Anda di halaman 1dari 8

Teks Pengacara Majlis Program Guru Pemacu Transformasi Pendidikan

Daerah Tampin Tahun 2018


Sebelum majlis Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hadirin sekalian,

Majlis akan bermula sebentar lagi. Mohon kerjasama kepada para hadirin untuk
mengambil tempat duduk masing-masing serta mematikan telefon bimbit atau
diubah ke mod senyap.

Mohon juga kerjasama para hadirin untuk berdiri sebaik sahaja pengumuman
ketibaan Yang Teramat Mulia Tunku Syed Razman Bin Tunku Syed Idrus al-Qadri,
Tunku Besar Tampin dan Tunku isteri

Mengumumkan keberangkatan tiba ke bawah kaus Yang Teramat Mulia Tunku Syed Razman Bin
Tunku Syed Idrus al-Qadri, Tunku Besar Tampin dan tunku isteri diiringi dif-dif jemputan masuk ke
dalam dewan.

Nyanyian Lagu
Negaraku Terima kasih. Hadirin dipersilakan duduk.

Persembahan
Selamat Datang Demikianlah tadi persembahan selamat datang dari kumpulan cak lempong dari
SMK Tunku Syed Idrus.

Ucapan aluan Bismillahirahmanirahim


Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh dan salam sejahtera.

Bukan lebah sebarang lebah


Lebah bersarang dirumpun buluh
Bukan sembah sebarang sembah
Sembah menyusun jari sepuluh

Ampun tuanku,
Ke bawah kaus Yang Teramat Mulia Tunku Syed Razman Bin Tunku Syed Idrus al-
Qadri, Tunku Besar Tampin dan Tunku isteri.

Terlebih dahulu patik bagi pihak majlis mengalu-alukan keberangkatan Yang


Teramat Mulia Tunku Syed Razman Bin Tunku Syed Idrus al-Qadri, Tunku Besar
Tampin dan Tunku isteri mencemar kaus hadir ke Program Sambutan Hari Guru
Peringkat Daerah Tampin 2018 yang bertemakan Guru Pemacu Transformasi
Pendidikan.

Sesungguhnya kehadiran Yang Teramat Mulia Tunku ke majlis ini sungguh


bermakna buat kami. Yang Teramat Mulia Tunku, izinkan patik untuk
memulakan majlis.

Ampun tuanku,

1
Patik mohon izin.

Yang Teramat Mulia


Tunku Syed Razman Bin Tunku Syed Idrus al-Qadri, Tunku Besar Tampin dan
Tunku isteri

Yang berhormat
Dr. Hasan Bin Bahrom
Ahli Parlimen Tampin

Yang berusaha Pn. Maznah Bt Abu Bakar


Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan

Yang berusaha Tn Hj Hamzah Bin Abu


Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Tampin

Yang berusaha Pn.Norazila Bt Shahriman


Ketua Penolong Pegawai Daerah Tampin

Yang berusaha pegawai-pegawai Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan


Ppegawai-pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Tampin
Ketua-ketua wakil Jabatan Kerajaan Daerah Tampin
Ketua-ketua wakil agensi-agensi luar
Para pengetua dan guru besar.
Para guru
Tuan-tuan dan puan-puan
Serta hadirin hadirat yang dikasihi sekalian.

Alu-aluan Ampun Tuanku beribu-ribu ampun, sembah patik harap diampun,

Terlebih dahulu marilah kita bersama-sama memanjat setinggi-tinggi kesyukuran


ke hadrat Ilahi kerana dengan izin serta limpah rahmat-Nya kita diberikan
kesempatan untuk berhimpun dalam Program Sambutan Hari Guru Peringkat
Daerah Tampin 2018 yang bertemakan Guru Pemacu Transformasi Pendidikan.

Semoga majlis ini menjadi bertambah meriah, penuh cemerlang dan membawa
seribu makna kepada kita semua.

Yang Teramat Mulia dan para hadirin sekalian,

Majlis ini merupakan satu usaha simbolik untuk mengiktiraf dan menghargai
jasa, komitmen serta pengorbanan guru yang sentiasa bersedia merealisasikan
agenda pendidikan negara.

Seiring dengan tema tahun ini, pengupayaan guru sebagai nadi utama, kita
diberi pengharapan dalam menjayakan transformasi pendidikan negara dan
menyahut cabaran Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.

