Anda di halaman 1dari 8

MAKTAB RENDAH SAINS MARA (MRSM)

ARAU, PERLIS

BADAN WAKIL PELAJAR (BWP)

1. PENGENALAN

Badan Wakil Pelajar atau singkatannya BWP adalah ditubuhkan sebagai sebuah
badan kebajikan dan kerjasama pelajar dalam menjaga kepentingan pelajar
Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) ke arah mencapai matlamat dan wawasan
pembangunan bangsa dan negara. Organisasi BWP juga menjadi titian atau
landasan kepada pelajar untuk memupuk dan menyuburkan bakat kepimpinan
serta nilai demokrasi dan kerjasama dalam kalangan pelajar.

2. MISI & OBJEKTIF

Misi utama BWP adalah membantu Maktab mencapai matlamat Maktab melalui
usaha dan kerjasama yang padu bagi memastikan:

a. Moto MRSM ‘ Berdisiplin, Berilmu dan Beramal’ adalah dijunjung dan


diamalkan oleh pelajar.
b. Prinsip dan etika hidup pelajar MRSM adalah sentiasa dihormati dan
diamalkan oleh pelajar.
c. Setiap pelajar mendapat pimpinan, bimbingan, kemudahan dan perkhidmatan
yang sewajarnya mengikut peraturan yang ditetapkan.

Dalam misi di atas, terkandung Objektif BWP iaitu:

a. Memupuk dan membina sebuah masyarakat pelajar yang bersatu, berdisiplin,


berilmu dan beramal.
b. Memupuk dan menyuburkan ‘ Budaya Ilmu’dan ‘ Budaya Cemerlang’dalam
kalangan pelajar.
c. Memupuk dan menyuburkan bakat kepimpinan, kreativiti dan potensi pelajar
dalam bidang akademik dan kokurikulum.
d. Memelihara dan mengukuhkan persefahaman, perpaduan dan hubungan
kerjasama antara pelajar dengan guru, kakitangan dan pentadbiran Maktab /
MARA amnya.
e. Memelihara kepentingan dan kebajikan pelajar mengikut peruntukan yang
telah ditetapkan.

3. MOTO

“Moto BWP adalah “


Dipimpin Untuk Memimpin”
4. BIDANG TUGAS & TANGGUNGJAWAB

Dalam objektif yang tersebut, terkandung segala tugas dan tanggungjawab BWP
kepada pelajar khasnya dan Maktab amnya. Oleh itu adalah menjadi
tanggungjawab BWP untuk menaja, menganjur dan membantu dalam menjaga
kebajikan, keselamatan dan kecemerlangan pelajar daripada semasa ke semasa
khasnya dalam perkara berikut:

4.1 Menentukan bahawa mendapat kemudahan dan perkhidmatan yang


sewajarnya daripada pihak yang berkenaan seperti:

a. Kemudahan Belajar dan Bimbingan


b. Kemudahan Penginapan dan Makanan
c. Kemudahan Rawatan dan Kesihatan
d. Kemudahan Pengangkutan dan Perhubungan
e. Kemudahan Sukan dan Riadah
f. Kemudahan dan Kebajikan Am

4.2 Membantu pihak maktab menjayakan aktiviti atau urusan berikut:

a. Aktiviti sukan antara pelajar, guru dan sebagainya.


b. Aktiviti tahunan Maktab seperti Sukan Tahunan, Hari Anugerah, Majlis
Graduasi dan sebagainya.
c. Aktiviti sambutan dan perayaan seperti Sambutan Hari Kemerdekaan,
Maulidur Rasul, Hari Guru dan sebagainya.
d. Pendaftaran pelajar dan program Orientasi / Suai kenal pelajar.

4.3 Menaja dan menganjurkan aktiviti atau program yang sesuai dan selaras
dengan objektif atau tujuan yang telah ditetapkan seperti:

a. Majlis ilmu dialog, ceramah, seminar atau bengkel akademik dan


pengetahuan am.
b. Majlis penerangan untuk pelajar berkaitan dengan urusan pentadbiran
dan hal ehwal kebajikan pelajar.
c. Pertandingan mencungkil bakat dan potensi pelajar dalam bidang
akademik, kokurikulum dan daya cipta.
d. Gerak kerja khidmat masyarakat atau gotong royong di luar dan dalam
maktab.
e. Lawatan Sambil Belajar atau Lawatan Muhibah dan program
pembangunan sahsiah pelajar.

