Anda di halaman 1dari 7

TAJUK: PEMANTAPAN IMAN TERAS

PERPADUAN
Terima kasih kepada tuan pengerusi majlis,barisan panel hakim yang arif lagi
bijaksana ,penjaga masa yang sentiasa peka dengan waktunya,ibubapa,guru-guru
dan rakan rakan seperjuangan yang saya kasihi sekalian. Assalamualaikum wrh
wbrt

Pemantapan Iman Teras Perpaduan

demikianlah tajuk syarahan saya pada hari ini.

Iman adalah mutiara ,


Didalam hati manusia,
Yang meyakini Allah,
Maha esa maha kuasa.

Sebelum saya menyusur lebih jauh ingin saya mendefinisikan makna


tajuk syarahan saya. Perkataan iman bermakna mengaku dengan lidah,
membenarkan di dalam hati dan mengamalkan segala perintah Allah.
Frasa teras perpaduan pula adalah merujuk kepada ummat Islam yang
bersatu padu dari segala aspek.Justeru

"Insan Beriman Teras Perpaduan

Hadhirin-hadhirat, pengabdian diri dengan sepenuh hati terhadap segala


perintah Allah sudah tentu bertitik tolak daripada keimanan yang utuh,
kemudian dipancarkan melalui kesungguhan amalan melahirkan ummah
cemerlang bertepatan dengan penegasan Allah dalam Surah al-
Mu'minunayat 1:

Sesungguhnya berjayalah orang-orang Yang beriman

Keimanan dan ketakwaan yang teguh inilah penyelamat Bilal bin Rabah
daripada lembah kekufuran biarpun diazab penuh dahsyat oleh tuannya.
Iman yang mantap dan teguh inilah yang memperkasakan jatidiri ummah

1
dan menyelamatkan mereka daripada gejala negatif seperti penagihan
dadah, pelacuran serta pergaulan bebas. Statistik dadah kebangsaan
2004 menunjukkan 90% penagih terdiri daripada remaja muslim. Nah!
Terbuktilah iman itu teras masyarakat cemerlang memacu kecemerlangan
ummah.

Wacana fikrah pertama" perpaduan teras insan berakhlak


mulia

Ini amat bertepatan dengan motif utama pengutusan rasulullah kemuka


bumi demi memurnikan akhlak manusia sebagaimana sabda baginda :

( )

Ertinya: sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak


yang mulia. terpancarlah keutuhan akhlak dan sahsiah terpuji rasulullah
melalui karektor beliau sebagai seorang pemimpin negara yang beretika,
seorang sahabat yang prihatin serta ketua keluarga yang penyayang.
Imbau sahaja keindahan akhlak rasulullah dengan pemuda yahudi yang
kencing di dalam masjid nabawi, baginda tidak memarahi pemuda
tersebut bahkan baginda sendiri membasuhnya menyebabkan pemuda
tadi memeluk islam di hadapan baginda. Lihatlah hari ini lantaran
kerapuhan akhlak,pergaduhan dan budaya asobiah menjadikan manusia
iaitu umat islam berpecah belah hanya kerana berbeza pendapat dan
fikiran sehingga ada yang dengan mudah mengkafirkan saudara seislam
sendiri. Ternyata akhlak mulia tonggak ummah bersatu. Marilah kita
meraikan persamaan dan menghormati perbezaan.

2
Wacana Fikrah kedua"InsanBeramanah Dan
JujurTerasperpaduan". Dengan ketakwaan yang tinggi akan melahirkan
rasa muraqabah Allah dalam segenap urusan hidup lantas tertegaklah
konsep Al ihsan:

( )

Yang bermaksud: Kamu menyembah Allah seolah-olah kamu melihatnya,


jika kamu tidak melihatnya, sesungguhnya dia melihat kamu.

Imbau sahaja betapa jujur dan amanah nya seorang pemimpin bergelar
Omar Abdul Aziz , yang sanggup bergelap bila membicarakan urusan
keluarga kerana tidak mahu menggunakan harta kerajaan. Bila mana
menyuburnya benih amanah dalam jiwa ummah maka lahirlah insan yang
jujur kepada Allah, diri sendiri dan orang lain sekaligus terhindar daripada
segala unsur penipuan, penyalah gunaan kuasa dan rasuah. Ingatlah,
tanpa jujur dan amanah hancurlah ummah.

Konklusinya, tidak tertegak rumah tanpa tiang, tidak tertegak agama


tanpa iman, dan tidak tertegak ummah yang bersatu padu tanpa peribadi
unggul.Justeru hiasi diri dengan senyuman, hiasi masyarakat dengan
peribadi unggul, pasti cerialah hidup.

