Anda di halaman 1dari 3

LAPORAN PERTANDINGAN BOLA BALING PERINGKAT MSSD KOTA TINGGI 2018

1. Nama Program: Pertandingan Bola Baling MSSD Kota Tinggi 2018

2. Tarikh : 11 dan 12 Februari 2018

3. Hari / Masa : Ahad dan Isnin / 8.00pagi-5.00 petang

4. Tempat : KRAMSAU, Desaru, Kota Tinggi

5. Objektif :

i) Mencungkil bakat dan memberikan murid-muird peluang di dalam Sukan Bola Baling
untuk diserapkan dan digilap dalam pasukan sekolah dalam temasya Sukan MSSD Kota
Tinggi.
ii) Menyahut seruan Menteri Pendidikan untuk memajukan sukan negara dariperingkat
sekolah rendah lagi.
iii) Mengeratkan persefahaman di kalangan peserta di dalam acara yang di ambil.
iv) Mewujudkan persaingan yang sihat dalam kalangan peserta.
v) Memupuk semangat yakin diri dan kekentalan jiwa dalam mengharungi dugaan dan
cabaran.
vi) Memupuk semangat perpaduan dalam kalangan murid.

6. Sasaran :

Para peserta adalah dari kalangan murid bawah 12 tahun dari sekolah-sekolah rendah
daerah Kota Tinggi

7. Butiran aktiviti :

Pertandingan ini telah berlangsung selama 2 hari dan disertai oleh lebih dari 10 buah
sekolah zon Kota Tinggi. Sekolah Bukit Lintang telah menghantar sebuah pasukan lelaki
seramai 12 orang dengan diiringi oleh 3 orang guru pengiring. Pasukan dari SK Bukit Lintang
ini merupakan pasukan yang baru ditubuhkan pada tahun ini dan ini merupakan pengalaman
pertama mereka menyertai pertandingan Bola Baling peringkat MSSD.

8. Penilaian Program :

1. KELEBIHAN / KEBAIKAN
1. Guru / jurulatih yang melatih berpengalaman mendalam dalam sukan ini.
2. Mendapat sokongan dan bantuan kuat daripada pihak pentadbir.
3. Para pelajar bersemangat untuk menyertai pertandingan dengan persediaan sendiri

2. KELEMAHAN / KEKURANGAN
1. Kurang pengalaman dari aspek penyertaan pertandingan.
2. Pelajar masih masih bermasalah untuk mengikut taktikal yang diterap oleh jurulatih.

3. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
1. Menambah bilangan bola dan kelengkapan bola baling
2. Memberi peluang untuk jurulatih luar bagi mendapatkan teknik latihan dan permainan yang
betul
3. Membuat perlawanan persahabatan dengan sekolah lain bagi memantapkan strategi dan
pengalaman pelajar pada masa akan datang.

9. Keputusan Pertandingan

Bil Nama Sekolah


Pertama SK Dato Ismail Saadon
Kedua SK Seri Saujana
Ketiga SK Felda Easter

Pasukan SK Bukit Lintang lelaki bawah 12 (2 kalah, 1 menang)

10. Dokumentasi Bergambar :


Disediakan : Disemak : Disahkan :

……………………… ……………………. …………………..

(Nor Izzati bt Roselan)


Penyelaras Kelab Bola Baling,
Sekolah Kebangsaan Bukit Lintang.

Anda mungkin juga menyukai