Anda di halaman 1dari 12

MINIT MESYUARAT

KEJOHANAN BOLA SEPAK (BAWAH 12 TAHUN)


MSSD KINTA SELATAN 2017

TARIKH : 6 APRIL 2017


MASA : 2:30 PETANG – 5.02 PETANG
TEMPAT : BILIK GERAKAN SK SERI JAYA,BATU GAJAH.

KEHADIRAN :
1.Pn Hajah Nareeta Bt Mohd Hashim Guru Besar SK Seri Jaya
2.En.Ahmad Zafian Ridzuan Bin Zakaria Pen.Kanan Pentadbiran SK Seri Jaya
3.En.Roslan Bin Rohani Pen.Kanan HEM SK Seri Jaya
4.En.Farizam Bin Ali Pen.Kanan Kokurikulum SK Seri Jaya
5.En.Yusaini Bin Ahmed SK De La Salle (Tim.Pengerusi Teknik)
6.Cik Sarfinah Bt Mohd Sharifuddin S.U.Kokurikulum SK Seri Jaya
7.En. Mohd Saiful Bin Said S.U.Sukan SK Seri Jaya
8.Puan Faridah Hanim Bt Ismail SK Seri Jaya
9.En Mohd Rizalme Bin AK Sani SK Seri Jaya
10.Pn.Nor Amiza Bt Zainal SK Seri Jaya
11.En.Mohd Nor Azman SK Bukit Pekan
12.En..Mohd Faizul Abdul Fathah SK Kampar
13.En..Antony Samy Lurdasamy SJK(T) Gopeng
14.En.Mohd Azhar Shamsuddin SK Tronoh
15.En.Mohd Harman Bin Mohd Rodzi SK Sultan Yusuf
16.En.Zulkifli Bin Abdul Rani SK Kuala Dipang
17.En.Shahbudin Bin Abdullah SK Tiwa

Page 1 of 12
18.En..Mohd Fadzli Bin Yusop SK Gopeng,Jalan Ilmu
19.En.Mohd Shah Rizal Bin Zainudin SK Gopeng, Taman Gopeng
20.En..Mohd Rozairi Bin Shamsudin SK Sungai Itek
21.En.Mior Mohd Syarizal Bin Mohd Zaini SK Pengkalan Baharu
22.En.Khairul Azar Bin Ibrahim SK Tualang Sekah
23.En.Abd Rahman Bin Mohaidin SK Tg.Tualang
24.En.Kamal Abd Rahman SK Gunung Panjang
25.En.Satheesh A/L Nadaraja SJK (T) Kampar

TIDAK HADIR
1.SK Siputeh

AGENDA
1.Ucapan Pengerusi
2.Ucapan PTPS Bola Sepak Daerah Kinta Selatan
3.Pembentangan Penyelarasan Pertandingan / Kejohanan
4.Hal-hal lain

Agenda 1.0 Ucapan Pengerusi


1.1.Pn Hajah Nareeta Bt Mohd Hashim ,Guru Besar SKSJ selaku Pengerusi mengucapkan
selamat datang dan terima kasih kepada semua guru yang mewakili sekolah masing-masing.
1.2.Pihak Sekolah akan mencuba sedaya upaya untuk menjayakan KejohananBola Sepak MSSD
Kinta Selatan ini,dengan kerjasama dan bantuan daripada sekolah-sekolah yang mengambil
Bahagian pada tahun ini.
1.3.Pengerusi juga berharap agar kejohanan dapat berjalan lancar dengan cuaca yang baik,
dengan harapan juga agar Pengadil yang dipilih untuk kejohanan ini terdiri dari mereka yang
berkaliber dan bertanggungjawab agar dapat memberi pengadilan yang baik.
Tindakan:Makluman

Page 2 of 12
Agenda 2.0 Ucapan Timbalan PTPS Bola Sepak Daerah Kinta Selatan
2.1.Tarikh pertandingan ditetapkan pada tarikh berikut:
1) 25 April 2017 ( Selasa) – Pusingan Pertama
2) 26 April 2017 (Rabu) - Suku Akhir
3) 27 April 2017 (Khamis) – Semi Final dan Final
2.2.Tarikh tersebut diputuskan disebabkan perlu bersedia untuk kejohanan peringkat negeri yang
dijadualkan pada 12,13,dan 14 Mei 2017.
2.3.Sebanyak 18 pasukan akan bertanding pada kejohanan kali ini.
2.4.Mesyuarat memutuskan untuk menggunakan 2 buah padang berasingan pada kejohanan ini.
Iaitu: i) Padang SK Seri Jaya
ii)Padang SK Gunung Panjang
2.5.Pada Sekolah yang ingin menghantar 2 pasukan adalah dibenarkan.Setakat ini hanya SK Seri
Jaya yang akan menghantar 2 pasukan.
Tindakan: Makluman