Guru merupakan agen penting dalam merealisasi  transformasi melalui


peringkat akar umbi pendidikan dan memainkan peranan yang penting sebagai
pemacu dalam memastikan transformasi negara dapat dicapai dengan lebih

2
cepat dan berkesan. Guru juga berperanan menterjemahkan semua dasar dan
aspirasi negara melalui pendidikan.

Bacaan doa Yang teramat Mulia dan para hadirin yg dihormati sekalian,

Tangan ditadah penuh inayah


Majlis dibuka penuh rahmat
Mohon keberkatan serta hidayah
Moga majlis senantiasa selamat

Bagi memberkati majlis kita pd petang ini, majlis mempersilakan al fadhil Ustaz
Nor Khairul Nizam Bin Nordin utk memimpin bacaan doa manakala yg bukan
beragama Islam diminta bertafakkur seketika. Majlis dengan penuh takzim
mempersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada al fadhil Ustaz Nor Khairul
Nizam Bin Nordin atas bacaan doa sebentar tadi.

Ucapan Aluan Tn Yang Teramat Mulia dan para hadirin sekalian,


PPD
Adat berbahasa menyampaikan pesan
Adat majlis menyampaikan ucapan

Memulakan bingkisan ucapan,  majlis  dengan ini mempersilakan yang berusaha


Tn. Hj Hamzah Bin Abu, Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Tampin.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Tn. Hj Hamzah Bin Abu diatas
ucapan beliau sebentar tadi.

Ucapan YB Ahli Yang Teramat Mulia dan para hadirin yang dirahmati,
Parlimen Tampin
Meneruskan bingkisan, majlis mempersilakan Yang berhormat
Dr. Hasan Bin Bahrom, Ahli Parlimen Tampin untuk menyampaikan ucapan.
Majlis dengan penuh takzim mempersilakan.

Demikianlah kata, demikianlah ucapan


Daripada Yang berhormat insan budiman
Sekalung penghargaan kami ucapkan
Kata nasihat tidak dilupakan

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada yang berhormat Dr. Hasan Bin
Bahrom diatas ucapan beliau sebentar tadi.
Ucapan Yang Teramat Mulia dan para hadirin sekalian,
Perasmian
Tak lengkap gong tanpa palunya,
Tak lengkap keris tanpa ulunya,
Tak lengkap majlis tanpa ucapan yang terutama.

3
Meneruskan bingkisan, patik dengan penuh takzim menyembah silakan Yang
Teramat Mulia Tunku Syed Razman Bin Tunku Syed Idrus al-Qadri, Tunku Besar
Tampin diiringi oleh Yang berusaha Tn. Hj Hamzah Bin Abu, Ketua Pegawai
PPD Tampin untuk menyampaikan ucap sabda perasmian Program Hari Guru
Peringkat Daerah Tampin 2018. Majlis dengan penuh takzimnya, patik
menyembah silakan.

Patik menjunjung kasih atas kesudian Yang Teramat Mulia Tunku Syed Razman
Bin Tunku Syed Idrus al-Qadri, Tunku Besar Tampin bersabda pada majlis yang
penuh bermakna ini.

YTM masih di atas pentas


Yang Teramat Mulia dan para hadirin sekalian,

**Penyerahan Majlis diteruskan dengan upacara penyerahan Mok Cek daripada para
Mok Cek dan Sijil penyumbang kepada PPD Tampin dan penyampaian sijil penghargaan dari pihak
PPD Tampin kepada para penyumbang.

Dengan ini, dipersilakan

1. Yang berbahagia Dato’ M Tahir Sharif


2. Hj Fadzil dari Fadzil Enterprise
3. En. Imran dari Bank Rakyat
4. Pn. Yati dari bank Islam
5. Wakil dari perodua

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Teramat Mulia Tunku
Syed Razman Bin Tunku Syed Idrus al-Qadri atas kesudian menyempurnakan
upacara itu tadi.

