Anda di halaman 1dari 4

Dakwah Nabi Nuh Terhadap Kaumnya

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Terima kasih Tuan pengacara majlis. Yang saya hormati, barisan panel hakim yang arif
lagi bijaksana, seterusnya muslimin muslimat yang dirahmati.

Sirih berlipat pembuka bicara,


Kapur disapu atas daunnya ,
Mari sahabat dengarkan cerita,
Dakwah Nabi Nuh terhadap kaumnya.

Wahai kawan‐kawan,

Nabi Nuh adalah nabi ketiga selepas Nabi Adam dan Nabi Idris. Baginda
merupakan keturunan kesembilan daripada Nabi Adam. Ayahnya adalah Lamak bin
Mattusyalikh bin Idris. Baginda dilantik menjadi rasul ketika berumur 40 tahun.

Nabi Nuh menerima wahyu


Dikala kaumnya kesesatan
Allah dilupa
Maksiat diagungkan
Atas hasutan
Iblis dan syaitan

950 tahun, baginda berusaha


Menyampaikan dakwah
Namun ditentang oleh kaumnya
Nabi sabar menempuh dugaan
1
Bagai mencurah air ke daun keladi
Dakwah baginda dipandang sepi
Kepada ar-Rahman baginda memohon kekuatan

Ya sahabat, semaikanlah sifat sabar dan jangan berputus asa. Lihatlah


fenomena hari ini, akibat hilang sabar terjadilah masalah jenayah seperti
pembunuhan, penderaan, simbahan asid dan sebagainya.

Firman Allah :

(Surah Ar-Rad, ayat 28)

Pendengar yang budiman,

Nabi Nuh menerima wahyu


Untuk membina
Sebuah bahtera
Perintah Allah terus dilaksana

K a w an - ka w an ,

Setelah bahtera siap, Allah memerintahkan Nabi Nuh dan pengikutnya naik
ke atas bahtera bersama haiwan ternakan berpasang‐pasangan.

Hadirin sekalian,

Firman Allah :

(Surah Nuh, ayat 5)

2
Kuasa al-jabbar,
Usah dicabar,
Kelak merana diri.

Secara tiba‐tiba, hujan turun dengan lebat dan disertai petir yang amat dahsyat
sehingga berlakulah banjir besar.

Hari ini terbukti segala,


Kuasa Tuhan menurunkan hujan,
Banjir yang besar melanda dunia,
Dilindungi Allah yang beriman.

Selamatlah semuanya yang di atas bahtera,


Haiwan dan insan di bawah satu bumbung,
83 orang kecuali anaknya,
Dan juga isterinya yang tercinta.

Kawan-kawan,

Kebakaran besar yang melanda Israel akibat kekejaman mereka menindas rakyat Palestin.

Disana-sini jeritan mengerikan,


Mayat terapung mati kelemasan,
Kaum yang ingkar mendapat balasan,
Dibawa arus tiada pembelaan.

Kawan-kawan,

Akhirnya berlabuhlah bahtera tersebut di puncak bukit yang bernama Bukit Judi dengan
selamat.

Firman Allah :

(Surah As-Syu’ara, ayat 119)

3
Ya kawan‐kawan,

Pepatah melayu ada menyebut “ Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian


tiada gunanya.” Kita hendaklah taat kepada Allah kerana azabNya amatlah pedih.
Baru-baru ini, terdapat banyak kes pembuangan bayi akibat dari penzinaan yang
semakin berleluasa. Semoga ianya tidak berlaku kepada kita dan anak cucu kita.
Marilah sama-sama kita bertaubat sebelum terlambat.

Sekian, terima kasih

Anda mungkin juga menyukai