Anda di halaman 1dari 3

PERKONGSIAN PENGURUSAN SISTEM MERIT DEMERIT

SMK KEMABONG, TENOM.

1.0 PENDAHULUAN

Berpegang kepada pepatah ‘jauh berjalan, luas pemandangan, banyak pengalaman’, maka Unit
Disiplin SMK Bongawan telah bercadang untuk mengadakan lawatan perkongsian pengurusan sistem
merit demerit ke SMK Kemabong,Tenom. Program ini merupakan satu program yang amat baik
sebagai landasan untuk memberi pendedahan dan pengalaman secara langsung kepada guru-guru
unit disiplin untuk mencari kaedah yang lebih baik dalam memperbaiki kualiti disiplin pelajar SMK
Bongawan. Melalui program ini juga, diharapkan guru-guru dapat mengambil inisiatif untuk
berkongsi pengalaman dan pengetahuan dalam menguruskan dan memantapkan unit disiplin di
sekolah. Disiplin adalah teras kejayaan seseorang murid serta menentukan kegemilangan sesebuah
sekolah itu.Diharap program ini dapat mencerna serta meningkatkan kesedaran tahap disiplin pada
murid SMK Bongawan.

2.0 RASIONAL

Selaras dengan hasrat Negara untuk memasyarakatkan golongan muda, maka program ini
diadakan untuk memberi pendedahan secara langsung kepada guru-guru tentang sistem merit
demerit yang dilaksanakan di SMK Kemabong Tenom. Melalui aktiviti seperti ini, guru-gru dapat
berkongsi ilmu dalam menghasilkan pelajar yang mempunyai disiplin yang tinggi. Selain itu, lawatan
seperti ini merupakan satu aktiviti sosial yang penting dalam usaha membuka minda dan memberi
inspirasi kepada guru untuk meneroka kaedah yang lebih baik demi kebaikan sekolah dan masyarakat
sekeliling. Diharap program ini dapat memantapan lagi disiplin murid SMK Bongawan. Berakhlak dan
berdisiplin adalah satu aspek kehidupan bagi mengawal sosial yang menjamin keharmonian dan
kesejahteraan hidup. Segala usaha ke arah mengukuh dan meningkatkan disiplin seharusnya
dititikberatkan baik di rumah mahupun di sekolah.

3.0 OBJEKTIF

1. Diharapkan Sistem ini dapat diaplikasikan di sekolah dan diubahsuai mengikut kesesuaian
sekolah.
2. Sistem ini juga boleh dijadikan sebagai landasan untuk melahirkan dan membentuk
murid yang berdisiplin dan bertanggungjawab serta peka dengan peraturan sekolah.
3. Guru dapat membentuk keperibadian mulia dalam kalangan murid dengan kaedah yang
baru.
4. Meningkatkan rasa sayang dan cinta murid kepada sekolah sebagai penyalur pelbagai
ilmu dan pendidikan.
5. Memberikan inspirasi kepada guru supaya dapat menangani masaalah disiplin di SMK
Bongawan.

4.0 DESTINASI
SMK KEMABONG, TENOM.

5.0 PERLAKSANAAN LAWATAN

Tarikh : 16 OGOS 2016

Hari : Khamis -

Masa : 7.00 pagi – bertolak

12.30-balik

6.0 KUMPULAN SASARAN

Program ini disasarkan kepada pentakbir dan unit disiplin SMK Bongawan.

PESERTA ROMBONGAN :

1. EN AG. SANI BIN ANONG


2. EN.MOHD ASRUL PASOK BIN ABDULLAH
3. PN. MUHAIRIYANTI BINTI SURATMAN
4. PN. DG. HANANIE AK ARSAT
5. PN. HAJIJAH BINTI YUSOFF
6. CIK. DG MASINAH BINTI SAPIHI
7. EN. ALIASAN BIN JIKRI
8. PN.LAWRANCE ALING
9. EN.SYAPIEI BIN MOHAMAD
10. EN. AZAMAN BIN MOHD YUSOF
11. EN.MAZLAN BIN SALLEH
12. PN. RAMISAH BINTI AHMAD
13. AHMAD SAAT BIN HJ. TAHIR

7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA JUMLAH


1. Sewa Bas (Sumbangan peserta) Rm 600
2. Cenderahati( sumbangan peserta) Rm 100
JUMLAH RM 700

8.0 AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

PENASIHAT : EN AHAMAD BIN JAIS

PENGERUSI : EN AG. SANI BIN ANONG

TIM. PENGERUSI: EN.MOHD ASRUL PASOK BIN ABDULLAH

PENYELARAS : PN. MUHAIRIYANTI BINTI SURATMAN

SETIAUSAHA : PN. DG. HANANIE AK ARSAT


AJK : PN HAJIJAH BINTI YUSOFF

:EN. AZAMAN BIN MOHD YUSOF

: CIK DG MASINAH BINTI SAPIHI

8.0 PENUTUP

Dengan adanya program lawatan ini diharap dapat memberi satu pengetahuan dan pengalaman baru
kepada unit disiplin SMK Bongawan. Melalui program ini juga guru diberi pendedahan dan
pengalaman yang kemudiannya boleh dikongsi bersama-sama rakan-rakan guru yang lain.
Pengetahuan dan pengalaman ini juga boleh digunakan sebagai panduan untuk melahirkan sistem
yang lebih baik di SMK Bongawan. Semoga lawatan ini memberi manfaat kepada semua peserta yang
mengikuti lawatan ini.

Disediakan oleh,

_______________________

(MUHAIRIYANTI BINTI SURATMAN)

Penyelaras Program,

SMK Bongawan.

Disahkan oleh ,

______________________

(EN AG. SANI BIN ANONG)

Penolong Kanan Pentadbiran

SMK Bongawan.

Anda mungkin juga menyukai