Anda di halaman 1dari 12

Kertas Kerja Pidato

September 22, 2014 – by admin0

KERTAS KERJA

PERTANDINGAN PIDATO

SK BULU SILOU, KENINGAU

KALI :1 /2012

PADA 28HB MAC 2012

PENDAHULUAN

Pertandingan Pidato Peringkat Sekolah Kebangsaan Bulu Silou merupakan aktiviti


unit Kurikulum di bawah Kendalian Panitia Bahasa Melayu yang dikhususkan untu
murid-murid Tahap 2 SK Bulu Silou.

Selari dengan perkembangan semasa yang semakin mencabar ini, kecemerlangan


seseorang pelajar tidak hanya bergantung kepada pencapaian akademik semata-
mata bahkan para pelajar juga perlu memiliki ciri-ciri kepimpinan yang mantap,
berketrampilan, pekerti yang mulia, berdikari dan berkebolehan menyesuaikan diri
dengan era globalisasi selain terdedah kepada arus perkembangan dan pemodenan
tamadun manusia.

Ciri-ciri ini penting untuk dimiliki oleh setiap murid bagi merealisasikan Falsafah
Pendidikan Negara. Semoga cita-cita dan hasrat murni ini akan difahami dan dihayati
sepanjang lawatan ini. Di samping itu, semua peserta perlu sentiasa menjunjung nilai
permuafakatan dalam melaksanakan setiap aktiviti yang dijalankan bagi mencapai
kejayaan yang cemerlang, seperti kata pepatah bulat air kerana pembentung, bulat
manusia kerana muafakat.

LATAR BELAKANG

Pertandingan Pidato Peringkat Sekolah ini diadakan pada julung kalinya bagi
memberikan pengetahuan, pengalaman serta peluang kepada murid-murid tahap
dua untuk mengaplikasikan kemahiran berbahasa Melayu dengan cara yang lebih
berkesan. Ia juga merupakan satu inisiatif dari pihak pentadbiran SK Bulu Silou untuk
melahirkan kalangan murid yang bukan sahaja berilmu tetapi mempunyai ketokohan
dalam menyuarakan pendapat dengan lebih berkesan. .

OBJEKTIF

Melahirkan murid yang berdisiplin dan bersemangat juang untuk memastikan


kecemerlangan yang seimbang dalam bidang kokurikulum dan kurikulum.
Untuk memberi pendedahan dan pengalaman kepada semua murid tentang aspek
Pidato secara menyeluruh.

Untuk memupuk semangat kerjasama dan berdikari serta meningkatkan motivasi dan
keyakinan diri setiap peserta.

Untuk menggalakkan integrasi nasional, memahami kebudayaan dan kepercayaan


yang pelbagai serta menghormati pegangan masing-masing.

Membentuk murid yang bersyukur yang berwibawa dan berketrampilan dan bijak
dalam menyuarakan pendapat.

KONSEP PERTANDINGAN

Agihan Tahap Peserta

Pengagihan peserta mengikut kelas Tahun 5 dan Tahun 6

Guru-guru Bahasa Melayu melatih setiap peserta

Pelaksanaan Aktiviti

Aktiviti Sebelum

Taklimat Pertandingan

Edaran Borang

Perlantikan juri

Jemputan

Persiapan dewan

Penyediaan Hadiah dan Cenderahati

Aktiviti Semasa

Susunatur Pertandingan

Peruntukan Tugas

Aktiviti Selepas

Post-mortem

PELAKSANAAN

5.1 TARIKH
28hb Mac 2012 (Rabu)

5.2 TEMPAT

Dewan Terbuka SK Bulu Silou, Keningau

5.3 TEMA

Guru Penjana Generasi Gemilang

SENARAI JAWATANKUASA

6.1 JAWATANKUASA INDUK PERTANDINGAN PIDATO

Penaung : Encik Masly Wahip

Pegawai Pelajaran Daerah Keningau

Penasihat :Puan Suriaty Ramat (Guru Besar)

