Anda di halaman 1dari 6

KISAH NABI MUHAMMAD DI GUA THUR (Lelaki)

Assalamualaikum wrt. Wbkt SALAM Terima kasih Tuan pengerusi majlis yang dimuliakan Panel hakim yang arif dan berpengetahuan Sidang hadirin pendengar sekalian Kisah Nabi Muhammad s.a.w di Gua Thur saya persembahkan SALUTASI

Rasulullah dalam mengenangmu (nasyid) Kami sususuri lembaran sirahmu Pahit getir perjuanganmu Membawa cahaya kebenaran HURAIAN Hadirin yang dirahmati Allah sekalian, Gua Thur banyak menyimpan sejarah pahit getir Rasulullah dalam menyebarkan dakwah Islamiah, ke seluruh ummat manusia. Gua Thur adalah nama bagi sebuah gunung, ia terletak kira-kira 4 km kesebelah selatan Masjidil Haram. Peristiwa ini berlaku tatkala Allah memerintahkan baginda berhijrah ke Madinah akibat dari tentangan yang hebat dari pihak Quraishy terhadap perjuangan menyebarkan Islam., Baginda SAW mengajak Saidina Abu Bakar turut serta dalam perjuangan ini. Pada malam hendak berangkat Rasulullah membisikkan kepada Ali bin Abi Talib supaya menggantikan baginda tidur di atas katilnya. Ketika keluar dari rumahnya Rasulullah SAW membacakan Surah Yasin ayat ke 9 berbunyi PENGAJARAN ISU SEMASA DALIL / MAKSUD ISI 1

TEKS BERCERITA KISAH AL-QURAN DAERAH KULAIJAYA 2012 SITI RAHYU

KISAH NABI MUHAMMAD DI GUA THUR (Lelaki)

Mafhumnya, Dan kami adakan dihadapan mereka dinding dan belakang mereka dinding, dan kami tutup mata mereka sehingga mereka tidak dapat melihat. Kemudian baginda menabur pasir ke arah pemuka Quraishy yang sedang mengepung rumah baginda. Mereka tertidur dengan nyenyak .Akhirnya rancangan mereka untuk membunuh baginda telah gagal. Ya rakan-rakan, betapa hebatnya kuasa Tuhan. Sesungguhnya berjihad di jalan Allah pastinya akan mendapat pertolongan dan ganjaran daripada Allah. Sebagaimana kita lihat perjuangan rakyat Palestin yang berjihad membebaskan tanahair mereka daripada orang Yahudi. Walaupun kesengsaraan dan penyeksaan mereka alami namun mereka tetap berjuang kerana kemanisan iman yang mereka rasai. Hadirin yang dirahmati Allah sekalian, Baginda menuju ke arah selatan Ditengah kepekatan malam gelita Gua Thur tempat persembunyian Terselamat dari mara bahaya Sesampai di pintu gua, Saidina Abu Bakar meninjau ke dalam gua, dilihatnya tiada binatang berbisa atau duri berbahaya, baharulah mereka masuk bersama-sama. Pemergian baginda adalah rahsia hanya empat orang sahaja yang tahu keberadaan baginda iaitu Abdullah bin Abu PENGAJARAN Bakar, Aisyah dan Asma, puteai-puteri Abu Bakar serta juru pandu mereka Amir bin Fuhaira. Bila hari sudah petang Asmadatang membawa makanan untuk Rasulullah dan ayahndanya tercinta. Bersembunyi kerana sesuatu yang baik adalah harus tetapi menyembunyikan perkara yang batil adalah haram, contohnya yang terjadi kini remaja menyembunyikan kandungan dari keluarga akibat terlanjur adalah sesuatu yang memalukan keluarga, bukan itu sahaja, bahkan memalukan agama dan bangsa dari pandangan ISU SEMASA DALIL / MAKSUD HURAIAN ISI 2

TEKS BERCERITA KISAH AL-QURAN DAERAH KULAIJAYA 2012 SITI RAHYU

KISAH NABI MUHAMMAD DI GUA THUR (Lelaki)