4.4 Membantu guru dan pihak pentadbiran maktab dalam urusan seperti:

a. Pelaksanaan dan penguatkuasaan peraturan tatatertib dan disiplin


Maktab ke atas pelajar.
b. Mengawasi pergerakan dan keselamatan pelajar dalam dan luar maktab.
c. Mencegah pelajar daripada terjebak dalam aktiviti atau kegiatan yang
terlarang oleh undang-undang maktab, agama dan negara.
d. Memupuk dan mengembangkan nilai-nilai murni dalam kalangan pelajar.
5. PENGURUSAN & ORGANISASI

Pengurusan dan pentadbiran am BWP sebagai sebuah organisasi pelajar adalah


dipimpin oleh sebuah Jawatankuasa Kerja (Exco) yang dianggotai oleh tiga belas
lima belas (15) orang anggota. Terdiri daripada :
i. Presiden,
ii. Timbalan Presiden,
iii. Naib Presiden I (Presiden LDP)
iv. Naib Presiden II
v. Setiausaha Agong,
vi. Seorang Bendahari Agong dan ;
vii. 7 - 9 orang ahli Jawatankuasa mengetuai biro-biro seperti berikut:
a. Biro Maklumat & Komunikasi
b. Biro Akademik
c. Biro Kebudayaan
d. Biro Agama & Akhlak
e. Biro Kesihatan & Pemakanan
f. Biro Sukan & Rekreasi
g. Biro Kebajikan
h. Biro Putera
i. Biro Puteri

6. PELANTIKAN & SKOP TUGASAN

Calon yang memenangi tiga belas (13) atau empat belas (14) atau lima belas (15)
kerusi yang dipertandingkan dalam pilihanraya Umun BWP Maktab (sekurang-
kurangnya 4 jawatan hendaklah dikhaskan kepada pelajar puteri) akan dilantik
memegang jawatan tertentu dalam Jawatankuasa Kerja BWP pada tahun
berkenaan oleh Pengetua dan Guru Penasihat BWP dengan skop tugasan seperti
berikut:

6.1 Presiden

a. Mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja BWP.


b. Memimpin dan mengawasi pergerakan dan pentadbiran am BWP.
c. Mengawasi tingkah laku dan disiplin ahli Jawatankuasa Kerja BWP dan ahli
Jawatankuasa kecil yang berkenaan.
d. Mengesahkan segala perbelanjaan yang dibuat oleh BWP bersama
dengan Bendahari Agong BWP.
e. Bertanggungjawab ke atas setiap aktiviti atau tindakan yang dilaksanakan
atau diambil oleh BWP.
f. Mendapatkan nasihat / pandangan dan memaklumkan kepada guru
Penasihat tentang pentadbiran dan aktiviti BWP.

6.2 Timbalan Presiden

a. Menggantikan atau menjalankan tugas Presiden ketika Presiden tidak


dapat menjalankan tugasnya atau berlakunya kekosongan jawatan
Presiden.
6.3 Naib Presiden I (Presiden Lembaga Disiplin Pelajar)

a. Membantu Presiden dalam menjalankan tugasnya dari masa ke masa


mengikut arahan Presiden.
b. Menjadi Pengerusi kepada Lembaga Disiplin Pelajar (LDP) dan
bertanggungjawab dalam segala urusan dan pentadbiran LDP.
c. Bertindak sebagai penasihat kepada Presiden dalam hal ehwal disiplin.
d. Bertanggungjawab secara langsung kepada Presiden dalam pentadbiran
kelas persediaan pelajar (prep).

6.4 Naib Presiden II (Pengerusi Biro)

a. Membantu Presiden dalam menjalankan tugasnya dari masa ke masa


mengikut arahan Presiden.
b. Menjadi pengerusi kepada 9 Biro BWP.
c. Bertanggungjawab menguruskan ‘ peti cadangan’dan aduan pelajar.
d. Bertindak sebagai penasihat kepada Presiden dalam urusan pentadbiran
am BWP.

