Anda di halaman 1dari 4

PERTANDINGAN BERCERITA 2012 (PEREMPUAN) KISAH NABI YUNUS DITELAN IKAN NUN

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, seterusnya hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah sekalian.


Wahai Tuan Puan, Mari dengar cerita Kisah Nabi Yunus Dalam perut Ikan Nun Wahai tuan puan Janganlah bimbang Nabi Allah tetap dalam pembelaan Pada zaman silam, disebuah bandar yang bernama Ninawa terdapat ramai penghuni yang jahiliyah dan menyembah berhala. Suatu hari, mereka digemparkan dengan kedatangan seorang nabi iaitu Nabi Yunus a.s. Baginda a.s ditugaskan membimbing dan menunjuk ajar mereka ke jalan yang benar selama 33 tahun. Namun, tidak ada sesiapa pun yang menerima seruannya kecuali Robil dan Tanukha yang benar-benar alim dan bijaksana. Hati Nabi Yunus a.s menjadi kecewa lalu meninggalkan Ninawa dengan hampa. Baginda berdoa agar penduduknya diturunkan hukuman yang sewajarnya sebagaimana firman Allah dalam Surah Al- Anbiya ayat 87: Nasyid


Maksudnya: Dan (ingatlah kisah) Dzun Nun (Yunus), ketika ia pergi dalam keadaan marah lalu ia menyangka bahwa Kami tidak akan menyulitkannya, maka ia menyeru dalam keadaan yang sangat gelap: Bahwa tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Engkau Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang zalim.

Sungguh rimbun pohon cemara, Tempat berteduh ramai orang, Nabi Yunus ingin mengembara, Membawa diri kerantau orang. Baginda menumpang kapal pedagang. Malangnya, laut bergelombang. Nabi Yunus menjadi resah dan bimbang. Kapten kapal itu berkata kepada para penumpang. Barang muatan kapal ini terlalu berat dan merbahayakan kita. Jadi ia perlu dikurangkan. Siapakah yang bersedia untuk dicampakkan ke laut? tanya kapten itu. Ombak bergelora tidak terkira, Ketakutan dan memggigil seisi bahtera, Cabutan undi pemudah cara, Terjunlah ke laut dengan rela, 3 kali undian mengena, Yunus terpaksa hatinya redha. Baginda tahu, kejadian ribut itu adalah hukuman Allah s.w.t terhadap diri baginda kerana meninggalkan kaumnya hingga menerima seksaan Allah s.w.t. Sesungguhnya rakanrakan, setiap yang berlaku adalah ketentuan Allah s.w.t . Kita hendaklah redha dan berdoa kepada Allah s.w.t. Sewajarnya kita sentiasa bermuhasabah diri untuk mengesan kesalahan yang telah kita lakukan. Kita hendaklaha berdoa dan bertaubat agar kita tidak terus hanyut dan diulit dosa. Kawan-kawan sekalian... Tiba-tiba seekor ikan paus yang sangat besar muncul lalu ditelannya Nabi Yunus a.s sebagaimana firman Allah dalam Surah As- Soffat ayat 142 yang berbunyi: Pantun Pantun


Maksudnya: Maka ia ditelan oleh ikan besar dalam keadaan tercela. Alangkah terkejutnya Nabi Yunus kawan-kawan, apabila mendapati dirinya sedang berada dalam perut Ikan Nun. Nabi Yunus a.s menyangka bahawa dirinya telah mati. Baginda cuba

menggerakkan pancainderanya. Alhamdulillah, aku masih hidup, katanya. Nabi Yunus a.s mulai menangis dan bertasbih kepada Allah s.w.t. Nabi Yunus a.s dibawa ke sana ke mari oleh Ikan Nun itu selama tiga hari tiga malam. Baginda tidak henti-henti bertasbih dan menangis. Baginda tidak makan, tidak minum dan tidak bergerak. Baginda berpuasa dan berbuka dengan tasbih. Semua makhluk yang hidup di dasar lautan mendengar tasbih Nabi Yunus a.s. Maka berkumpullah mereka di sekitar Ikan Nun itu, lalu turut bertasbih kepada Allah s.w.t. dengan cara dan bahasa yang tersendiri. Hadirin yang dirahmati Allah sekalian... Marilah kita renung sejenak akan kehidupan kita. Pada hari ini, saban hari kita dilontarkan dengan seribu kekalutan dan penderhakaan kepada Allah s.w.t. Di sana sini anak-anak generasi kita leka dibuai dosa. Saban hari terkinja-kinja tidak mengenal subuh dan senja. Adakah kita lupa akan azab Allah s.w.t nanti? Marilah kita bertaubat dan kembali ke jalan yang diredhai Allah agar kita tidak ditimpa bala. Ya kawan-kawan, Sesungguhnya Allah s.w.t itu Maha Mulia dan Maha Berkuasa. Akhirnya si Ikan Nun merasakan ada sesuatu di dalam perutnya yang tidak dapat dihadamkan, maka ia pun terus memuntahkannya. Keluarlah Nabi Yunus a.s di tepi pantai dalam keadaan rupa badannya yang begitu lemah, kurus dan kulitnya seakan-akan telah terbakar kerana kepanasan berada di dalam perut ikan itu. Firman Allah s.w.t dalam Surah As- Soffat ayat 145 yang berbunyi:


Maksudnya; Kemudian kami lemparkan dia ke daerah yang tandus, sedang ia dalam keadaan sakit. Subhanallah... Setelah keluarnya Nabi Yunus dari perut Ikan Nun, Allah s.w.t telah menumbuhkan disisinya pokok labu agar Nabi Yunus dapat makan buahnya supaya mengembalikan semula kekuatan tubuh badanya.

Begitulah kisah Seorang Nabi Diuji Allah Begitu sekali Nasyid

40 hari 40 malam Barulah taubatnya diterima Illahi Kawan-kawan, dari kisah ini tadi dapatlah kita ambil beberapa pengajaran iaitu: 1. Janganlah sekali-kali kita ingkar kepada perintah Allah s.w.t kerana natijahnya kita akan mendapat balasan daripada Allah s.w.t kelak. 2. Kita hendaklah bersabar dengan ujian yang Allah berikan kepada kita.

3. Kita hendaklah sentiasa kembali kepada Allah s.w.t andai kita tersasar kelembah
kehinaan dengan sentiasa bertaubat kepada Allah s.w.t. Sekian.....

....

Anda mungkin juga menyukai