Anda di halaman 1dari 5

Terima kasih pengatur bicara,

Barisan kehakiman dan hadiran semua,


Berpandukan Al Quran menurut cerita,
Dakwah Nabi Ibrahim kepada kaumnya.
( Pantun )

Nabi Ibrahim merupakan putera Azar yang dilahirkan di


Babylon. Baginda daripada keturunan yang baik dan
mulia, tetapi sungguh malan, ayahnya seorang pengukir
patung berhala.
Baginda berasa amat kecewa dengan anutan ayahnya.
Oleh itu, baginda tidak putus-putus menyampaikan
dakwah.
Dalam Firman Allah SWT, surah Al Anam ayat 74;


Yang bermaksud: dan ingatlah ketika nabi Ibrahim berkata
kepada ayahnya, Patutkah ayah menjadikan berhalaberhala sebagai tuhan?
Marah sungguh Aazar terhadap anaknya. Lantas berkata:
Hai Ibrahim, kau rupanya telah membenci tuhanmu, kau
merosakkan kepercayaan nenek moyang kita. Nyah! Pergi
kau dari sini.
Walaupun dimarahi, Nabi Ibrahim tidak berasa kecil hati
malahan baginda terus berdoa agar ayahandanya akan
mendapat pengampunan daripada Allah.
Wahai kawan-kawan,
Hormatilah dan sayangilah kedua ibu bapa kita walau apa
jua kesalahan mereka. Marilah kita sama-sama doakan
kesejahteraan mereka dunia dan akhirat. Seperti mana
yang kita tahu, kerajaan telah melancarkan kempen Budi
bahasa budaya kita.(Lagu kempen)

Pada suatu hari, semua penduduk kampung telah


menghadiri satu jamuan besar-besaran.
Aneka makanan menjadi hidangan,
Arak menjadi minuman,
Pergaulan tak jadi halangan,
Hanyut dalam dunia khalayan. ( Lagu : Pergi Tak kembali
)
Begitulah bahayanya arak kepada manusia, kerana itu,
Allah telah mengharamkan arak, di dalam firmanNya :


Katakanlah: "Pada keduanya terdapat dosa yang besar
dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa
keduanya lebih besar dari manfaatnya.
Surah al-Baqarah, ayat 219
Pada awal tahun ini, kerajaan telah mengurangkan pesta
pada tahun baru, semata-mata untuk mengelakkan
perkara maksiat dan pesta arak ini berlaku.
Rakan sekalian,
Ketika mereka hanyut dalam kegembiraan itu, Nabi
Ibrahim telah mengambil peluang memecahkan berhala
yang menjadi sembahan penduduk kampung. Semuanya
dihancurkan dengan menggunakan sebilah kapak kecuali
patung yang paling besar. Akhirnya baginda
menggantungkan kapak tersebut ke leher patung yang
besar tadi.

Pulanglah kaum serta rajanya,


Melihat berhala musnah binasa,
Raja Namrud memerintahkan rakyatnya,
Menangkap Si Bedebah yang punya angkara.

( Pantun )

Cis, siapakah yang tergamak melakukan ini semua? Keji


sungguh orang itu, marah Raja Namrud, lalu beliau
mengarahkan Nabi Ibrahim ditangkap dan dibawa ke
khalayak ramai untuk diadili.
Adakah benar engkau yang menghancurkan dan
merosakkan berhala itu? tanya Raja Namrud.
Jawab baginda dengan sinis,
Tanyalah patung besar itu, sebab dilehernya tergantung
kapak. Lagipun tidak ada bukti yang mengatakan aku
yang melakukannya.
Eh, bukankah patung itu tidak boleh bercakap, tidak
boleh mendengar? Adakah engkau mempermainkan
kami?
Begitulah sebenarnya, patung tidak memberi kesan
kepada manusia. Ia tidak mampu berbuat apa-apa.
Firman Allah: surah Al Anbiya ayat 67:


Ah (celakalah) kamu dan apa yang kamu sembah selain
Allah. Maka apakah kamu tidak memahami?
Baru-baru ini negara kita telah digemparkan dengan
seorang lelaki yang mendakwa dia berkuasa dan
mempunyai kerajaan di langit. Sedangkan ini merupakan
ajaran sesat dan menyekutukan Allah dalam
kekuasaannya sebagaimana Firman Allah, Surah Al
Ikhlas ayat 2:


Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala
sesuatu
Begitulah kawan-kawan,
Kita hanya boleh memohon kepad Allah dan berdoa
kepadaNya dalam setiap perkara.
Berasa geram hati terasa,

Jatuhlah hukuman selepas bicara,


Dikumpul kayu membakar baginda,
Itulah hukuman diri teraniaya.

(Syair)
(Pantun)

Satu timbunan kayu api yang besar dilonggokkan. Api pun


dinyalakan untuk membakar Nabi Ibrahim. Tetapi suatu
perkara aneh telah berlaku. Mereka menggosok-gosok
mata kehairanan.
Ajaibny! Api tersebut tidak membakar walau
menyelubungi badan baginda, firman Allah, surah Al
Anbiya ayat 69 :


Kami berfirman: "Hai api menjadi dinginlah, dan menjadi
keselamatanlah bagi Ibrahim",
Itulah tanda kekuasaan Ilahi.
Api yang merah membara akhirnya telah padam,
Tiada secebis calar,
Tiada secalit luka,
Tubuh nabi Ibrahim tetap gagah.
Itulah mukjizat dari Allah.
( Sajak )
Dengan tenang nabi Ibrahim berkata, Wahai Namrud,
kembalilah kepada Allah yang Maha Berkuasa. Api yang
marak membahang, menjadi dingin menyejukkan aku
dengan perintah Allah.
Nabi Ibrahim begitu berani berhujah dengan Raja Namrud
yang sangat sombong itu.
Begitulah juga keberanian rakyat Palestin untuk
mempertahankan agama dan kedaulatan negara mereka.
Sewajarnya umat Islam perlu berani berdakwah
menegakkan kebenaran sebagaimana kisah Nabi Ibrahim.
Terpadam api menyala-nyala

Nabi Ibrahim tiada cela,


Bukti kebenaran yang Maha Esa
Memberi mukjizat kepada Rasulnya.

( Lagu: Solat 5 Waktu )

Begitulah kisah Nabi Ibrahim ketika menyampaikan


dakwah baginda.
Sekian, Wabillahi taufiq walhidayah wassalamualaikum
warahmatullahi wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai