Anda di halaman 1dari 3

KISAH NABI YUNUS DI DALAM PERUT IKAN NUN.

Bismillahhirrahmanirrahim pembuka bicara,


Pohon Rahmat dari yang Esa,
Terima kasih tuan pengacara,
Izinkan hamba mula cerita.

Tuan hakim , hadirin yang ada,


Dengarkanlah cerita hamba,
Kisah Nabi Yunus yang berwibawa,
Ditelan ikan Nun tajuk cerita.

Nabi Yunus ialah anak kepada Matta bin Matan, Raj’am bin Malik Itasyan bin Sulaiman bin
Daud. Baginda berketurunan Bani Israil dan dikenali dengan nama Matan bin Amtai. Nabi
Yunus adalah seorang pemuda yang soleh dan beriman kepada Allah. Ketika berumur 30
tahun baginda diutus menjadi rasul untuk menyeru penduduk negeri bernama ’Ninawa’ yang
menyembah berhala.Tetapi mereka tetap engkar dan tidak beriman kepada Allah.

Yunus menyeru pada kaumnya,


Beriman kepada Allah yang Esa,
Kaumnya engkar dan juga alpa,
Baginda tidak berputus asa.

”Wahai kaumku... kembalilah kamu kepada Allah yang benar. Sesungguhnya kemewahan
itu melalaikan kamu.” Namun mereka tetap menolak lalu berkata ” Ini adalah tuhan kami dan
kami tetap tidak akan berganjak dari meninggalkan agama kami”. Nabi Yunus berdakwah
kepada mereka selama 23 tahun. Hanya dua orang sahaja yang menerima dakwahnya.
Sebab kecewa dengan kaumnya, baginda berdoa kepada Allah agar dakwahnya diterima
oleh kaumnya. Allah mewahyukan kepada baginda agar terus berdakwah selama 40 hari
lagi, dan selepas itu Allah akan menurunkan azab kepada mereka. Oleh kerana tidak tahan
dengan kerenah kaumnya ,Nabi Yunus hanya berdakwah selama 33 hari sahaja.

Pilunya hati tidak terkira,


Membawa diri dalam derita,
Kerana ajaran tidak diterima,
Tinggallah kaumnya dalam sengsara.

Firman Allah dalam surah Al-Anbiyak ayat 87 :




Maksudnya : ”Ketika dia pergi dalam keadaan marah”

Pengajarannya ialah seseorang yang berdakwah ke jalan Allah tidak boleh kecewa dan
berputus asa bila dakwahnya tidak diterima. kita perlu tabah dan sabar walaupun
menghadapi pelbagai cemuhan dan dugaan. Contohnya para ulama kita yang sentiasa terus
berdakwah walaupun ada tentangan dan halangan.
Nabi Yunus berjalan tanpa arah dan tujuan. Baginda berjalan siang dan malam. Akhirnya
baginda sampai di tepi pantai dan menumpang sebuah kapal yang telah sarat dengan
penumpang. Seperti firman Allah dalam surah Ash-Shaffat ayat 140 :


Maksudnya : ”Ketika dia lari ke kapal yang penuh dengan muatan”

Setibanya ditengah lautan, kapal tersebut dipukul ombak yang besar dan angin kencang
menyebabkan ia hampir karam. Untuk mengelakkan kapal tengelam, pemilik kapal terpaksa
membuang salah seorang penumpang dengan mengadakan pengundian.Termasuk dalam
undian itu ialah Nabi Yunus. Seperti dalam firman Allah dalam surah Ash-Shaffat ayat 141 :

Maksudnya : ”Lalu dia termasuk orang-orang yang kalah”.

Nabi Yunus tahu itu, adalah balasan dari Allah kepadanya kerana meninggalkan kaumnya
tanpa izin dari Allah. Dengan berserah diri kepada Allah baginda terjun ke dalam laut.
Pengajarannya, Allah akan memberi balasan kepada siapa saja tidak mengira pangkat
ataupun keturunan. Sesiapa yang bersalah akan MENDAPAT balasan di dunia dan di
akhirat.

Nabi Yunus ditengah Lautan,


Datang sesalan demi sesalan,
Kepada Allah pohon keampunan,
Semoga selamat dalam kegelapan.

Ketika Nabi Yunus berlawan dengan arus ombak, Allah mewahyukan seekor ikan Nun untuk
menelan Nabi Yunus hidup-hidup. Maka ikan Nun itu pun menelan Nabi Yunus dan
menyimpannya dalam perut tanpa cacat celanya. Nabi Yunus berada di dalam tiga
kegelapan. Kegelapan malam, kegelapan di dasar lautan dan kegelapan di dalam perut
ikan. Lalu baginda pun berdoa seperti firman Allah dalam Surah Al- Anbiyak ayat 87 :
•

Maksudnya : ”Tiada Tuhan yang berhak disembah hanyalah Engkau Ya Allah, Maha suci
Engkau, Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang zalim”.

Nabi Yunus nabi yang mulia,


Siang dan malam tetap berdoa,
Pohon keampunan pada yang Esa,
Allah mendengar segala rayuannya.

Akhirnya Allah memakbulkan doa Nabi Yunus dan mengilhamkan kepada ikan itu supaya
memuntahkan baginda ditepi pantai. Dengan itu , baginda telah terkeluar dari perut ikan dan
terdampar ditepi pantai dalam keadaan lemah dan uzur setelah tiga hari tiga malam di
dalam perut ikan. Seperti Firman Allah dalam surah Al-Anbiyak ayat 88 :
•
Maksudnya : ” Dan demikianlah kami selamatkan orang-orang yang beriman”.
Allah akan sentiasa menolong orang yang beriman dan sentiasa mengingati Nya. Di tempat
Nabi Yunus dilemparkan, Allah telah menghidupkan pokok labu yang membolehkan baginda
bernaung dan buahnya boleh dimakan. Akhirnya Nabi Yunus kembali segar dan bertenaga.
Setelah itu, Allah memerintahkan Nabi Yunus untuk kembali kepada penduduk Ninawa yang
telah beriman kepada Allah SWT. Bersama merekalah Nabi Yunus hidup aman dan
sejahtera.

Sekian dulu ceritaku,


Kisah Nabi pilihan yang satu,
Di lain lkembaran bertemu daku,
Ku mohon undur diri dahulu.....

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai