Anda di halaman 1dari 2

Tazkirah maulidur rasul s.a.w Bismillah..assalam alhamdulillah.. Sobahal khair? Kaifa halukum? Alhamdulillah Puji skit pakaian..

nampak ceria n warna warni.. Tujuan berkumpul? Meraikan hari keputeraan nabi Muhammad saw sambut birthday nabi.

Kenali nabi siapakah nabi kita? Kenal x dgn nabi Muhammad tu? Baginda seorang rasul yang diutuskan oleh Allah untuk memberi wahyu dan ajaran islam kepada seluruh umat manusia.

Kenapa Allah utuskan nabi? Kerana untuk mengajak manusia supaya menyembah Allah yang Esa. Kerana nabi kita kenal Allah, rasul, kitab, tahu sembahyang dan lain2. Allah utuskan nabi tepat pada waktunya pada zaman jahiliyyah. Ramai manusia yang x kenal allah, selalu buat kejahatan, membunuh, merompak, minum arak dll.

Bercerita tentang kelahiran nabi:

Ayah nabi? Abdullah bin abdul mutalib ibu nabi? Aminah binti abdul wahab. Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571 Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang Kaabah) kisah abrahah dan kaabah sebab itulah tahun kelahiran nabi disebut sebagai tahun gajah.

Semasa nabi lahir ada beberapa keajaiban telah berlaku. Keajaiban semasa kelahiran nabi o o o o o Muka menghadap ke langit dan telah dikhatankan semasa lahir Cahaya keluar dari tubuh nabi menerangi seluruh alam Berhala2 di sekitar kaabah rebah dan rosak Istana raja kaisar di parsi retak dan runtuh Nyalaan api sembahan kaum majusi terpadam tiba2

Keajaiban ini berlaku kerana ia merupakan tanda2 bahawa nabi Muhammad bila dewasa akan menjadi seorang nabi dan rasul kepada seluruh manusia.

Sifat dan akhlak nabi o o o Jujur dan amanah x pernah menipu dan berbohong digelar al-amin oleh penduduk mekah. Bersopan santun dan berbudi bahasa x berkasar, rendahkan suara, x mencaci, ejek, kutuk2. Menyayangi dan mengasihi orang lain keluarga, sahabat, binatang.

Nabi juga sangat mencintai umatnya dan sentiasa teringatkan umatnya yg ada dan akan datang (seperti zaman kita). Nabi sebut ummati..ummati..ummati sebelum wafat, sebab bimbang dengan keadaan umat islam yang x ikut ajaran islam bila baginda tiada.

Nabi sangat menyayangi umat islam walaupun x pernah berjumpa.

Adakah kamu sayangkan nabi? Macam mana kamu nak tunjukkan rasa sayangkan nabi? Caranya adalah dengan berselawat ke atas nabi Muhammad. Camana selawat? Selain tanda sayangkan nabi, ada rahsia2 yg tersembunyi akan diperolehi kalau berselawat ke atas nabi. Rahsia2 selawat: o Mendapat rahmat - Barangsiapa yang berselawat ke atasku sekali,nescaya Allah akan turunkan rahmat keatasnya 10 kali ganda o Dipermudahkan segala urusan dan masalah ada masalah ingat Allah dan nabi, moga2 masalah yang dihadapi akan dapat diatasi. o Terhindar dari gangguan syaitan - sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipu daya syaitan yang melalaikan. o Hati akan bersih dan suci - Sesiapa yang berselawat Insya Allah dirinya akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, dan sebagainya dalam dirinya. o Mendapat syafaat@pertolongan nabi di akhirat - Barangsiapa berselawat kepadaku 10 kali pada waktu pagi dan 10 kali pada waktu petang setiap hari, dia akan diberikan syaafaatku pada hari kiamat.

So..mari berselawat.

Anda mungkin juga menyukai