Pengerusi: Encik Petrus George Kampios (GPK1)

Timbalan Pengerusi:Puan Kija Lawasa (GPK Hem)

Puan Jailin Brasik (GPK Kokum)

Setiausaha : Liza Magdalene Pereira

Penolong Setiausaha:Farina Lilian

Urusetia: Semua Guru

6.2 JAWATAN KUASA KERJA PERTANDINGAN PIDATO

Penaung : Encik.Masly Wahip

Pegawai Pelajaran Daerah Keningau

Penasihat :Puan Suriaty Ramat (Guru Besar)

Pengerusi: Encik Petrus George Kampios (GPK1)

Timbalan Pengerusi:Puan Kija Lawasa (GPK Hem)

Puan Jailin Brasik (GPK Kokum)

Setiausaha : Puan Stella Stephen Galaut

Penolong Setiausaha:Puan Khamisa Binti Awang


Bendahari :Puan Safinie Jaafar

Urusetia Sekretariat dan Pendaftaran

Puan Farina Lilian

Makanan dan Sajian/SANITASI

Puan Haslinah Manang

Puan Salisah Rasimin

JURUACARA

Puan Rafidah Sius

Encik Khairoul Nashreeq Bin Jaafar

KESELAMATAN/TATATERTIB

En.Sargius Micheal

En. Jaini Intai

PERALATAN

En.Wajir Kapat A/K Sung Luking

En.Riseon Maloi

PENJAGA MASA

Cik Zurina Mustapa

Puan Haidah Pg.Mohiddin

Rakaman FOTO/vIdEo

En. Osman Said

En. Abdul Muein Bin Mohd. Noor

PERSIAPAN TEMPAT

En. Christopher Bede Anthonny Makinjal

Pn. Heldyana Francis

Hadiah dan Cenderamata


Puan Nurinah Sagudau

Puan Jorinah Sulah

7.SASARAN

Setiap kelas Tahun 5 dan Tahun 6 akan menghantar wakil yang berminat.

7.2 Kategori pemilihan peserta:

7.2.1 Peserta yang menyertai pertandingan ini mempunyai minat serta


kecenderungan dalam acara pidato.

8.TENTATIF

Rujuk lampiran (1)

9.ANGGARAN PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN

Rujuk Lampiran (2)

10.AKTIVITI

10.1Pertandingan PIDATO

10.1.1 Juara, Naib Juara, Tempat Ketiga

10.1.2 Peserta Terbaik

10.2PEMILIHAN JURI PERTANDINGAN

10.2.1 Sebanyak TIGA orang juri dipilih dari sekoleh menengah yang mempunyai
pengalaman serta kepakaran dalam acara pidato.

10.3SURAT MENYURAT

10.3.1Surat menyurat menggunakan kepala surat SEKOLAH KEBANGSAAN BULU


SILOUdigunakan.

Rujuk Lampiran (3)

11.PAKAIAN DAN KETRAMPILAN PERSERTA

10.1 PESERTA: Baju seragam sekolah

10.2 KASUT:Berwarna putih atau hitam sahaja

12. PETI KECEMASAN

Dua peti pertolongan cemas disediakan oleh pihak penganjur.


13. SURAT KEBENARAN DAN STATUS KESIHATAN

Setiap guru kelas perlu menyediakan surat kebenaran ibu bapa / penjaga untuk
setiap peserta yang menyertai pertandingan seperti dalam LAMPIRAN.

12.2 Pihak Penganjur perlu memastikan setiap peserta mempunyai tahap kesihatan
yang baik dan bebas daripada sebarang penyakit kronik.

14.PENUTUP

Adalah diharapkan agar program ini mendapat sokongan serta galakan oleh semua
pihak, demi mencapai hasrat murni guru-guru SK Bulu Silou, Keningau di dalam
mengembangkan lagi potensi setiap murid dan seterusnya memberikan motivasi
kepada semua murid untuk lebih berjaya dan tidak hanya bertakuk di bawah
tempurung.

