Anda di halaman 1dari 4

QARUN YANG HALOBA

QARUN YANG HALOBA

ISU / HURAIAN CATATAN


ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH…..

Terima kasih tuan pengacara,


Hakim yang arif lagi bijaksana, Pembukaan
Kisah dikupas Qarun Yang Haloba,
Buat renungan hadirin semua.

Qarun bin Yashar berasal daripada keturunan Bani Israel dan sepupu kepada Isi 1 :-
Nabi Musa.Kehidupannya sangat dhaif serta mempunyai anak yang ramai.
Suatu hari, Qarun berjumpa Nabi Musa lalu memohon baginda Huraian
mendoakannya agar dilimpahi kekayaan. Lalu Allah memakbulkan doa
tersebut.

Firman Allah Taala dalam surah Al-Qasas ayat 76 :

ۡ ٰ
ِ ُ‫فَبَ َغ ٰى َعلَ ۡي ِهمۡۖۡ َو َءاتَ ۡينَهُ ِم َن ٱل ُكن‬
‫وز‬ Dalil

“ Maka dia berlaku sombong dan zalim terhadap mereka dan Kami telah
mengurniakannya dari berbagai jenis kekayaan “

Kawan-kawan,

Berusahalah ke arah kebaikan demi mengejar keberkatan hidup. Pengajaran


Contohilah Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary yang menggunakan hartanya Isu Semasa
ke jalan yang diredhai Allah.

Isi 2 :-
Ibarat kacang lupakan kulit, Qarun yang warak mula berubah.
Huraian
Dari miskin menjadi kaya, ( Sajak )
Dari taat menjadi leka,
Harta melimpah mengaburi mata,
Diterpa sombong, riak, tamak haloba,
Membangga diri ibarat raja,
Firaun diaku sahabat setia,
Rakusnya Qarun mengumpul harta,
Rakyat biasa diperas tenaga.

Firman Allah swt dalam surah Al-Qasas ayat 79 :

‫فَ َخ َر َج َعلَ ٰى قَ ۡو ِمِۦه فِي ِزينَتِ ۖۡ ِهۦ‬ Dalil


“ Kemudian Qarun keluar kepada kaumnya dengan memakai perhiasannya “

Orang tamak selalu rugi


Kes 8000 pelabur emas yang menjadi mangsa penipuan Syarikat urus niaga
Genneva Gold Malaysia Sdn Bhd wajar dijadikan teladan Pengajaran
Isu Semasa
Rakan-rakan sekalian,
Isi 3 :-
Allah telah memerintahkan agar Qarun mengeluarkan zakat sebahagian
daripada hartanya.
Suatu hari Musa bertandang, Huraian
Perintah Allah minta ditunai,
( Nasyid :
Zakatkan harta tidak terbilang
Agihkan pada fakir yang ramai, 2X Sepohon Kayu )

Degilnya Qarun makin menyerlah


Dicebik disenda Musa yang tabah.
Zakat diengkar ditabur fitnah
Musa mengaut harta kala berdakwah 2X

Firman Allah dalam Surah Al-Qasas ayat 78 :

ٓ ‫قَا َل إِنَّ َمآ أُوتِيتُ ۥهُ َعلَ ٰى ِع ۡل ٍم ِعن ِد‬


‫ي‬ Dalil
“Qarun menjawab (dengan sombongnya): Aku diberikan harta kekayaan ini
hanyalah disebabkan pengetahuan dan kepandaian yang ada padaku.”

Dewasa ini kesedaran orang ramai terhadap sistem zakat semakin meningkat.
Keprihatinan rakyat Malaysia terhadap kesusahan orang lain memang tidak
Pengajaran
dinafikan.
Pengorbanan Ahmad Reza Shamsudin yang membawa 3 orang anaknya Isu Semasa
dengan motorsikal dari Sepang hingga ke Pulau Pinang telah mendapat
simpati daripada seorang usahawan dengan menghadiahkannya sebuah kereta
Proton Iswara.

Kawan-kawan,
Isi 4 :-
Seribu dinar hadiah dijanji,
Selain diangkat menjadi isteri, Huraian
Pelacur upahan mengaku berzina,
Mencalar maruah Musa tercinta. ( Pantun 2
Musa solat lantas berdoa, rangkap )
Mohon petunjuk Allah yang Esa,
Pelacur upahan gementar terasa,
Seraya bertaubat maaf dipinta.

Firman Allah Taala dalam surah Al-Baqarah ayat 91:-

‫َو ۡٱلفِ ۡتنَةُ أَ َش ُّد ِم َن ۡٱلقَ ۡت ِل‬ Dalil


“ Dan fitnah itu lebih besar bahayanya dari pembunuhan ”
Ya Kawan-kawan,
Pengajaran
Fitnah banyak mendatangkan keburukan dari kebaikan.
Dewasa ini budaya menyebar fitnah melalui alam siber seperti facebook, Isu Semasa
twitter, blog dan sebagainya semakin berleluasa.

Hadirin sekalian,

Nabi Musa merasakan Qarun tidak dapat lagi dilembutkan hatinya. Lantas,
Penutup
Nabi Musa menadah tangan berdoa ke hadrat Allah supaya menarik semula
segala harta kekayaan Qarun.
Akhirnya, dengan izin Allah, berlaku satu gempa bumi yang sangat dahsyat.
Seluruh tanah tempat Qarun berdiri merekah dan tenggelamlah Qarun
bersama harta kesayangannya.

Firman Allah Taala dalam surah Al-Qasas ayat 81 :

َ ‫ار ِه ۡٱۡلَ ۡر‬ ۡ


‫ض‬ ِ ‫فَ َخ َسفنَا بِ ِهۦ َوبِ َد‬ Dalil

‘ Lalu Kami timbuskan dia bersama-sama dengan rumahnya di dalam tanah “

Kawan-kawan,

Perbuatan jahat akan dibalas dengan hukuman yang setimpal. Pengajaran


Contohnya, kes Pedofil warga Britain dijatuhi hukuman penjara seumur
hidup. Isu Semasa

Tamat sudah cerita Qarun,


Mari bersama jadikan teladan,
Sifat tamak itu merugikan,
Bongkak dan fitnah jangan amalkan.

Sekian,

Wabillahi taufiq, wal hidayah wassalamualaikum warah matullahi


wabarakatuh.

AKMALINDA
HJ. ABD
KUDUS

Anda mungkin juga menyukai