Anda di halaman 1dari 4

SK TAMAN TUN AMINAH

SKUDAI JOHOR BAHRU


JOHOR

KERTAS KERJA

PROGRAM ORIGAMI
MARI BELAJAR ORIGAMI
2017

Tarikh : 12 Mac hingga 4 Mei


Masa : 10:00 pagi 10:30 pagi
Tempat : Pusat Sumber SK Taman Tun Aminah

Unit Bimbingan Dan Kaunseling


SK Taman Tun Aminah

Program Mari Belajar Origami

1.0 Pendahuluan

Program mari belajar origami ini, diadakan bagi membuka ruang kepada murid-murid
SKTTA bagi meningkatkan potensi, kemahiran dan juga keyakinan diri masing-masing. Program
ini lebih menfokuskan bidang psikososial dan kesejahteraan mental di mana, mereka dapat
meningkatkan keyakinan diri dan kemahiran diri. Murid-murid dapat menyedari bahawa kita
perlu berusaha untuk mendapatkan sesuatu hasil yang baik dan bagus. Selain itu, program ini
bertujuan meningkatkan keyakinan diri dalam kalangan murid-murid di mana, mereka dapat
sedar bahawa mereka memang boleh jika berusaha dengan gigih untuk mendapatkan sesuatu
yang baru. Oleh yang demikian, unit Bimbingan & Kaunseling SK Taman Tun Aminah
mengambil inisiatif melaksanakan Program Mari Belajar Origami yang menjurus kepada
bidang psikososial kesejahteraan dan mental. Program ini disusun untuk mengembangkan minat,
bakat dan kemahiran murid selaras dengan kemahiran kreatif dan inovatif.

2.0 Objektif

2.1 Memeberi kesedaran kepada murid untuk berusaha bagi mendapatkan sesuatu hasil yang baik.
2.2 Meningkatkan keyakinan murid-murid dan mewujudkan konsep kendiri yang positif dalam
diri murid-murid
2.3 Membantu murid mengembangkan minat bakat dan kemahiran dalam diri masing-masing
2.4 Mengalakkan murid memilik semangat inkuiri dalam mencuba sesuatu yang baru.

3.0 Matlamat

Program Mari Belajar Origami ini diadakan bagi mencungkil bakat, kemahiran dan minat murid-
murid bagi menjana kemahiran berfikir secara kreatif dan inovatif. Selain itu, program ini bertujuan
untuk meningkatkan keyakinan murid dalam melakukan sesuatu. Program ini juga secara tidak
langsung bertujuan mnyedarkan murid-murid bahawa kita harus berusaha untuk mendapatkan sesuatu
hasil yang memberangsangkan.

4.0 Justifikasi

Didapati ada segelintir murid yang mempunyaitahap keyakinan diri yang rendah,di mana mereka
tidak yakin terhadap kebolehan dan kemahiran yang mereka miliki. Terdapat murid-murid yang
pendiam dan tidak aktif tetapi mereka sebenarnya mempunyai kemahiran dan bakat dalam pelbagai
bidang terutamanya dalam bidang seni dan kreatif. Justeru itu, program origami ini adalah bertujuan
untuk mencungkil bakat murid-murid dalam bidang seni terutamanya agar mereka dapat meningkatkan
keyakinan diri. Disamping itu, melalui program ini, murid-murid yang kurang yakin terhadap
kemahiran, bakat dan kebolehan diri masing-masing boleh menjadi lebih yakin dan berani menonjolkan
bakat dan kemahiran yang mereka miliki terutamanya dalam bidang seni dan kreatif. Justeru dngan ini,
murid-murid yang mempunyai keyakinan diri yang rendah dapat memberanikan diri dan meningkatkan
keyakinan diri.

5.0 Penganjur : Unit Bimbingan dan Kaunseling SKTTA

6.0 Tarikh : 12 Mac hingga 4 Mei 2017

7.0 Masa : 10:00am-10:30am

8.0 Lokasi : Pusat Sumber SK Taman Tun Aminah


9.0 Sasaran : Semua murid

10.0 Jawatankuasa

10.1) Pengerusi : Puan Roselawati binti Mohd Suhoot (Guru Besar)


10.2) Naib Pengerusi 1 : Puan Hafizatul Akmar binti Hamdan (GPK Hem)
10.3) Naib Pengerusi 2 : Puan Fauziyah binti Abdullah ( GPK Pentadbiran)
10.4) Naib Pengerusi 3 : Encik Fairus bin Zakaria ( GPK KK )
10.5) Naib Pengerusi 4 : Puan Saedah binti Yasinan (GPK PK)
10.6) Penyelaras : Cik Salwana bt Md Saidi (Guru Bimbingan dan Kaunseling)
10.7) Setiausaha : Punitha A/P Paramasivan
10.8) Anggaran Perbelanjaan : Tiada

10.0 Penutup

Secara keseluruhan, diharapkan program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya, mendapat
kerjasama padu dari semua guru dan mencapai objektif yang telah ditetapkan. Dengan sokongan
dan sumbangan pihak pentadbir kami berharap program ini dapat mecapai objektifnya.

Disediakan oleh:

.......................................
Cik Punitha A/P Paramasivan
Guru Pelatih Bimbingan dan Kaunseling

Disemak oleh:

.......................................
Cik Salwana binti Md Saidi
Guru Bimbingan dan Kaunseling
Disahkan oleh:

.......................................
Puan Roselawati binti Mohd Suhoot
Guru Besar SK Taman Tun Aminah

Anda mungkin juga menyukai