Anda di halaman 1dari 3

TEKS PENGERUSI MAJLIS KHATAM QURAN SK BUKIT LINTANG 2018

Mengumumkan perarakan masuk


Murid Khatam Quran ke dalam dewan.

Yang Berusaha
Pn Samsiah binti Hussein
Guru Besar, SK Bukit Lintang.

Yang Dipertua PIBG SK Bukit Lintang


Encik Jumat bin Aman

Yang Dihormati,
Saf Kepimpinan Penolong Kanan,
Encik Rajendran a/l Kannan – PK Pentadbiran.
Pn Masita bt Ali – PK Hal Ehwal Murid
Encik Abdul Hamid bin Ahmad – PK Kokurikulum
Guru –guru dan para pelajar yang dikasihi sekalian.

Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera.

Alhamdulillah, marilah sama-sama kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Illahi


kerana dengan izin serta limpah rahmat Nya, kita diberikan kekuatan untuk
berhimpun dalam Majlis yang mulia ini.

Zikir Munajat Pembersih jiwa

Doa dipohon menjana taqwa

Bagi memula dan memuliakan majlis, marilah sama-sama kita menadah tangan
memohon keberkatan Illahi, agar segala urusan mendapat rahmat. Untuk itu, majlis
dengan hormatnya menjemput Al-Fadhil Ustaz __________________________
untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan.
Amin Ya Rabbal Alamin.
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada _____________________ diatas
pimpinan doa tadi.

Hadirin yang dikasihi,


Majlis pada pagi ini dimulakan dengan menjemput Yang Berusaha Puan Samsiah
binti Hussein, Guru Besar SK Bukit Lintang untuk menyampaikan ucapan alu-
aluan.
Majlis mempersilakan.

Demikian tadi ucapan alu-aluan oleh Yang Berusaha Puan Guru Besar. Majlis
mengucapkan jutaan terima kasih.

Majlis kita akan diteruskan lagi dengan persembahan nasyid oleh pasukan nasyid
SK Bukit Lintang. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada pasukan Nasyid sekolah atas persembahan itu tadi.

Seterusnya, dipersilakan Puan Samsiah bt Hussein dengan diiringi oleh


____________________ untuk menyampaikan sijil serta cenderamata kepada
peserta Khatam Quran. Dipersilakan.

(baca nama murid)

Terima kasih diucapkan kepada Puan Samsiah bt Hussein atas penyampaian sijil
dan cenderamata itu tadi.

Alhamdulillah, majlis kita sudah sampai di penghujungnya. Dikesempatan ini, saya


ingin memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang
mengacarakan majlis ini.

Marilah sama-sama kita akhiri majlis kita pada hari ini dengan membaca tasbih
kaffarah dan surah al-`Asr.
Sekian sahaja, salam hormat, wa bilLahit Taufiq walHidayah wassalamu `alaikum wa
Rahmatullahi wa Barakatuh. Wa fi AmnilLahi Ta’ala wa ilal liqa’, ma’as salamah.

Anda mungkin juga menyukai