Anda di halaman 1dari 3

LAPORAN KEJOHANAN BOLING TENPIN PENDIDIKAN KHAS PERINGKAT DAERAH TAMPIN 2016

LAPORAN KEJOHANAN BOLING TENPIN PENDIDIKAN KHAS


PERINGKAT DAERAH TAMPIN 2016
Pada 17 Ogos 2016 yang lalu, Unit Pendidikan Khas Daerah Tampin telah

menganjurkan Kejohanan Boling Tenpin Pendidikan Khas Peringkat Daerah Tampin

2016. Pertandingan tersebut telah diadakan di Ole-Ole Super Bowl, Mydin

Seremban 2, N. Sembilan. Objektif kejohanan ini diadakan adalah bagi membina

keyakinan diri murid-murid Pendidikan Khas dan juga sebagai langkah persediaan

untuk memilih murid-murid Pendidikan Khas yang berbakat bagi mewakili sekolah ke

pertandingan Boling Pendidikan Khas Peringkat Negeri yang bakal dianjurkan oleh

JPNS.

Justeru itu, SK Bukit Rokan(LKTP) telah menghantar dua orang murid Pendidikan

Khas untuk mewakili sekolah ke kejohanan tersebut iaitu Muhammad Farid Iskandar

B. Faddli yang berumur 10 tahun dan Nor Syakirah Bt. Sharizan yang berumur 11

tahun. Para peserta bertolak dari SK Bukit Rokan(LKTP) pada jam 8.00 pagi dan

tiba di tempat kejohanan pada jam 9.15 pagi. Kejohanan dimulakan dengan

pendaftaran para peserta. Sebanyak 18 buah sekolah kategori rendah dan

menengah yang menyertai kejohanan tersebut.

Para peserta terlebih dahulu diberi masa untuk bersarapan pagi. Kemudian, sedikit

taklimat diberikan kepada semua guru pengiring yang hadir. Kejohanan bermula

pada jam 10.00 pagi. Para peserta perlu menghabiskan tiga pusingan perlawanan.

Markah hendaklah dicatat pada borang markah yang telah diedarkan dan perlu

diserahkan kepada jawatankuasa statistik setelah permainan tamat bagi setiap

pusingan perlawanan. Jadual 1 menunjukkan markah perlawanan bagi peserta dari

SK Bukit Rokan(LKTP). Semua peserta kelihatan bersemangat dan gembira

1
LAPORAN KEJOHANAN BOLING TENPIN PENDIDIKAN KHAS PERINGKAT DAERAH TAMPIN 2016

sepanjang kejohanan berlangsung. Pertandingan tamat lebih kurang jam 12.30

tengahari.

Semua peserta dan guru pengiring berkumpul di hadapan pintu masuk boling bagi

acara penutup. Acara penutup dimulakan dengan bacaan doa. Kemudian, acara

perasmian penutup telah disempurnakan oleh En. Azhar B. Arshad (Penolong PPD

Pendidikan Khas & Swasta/PERMATA). Majlis berakhir dengan penyampaian

hadiah dan cenderamata. Hadiah diberikan kepada peserta yang mendapat tempat

pertama hingga keenam sahaja. SK Bukit Rokan(LKTP) telah mendapat tempat

keenam kategori perempuan sekolah rendah. Kejohanan berakhir pada jam 1.30

tengahari. Semua peserta menikmati makanan tengahari sebelum pulang ke sekolah

masing-masing.

Kesimpulannya, objektif kejohanan pada kali ini tercapai. Jadual 2 menunjukkan

keputusan penuh bagi Kejohanan Boling Tenpin Pendidikan Khas Peringkat Daerah

Tampin 2016. Lampiran 1 menunjukkan gambar sepanjang kejohanan berlangsung.

Nama Peserta Pusingan 1 Pusingan 2 Pusingan 3 Jumlah


Muhammad 30 19 27 76
Farid
Iskandar
Nor Syakirah 42 29 46 117
Jadual 1 : Markah perlawanan peserta PPKI SK Bukit Rokan(LKTP)

2
LAPORAN KEJOHANAN BOLING TENPIN PENDIDIKAN KHAS PERINGKAT DAERAH TAMPIN 2016

Kategori Kategori Sekolah Rendah Kategori Sekolah Menengah


Lelaki Perempuan Lelaki Perempuan
Johan SK Dr. SK Dr. SMK Tunku SMK Bukit
Kedudukan
Sulaiman Sulaiman Syed Idrus Rokan
Naib johan SK Keru SK Pasir SMK Tuanku SMK Dato’
Besar Abd Rahman Mohd Taha
Ketiga SK Jelai 1(F) SK Keru SMK Jelai (F) SMK Tuanku
Abd Rahman
Keempat SK Tengku SK Datuk SMK Pasir SMK Jelai (F)
Zainun Abdullah Besar
Kelima SK Jelai 1(F) SK Tuanku SMK Bukit SMK Bukit
Abd Rahman Jalur Jalur
Keenam SK Pasir SK Bukit SMK Dato’ SMK Pasir
Besar Rokan(LKTP) Mohd Taha Besar
Jadual 2 : Keputusan keseluruhan kategori sekolah rendah dan menengah

Disediakan oleh : 18 Ogos 2016

Jawatankuasa
Program Pendidikan Khas Integrasi
SK Bukit Rokan (LKTP)

Anda mungkin juga menyukai