Disediakan oleh,Disemak oleh,

……………………………………………………………………..

Puan Safinie JaafarEncik Petrous George Kampious

Bendahari,Pengerusi,

Pertandingan PidatoPertandingan Pidato SK Bulu Silou

SK Bulu Silou, KeningauKeningau

Disahkan oleh,

………………………………………

Puan Suriaty Ramat

Guru Besar,

SK Bulu Silou, Keningau

(Lampiran 1)

TENTATIF

28 Mac 2012 [Rabu]

7.00-7.30Pendaftaran peserta

7.30- 7.35Nyanyian Lagu Negaraku dan Sabah Tanah Airku

7.40- 9.30Pertandingan pidato


9.30- 10.00Persembahan Tarian daripada para pelajar

10.00 11.30-Majlis Perasmian dan penutupan oleh Pegawai Pelajaran Daerah


Keningau

– Penyampaian Cenderahati kepada Guru Besar dan

juga para juri

– Penyampaian hadiah

12.00Jamuan dan bersurai

(Lampiran 2)

ANGGARAN PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN

PERTANDINGAN PIDATO

SEKOLAH KEBANGSAAN BULU SILOU, KENINGAU

PENDAPATAN

Sumbangan PIBGRM 200

Panitia Bahasa MelayuRM 200

PERBELANJAAN

JamuanRM 200

Hadiah

Juara [ Sijil,piala dan hamper ]RM 50

Naib Juara [ Sijil,piala dan hamper ]RM 40

Ketiga [ Sijil, piala dan hamper]RM 30

Peserta Terbaik [ Sijil, piala dan hamper]RM 30

3.Cenderahati perasmi dan pengadil pertandinganRM 50

======RM 200

JUMLAH KESELURUHANRM 400

Disediakan oleh, Disemak oleh,

..
Puan Safinie JaafarEncik Petrous George Kampious

Bendahari Pertandingan PidatoPengerusi Pertandingan Pidato

SK Bulu Silou, KeningauSK Bulu Silou, Keningau

Disahkan oleh,

………………………………………

Puan Suriaty Ramat

Guru Besar,

SK Bulu Silou, Keningau

Lampiran 3

SEKOLAH KEBANGSAAN BULU SILOU,

PETI SURAT 404,

89007 KENINGAU,

SABAH

1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan

Pengerusi Persatuan Ibubapa dan Guru,

Sekolah Kebangsaan Bulu Silou,

Peti Surat 404, 89007 Keningau,

Sabah.20hb Mac 2012

Tuan,

Memohon Sumbangan PIBG Bagi Pertandingan Pidato Peringkat Sekolah

Sukacita dimaklumkan bahawa Persatuan Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan


Bulu Silou akan menganjurkan pertandingan pidato di peringkat sekolah bagi murid
tahap II sempena sambutan Hari Guru. Pertandingan seperti ketetapan berikut:

Tarikh:28hb Mac, 2012 (Rabu)

Tempat:Dewan Sekolah Kebangsaan Bulu Silou

Masa:8:00 pagi
2.Sehubungan dengan itu, pihak sekolah memohon sumbangan kewangan dari
pihak PIBG sebanyak RM200 bagi tujuan pembelian hadiah, cenderahati dan jamuan
sempena pertandingan tersebut.

3.Berikut disertakan lampiran jenis dan anggaran harga hadiah serta cenderahati
yang akan diberikan.

4.Kerjasama dan perhatian tuan dalam perkara ini didahului dengan ucapan terima
kasih.

Sekian, terima kasih

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Yang menurut perintah,

_____________________
(PUAN SURIATY RAMAT)

Guru Besar,

SK Bulu Silou, Keningau.

skfail

SEKOLAH KEBANGSAAN BULU SILOU,

PETI SURAT 404,

89007 KENINGAU,

SABAH

1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan

Ibu bapa,

Sekolah Kebangsaan Bulu Silou,

Peti Surat 404, 89007 Keningau,

Sabah. 25hb Mac 2012

Tuan/ Puan,

Jemputan Menghadiri Pertandingan Pidato Sempena Hari Guru Peringkat


Sekolah

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.


