Anda di halaman 1dari 3

KISAH DAKWAH NABI YAHYA DAN NABI ZAKARIA

Assalamualaikum w.b.t

Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis, barisan hakim yang arif, guru-guru dan rakan-
rakan sekalian.
Dakwah Nabi Zakaria dan puteranya Yahya
Kisahmu mengundang nostalgia
Pengorbananmu penuh pengajaran berguna
Menjadi teladan buat semua
Kawan-kawan sekalian,
Nabi Zakaria a.s merupakan cucu kepada Nabi Sulaiman yang mempunyai kerajaan
besar di Palestin.Baginda terkenal sebagai seorang nabi yang mempunyai ilmu
pengetahuan yang luas dan kuat beribadat. Walaupun usia baginda sudah melebihi
seratus tahun dan memiliki isteri yang mandul, baginda tetap berdoa semoga
dikurniakan seorang anak sebagai penggantinya.
Berkat doa Nabi Zakaria
Dianugerahkan Allah seorang putera
Warak dan sopan berbudi bahasa
Disambut baginda dengan gembira
Firman Allah dalam surah Maryam ayat 7,
Maksudnya : “Wahai Zakaria, sesungguhnya kami memberi khabar yang
menggembirakan kamu dengan mengurniakan seorang anak lelaki bernama Yahya
yang kami tidak pernah jadikan sebelum ini seorang pun yang senama dengannya.”
Hidup ini penuh liku dan dugaan
Doa dan usaha perlu seiringan
Amal makruf wajib ditunaikan
Kehendak Allah tiada batasan
Pengajaran di sini ialah doa merupakan senjata bagi orang mukmin. Lantaran itu,
marilah kita mengatur langkah bersungguh-sungguh dalam apa jua bidang demi
merealisasikan hasrat murni kerajaan untuk melahirkan Malaysia yang cemerlang,
gemilang dan terbilang.
Kawan-kawan sekalian,
Sejak kecil lagi Nabi Yahya telah berada dalam pemerhatian dan peliharaan Allah Yang
Maha Berkuasa. Baginda terkenal tegas dalam hukum Allah sehingga baginda dilantik
menjadi rasul, apatah lagi Nabi Zakaria sentiasa menjadi penasihat dan pembimbing
serta memberi tunjuk ajar tentang kaedah berdakwah yang betul.
Firman Allah dalam surah Maryam ayat 14-15,

1
Maksudya : “Dan ia taat serta berbuat baik kepada ibu bapanya dan ia pula tidak
sombong, angkuh dan derhaka”.
Kawan-kawan sekalian,
Generasi baru hari ini mula membelakangkan ibu bapa, Bahkan ada yang sanggup
menempatkan mereka di rumah orang tua tanpa menjenguk biarpun pada hari-hari
yang sangat bererti dalam kehidupan mereka. Malang sekali buat mereka.
Sesungguhnya, anak-anak memang tidak wajar sama sekali menderhaka kepada kedua
ibu bapa kerana meraka adalah insan yang begitu banyak melakukan pengorbanan
terhadap kita. Semenjak mengandung, melahirkan, mendidik, membesarkan dan
memberi kasih-sayang di samping menyediakan keperluan kita. Mereka tidak pernah
mengira pernah lelah sendiri. Jadi, berbuat baiklah kepada ibu bapa. InsyaAllah kita
selamat dunia akhirat.
Sidang hadirin sekalian,
Firman Allah dalam surah Maryam ayat 12,
Maksudnya : “Wahai Yahya, terimalah kitab itu serta amalkanlah bersungguh-
sungguh dan kami berikan kepadanya hikmat kebijaksanaan semasa dia masih
kanak-kanak.”
Ya kawan-kawan,
Nabi Zakaria dan anaknya, Yahya berjuang bersama demi menegakkan amanah Allah
kepada Bani Israel biarpun Bani Israel terlalu jahat, derhaka, fasik dan munafik. Mereka
tetap enggan beriman malah terus dengan amalan menyembah berhala dan melakukan
maksiat seperti berjudi, minum arak, berzina, tindas-menindasdan sebagainya. Mereka
sama sekali tidak takut kepada bala Allah.
Sesungguhnya kawan-kawan, walaupun bala Allah tidak diturunkan di kala itu, namun
balasan Allah di akhirat tidak terkecuali. Mereka sudah tentu akan dimasukkan ke dalam
neraka untuk menerima azab seksa yang pedih.
Kawan-kawan sekalian,
Ujian Allah datang kembali,
Bila Raja Hirodus jatuh cinta lagi
Hirodus tetap ingin dikahwini
Walaupun puteri jelita si anak tiri
Nabi Yahya dan Nabi Zakaria mengutuk hasrat Raja mereka kerana bertentangan
dengan hukum agama. Namun, Raja Hirodus seorang yang derhaka dan tidak teguh
imannya. Dia melakukan apa sahaja kehendak hatinya tanpa memperdulikan larangan
Allah. Bahkan raja telah mencabar baginda berdua.
“Barangsiapa yang berani menghalang perkahwinan beta dengan anak tiri beta,
maka ia akan dibunuh”