**Upacara Yang Teramat Mulia dan para hadirin sekalian,


Menaikkan Majlis diteruskan dengan upacara menaikkan bendera dan lafaz ikrar hari guru.
Bendera & ikrar Majlis dengan sukacitanya mempersilakan kumpulan ikrar yang diketuai oleh
Hari Guru Yang berusaha Tn Hj Hamzah Bin Abu, Ketua Pegawai PPD Tampin naik ke
pentas.
Tunggu sampai PPD naik pentas
Dipersilakan juga ahli pengakap dari Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku
Menaikkan Besar Tampin bagi menyempurnakan upacara menaikkan bendera hari guru.
Bendera & ikrar Dipersilakan.
Hari Guru
Tunggu sampai ahli pengakap naik pentas
Menaikkan Yang Teramat Mulia dan para hadirin dipersilakan berdiri.
Bendera & ikrar *** Upacara menaikan bendera ***
Hari Guru ***bacaan ikrar ***

Yang Teramat Mulia dan para hadirin sekalian dipersilakan duduk.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada kumpulan pembaca ikrar serta
sekalian warga dewan yang telah bersama-sama membacakan ikrar dengan
penuh bersemangat.

4
Yang Teramat Mulia dan para hadirin yang budiman,
Nyanyian koir
Hari Guru Marilah sama-sama kita menyaksikan persembahan oleh pasukan koir dari
Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Besar Tampin.
Lagu-lagu yang akan didendangkan adalah :
1. Guru Malaysia
2.Guru Pemacu Transformasi Pendidikan

Marilah sama-sama kita saksikan persembahan mereka.

****Persembahan****

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Pasukan Koir SMK Tunku Besar
Tampin diatas persembahan yang cukup bertenaga itu tadi.

Penyampaian Acara pada petang ini diteruskan dengan acara penyampaian sijil pesara.
Sijil Pesara Bagi menyempurnakan majlis ini, majlis dengan sukacitanya mempersilakan Tn.
Hj Hamzah Bin Abu, Ketua Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Tampin diiringi
oleh,Tn Hj Azali Bin Hj Hashim Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Tampin
naik ke pentas bagi menyampaikan sijil.

Yang Teramat Mulia dan para hadirin yang budiman,


Bersama-sama kita pada petang yang permai ini adalah sekumpulan warga
pendidik yang telah bersara. Sesungguhnya jasa dan pengorbanan guru-guru ini
bukan sedikit.

Dari usia muda sehinggalah ke usia sekarang, mereka memberi pelbagai


sumbangan, menabur jasa dan bakti memartabatkan profesion walaupun penuh
dengan cabaran dan halangan.

Dengan ini, majlis menjemput dan mempersilakan penerima sijil pesara naik ke
pentas

1. _________________________
2. _________________________
3. _________________________
4. _________________________
5. _________________________
.
.
35. _________________________

Persembahan Yang Teramat Mulia dan para hadirin sekalian,


multimedia
Majlis diteruskan dengan Persembahan multimedia Ikon Guru yang terdiri
daripada Ikon Guru Akademik, Ikon guru Hal Ehwal Murid, Ikon guru
Kokurikulum, dan Ikon guru ICT.

5
Begitulah tadi tayangan multimedia yang cukup menarik.

Penyampaian Yang Teramat Mulia dan para hadirin yang dimuliakan


Anugerah Ikon
Guru Sebagai tanda ingatan kita
Untuk guru yang tercinta
Anugerah dan penghargaan terus dicipta
Mengangkat memartabat insan mulia.

Majlis diteruskan lagi dengan acara penyampaian anugerah ikon guru.


Dengan ini, majlis menjemput dan mempersilakan Yang berhormat
Dr. Hasan Bin Bahrom, Ahli Parlimen Tampin diiringi oleh Tn Hj Hamzah Bin Abu
untuk menyampaikan sijil dan cenderamata.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih diatas kesudian Yang berhormat Dr


Hasan Bin Bahrom menyampaiakan sijil dan cenderamata sebentar tadi.

***bergambar***

Persembahan Yang Teramat Mulia dan para hadirin sekalian,


Multimedia
Majlis diteruskan dengan Persembahan multimedia Tokoh Guru.
Mari kita saksikan.

Begitulah tadi tayangan multimedia yang cukup istimewa.