2.Tuan/Puan/Encik/ Cik adalah dijemput bagi menyaksikan pertandingan pidato
murid tahap II yang akan berlangsung pada ketetapan sepertii berikut:

Tarikh:28hb Mac, 2012 (Rabu)

Tempat:Dewan Sekolah Kebangsaan Bulu Silou

Masa:8:00 pagi

3.Tujuan pertandingan ini diadakan adalah sempena menyambut perayaan Hari


Guru dan bertujuan untuk mencungkil bakat serta keyakinan murid melalui aktiviti
berpidato. Pertandingan ini juga menggalakkan murid untuk mengutarakan idea- idea
dan meningkatkan kemahiran murid dalam komunikasi.

4.Kehadiran tuan/ puan amatlah diharapkan dan didahulukan dengan ucapan terima
kasih.

Sekian.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Yang menurut perintah,

_____________________

(PUAN SURIATY RAHMAT)

Guru Besar,

SK Bulu Silou, Keningau.

Skfail

SEKOLAH KEBANGSAAN BULU SILOU,

PETI SURAT 404,

89007 KENINGAU,

SABAH

1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan

Tarikh: 20hb Februari 2012

Ruj. Kami: XBA1069/06/06/01(2012)

___________________________

Sekolah Kebangsaan Bulu Silou,


Keningau, Sabah.

Tuan/ Puan,

Perlantikan Sebagai Ketua Hakim Bagi Pertandingan Pidato Peringkat Sekolah

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

02.Tuan / Puan telah dilantik sebagai ketua hakim bagi pertandingan Pidato
Peringkat Sekolah yang akan berlangsung pada 25 Februari 2012 bertempat di
dewan SK Binakaan. Pertandingan akan bermula pada pukul 8 pagi.

03.Bagi makluman lanjut, bersama- sama surat perlantikan ini disertakan tentatif
program sepanjang aktiviti berjalan. Amatlah diharapkan agar perlantikan ini akan
memberi semangat kepada tuan / puan untuk menjalankan tugas.

04.Kerjasama dan perhatian tuan / puan diharap dapat melancarkan lagi perjalanan
pertandingan pidato ini.

Sekian, terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Yang Menurut Perintah,

_______________________

(PUAN SURIATY RAMAT)

Guru Besar,

SK Bulu Silou, Keningau.

Sk fail

SEKOLAH KEBANGSAAN BULU SILOU,

PETI SURAT 404,

89007 KENINGAU,

SABAH

1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan

Tarikh :

Ruj. Kami:

Pejabat Pelajaran Daerah Keningau,


Peti Surat 4,

89007 Keningau,

Sabah

(u.p Pegawai Pelajaran Daerah Keningau)

Tuan,

JEMPUTAN MERASMIKAN PERTANDINGAN PIDATO

Sukacitanya dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk

2.Sukacita dimaklumkan, bahawa pihak sekolah akan menganjurkan satu


pertandingan Pidato peringkat sekolah mengikut ketetapan berikut:

2.1 Tarikh: 28 Mac 2012

2.2 Hari: Rabu

2.3 Masa: 8.00 pagi

2.4 Tempat: Dewan Terbuka SK Bulu Silou, Keningau

3.Sehubungan dengan itu, pihak sekolah memohon jasa baik Tuan untuk
merasmikan majlis penutupan pertandingan tersebut.

4.Bersama- sama ini dilampirkan tentaiti pertandingan tersebut untuk makluman dan
pihak tuan selanjutnya.

Sekian, terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Yang menurut perintah,

______________________

( PUAN SURIATY RAMAT )

Guru Besar,

SK Bulu Silou,

Keningau.

Sk fail

Anda mungkin juga menyukai