6.5 Setiausaha Agong

a. Memanggil dan menentukan tempat dan masa mesyuarat bulanan BWP.


b. Mencatat, mengedar dan menyimpan rekod / minit mesyuarat BWP.
c. Membuat susulan / perintah tentang tindakan yang perlu diambil oleh
Presiden dan Naib Presiden berdasarkan keputusan mesyuarat yang
berkenaan.
d. Bertanggungjawab kepada Presiden atas urusan surat-menyurat dan
pentadbiran pejabat BWP.
e. Menjalankan tugas yang diarahkan oleh Presiden dan Guru Penasihat
BWP.

6.6 Bendahari Agong

a. Mengurus dan menjaga akaun dan pentadbiran kewangan BWP.


b. Menyimpan kira-kira BWP dan menyediakan penyata kewangan bulanan
BWP.
c. Menyediakan laporan / penyata kewangan BWP untuk dibentangkan dalam
Perhimpunan Agong Tahunan BWP.
d. Mengesahkan perbelanjaan yang dibuat daripada akaun / tabung BWP
bersama Presiden.
e. Menjalankan tugas yang diarahkan oleh Presiden dan Guru Penasihat
BWP.

6.7 Ketua Biro Maklumat & Komunikasi

a. Bertanggungjawab membantu maktab dalam menyebarkan dan


mengumpulkan maklumat tertentu demi kepentingan dan kebaikan pelajar
keseluruhannya.
b. Bertanggungjawab menerbitkan / membantu kerja-kerja penerbitan atau
percetakan risalah / berita / majalah tahunan, mengurus laman web BWP
dan sebagainya.
c. Bertanggungjawab mempertingkatkan hubungan komunikasi dalam
kalangan pelajar.
d. Menjalankan tugas yang diarahkan oleh Presiden dan Guru Penasihat
BWP.
6.8 Ketua Biro Akademik

a. Mengawasi kepentingan dan kebajikan pelajar dalam bidang pendidikan.


b. Bertanggungjawab menganjurkan aktiviti yang menggalakkan ‘ Budaya
Membaca’dan ‘ Budaya Ilmu’ .
c. Menjalankan penyelidikan atau kajian terhadap keberkesanan program
pembelajaran atau sikap pelajar terhadap pelajaran dan sebagainya.
d. Menjalankan tugas yang diarahkan oleh Presiden dan Guru Penasihat
BWP.

6.9 Ketua Biro Kebudayaan

a. Bertanggungjawab ke atas acara dan majlis anjuran pelajar dan maktab.


b. Menyelenggarakan majlis tertentu untuk pelajar dengan syarat ianya tidak
melebihi batas yang telah ditetapkan.
c. Menjalankan aktiviti untuk memenuhkan masa lapang pelajar.
d. Menjalankan tugas yang diarahkan oleh Presiden dan Guru Penasihat
BWP.

6.10 Ketua Biro Agama & Akhlak

a. Merancang dan melaksanakan aktiviti ke arah memajukan pemikiran dan


penghayatan amalan dan nilai Islam dalam kalangan pelajar Islam Maktab.
b. Merancang dan melaksanakan aktiviti penjanaan taqwa dan pembangunan
nilai dan akhlak murni dalam kalangan pelajar.
c. Bertanggungjawab untuk mempertingkatkan aktiviti syiar Islam.
d. Menjalankan tugas yang diarahkan oleh Presiden dan Guru Penasihat
BWP.

6.11 Ketua Biro Kesihatan & Pemakanan

a. Merancang dan melaksanakan aktiviti yang menggalakkan penjagaan


kesihatan, gaya hidup sihat dan kempen kesihatan.
b. Mengawasi mutu perkhidmatan dan kebersihan makanan serta minuman
yang disajikan di Dewan Selera atau dijual kepada pelajar dalam
kawasan maktab.
c. Mengawasi tahap kebersihan alatan, dewan dan sekitarnya serta sikap
dan tingkah laku pelajar terhadap penjagaan kebersihan.
d. Menjalankan tugas yang diarahkan oleh Presiden dan Guru Penasihat
BWP.

6.12 Ketua Biro Sukan & Rekreasi

a. Merancang dan melaksanakan aktiviti sukan dan rekreasi untuk faedah


kesihatan dan kecergasan pelajar.
b. Bekerjasama dengan Unit Sukan Maktab dalam menganjurkan
pertandingan sukan antara rumah / kumpulan.
c. Mengawasi keselamatan dan penggunaan alatan sukan maktab oleh
pelajar.
d. Menjalankan tugas yang diarahkan oleh Presiden dan Guru Penasihat
BWP.

