviti memasak.
ii. Pastika rak dapur sentiasa bersih.Kotoran daripada bahan masakan yang berminyak boleh
disambar api.
iii. Elakkan sebarang bahanmudah terbakar seperti langsir, tuala pembersih berdekatan
dengan dapur memasak.
3. Cegah kebakaran
i. Makanan yang dimasak dalam mikrowave menghasilkan tahap kepanasan yang tinggi.
Bukakan penutup dengan cermat.
ii. Berhati-hati apabila menggunakan sarung tangan basah kerana air boleh bertukar menjadi
stim dan boleh menyebabkan tangan anda melecur.
4. Keselamatan Litar Elektrik di dapur
i. Gunakan satu peralatan ( jenis pemanas ) bagi soket dalam satu masa
ii. Pastika fius dan memutus fius direka dan diadakan bagi memutuskan aliran elektrik
dansumber kuasa sekiranya berlaku lebihan arus.
iii. Pastikan rintangan dalam fius adalah sama seperti yang diperlukan bagi satu perkakas
letrik.
iv. Wayaryang pecah dan terkoyak hendaklah digantikan secepat mungkin.
v. Sekiranyaperalatan elektrik di dapur terlalu panas atau berasap, putuskan segera
sambungan plug. Gantikan atau periksa peralatan tersebut

5. Memadam kebakaran di dapur.


i. Kebakaran minyak
Jika kebakaran berlaku dalam kuali atau periuk :a. Padamkan api dapur
b. Tutup permukaandengan tudung ( lemaskan api )
c. Biarkan kuali atau periuk menjadi sejuk
d. Buka penutup perlahan-lahan.
ii. Kebakaran Oven atau Ketuhar
Jika berlaku kebakaran dalam Oven atau Ketuhar :a. Tutup sumber lektrik
b. Ubah ke tempat terbuka atau lapang
c. Pastikan pintunya sentiasa tertutup.

Anda mungkin juga menyukai