Anda di halaman 1dari 3

SAIDATINA SITI KHADIJAH ISTERI RASULULLAH S.A.

W
Assalamualaikum w.b.t
Terima kasih pengerusi majlis, barisan para hakim serta hadirin dan hadirat
sekelian. Tajuk cerita saya ialah Saidatina Siti Khadijah isteri Rasulullah s.a.w.
Siti Khadijah wanita mulia,
Kesucian martabat diri dijaga,
Dia wanita hartawan dermawan,
Wanita bangsawan lagi berwawasan
Saidatina Siti Khadijah adalah seorang ahli perniagaan yang berjaya.
Dia mengupah orang lelaki yang dipercayai untuk menguruskannya.
Perniagaannya maju hingga ke Yaman dan Syam.
Rakan-rakan,
Lihatlah di Pasar Besar Siti Khadijah di Kelantan kebanyakkan peniaga adalah
dari kalangan kaum wanita. Oleh itu wajarlah ketokohan Saidatina Siti Khadijah
menjadi idola wanita-wanita islam di zaman ini.
Perniagaan Siti Khadijah mendapat keuntungan yang luarbiasa banyaknya apabila
Rasulullah s.a.w menguruskannya. Ini kerana Rasulullah s.a.w berniaga dengan
jujur, adil dan berbudi bahasaa. Ini menyebabkan ramai orang tertarik hati untuk
membeli barang-barang perniagaannya.
Allah menyuruh kita supaya sentiasa bersikap jujur dan adil sebagaimana dalam Al
quran surah An Nahl ayat 90 firman Allah:

Yang bermaksud: Sesungguhnya Allah menyuruh (kamu) berlaku adil dan berbuat
,kebajikan
Pada suatu hari Siti Khadijah bertemu dengan bapa saudaranya Waraqah bin
Naufal, dan berkata:
Malam tadi aku bermimpi melihat matahari berputar-putar di atas Kota Mekah
kemudian ia turun dan terus masuk rumahku. Waraqah pun berkata : Seorang
lelaki yang agung dan mulia akan menjadi suamimu..
Mimpi Siti Khadijah menjadi kenyataan. Keperibadian Rasulullah s.a.w telah
menawan hati Siti Khadijah. Tidak lama selepas itu Siti Khadijah berkahwin dengan
Rasulullah s.a.w ketika berusia 40 tahun dan baginda s.a.w pula berusia 25 tahun.
Walaupun berbeza usia 15 tahun, sepanjang 24 tahun rumahtangga mereka aman
bahagia tidak ada perselisihan faham.
Firman Allah :


dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang.
Yang bermasud: Surah Ar Rum ayat 21

Lihatlah hari banyak rumahrumahtangga tidak bertahan lama. Mengapakah terjadi


demikian? Tepuk dada tanyalah selera.

Siti Khadijah juga adalah sumber kekuatan dan pendorong semangat


suaminya dalam menyebarkan Islam. Buktinya dialah wanita pertama mempercayai
suaminya adalah Rasulullah utusan Allah dan menyatakan keislamannya tanpa
ragu-ragu. Siti Khadijah juga sanggup meninggalkan segala kemewahan dengan
mendermakan semua hartanya demi perjuangan islam.
Wahai Al Amin!, Segala harta kekayaan ini menjadi milikmu. Engkau bebas
membelanjakannya ke jalan mana yang engkau redai kata Siti Khadijah kepada
suaminya.
Dalam Al Quran ada menyatakan Firman Allah :

.Dan dia mendapatimu sebagai seorang yang kekurangan, lalu dia memberikan kecukupan
Surah Ad-Dhuha ayat 8

Diri rela dikorbankan untuk islam,


Biar derita diharungi juga,
Diabdikan jiwa untuk Illahi,
Dialah isteri misali sejati.
Rakan-rakan,
Harta yang dimiliki perlu dikeluarkan zakat. Hari ini pembayaran zakat
dipermudahkan lagi dengan melalui internet sahaja.
Siti Khadijah adalah seorang isteri yang setia, penyabar dan penyayang.
Ketika Rasulullah s.a.w berulang alik ke Gua Hira`untuk ber`uzlah, Siti Khadijah
menyediakan bekalan untuk suaminya tanpa merasa jemu. Tidak pernah bersungut
walaupun selalu ditinggalkan.
Ketika Rasulullah s.a.w menerima wahyu yang pertama, baginda s.a.w pulang
ke rumah dalam keadaan gementar dan kebingungan. Siti Khadijah menenangkan,
menghiburkan dan meyakinkan hati suaminya.
Rakan-rakan,
Mengamalkan sikap penyayang terhadap keluarga mewujudkan kebahagiaan dalam
rumahtangga.
Firman Allah :

Barangsiapa yang mengerjakan amal saleh, baik laki-laki maupun perempuan


dalam keadaan beriman, Maka Sesungguhnya akan kami berikan kepadanya
kehidupan yang baik
Surah An- Nahl ayat 97
Kawan-kawan,
Hari ini, kisah kesabaran dan kecekalan seorang isteri seringkali disiarkan dalam
Rancangan Bersamu di TV 3.
Tahun-demi tahun berlalu, berbagai peristiwa suka duka dihadapi bersama suami
tercinta. Akhirnya Siti Khadijah Ummul Mukminin jatuh sakit dan wafat dalam usia
65 tahun.

Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati..Surah Ali Imran ayat 185

Kamatian tidak dapat dihindari. Sebagai hamba yang beriman kita hendaklah
melengkapkan diri untuk menghadapinya.
Anak-anak didiknya hingga jaya,
Jadilah mereka wanita contoh ummah,
Perginya dirasai seisi dunia,
Hingga kini penggantinya tiada.
Ingat kawan- kawan !Mana yang baik jadikan teladan. Sekian wabillahi tafik
walhidayah wassalamualaikum w.b.t

Anda mungkin juga menyukai