Anda di halaman 1dari 2

PIDATO KEPENTINGAN HADIR KE SEKOLAH

NAMA: NURDINI IWANA BINTI AMIR (100115-01-0216)

SEKOLAH : SK.GOMBANG

Bismillahirrahmanirrahim,

Senyum diukir, salam dihulur, Assalamualaikum w.b.k.t dan salam sejhtera. Yang dihormatai barisan
panel hakim yang menjunjung paksi keadilan, guru guru, rakan rakan dan hadirat yang dikasihi sekalian.

Pada hari yang berbahagia ini, berdirinya saya di sini untuk menyampaikan sebuah pidato yang bertajuk,
“Kepentingan Hadir Ke Sekolah”. Sebelum layar dilabuhkan sebelum bibit bicara terus saya utarakan,
terlebih dahulu izinkan saya untuk mendefinisikan tajuk pidato saya. Menurut kamus dewan edisi
ke4,kepentingan membawa maksud sesuatu yang amat perlu dan sangat berharga manakala frasa hadir
ke sekolah didefinisikan sebagai datang di suatu tempat untuk belajar dan mengajar.

Hadirin yang dikasihi sekalian,

“Sekolahku Syurgaku”

Sekolah merupakan tempat yang paling selamat dan menyeronokkan. Ini terbukti kerana sekolah
diibaratkan seperti syurga. Kepentingan hadir ke sekolah yang paling utama ialah untuk menuntut ilmu
dan mendapatkan pengetahuan yang baru setiap hari. Ilmu diperoleh dengan membaca buku mendengar
penjelasan guru dan berbincang sesama rakan di dalam kelas. Jelaslah dengan hadir ke sekolah ilmu
lebih banyak diperolehi dengan focus yang tinggi.

Hadirin yang dimuliakan,

“Akhlak dibentuk, adab terpuji”

Dengan hadir ke sekolah, para pelajar dididik untuk mendisiplinkan diri. Di sekolah para pelajar
melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum seperti unit beruniform, kelab dan sukan. Di sinilah para pelajar
dididik mendisiplinkan diri dengan menepati masa, menghormati rakan disekelililng, selain itu
kepentingan hadir ke sekolah membentuk sahsiah dengan menyertai program keagamaan seperti
membudayakan Al Quran, solat hajat dan motivasi jati diri. Terbuktilah bahawa hadir ke sekolah dapat
membentuk akhlak terpuji dan melahirkan insan bersahsiah.

Hadirin yang dihormati sekalian,

“Masa itu emas”

Kepentingan hadir ke sekolah seterusnya dalam konteks memanfaatkan masa dengan perkara yang
berfaedah. Para pelajar dapat mengelakkan diri dengan perkara perkara negative seperti melepak dan
bermain pemainan video. Masa yang digunakan dengan bermanfaat melahirkan insan cemerlang.

Hadirin yang dikasihi sekalian,

Sebagai konklusinya, jelas bahawa kepentingan hadir ke sekolah memberi impak positif kepada para
pelajar khususnya. Semua pihak harus berganding bahu untuk melahirkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi rohani dan jasmani. Bulat air kerana pembentung bulat manusia kerana muafakat,
bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.

Sekian, wabillah…..

Anda mungkin juga menyukai