3.Pembentangan Penyelarasan Pertandingan /Kejohanan


3.1.Pelaksanaan pertandingan adalah seperti berikut;
:Pusingan awal 1 dan 2
: Suku akhir
Separuh akhir
Tempat ke 3 dan 4
Akhir
3.2.Pertandingan ini akan dijalankan mengikut peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan MSSM.
3.3.Bilangan pemain adalah seramai 12 orang (3 simpanan)

Page 3 of 12
3.4. Dokumen pengesahan kelayakan pemain yang perlu dikemukakan sebelum sesebuah
pasukan itu turun bermain seperti berikut :-

(i) Salinan Sijil Kelahiran yang disahkan oleh Guru Besar


Atau Guru Penolong Kanan sekolah berkenaan.

(ii) Borang R01 dan R02 yang diperakui oleh Guru Besar
Atau Guru Penolong Kanan sekolah berkenaan.

3.5.Penyertaan,hasil undian yang diadakan:

KUMPULAN A KUMPULAN B

Padang SKSJ 25/4/2017 Padang SK Gunung Panjang 25/4/2017

A1 SK SERI JAYA ( A) B1 SK SUNGAI ITEK

A2 SJKT KAMPAR B2 SK KAMPAR

A3 SK TANJUNG TUALANG B3 SK TIWA

A4 SK TRONOH B4 SK SULTAN YUSUF

KUMPULAN C KUMPULAN D

Padang SKSJ 26/4/2017 Padang SK Gunung Panjang

C1 SK SERI JAYA ( B) D1 SK GUNUNG PANJANG

C2 SK TUALANG SEKAH D2 SK PENGKALAN BAHARU

C3 SK GOPENG,TAMAN D3 SK GOPENG,JALAN ILMU


GOPENG

C4 SJKT GOPENG D4 SK SIPUTEH

C5 SK KUALA DIPANG D5 SK BUKIT PEKAN

Page 4 of 12
3.6.Sekiranya ada pasukan yang bermain,ada keputusan yang seri (dalam satu kumpulan),
cadangan keputusannya ialah tendangan penalti,3 penalti akan diberi(sudden death)
3.7.Sided hanya untuk tuan rumah sahaja.
3.8.Setiap pasukan dikehendaki membawa sebiji bola pertandingan.
3.9.SK Gunung Panjang akan menyediakan urusetia dari pihak sekolah untuk pertandingan
di SK Gunung Panjang.
Tindakan:Makluman,SK GP
4.Hal – hal Lain.
4.1.Kewangan/Perbelanjaan
(i) Yuran Penyertaan = RM 190 x 18 buah sekolah =RM3,420
(ii) Pecahan perbelanjaan, sila rujuk pada Kertas Kerja terkini.
(Kertas Kerja Terkini bertarikh 11 April 2017)
4.2. Yuran Penyertaan:
Mana-mana sekolah yang hadir pada mesyuarat ( 6 April 2017 ) wajib membayar Yuran
Penyertaan sama ada menyertai atau tidak kejohanan ini.
4.3.Yuran Penyertaan yang dipersetujui bersama/diputuskan dalam mesyuarat adalah
RM 190 bagi setiap sekolah.( Ringgit Malaysia: Seratus Sembilan Puluh Sahaja)
4.4.Yuran perlu dijelaskan SEBELUM atau PADA 19 April 2017 .
Pembayaran adalah dalam bentuk CEK SAHAJA .
Pembayaran hendaklah dibuat atas nama GURU BESAR SK SERI JAYA.
No Akaun:5081 1380 1493 (MALAYAN BANKING BERHAD-B.GAJAH)
( No akaun adalah sebagai rujukan/panduan sahaja.)
4.5.Duit untuk yuran penyertaan terpulang kepada pihak sekolah untuk mengambilnya
dari mana-mana sumber sama ada Wang Peruntukan Kokurikulum atau SUWA.
4.6.Resit akan di beri pada hari kejohanan.
4.7.Peringkat awal perlawanan akan diadakan di 2 padang berasingan iaitu di SK Seri Jaya
Dan SK Gunung Panjang,peringkar akhir akan diadakan di padang SK Seri Jaya.

