Anda di halaman 1dari 3

NABI IBRAHIN DENGAN RAJA NAMRUD

Nabi Ibrahim adalah seorang putera Azar dilahirkan di Babylon ( Iraq ).


Baginda hidup pada zaman pemerintahan Raja Namrud yang zalim. Nabi
Ibrahim seorang nabi yang sabar sehingga baginda dilantik sebagai rasul
ululazmi.

Ya kawan-kawan,

Kesabaran adalah asas kejayaan. Lihatlah kesabaran dan ketabahan rakyat


Palestin menentang kekejaman Israel. Firman Allah,

    


  
 
 
Dan ceritakanlah (hai Muhammad) kisah Ibrahim di dalam Al Kitab (Al Quran) ini.
Sesungguhnya dia adalah seorang yang mencintai kebenaran dan seorang nabi.
(Surah Maryam ayat 41)

Raja namrud sangat angkuh dan mengagap dirinya Tuhan. Raja Namrud
bimbang kerajaannya musnah Oleh itu nabi Ibrahim gigih berdakwah untuk
menyedarkan Namrud dan kaumnya.

Warga dewan yang mulia,

Janganlah bersifat sombong dan angkuh dengan kelebihan diri yang kita
miliki . Segalanya adalah milik Allah seperti keangkuhan Israel menyekat
bantuan kemanusianan ke Gaza.

Firman Allah

 
 

Dan dialah yang lebih mengetahui siapa yang mendapat petunjuk


(An-Nahl ayat 125)

Nabi Ibrahim tetap meneruskan dakwah walaupun diberi tentangan hebat


oleh Namrud sehinggalah terjadinya perdebatan yang tertera dalam surah
al-Baqarah ayat 228.

Ibrahim berkata : “Tuhanku ialah yang menghidupkan dan mematikan”.


Namrud berkata: “Saya dapat menghidupkan dan mematikan”.
Ibrahim berkata lagi: “Sesungguhnya Allah menerbitkan matahari dari timur
maka terbitkanlah ia dari barat”.

Mendengar perkataan Ibrahim itu, maka terkedu Namrud tidak dapat


menjawab.

Firman Allah









 


 
Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim.
(Surah Al-Baqarah ayat 258).

Ya kawan –kawan,

Raja Namrud tidak dapat mengalahkan nabi Ibrahim. Oleh itu berhikmahlah
dalam berdakwah, kawan-kawan seperti penggunaan blog laman sosial di
internet yang digunakan sebagai medium untuk berdakwah pada masa kini.

Ketika kaumnya berpesta di tebing sungai Dajlah, beliau ke rumah berhala


dengan sebilah kapak. Firman Allah Taala

   


  
Mereka berkata: "Kami dengar ada seorang pemuda yang mencela berhala-berhala Ini yang
bernama Ibrahim ".
(Surah Al-Anbiya’ ayat 60)

Maka Ibrahim memusnahkan semua berhala kecuali sebuah berhala yang


paling besar dan menyangkut kapak ke lehernya. Apabila orang ramai
kembali ke kota mereka terkejut besar kerana melihat semua berhala hancur
berkecai. Mereka tertanya-tanya.

Angkara siapakah ini?

Akhirnya seorang ketua Paderi telah menyatakan bahawa semua ini adalah
perbuatan Nabi Ibrahim . Maka Nabi Ibrahim pun dibawa mengadap raja
Namrud.

“ Engkaukah yang yang menghancurkan tuhan-tuhan kami wahai Ibrahim”


tanya Namrud.
Nabi Ibrahim tersenyum dan menuding ke arah berhala yang paling besar.
Beliau menyuruh Namrud bertanya kepada patung yang besar itu.

Hujah Ibrahim amatlah kuat

Namrud dan pengikutnya tergugat! Tergugat!

Kata sepakat dibuat untuk membakar nabi Ibrahim lalu nabi Ibrahim
dicampakkan ke dalam unggun api.

Pada waktu yang sama Allah Taala berseru kepada api seperti dalam
firmannya dalam surah al-anbiya 69.



 

 

 

 
 
  
Kami berfirman: "Hai api menjadi dinginlah, dan menjadi keselamatanlah bagi Ibrahim",

Ya kawan-kawan,

Tidak siapa dapat menyangkal kehendak Allah. Banyak bencana alam


berlaku baru-baru ini seperti banjir di Perlis dan Kedah.

Namrud disiksa oleh Allah,


Nyamuk dikirim sebagai balasan,
Terkulai Namrud, tamat riwayatnya,
Itulah balasan ingkarkan Allah.

Ya hadirin,
Janganlah berlaku zalim terhadap manusia kerana Allah maha berkuasa keatas hambaNya.
Lihatlah paparan di media tentang isu virus kencing tikus yang meragut nyawa. Firman Allah:


Nabi Ibrahim penuh kesabaran,

Gigih berdakwah menghadapi tentangan,

Ambillah iktibar jadikan pedoman,

Hidup bermakna penuh keberkatan.