Penyampaian Yang Teramat Mulia dan para hadirin sekalian,


Anugerah Tokoh
Guru Curahan jasa pendidik sentiasa diberkati
Gelaran Tokoh Guru pengiktirafan tertinggi

Sebagai tanda penghargaan kepada tokoh-tokoh guru, patik dengan penuh


takzim menyembah silakan Yang Teramat Mulia, Tunku Syed Razman Bin Tunku
Syed Idrus al-Qadri diiringi oleh Yang berhormat Dr. Hasan Bin Bahrom,Ahli
Parlimen Tampin, Yang berusaha Pn. Maznah Bt Abu Bakar, Timbalan Pengarah
Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan, Yang berusaha Tn Hj Hamzah Bin Abu,
Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Tampin naik ke pentas utama bagi
menyempurnakan majlis penyampaian Anugerah Tokoh Kepimpinan dan
Anugerah Tokoh Guru bagi Tahun 2018.

Untuk makluman semua, penerima anugerah tokoh guru ini akan menerima
sepersalinan, wang tunai bernilai RM500 sumbangan Bank Islam & PPD Tampin,
sijil penghargaan dan plak.

Dengan ini diumumkan.

6
Penerima Anugerah Tokoh Kepimpinan 2018 dinobatkan kepada
_________________________________

Penerima Anugerah Tokoh Guru 2018 dinobatkan kepada


_________________________________

***bergambar***
Cenderahati kpd Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Yang Teramat Mulia
YTM Tunku Syed Razman Bin Tunku Syed Idrus al-Qadri atas kesudian menyampaikan
hadiah sebentar tadi dan sebagai tanda ingatan dan menjunjung kasih,atas
keberangkatan tiba ke bawah kaus Yang Teramat Mulia Tunku, majlis dengan
segala hormatnya mempersilakan Yang berusaha Tn Hj Hamzah Bin Abu untuk
menyampaikan cenderamata ke bawah kaus Yang Teramat Mulia Tunku Syed
Razman Bin Tunku Syed Idrus al-Qadri. Dipersilakan.

Majlis menjunjung kasih atas perkenan Yang Teramat Mulia Tunku Syed
Razman Bin Tunku Syed Idrus al-Qadri menerima cenderamata itu tadi.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada kepada Tn Hj Hamzah Bin Abu
diatas kesudian menyampaikan cenderamata sebentar tadi.

Syabas dan tahniah kepada penerima anugerah tokoh kepimpinan dan anugerah
tokoh guru 2018. Semoga anugerah yang diterima akan menjadi pembakar
semangat untuk menabur bakti dan jasa dalam memperkasa negara bangsa.

Penutup Yang Teramat Mulia dan para hadirin sekalian,

Dengan penyampaian cenderamata sebentar tadi, maka majlis yang berlangsung


di dewan ini hampir menemui penghujungnya. Patik merafak sembah memohon
ampun dan maaf jika ada sebarang kekurangan di dalam penganjuran majlis
pada petang ini dan jika terdapat kesilapan tutur bicara dalam mengendarai
majlis ini.

Ampun Tuanku,

Dengan kesudian Yang Teramat Mulia Tunku hadir dan menyempurnakan


Program Hari Guru Peringkat Daerah Tampin 2018, insyaAllah akan dapat
menyuntik dan memberi rangsangan kepada warga pendidik ke arah
meningkatkan prestasi serta pencapaian sekolah dari masa ke semasa. Sekali lagi
dengan penuh takzim merafak sembah menjunjung kasih atas perkenan Tunku
Syed Razman Bin Tunku Syed Idrus al-Qadri dan Tunku isteri berangkat ke majlis
ini.

Ampun Tuanku,

Bukan lembah sebarang lembah


Lembah mengalir di tepi kota
Bukan sembah sebarang sembah

7
Sembah patik menutup kata.

Ampun tuanku beribu-ribu ampun, sembah patik harap diampun.

Sekian, wabillahitaufik walhidayah


Wassalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh..

Jamuan Majlis dengan ini mempersilakan Yang Teramat Mulia


Tunku Syed Razman Bin Tunku Syed Idrus al-Qadri dan tetamu-tetamu kehormat
menikmati hidangan yang telah disediakan.

Kepada semua hadirin, anda dijemput untuk menjamu selera.

Hadirin juga akan dihidangkan dengan persembahan kumpulan Kugiran yanng


didatangkan khas dari _____________________.

Selamat menjamu selera.

Anda mungkin juga menyukai