Anda di halaman 1dari 3

“Jika ingin melihat masa depan sesebuah negara itu, maka lihatlah pada keadaan generasi

mudanya hari ini. Jika generasi mudanya hari ini merupakan generasi yang mempunyai jati
diri unggul dan hebat, adalah menjadi satu jaminan bahawa masa depan negara akan
terjamin dan maju. Begitu juga sebaliknya. Sekiranya generasi muda hari ini tidak
berpegang pada nilai dan jati diri yang benar, maka lihatlah keruntuhan sesebuah negara
yang mana tidak kita inginkan akan berlaku”
(penyair arab)

     Cuba kita fikir sejenak, Nik Nur Mardihah melakar sejarah apabila mancapai 20A dalam
keputusan SPM. YB Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, menyerlahkan karisma
kepimpinan semasa usia belia sehingga menjadi menteri kabinet termuda dalam menerajui
negara dan pada hari ini beliau merupakan Mantan Perdana Menteri Malaysia yang dekat
di hati rakyat. Seterusnya, keunikan zaman remaja Rasulullah menjadikan baginda layak
digelar suri teladan sejati. Fikir-fikirkan.    
  
Assalamualaikum w.b.t salam intergriti pembuka bicara

Bismillahhirahmanirahim alhamdulilahrabilamin wassolat wasalam ala ashrofil alanbiya walmurisalin


wa ala aalihi wasahbihi ajmain…. ammaba’

Seuntai kasih sekalung budi buat saudara pengurusi ,barisan panel hakim yang menjunjungi panji
keadilan, penjaga masa yang setia dengan masanya, seterusnya warga dewan yang dirahmati Allah
S.W.T sekalian.

Berdirinya saya di sini bukan untuk mencari publisiti murahan, tetapi ingin menyampaikan sebuah
syarahan yang berajuk “Ibadah tonggak kecemerlangan ummah” sebelum bahtera saya layarkan,
sebelum layar saya kibarkan,sebelum kaki mengatur langkah, sebelum lidah mengatur bicara, izinkan
saya mendefinasikan mauduk syarahan saya pada pagi yang penuh barakah ini.

Ibadah membawa maksud satu amalan yang disyariatkan oleh Allah S.W.T manakala tonggak
kecermelngan ummah pula merupakan sesuatu factor yang melahirkan kecemerlangan ummah .
Tegasnya disini, ibadah mampu menjadi pemangkin utama untuk kecemerlangan ummah.

Hadirin minda kelas pertama,


Kata kunci yang pertama “Ibadah mampu melahirkan ummah yang tingi semangat jihad”. Saya
optimis kita semua sudah sinonimdemgam ketangkasan Saidina Khalid Alwalid di medan
peperangan, kebijaksnaan Salman Al-karisi, keberanian Saad bin Abi Waqqas serta pelbagai kisah
kehebatan para sahabat yang lain.Namun begitu ,intinya tetap sama iaitu mereka memiliki
semangat jihat yang menebal dalam atma masing masing.apakah rahsia mereka ? ternyata mereka
sentiasa menghidupkan hari mereka dengan beribadah kepada allah swt . hasilnya umat islam
Berjaya dalam medan peperangan khandaq berkat sebagai banteng untuk berhadapan dengan
musuh . hebat bukan? Sudah terang lagi bersuluh ,umat islam sanggup berjihad dengan semangat
yang sarat didada demi mempertahankan agama,bangsa dan negara .

Firman Allah S.W.T dalam surah Al Haj,ayat 78

Maksudnya’’,Dan berjihatlah kamu dijalan Allah dengan jihat yang sebenar benarnya’’

Sidang dewan yang saya muliakan ,

Kata kunci saya yang kedua``ibadah mampu melahirkan akhlak yang mulia ‘’.Akhlak mulia menjana
kecemerlangan ummah di dunia mahupun di akhirat .Bagaimana untuk menggapai nya. Tidak lain
tidak bukan dengan mendekatkan diri kepada ilahi serta menjauhi sifat mazmumah seperti yang kita
tahu akhlak nabi adalah al quran ,mendamaikan saudara yang bertelingkah ,bermanis wajah dan
sabar menghadapi ujian merupakan contoh akhlak mulia yang terkandung didalam al quran.

Iman bukhari meriwayatkan nabi Muhammad SAW pernah bersabda.

Maksudnya; Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak mulia.Apabila akhlak


mulia diterapkan dalam sanubari insan pasti kecermelangan yang akan membuahkan dalam ummah.

Sidang dewan yang penuh santun,

Kata kunci saya yang ketiga``;,Ibadah mampu melahirkan ummah yang cintakan ilmu”.

Firman Allah SWT.Dalam surah Al-Mujadalah ayat 11

Mafhumnya,``; Allah meninggikan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agam (dari golongan
kamu) beberapa darjat”.

Maju atau mundurnya sesebuah ummah bergantung kepada keupayaan mereka menguasai ilmu
pengetahuan.Ummah yang berilmu adalah ummah yang berwawasan,mempuyai
kekuatan ,dihormati dan dicontohi. Sebaliknya tanpa ilmu wibawa ummah akan hilang,lemah,mudah
ditindas dan terus ketinggalan.Ayuh semua,mari kita meneladani pertokohan iman syafie yang
sangat mencintai ilmu.Sanggup berhijrah dari suatu tempat ke suatu tempat semata-mata untuk
mendapatkan ilmu.Semangat ini perlu ditanam dalam nurani pemuda-pemudi agar menjadi ummah
yang terbilang di dunia mahupun di akhirat.

Hadirin sekalian,

Konklusinya,berdasarkan tiga kata kunci yang telah saya persembahkan tadi, benarlah bahawa
ibadah mampu memankir kecermelangan ummah sepanjang zaman.sebagai muslim kita hendaklah
istiqomah dalam beribadah agar dapat menjana kecermelangan ummah .sebelum saya mengundur
diri terimalah satu rangkap pantun,

Kalau ada sumur diladang,boleh saya menumpang mandi,


Kalau ada umur yang panjang,boleh kita berjumpa lagi.

Wabillahi taufiq walhidayah…… assalammualaikum WBT.

Anda mungkin juga menyukai