6.13 Ketua Biro Kebajikan

a. Bertanggungjawab mengawasi kebajikan pelajar dari segi kemudahan


asas (seperti air, elektrik dan alatan), kemudahan rawatan, kemudahan
pengangkutan, kemudahan telekomunikasi, urusan surat-menyurat dan
sebagainya.
b. Bertanggungjawab mengawasi bilik sakit dan klinik maktab serta
keperluan menghadapi saat kecemasan seperti kebakaran (sistem
pencegah kebakaran, alat pemadam api, peti pertolongan cemas) dan
sebagainya.
c. Menganjurkan aktiviti kebajikan seperti pungutan derma wang / pakaian
untuk pelajar yang memerlukan, melaksanakan ziarah dan sebagainya.
d. Menjalankan tugas yang diarahkan oleh Presiden dan Guru Penasihat
BWP.

6.14 Ketua Biro Putera

a. Menguruskan hal yang berkaitan dengan kebajikan pelajar putera.


b. Memberi bantuan kepada pelajar putera yang sakit.
c. Mengadakan kegiatan seperti ceramah mingguan, kelas tambahan dan
sebagainya kepada pelajar putera.
d. Menjalankan tugas-tugas yang diarahkan oleh Presiden dan Guru
Penasihat BWP.

6.15 Ketua Biro Puteri

a. Menguruskan hal yang berkaitan dengan kebajikan pelajar puteri.


b. Memberi bantuan kepada pelajar puteri yang sakit.
c. Mengadakan kegiatan seperti ceramah mingguan, kelas memasak,
menjahit dan sebagainya kepada pelajar puteri.
d. Menjalankan tugas-tugas yang diarahkan oleh Presiden dan Guru
Penasihat BWP.

7. JAWATANKUASA KECIL BIRO

Setiap Biro hendaklah menubuhkan satu Jawatankuasa Kecil Biro yang terdiri
daripada :
a. Ketua Biro (Exco)
b. Penolong Ketua Biro (Dilantik oleh Ketua Biro)
c. Setiausaha Biro (Dilantik oleh Ketua Biro)
d. 6 hingga 10 orang ahli jawatankuasa biasa (dilantik oleh Ketua Biro atas
persetujuan Presiden BWP dan Guru Penasihat).
8. PERSIDANGAN AGONG TAHUNAN BWP

Adalah menjadi tanggungjawab Presiden dan Guru Penasihat BWP untuk


memastikan agar satu Persidangan Agong Tahunan BWP dapat diadakan pada
setiap tahun selewat-lewatnya pada bulan Julai tahun berkenaan untuk
membincang dan menyempurnakan perkara berikut:

a. Membentang dan menerima laporan tahunan BWP bagi tahun berkenaan.


b. Membentang dan menerima laporan atau penyata kewangan BWP bagi tahun
berkenaan.
c. Melantik dua orang juruaudit dalam kalangan ahli (pelajar) untuk tahunan
kewangan berikutnya.
d. Membentang usul-usul yang dikemukakan oleh ahli-ahli.
e. Ucapan penangguhan dan pembubaran Jawatankuasa Kerja dan Biro oleh
Presiden BWP kecuali Pengerusi Lembaga Disiplin Pelajar.
f. Menubuhkan Komiti Pilihanraya untuk mengadakan pilihanraya umum BWP.

