Anda di halaman 1dari 4

MTQ 2009 1

SYARAHAN AGAMA BAHAGIAN LELAKI

TAJUK : REMAJA BERAKHLAK ASET KEGEMILANGAN NEGARA

Assalamualaikum wrth…as-salam qablal kalam , salam itu datangnya sebelum kalam/perkataan.

"Apabila kita hendak melihat wajah negara pada masa hadapan, lihatlah generasi mudanya
pada hari ini, sekiranya golongan muda pada hari ini adalah daripada kalangan yang
berakhlak dan berhemah tinggi, tentunya negara kita pada masa hadapan menjadi sebuah
negara yang aman makmur tetapi jika keadaan adalah sebaliknya, maka bersedialah untuk
berhadapan dengan kemungkinan buruk yang akan berlaku." Itulah kata kata yang lahir
daripada Profesor Doktor Yusuf Al-Qardhawi.

Yang Mulia Tuan Pengerusi Majlis, Yang Arif Lagi Bijaksana Barisan Hakim Yang Arif Dan
Berpaksikan Keadilan Semestinya, Saudara Penjaga Masa Yang Setia Dengan Randiknya,
Seterusnya guru-guru dan rakan-rakan seperjuangan yang saya segani serta hormati sekalian.

Remaja Berakhlak Aset Kegemilangan Negara itulah tajuk syarahan saya pada pagi ini.

Sebelum saya pergi dengan lebih lanjut lagi, izinkan saya mendifinisikan tajuk syarahan saya ini.

Remaja, remaja merupakan masa peralihan dan ketergantungan pada masa anak-anak kemasa
dewasa. Berakhlak merujuk kepada perilaku, perangai atau tabiat yang baik .Manakala
Kegemilangan Negara bermaksud Negara yang cemerlang.

Sidang Pendengar Yang Setia,

Atas kata bicara “Remaja hari ini cermin masa depan negara” adalah hujah saya yang
pertama. Perangkaan yang ditunjukkan sejak tahun 2001 sehingga Mei 2006 mencatatkan
3,182 penunggang motosikal ditahan dan 2,970 daripada mereka adalah remaja. Ini tidak
termasuk mereka yang meninggal dunia akibat lumba haram. (Berita Harian, 8 September
2006).

Mungkin pada hari ini jumlah ini sudah bertambah. Apakah punca permasalahan ini terus
berlaku? Menurut Prof. Dr. Syed Muhammad Naquib Al Attas, permasalahan golongan ini
antaranya berpunca daripada kekeliruan mereka terhadap faham ilmu dan kehilangan adab atau
akhlak yang mulia dalam masyarakat. Persoalannya sekarang, bagaimana untuk

© ahmad bakri MR 2009 SMKPB


MTQ 2009 2
SYARAHAN AGAMA BAHAGIAN LELAKI

mempersiapkan remaja ini bagi persediaan untuk memartabatkan dan memperkasakan akhlak
mereka pada masa akan datang?.Oleh itu, Jawapannya adalah kembali kepada al-quran dan
hadis sebagaimana sabda Rasulullah:

Néč îğjčãfl@ò 䪎 ëfl @  


        
 @åžíŠfl ßž c @  @o
     Ž × Šfl mfl
“ Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara dan kamu tidak akan sesat selamanya selagi mana
kamu berpegang kepada keduanya iaitu al-quran dan sunnahku”

Hujah saya yang kedua adalah berpaksikan “Remaja BerakhlakNegaraTerbilang”Sejarah


membuktikan bahawa sesebuah negara yang inginkan kejayaan bermula daripada pembinaan
sistem nilai yahg kukuh yang dipengaruhi oleh unsur-unsur kebaikan yang terpancar daripada
aqidah yang benar. Masyarakat itu runtuh dan tamadunnya hancur disebabkan keruntuhan nilai-
nilai dan akhlak yang terbentuk daripadanya. Justeru itu, akhlak mempunyai peranan yang
penting di dalam kehidupan dan dalam memelihara kemuliaan insan serta keluhurannya.
Martabat manusia akan menurun setaraf haiwan sekiranya akhlak runtuh dan nilai-nilai murni
tidak dihormati dan dihayati. Oleh kerana itu Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

"Sesungguhnya aku diutus untuk melengkapkan akhlak yang mulia. (Riwayat al-Baihaqi)

Kata kunci saya yang ketiga “Remaja Berakhlak Tonggak Negara”. Untuk menjadi
pemimpin yang cemerlang pada masa hadapan remaja haruslah mempersiapkan diri mereka
dengan akhlak yang mulia, Kekalnya sesuatu ummah juga kerana kukuhnya akhlak dan
begitulah juga runtuhnya sesuatu ummah itu kerana lemahnya akhlaknya. Hakikat kenyataan di
atas dijelaskan dalam kisah-kisah sejarah dan tamadun manusia melalui al-Quran seperti kisah
kaum Lut, Samud, kaum nabi Ibrahim, Bani Israel dan lain-lain. Ummah yang berakhlak tinggi
dan sentiasa berada di bawah keredhaan dan perlindungan Allah ialah ummah yang seperti di
Madinah pada zaman Rasulullah saw.

