Anda di halaman 1dari 1

_________________________________________________________________________________

Tarikh : 11 MAC 2017

YDP PIBG,
SMK BONGAWAN,
P/S 03,
89700 BONGAWAN SABAH.

Melalui
PENGETUA
SMK BONGAWAN,
P/S 03,
89700 BONGAWAN SABAH.

Tuan,
PERMOHONAN SUMBANGAN TIANG BOLA JARING

Dengan segala hormatnya perkara diatas adalah dirujuk untuk pertimbangan dan kelulusan tuan.

02. Kelab Bola Jaring SMK Bongawan (SMKB) ingin memohon untuk mendapatkan sumbangan
tiang bola jaring daripada pihak tuan. Tiang bola jaring sekolah yang sedia ada telah rosak. Ini akan
membantutkan latihan pasukan sekolah dan menganggu pertandingan Bola Jaring Peringkat Daerah
kerana sekolah SMK Bongawan adalah tuan rumah bagi tahun ini.

03. Untuk makluman pihak tuan, pencapaian pasukan bola jaring SMK Bongawan adalah sangat
cemerlang dan merupakan pasukan yang digeruni di peringkat daerah Papar 2016. Selain itu, 5 orang
pelajar dari pasukan Bola Jaring SMKB juga turut menjadi tonggak utama dalam mewakili daerah
Papar dalam peringkat zon selatan dan sekaligus menjadi johan bagi Pertandingan Bola Jaring
Peringkat Zon Selatan 2016. Seterusnya 4 orang pelajar dibawa ke peringkat negeri untuk mewakili
zon selatan untuk Pertandingan Bola Jaring Peringkat Negeri 2016.

04. Sehubungan dengan itu, besarlah harapan kami kiranya pihak tuan dapat memberikan
sumbangan berbentuk wang RM 400 untuk membeli 1 set tiang gol bola jaring sekolah ini.

05. Di atas pertimbangan dan kelulusan Tuan kami mengucapkan ribuan terima kasih.

Sekian.

Saya yang menjalankan tugas,

.
(MUHAIRIYANTI BINTI SURATMAN)
Guru Penasihat Kelab Bola Jaring
SMK Bongawan
SK. Fail

Anda mungkin juga menyukai