9. PILIHANRAYA UMUM BWP –KOMITI PILIHAN RAYA


Satu pilihanraya yang dikenali sebagai Pilihanraya Umum BWP hendaklah
diadakan dalam masa empat belas (14) hari selepas tarikh Persidangan Agong
Tahunan diadakan. Pilihanraya tersebut hendaklah dijalankan di bawah kelolaan
Komiti Pilihanraya (KPR) mengikut garis panduan berikut:
a. Pemilihan dan pelantikan ahli-ahli KPR (dalam kalangan pelajar) oleh Guru
Penasihat BWP atas persetujuan Pengetua
b. Sebanyak tiga belas (13), empat belas (14) atau lima belas (15) kerusi
anggota Jawatankuasa Kerja (EXCO) BWP akan dipertandingkan.
c. Hanya calon yang memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh
Pengetua sahaja yang layak bertanding.
d. Jika bilangan calon yang memohon bertanding dalam sesuatu pilihanraya
melebihi daripada dua puluh lima (25) orang, maka satu temu duga (saringan)
perlulah diadakan di bawah kelolaan Guru Penasihat BWP dan atas nasihat
Pengetua untuk memilih dua puluh lima (25) calon yang terbaik untuk
bertanding dalam pilihanraya yang akan diadakan (jika bilangan calon kurang
daripada dua puluh lima (25) orang, temu duga tidak perlu diadakan.
f. Kriteria pemilihan calon BWP adalah berdasarkan kepada perkara berikut:
i. Prestasi akademik yang cemerlang dengan PNG>2.50
ii. Mempunyai pengalaman kepimpinan.
iii. Budi pekerti dan sahsiah yang baik dan mulia.
iv. Berketrampilan dan cemerlang dalam kokurikulum dan sukan.
v. Penampilan diri dan kebolehan berkomunikasi dengan berkesan.
g. Aktiviti kempen dan penyampaian / persembahan ‘ manifesto’oleh calon
mestilah dibuat mengikut garis panduan dan peraturan yang ditetapkan oleh
pihak Pengetua melalui Komiti Pilihanraya.
h. Tiga belas (13), empat belas (14) atau lima belas (15) calon yang mendapat
undi terbanyak akan diisytiharkan menang dan akan dilantik oleh Pengetua
melalui Guru Penasihat yang berkenaan memegang jawatan yang difikirkan
sesuai dalam Jawatankuasa Kerja BWP selewat-lewatnya dalam tempoh
empat belas (14) hari selepas tarikh pilihanraya diadakan.
i. Jika ada apa-apa bantahan berkaitan dengan perjalanan pilihanraya, ianya
hendaklah dikemukakan secara bertulis kepada Pengetua dalam masa 24 jam
selepas pilihanraya diadakan.
10. LEMBAGA DISIPLIN PELAJAR

10.1 Lembaga Disiplin Pelajar (LDP) diwujudkan di bawah pimpinan Presiden


yang memegang jawatan Naib Presiden I BWP. LDP bertanggungjawab
kepada Presiden BWP, Timbalan Pengetua Pengurusan Pelajar (PP) dan
Pengetua dalam urusan penguatkuasaan undang-undang dan tatatertib
disiplin pelajar serta membantu pihak Guru Asrama, Guru Penasihat, Guru-
Guru, Timbalan-timbalan Pengetua, Pengetua dan kakitangan Maktab
dalam perkara berikut:
a. Mengawasi dan meningkatkan mutu disiplin pelajar.
b. Menegakkan prinsip dan etika hidup pelajar serta menguatkuasakan
peraturan disiplin Maktab.
c. Mengawasi dan mencegah pelajar daripada terjebak dalam kegiatan
yang bertentangan dengan peraturan Maktab, agama dan negara.
d. Mengawasi keselamatan dan ketenteraman awam dalam kawasan
Maktab.
e. Membantu mana-mana pihak demi kebaikan pelajar dan nama baik
Maktab.

10.2 Kriteria pemilihan calon LDP adalah berdasarkan kepada perkara berikut:
a. Prestasi akademik yang cemerlang dengan PNG>2.0
b. Mempunyai pengalaman kepimpinan.
c. Berketrampilan serta cemerlang dalam kokurikulum dan sukan.
d. Penampilan diri dan kebolehan berkomunikasi dengan berkesan.

10.3 Anggota LDP adalah dipilih dan dilantik oleh Pengetua daripada kalangan
pelajar mengikut garis panduan berikut:
a. Bilangan anggota LDP adalah antara dua puluh lapan (28) hingga
empat puluh dua (42) orang atau atas nisbah seorang LDP untuk setiap
dua puluh (20) pelajar.
b. Struktur organisasi LDP adalah seperti berikut:
i. Presiden LDP
ii. Timbalan Presiden (L)
iii. Timbalan Presiden (P)
iv. Penguasa Kanan (4 orang)
v. Setiausaha LDP
vi. Penguasa (antara 20 hingga 34 orang)
c. Pentadbiran am LDP adalah dikendalikan oleh Presiden LDP
merangkap Naib Presiden I BWP melalui sebuah jawatankuasa yang
dipanggil sebagai Jawatankuasa Pusat LDP Maktab.

Anda mungkin juga menyukai