3
Menitiwacana fikrah saya yang ketiga ,ketinggian akidah teras
perpaduan.ia bukanlah satu isu lapuk yang dibiarkan diatas lantai
sejarah, bahkan islam telah menobatnya mengisi tampuk keutamaan dan
menjadi prinsip asas islam. Kerana itulah Allah menyeru umat islam agar
terus mempertahankan kesatuan ummah yang ada sebagaimana
firmannya dalam surah al hujuratayat 10.

Ertinya: Sebenarnya orang-orang Yang berimanituadalahbersaudara,


makadamaikanlah di antaraduasaudarakamu (yang bertelingkah) itu;

Lihatlah betapa damai dan utuhnya perpaduan ini andai dibina atas paksi
akidah yang jelas. Marilah kita menyorot generasi awal para sahabat yang
mendapat asuhan langsung dari rasul tercinta, berkumpul dibawah
bumbung masjid nabawi dengan peyung integrasi tanpa ada sekelumit
rasa perbezaan taraf dan warna kulit. Beitulah kekuatan madinah yang
dipersaudarakan nabi dalam elemen pembentukan kota bercahaya ini dan
kiaskanlah bagaimana Negara kita cuba mempraktikkannya dalam
penubuhan sekolah wawasan yang berkongsi misi dan usaha untuk terus
gemilang bersama perpaduan dan keamanan. Tuntasnya integrasi
nasional berpaksikan agama teras kegemilangan ummah.

4
Wacana fikrah saya yang keempatkeimanan pencetus semangat
jihad danpengorbanan.

Dengar lah ayat 41 surah at-Taubah

Ertinya: Pergilah kamuberamai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah),


sama ada Dengan keadaan ringan ataupun Dengan keadaan berat; dan
berjihad lah Dengan hartabenda dan jiwakamu pada jalan Allah

Ayat ini secara jelas merupakan satu slogan bagaimana kejayaan dan
perpaduan umat islam kini di eksprementasikan melalui usaha dan jihad
yang berterusan dalam semua lapangan samada ekonomi, kesihatan,
pembangunan mahupu nketenteraan. Dan bagaimana umat terdahulu
persis Saidina Khalid Al-Walid Dan Solahuddin Al Ayubi Mampu menjadi
penakluk dunia dan banteng terampuh menjaga keselamatan agama. Juga
persis Abd Rahman Bin Auf melancarkan jihad ekonomi dalam
memecahkan monopoli ekonomi kapitalis yahudi penjajah di madinah 14
dekad yang lalu. Ironinya kekuatan jihad yang lahir dari keimanan yang
mantap merupakan aspirasi ummah dan daulah berwibawa.

5
Wacana fikrahkelima Ilmu teras perpaduan ummah beriman

Hal ini kerana,muslim yang gigih berusaha, berdaya saing menjadikan


mereka berdiri sama tinggi, duduk sama sebaris dengan bangsa lain. Yang
berat juga sama dipikul,yang ringan sama dijinjing demi bersama-sama
kegerbang kejayaan.

Sistem pendidikan yang dilaksanakan sehingga kini adalah sebagai salah


satu usaha kerajaan untuk merealisasikan aspirasi Negara bagi
mewujudkan dan meningkatkan perpaduan kaum dan integrasi nasional
dalamkalangan masyarakat di Negara ini. Pendidikan adalah tunjang
kepada perpaduan negara, maka tidak dapat dinafikan bahawa sekolah
dan pendidikan memainkan peranan yang sangat penting dalam
pembinaan dan pembentukan negara.

Dalam konteks Malaysia, pendidikan adalah tonggak utama dalam


membina perpaduan kaum dalam kalangan generasi muda.

( )

Ertinya: Dan berlumba-lumbalah kamu melakukan kebaikan

6
Sebagai contoh, imbau masa lampau, lantaran suburnya sifat
berdayasaing sertaberlumba-lumba dalam penerokaan ilmu muncullah
nama besar seperti Ibnu Sina perintis ilmu matematik, al-Khawarizmi
perintis ilmu astronomi serta ibnubatuta ahli pelayaran tekemuka. Nama
mereka meniti dibibir sepanjang zaman.Justeru, marilah kita suburkan
sifat juang serta budaya berilmu untuk kita berdiri sama tinggi dengan
bangsa-bangsa lain. Konklusi dari hujah saya tadi, ummah yang gemilang
perlu merealisasikan gagasan islamisasi ilmu dan pemikiranislam mereka
kepada ketamadunan dan peradaban ulung berteraskan iman dan taqwa
dan paradigma yang dibawa oleh al-Quran dan sunnah.

Akhirnya : Indah mawarkembangbersemi ,


izinkansayamengundurdiridenganlafaz yang mulia
wabillahitaufiqwalhidayahwassalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh

Anda mungkin juga menyukai