Anda di halaman 1dari 8

JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM

NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS


TAJUK : MENDIDIK ANAK TANGGUNGJAWAB YANG BESAR
11 MAC 2016M / 2 JUMADA AL-AKHIRAH 1437H

(Luqman : 13)



.
.

.
SIDANG JUMAT YANG DIRAHMATI ALLAH ,
Khatib menyeru marilah bersama-sama kita bertaqwa kepada Allah

dengan sebenar-benar taqwa, agar kita dapat melaksanakan segala


perintah-Nya dan menjauhi segala tegahan-Nya. Sesungguhnya melalui
1

ketaqwaan kita dapat mengisi kehidupan dengan sifat-sifat yang baik dan
menghindari diri daripada sifat-sifat yang keji dan tercela. Marilah kita
mensyukuri nikmat yang telah dikurniakan dengan meningkatkan amal
ibadah bagi memperkukuhkan lagi hubungan kita dengan Allah

serta

menjalineratkan hubungan kita sesama manusia. Semoga, hidup kita


sentiasa dicucuri rahmat serta kebahagiaan di dunia dan di akhirat.
Firman Allah di dalam surah Ali 'Imran petikan ayat 103 :

Maksudnya :

Dan berpegang teguhlah kamu semua kepada agama

Allah, dan janganlah berpecah belah.


Mimbar pada hari ini akan membicarakan khutbah yang bertajuk
MENDIDIK ANAK TANGGUNGJAWAB YANG BESAR.
SIDANG JUMAT YANG DIMULIAKAN,
Anak adalah amanah kurniaan Allah
kita

pasti

menginginkan

kepada ibu bapa.

anak-anak

Setiap daripada

menjalani kehidupan

mengikut

kehendak kita. Sebagai ibu bapa yang beriman, hidup dengan mematuhi
segala

perintah Allah

terbaik

untuk

dan meninggalkan larangan-Nya, itulah yang

anak-anak.

Islam

menegaskan

bahawa

kehidupan

berkeluarga itu memerlukan tanggungjawab yang besar daripada ibu dan


bapa.

Kewajipan

mendidik

dan

membimbing
2

anak-anaknya

dan

membentuk keperibadian seorang muslim yang tinggi dalam jiwa dan diri
mereka adalah tanggungjawab dua ibu bapa.
Islam menggariskan panduan dalam membentuk anak menjadi insan soleh
dan bermanfaat kepada ibu bapa adalah bermula dari saat mereka
dilahirkan dalam keadaan suci bersih sebagaimana yang disebut dalam
hadis Rasulullah :

.
:


Maksudnya : Setiap anak yang dilahirkan adalah dalam keadaan fitrah.
Maka kedua-dua ibu bapanyalah yang mencorakkannya menjadi Yahudi,
Nasrani atau Majusi.
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

SIDANG JUMAT YANG DIRAHMATI ALLAH ,


Allah berfirman dalam surah al-Anfaal, ayat 28 :

Yang bermaksud : Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anakanak kamu itu hanyalah menjadi ujian, dan sesungguhnya di sisi Allah
jualah pahala yang besar.

Jelas dalam ayat tersebut Allah menyatakan bahawa anak-anak itu ujian
daripada Allah

Tugas dan tanggungjawab ibu bapa lah yang akan

membentuk anak-anak itu, sama ada menjadi fitrah manusia atau fitnah
kepada ibu bapa di akhirat kelak.
Ibu bapa merupakan model kepada anak-anak.

Anak-anak akan

mencontohi ibu bapa mereka seperti peribahasa Melayu yang berbunyi


"bapa borek anak rintik". Persoalannya adakah kita yakin bahawa kita
telah mendidik mereka dengan sempurna berpandu kepada al-Quran dan
as-Sunnah? Adakah aspek kepatuhan terhadap syariat Islam telah diberi
fokus dan keutamaan dalam mendidik mereka? Adakah akhlak baik dan
terpuji mencontohi peribadi Rasulullah

telah ditanam dalam jiwa

mereka? Adakah kita telah melarang mereka membuat perkara tidak baik
atau yang bertentangan dengan syariat?.
Matlamat cemerlang dalam semua perkara yang dilakukan memerlukan
cara yang terbaik. Demikian jugalah dengan pendidikan anak-anak yang
bermatlamatkan ke arah anak yang baik dan soleh memerlukan beberapa
langkah yang diharuskan oleh Islam sebagai pedoman kehidupan seperti
berikut:
Pertama

: Teladan yang baik kepada anak-anak

Setiap ibu bapa perlu ada pada mereka akhlak yang baik, perlaksanaan
ibadah yang baik di rumah dan tatacara kehidupan yang berlandaskan
Islam kerana anak-anak akan meneladani setiap tutur kata, perbuatan dan
perilaku ibu bapa. Anak adalah cerminan ibu bapanya sendiri.
Sabda Rasulullah yang bermaksud:
4

"Tidak ada pemberian ibu bapa yang paling berharga kepada anaknya
daripada pendidikan akhlak mulia."
(Hadis riwayat Bukhari)