Buktinya sebagaimana sabda Rasulullah:

“Tiada sesuatu yang lebih berat dalam daun timbangan melainkan akhlak yang baik."

© ahmad bakri MR 2009 SMKPB


MTQ 2009 3
SYARAHAN AGAMA BAHAGIAN LELAKI

Sidang audian yang dirahmati Allah

Isi saya yang keempat adalah bertitik tolak atas asas “Remaja Berakhlak Harapan
Bangsa” Seorang remaja berjiwa bebas, tetapi bukan sebagai debu berterbangan di udara.
Kebebasan seorang remaja sentiasa mendapat panduan dan bimbangan. Justeru itu ia tidak
berkelana dan hidup tanpa tujuan. la sentiasa bergerak bebas dengan memiliki peta yang
menunjukkan haluan pergerakan dan perjalanannya. la sentiasa bertindak mengikut petunjuk
Allah dan berpandu kepadanya.

Seorang remaja berperasaan halus dan berhati lembut kerana keyakinannya bahawa ia
adalah hamba kepada Allah S.W.T. Segala perbuatannya akan dinilai dan dihitung serta
diberikan balasan atau ganjaran dengan adil dan saksama. Wawasannya, tidak semata-mata
untuk mendapatkan habuan dan ganjaran di dunia, tetapi juga di akhirat. Tentunya, ganjaran di
akhirat adalah lebih baik daripada di dunia. Kerana itu, ia sanggup mengorbankan kurniaan
Allah di dunia, untuk mendapatkan kurniaan Allah di akhirat. Sebagaimana firman Allah:

y7Ï9≡sŒuρ 4 nο4θx.¨“9$# (#θè?÷σãƒuρ nο4θn=¢Á9$# (#θßϑ‹É)ãƒuρ u!$x uΖãm tÏe$!$# ã&s! tÅÁÎ=øƒèΧ ©!$# (#ρ߉ç6÷èu‹Ï9 ωÎ) (#ÿρâÉ∆é& !$tΒuρ

∩∈∪ ÏπyϑÍhŠs)ø9$# ßƒÏŠ

“Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan
ketaatan kepada-Nya dalam (menjalankan) agama yang lurus[1595], dan supaya mereka
mendirikan sholat dan menunaikan zakat; dan yang demikian Itulah agama yang lurus.[1595]
Lurus berarti jauh dari syirik (mempersekutukan Allah) dan jauh dari kesesatan.”

Prestasi Akhlak remaja kunci kegemilangan Negara, atas kata bicara “ sirnanya akhlak
Rasulullah hingga keakhir zaman. Nilai-nilai akhlak Islam, berbeza dengan nilai-nilai tamadun
Barat yang semata-mata bergantung kepada aka] dalam menentukan nilai-nilai baik dan tidak
baik. Kerana itu, kebanyakan nilai-nilai dalam tamadun barat bersifat relatif. Pada hari ini ia

© ahmad bakri MR 2009 SMKPB


MTQ 2009 4
SYARAHAN AGAMA BAHAGIAN LELAKI

difikirkan sebagai baik dan di masa yang lain ia ditolak sebagai baik. Begitu juga yang
dipandang buruk pada hari ini, tidak lagi dianggap demikian pada masa yang lain. Homoseksual
dan Lesbian, dahulu dianggap haram dan tidak baik. Sebaliknya hari ini perbuatan itu dihalalkan
dan dibenarkan sebagai legal serta mendapat hak-hak dan perlindungan perundangan.
Kenipisan nilai-nilai akhlak ini, menimbulkan huru hara nilai yang mengakibatkan kepincangan
akhlak.

RasuluLlah s.a.w., adalah contoh seorang hamba Allah yang bersyukur iaitu contoh berakhlak
mulia dan tinggi dalam hubungan dengan Allah S.W.T. lni berasaskan kepada peribadahan yang
dilakukannya dengan penuh ikhlas mengikut sistem peribadahan yang ditentukan oleh Allah
S.W.T. sebagaimana firmannya:

∩⊆∪ 5ΟŠÏàtã @,è=äz 4’n?yès9 y7¯ΡÎ)uρ

“Dan Sesungguhnya kamu benar-benar berbudi pekerti yang agung”

Jelaslah bahawa remaja berakhlak aset kegemilangan Negara. Sama-sama lah kita
berdoa agar Negara kita menjadi sebuah Negara yang disebut sebagai :

Wabillahi taufit walhidayah wassalamualikum w.r.t……sekian.

© ahmad bakri MR 2009 SMKPB

Anda mungkin juga menyukai