masyarakat lain. Hadirin yang dirahmati Allah sekalian, ISI 3 Pabila menjelang malam Baginda merehatkan kepalanya diatas peha Saidina Abu Bakar, dia tidak menggerakkan kakinya walau sedikitpun, kerana beliau tidak mahu mengganggu tidurnya Nabi. Tiba-tiba testssss ! testss! tapak kaki Saidina Abu Bakar yang dikujurkan itu dipatuk oleh ular berbisa. Dalam menahan kesakitan dan kepedihan yang amat sangat, atas patukan itu, Saidina Abu Bakar telah menitiskan air mata lalu jatuh ke pipi Rasulullah. Rasulullah terjaga dari tidurnya. Mengapa engkau menangis ya Abu Bakar? tanya Rasulullah. Wahai Rasulullah, saya dipatuk ular berbisa(suaranya terketar-ketar) sambil menahan kesakitannya. Terkejut Rasulullah seraya berkata mengapa tidak dikhabarkan kepada saya tadi ? tanya Rasulullah. Saya tidak sampai hati mengejutkanmu Ya Rasulullah jawab Saidina Abu Bakar. Mendengar jawapan itu Rasulullah berdoa (menadah tangan) Ya Allah jadikanlah Abu Bakar sedarjat denganku pada hari kiamat kelak. (Bunyi meludah) CHUH! Kemudian Rasulullah terus meludah kesan patukan tersebut dan mengusapnya. Serta- merta kesan patukan itu hilang dan tiada lagi rasa sakit, kerana mukjizat rasul suci itu mereka berdua mengucapkan syukur . Segala puji bagi Mu ya Allah ISU SEMASA PENGAJARAN DALIL / MAKSUD HURAIAN

TEKS BERCERITA KISAH AL-QURAN DAERAH KULAIJAYA 2012 SITI RAHYU

KISAH NABI MUHAMMAD DI GUA THUR (Lelaki)

Hadirin yang dirahmati Allah sekalian, Begitulah kasih sayang yang di tunjukkan oleh Saidina Abu Bakar terhadap Rasulullah. Beliau sangat mengasihi baginda lebih dari dirinya sendiri. Justeru itu marilah kita bersyukur dengan nikmat dan rahmat yang dikurniakan oleh Allah kepada negara kita Malaysia yang aman dan makmur, serta memperbanyakkan solawat ke atas Rasulullah demi membuktikan kasih sayang kita terhadap Rasulullah, sebagaimana yang ditunjukkan oleh Saidina Abu Bakar itu tadi. Bukan saja kita bersolawat di dalam majlis Maulidur Rasul, bahkan setiap hari kita perlu bersolawat kepada baginda tercinta. Marilah kita bersolawat.( membaca selawat).

Hadirin yang dirahmati Allah sekalian, Sementara itu pihak Quraishy bersungguh-sungguh mencari mereka, meneruskan usaha menjejaki Rasulullah SAW ke segenap penjuru. Ketika mereka bergerak menuju ke Gua Thur, salah seorang pemuda Quraishy menaiki gua Thur tetapi turun semula. kenapa engkau tidak menjenguk ke dalam gua? tanya yang lain ( sebut dalam nada suara berbeza) . Ada sarang labah-labah di tempat itu yang sudah ada sejak muhammad belum lahir lagi jawabnya. Begitulah kuasa Allah memalingkan PENGAJARAN pandangan mereka. Semakin yakin, bahawa tiada orang yang tinggal di dalam gua itu, kerana terdapat sarang labah-labah dan pohon kayu yang ISU SEMASA DALIL / MAKSUD HURAIAN ISI 4

TEKS BERCERITA KISAH AL-QURAN DAERAH KULAIJAYA 2012 SITI RAHYU

KISAH NABI MUHAMMAD DI GUA THUR (Lelaki)

terkulai di mulut gua. Manakan ada orang lalu di situ. Mereka pun berlalu. Membunuh baginda gagal terlaksana (syair) Segenap penjuru tiada berjumpa Quraisy durjana tidak menduga Baginda bersembunyi di dalam Gua Demikianlah kuasa yang maha Esa Menyelamatkan hambanya sekelip mata Hadirin yang dirahmati Allah sekalian, Kegagalan pihak Quraishy membuktikan kekuasaan Allah mengatasi perancangan manusia. Allah sentiasa menjaga rasulnya dan menolong hambanya selama hamba menolong dirinya dan menolong sesamanya. Dakwah Rasulullah penuh dugaan Ayuhlah kawan sahut cabaran Bantuan Allah sentiasa dipanjatkan Selawat dan salam dilupa jangan Bukti Rasulullah kita sayang Syiar Islam terus dijulang Inilah pengajaran yang dapat saya simpulkan Sekian wassalam Akhir kata wabillahitaufik walhidayah assalamualaikum wrt wbt.

TEKS BERCERITA KISAH AL-QURAN DAERAH KULAIJAYA 2012 SITI RAHYU

KISAH NABI MUHAMMAD DI GUA THUR (Lelaki)

TEKS BERCERITA KISAH AL-QURAN DAERAH KULAIJAYA 2012 SITI RAHYU

Anda mungkin juga menyukai