2
Biarpun nyawa jadi taruhan
Kesucian agama tetap dijulang
Demi kehidupan generasi mendatang
Rela berjuang berputih tulang
Hukum Allah tidak boleh dipermainkan. Akhirnya, Nabi Yahya telah dihukum pancung
sehingga mati. Selepas kematian baginda, Nabi Zakaria pula yang dicari. Baginda
terpaksa melarikan diri. Dalam usaha mencari tempat persembunyian, tiba-tiba baginda
ternampak lubang di sebatang pokok. Lalu baginda masuk ke dalamnya. Dengan
kehendak Allah, lubang itu telah tertutup semula. Askar yang mengejarnya mencari di
sana sini. Mereka pasti Nabi Zakaria memang di sebalik pokok itu. Tiba-tiba, muncul
iblis yang memang sentiasa menolong untuk kejahatan.Iblis yang menyerupai manusia
itu mendesak askar tersebut supaya menebang pokok itu. Tanpa banyak soal, askar-
askat tersebut terus menggergaji pokok itu.Akhirnya, wafatlah Nabi Zakaria kerana
terkena gergaji itu.
Kawan-kawan sekalian,
Bani Israel tetap menolak seruan rasul dari satu generasi ke satu generasi biarpun
mereka tahu di mana mereka akan dikembalikan. Sebagaimana firman Allah dalam
surah al- Anbiya ayat 93,
Maksudnya : “Kebanyakan manusia masih berselisihan dan berpecah dalam unsur
agama. Ingatlah, mereka sekalian akan kembali kepada kami untuk menerima
balasan”.
Ya kawan-kawan,
Jadikanlah bencana ombak tsunami yang pernah menggemparkan dunia suatu masa
dahulu sebagai pengajaran dan keinsafan buat semua. Marilah kita sama-sama berusaha
ke arah melengkapkan diri dengan amalan yang baik di samping menjauhkan diri
daripada larangan Allah. Semoga kita dijauhi azab dunia dan akhirat.
Di antara pengajaran penting yang dapat kita jadikan panduan dari kisah ini.
Pertama.. kita hendaklah sentiasa berdoa kepada Allah kerana kehendak Allah tiada
batasan.
Kedua berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa kerana sangat dituntut dalam Islam.
Ketiga kesucian agama wajib dipertahankan biarpun terpaksa berkorban.
Dan keempat.. takutlah kepada Allah. Semoga kita selamat dunia akhirat.
Bacalah olehmu kitab yang suci
Dengan keindahan quranul hakim
Jadikan teladan hayati ajaran
Kisah Nabi Zakaria telah ku persembahkan
Sekian, wabillahittaufik walhidayah wassalamualikum warahmatullahi wabarakatuh
Terima Kasih.

Anda mungkin juga menyukai