Page 5 of 12
4.8.Semua guru/jurulatih terbabit perlu diingatkan tentang pengurusan masa dan aspek
keselamatan ,sekiranya berlaku perubahan cuaca seperti hujan /kilat,murid/pemain perlu
dibawa ke tempat yang lebih selamat seperti ke kantin ataupun dewan sekolah.
4.9.Pasukan yang menjadi johan dalam kejohanan ini dicadangkan jurulatih sekolah tersebut
dimasukkan ke dalam pasukan untuk latihan pusat peringkat negeri.
4.10.Sekolah-sekolah yang terlibat dengan kejohanan boleh membuat pesanan makanan di
kantin sekolah yang terlibat( SK Seri Jaya dan SK Gunung Panjang)
4.11.Pengurus adalah tuan rumah,jurulatih ialah En.Kamal dari SK Gunung Panjang
Latihan pusat bertempat di SK Seri Jaya.
4.12.Segala maklumat dan minit mesyuarat akan diedarkan menerusi medium elektronik email
kepada semua wakil sekolah terlibat.
4.13. Mesyuarat ditangguhkan pada 5.02 petang
Tindakan: Makluman

Disediakan oleh; Disemak oleh;

…………………………………………. ……………………………………………

( ) ( )

Disahkan oleh;

………………………………………….

( )

Page 6 of 12
MINIT MESYUARAT PERJUMPAAN KECIL
(PERUBAHAN PERKARA-PERKARA BERBANGKIT DALAM MINIT MESYUARAT UTAMA)

KEJOHANAN BOLA SEPAK (BAWAH 12 TAHUN)


MSSD KINTA SELATAN 2017

TARIKH : 10 APRIL 2017


MASA : 12.00 TENGAHARI – 1.30 TENGAHARI
TEMPAT : BILIK GERAKAN SK SERI JAYA,BATU GAJAH.
AGENDA : 1.0 Ucapan Pengerusi
2.0 Perkara Berbangkit
2.1.1 Tarikh dan Masa Kejohanan
2.1.2 Pemilihan Pengadilan
2.1.3 Tempoh Permainan
3.0 Pengurusan Pasukan MSSPk
4.0 Hal-hal Lain

KEHADIRAN :
1.Pn Hajah Nareeta Bt Mohd Hashim Guru Besar SK Seri Jaya
2.En.Ahmad Zafian Ridzuan Bin Zakaria Pen.Kanan Pentadbiran SK Seri Jaya
3.En Mohd Kamrul Hisham B.Mohamad Penyelia Sukan PPD Kinta Selatan
4. En.Farizam Bin Ali Pen.Kanan Kokurikulum SK Seri Jaya
5.En.Yusaini Bin Ahmed SK De La Salle (Tim.Pengerusi Teknik)
6.En. Mohd Saiful Bin Said SK Seri Jaya
7.En. Mohd Rizalme Bin AK Sani SK Seri Jaya
8.En. Ahmad Khairiri Bin Ahmad Wadzir SK Seri Jaya

Page 7 of 12
Agenda 1.0 Ucapan Pengerusi.

1.1 Puan Hajah Nareeta Bt Mohd Hashim selaku Guru Besar SK Seri Jaya mengalu-alukan
kedatangan ahli-ahli mesyuarat perjumpaan kecil dan mengucapkan terima kasih kerana
hadir.
1.2 Beliau berharap agar perjumpaan kecil ini dapat merungkaikan dan dapat memutuskan segala
perkara-perkara yang berbangkit selepas mesyuarat pertama tempoh hari.

Agenda 2.0 Perkara Berbangkit

2.1 En Mohd Kamrul Hisham B.Mohamad selaku Penyelia Sukan PPD Kinta Selatan telah

dimaklumkan mengenai perkara-perkara yang telah dibincangkan dalam mesyuarat kali

pertama yang lalu serta perkara-perkara yang berbangkit selepasnya.

2.1.1 Tarikh dan Masa Kejohanan – Tarikh Kejohanan Bola Sepak


MSSD Kinta Selatan telah diubah atas sebab-sebab tertentu dan ditetapkan seperti
berikut;
(i) Peringkat Awal pada 25 April 2017. Kumpulan A dan C di Padang SK
Seri Jaya dan Kumpulan B dan D di Padang SK Gunung Panjang.
(ii) Peringkat Separuh Akhir dan Akhir pada 27 April 2017. Pertandingan
akan dijalankan di Padang SK Seri Jaya.
(iii) Jika perlawanan tidak dapat diselesaikan pada kedua-dua tarikh tersebut
maka baki perlawanan boleh diadakan pada tarikh 28 April 2017. Surat
makluman akan dikeluarkan oleh pihak PPD Kinta Selatan.
(iv) Masa kejohanan bermula pada pukul 8.30 pagi hingga pukul 5.00
petang.