Kedua

: Mengajar ilmu merangsang (targhib) dan menakutnakutkan (tarhib)

Anak-anak perlu sentiasa diberi galakan melakukan kebaikan dan diberi


ganjaran apabila melakukannya. Jika mereka melakukan kesalahan, maka
haruslah dihukum agar dapat menjadi pengajaran kepadanya.
Ketiga

: Memahami konsep mencontohi dan mengikuti

Kata Ibnu Khaldun : anak-anak mempelajari dengan cara mengikuti dan


mencontohi lebih daripada yang diambil dengan cara nasihat dan tunjuk
ajar.
Keempat : Memberi pengajaran atau nasihat
Allah

merakamkan kisah wasiat Luqman al-Hakim kepada anaknya di

dalam al-Quran dan terkandung nasihat penting daripada seorang ayah


kepada anaknya. Nasihat agar mempercayai kebesaran Allah

dan tidak

menyekutukan-Nya dengan sesuatu yang lain. Didikan melalui perlakuan


dan percakapan akan melahirkan rasa kasih sayang.

Contohilah cara

Luqman al-Hakim dalam memberi nasihat kepada anak-anaknya.


SIDANG JUMAT YANG BERBAHAGIA,
Kehidupan kita kini semakin maju dan berteknologi tinggi, namun
hakikatnya kita semakin gentar untuk mengetahui bagaimanakah agaknya
anak-anak kita menerima situasi kehidupan masa hadapan mereka.
5

Walaupun ibu bapa memainkan peranan utama dalam mendidik anak-anak,


namun tanggungjawab ini juga perlu digalas oleh pelbagai pihak seperti
pemimpin masyarakat, jiran tetangga, sanak saudara dan sebagainya. Hal
ini bagi memastikan generasi muda dibangunkan sebagai pelapis pemimpin
masa akan datang.
Islam telah menetapkan garis panduan terbaik dalam melaksanakan
harapan tersebut. Antaranya :1.

Bina dan pupuklah kasih sayang dalam keluarga.

Keluarga adalah pihak utama yang memainkan peranan dalam mendidik


anak-anak. Mengamalkan ajaran Islam dalam membina rumahtangga akan
memantapkan institusi keluarga. Nabi

turut menerangkan bagaimana

anak-anak mampu membawa kebaikan kepada ibu bapa selepas kematian


mereka, iaitu dalam menyalurkan pahala tanpa putus walaupun kedua-dua
ibu bapa telah tiada.
Sabda Rasulullah yang bermaksud:
Apabila

seseorang

meninggal

dunia,

amalannya kecuali daripada 3 perkara,

maka

terputus

pahala

iaitu sedekah jariah

(pahalanya yang berterusan), ilmu yang dimanfaati oleh manusia lain


yang masih hidup, atau anak soleh yang sentiasa mendoakannya.
(Hadis riwayat Muslim)

2.

Bina institusi pendidikan yang bercirikan Islam.

Institusi pendidikan adalah medan yang baik dan mampu mendidik anakanak mengikut syariat Islam yang sebenar. Setiap institusi pendidikan yang
6

ada sekarang ini perlu menyediakan guru-guru yang bukan sahaja pakar
dalam bidang akademik, tetapi perlu juga mahir dalam bidang agama untuk
membantu mendidik jiwa anak-anak ini.
3.

Kukuhkan silaturahim dan kenali rakan anak-anak.

Anak-anak mudah terpengaruh dengan masyarakat sekelilingnya terutama


rakan sebaya. Oleh itu, ibu bapa perlu mengawasi pergaulan anak-anak
dan perlu tahu dengan siapa mereka berkawan. Kawan yang baik, mampu
mempengaruhi sikap anak-anak itu.
4.

Mantapkan peranan institusi masjid dan masyarakat sekeliling.

Masjid bukan sahaja menjadi institusi ibadah semata-mata, malahan


sebagai pusat tarbiah bagi anak-anak.

Anak-anak yang sentiasa

didekatkan dengan masjid akan melihat masjid sebagai sebuah tempat


yang penuh dengan ilmu dan pelajaran yang bukan sahaja mendidik jiwa
malah turut mentarbiah akhlak mereka mengikut garis panduan Islam.
SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH ,
Mengakhiri khutbah, mimbar berharap pesanan ini dapat membuka hati dan
fikiran kita betapa pentingnya penjagaan zahir batin anak-anak sejak
daripada buaian sehingga anak ini membesar dalam satu acuan yang baik.
Mereka ini generasi pewaris ummah dan akan bertanggungjawab
memastikan Islam terus kukuh bertapak di bumi ini.
Firman Allah dalam surah at-Tur ayat 21 :

Dan orang-orang beriman yang diturut oleh zuriat

Maksudnya :

keturunannya dengan cara beriman, Kami hubungkan (himpunkan) zuriat


)keturunannya itu dengan mereka (didalam syurga); dan Kami (dengan itu
tidak mengurangi sedikit pun pahala amal-amal mereka; tiap-tiap
seseorang manusia terikat dengan amal yang dikerjakannya.

Anda mungkin juga menyukai