Tindakan: SK Seri Jaya


& SK G.Panjang

Page 8 of 12
2.1.2 Pemilihan Pengadilan – pemilihan pengadil kejohanan terletak pada keputusan

sekolah tuan rumah iaitu SK Seri Jaya. Berikut adalah pengadil-pengadil yang telah

dipilih.

2.1.2.1 Pengadil di Padang SK Seri Jaya

a. En. Azmil B. Mokhtar SK Seri Jaya


b. En. Mohd Azhar B. Shamsuddin SK Tronoh
c. En. Mohd Saiful B. Said SK Seri Jaya
d. En. Muhadir B. Mat Husin SK SYS

2.1.2.2 Pengadil di Padang SK Gunung Panjang

a. En. Muhd Syahmi Rizal B. Abd Latiff SK SYS


b. En. Muhd Akmal B. Mat Yusop SK Changkat Tin
c. En. Muhd Fakhrul Radzi B. Dahari SK Gunung Panjang
d. En. Muhd Azhari B. Mansor SK Gunung Panjang

Tindakan: SK Seri Jaya

2.1.3 Tempoh Permainan

(i) Setiap perlawanan mempunyai dua separuh masa. Tempoh permainan bagi
setiap separuh masa adalah 12 minit dan 3 minit untuk pertukaran
tempat (12-3-12) pada peringkat awal dan suku akhir.

(ii) Setiap perlawanan mempunyai dua separuh masa. Tempoh permainan bagi
setiap separuh masa adalah 20 minit dan 5 minit untuk pertukaran
tempat (20-5-20) pada peringkat separuh akhir dan akhir.

Tindakan: Pengadil

Page 9 of 12
Agenda 3.0 Pengurusan Pasukan MSSPk
3.1.1 Pengurusan dan pemilihan pasukan MSSPk tahun 2017 adalah
berdasarkan Kejohanan Bola Sepak MSSD Kinta Selatan tahun 2017.
Pasukan yang menang akan mewakili Daerah Kinta Selatan ke MSSPk.

3.1.2 Walau bagaimanapun, pemain-pemain daripada pasukan lain yang


berbakat dan berkelayakan boleh mewakili daerah ke MSSPk berdasarkan
pemilihan pemain berbakat semasa kejohanan berlangsung. Pemain
berbakat akan dipilih oleh guru-guru pengiring pasukan sekolah lain.
Borang pencalonan akan disediakan oleh sekolah tuan rumah.

3.1.3 Pemilihan pengurusan ke MSSPk berdasarkan ketetapan berikut;

3.1.3.1 Pengurus Pasukan – SK Seri Jaya


3.1.3.2 Penolong Pengurus – SK naib johan kejohanan
3.1.3.3 Ketua Jurulatih – SK johan kejohanan
3.1.3.4 Fisioteraphy - SK johan kejohanan

Dengan ini ketetapan mengenai pemilihan pengurusan ke MSSPk pada


mesyuarat kejohanan kali pertama terbatal.

Tindakan: SK Seri Jaya &


sekolah berkenaan

Agenda 4.0 Hal-hal Lain


(i) Peruntukan yang disediakan untuk pengurusan pasukan ke MSSPk adalah
sebanyak RM 600 seperti ketetapan sebelum ini bersumberkan yuran
penyertaan.

Page 10 of 12
(ii) En Mohd Kamrul Hisham B.Mohamad selaku Penyelia Sukan PPD Kinta
Selatan berharap agar dengan ketetapan yang diputuskan, Kejohanan Bola
Sepak MSSD Kinta Selatan tahun 2017 akan dapat mewujudkan satu
pasukan pemain yang hebat dan berkalibar bagi mewakil daerah ke
MSSPk pada tahun ini.

Tindakan: SK Seri Jaya &


sekolah berkenaan

Mesyuarat ditangguhkan pada 1.30 tengahari.

Disediakan oleh; Disemak oleh;

…………………………………………. ……………………………………………

( ) ( )

Disahkan oleh;

………………………………………….

( )

Page 11 of 12
Page 12 of 12

Anda mungkin juga menyukai